Rabu, 15 Disember 2010

10 MUHARAM ADA CERITA TERSENDIRI




10 Muharam banyak hikmahnya,
di antaranya;
Adam dicipta padanya
Noh terselamat dari banjir besar
Daud diterima Allah taubatnya
Ibrahim diangkat murtabat
Musa selamat dari buruan Firun
Sulainan kerajaannya dikembalikan
Yunus selamat dari perut ikan nun
Ideris dihidupkan semula dari rasa mati.

10 muharam banyak fadilatnya,
di antaranya;
Puasa sunat 9 dan 10
buat kenduri bubur asyurah
membaca doanya berbuka puasa
bersedekah kepada fakir anak yatim
pebesarkan belanja pada keluarga kita
Insyaallah dijamin rezeki sepanjang tahun.


Oleh: Nurimanja,
Catatan rengkas cuma,
10hb, Muharam 1432 Hijrah






50 ulasan:

nurimanja berkata...

SIRI 4.

CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________


“Hadi! Kalau kau hendak kerja ikut aku di Bandar, di sana kerja banyak, tak payah pakai sijil, asalkan kau ada tenaga tulang empat kerat, sudah cukup, tambah pula dengan semangat yang rajin, Buat saja apa yang disuruh, gaji boleh tahan” Kata madian kawan baiknya yang baru sehari dua balik ke kampong hilir sebelah matahari naik. Waktu itu merekaberjumpa di kedai kopi Haji kawi.


Telopong mulut dan terbeliak mata Hadi mendengarnya, Hati mudanya terasa bagaikan melonjak-lonjak hendak keluar, jiwanya juga terasa inginkan perubahan dan ingin keluar dari kampong yang tidak punya pekerjaan yang tetap ini. Dalam hatinya
Hadi bertekat untuk berhijrah. Dia ingin mengubah nasibnya dari seorang anak muka kampong, meneroka kehidupan di Bandar.


“Apa kerja yang aku boleh buatdi Bandar tu Mandi?” Tanya Hadi Nampak macam bersungguh dan beriya-iya sangat.

“Ahh! Kau ikut saja aku, esok aku nak balik, Lagi pun kau duduk di kampong ini tak ada satu apa yang kau boleh buat, ke swah saja setiap hari, senang tak juga, alhirnya sampai ke tualah lu, tak merasa hidup di Bandar Kuching.” Kata madian sambil tersenyum lebar, seolah-olah telah merasa kebahagian.

Kata-kata inilah yang menjadikan Hadi terperangkap dengan bujukan Madian, kawan sekampungnya yang telah tinga bulan yang telah tinggal dan bekerja di Bandar Kuching itu.

Sesekali Hadi mengutuk dan menghina sikap kedegilannya itu. dia masih ingat lagi , betapa terlukanya hati ibunya di malam penghijrahan itu. Bila satu pertengkaran kecil telah berlaku diantara dia dengan ibunya.

Hadi sepatutnya tidak boleh bertindak begitu . Hati orang tua patut dijaga. Tetapi perkara sudah berlaku. Memang selama ini dia tidak pernah mengalah, sejak dari kecil lagi, setiap pertengkaran berlaku dengan ibunya, kemenangan pasti menyebelahinya.

“Hadi! Tak usahlah kau pergi, aku ini sudah tua, siapalah hendak mengerjakan tanah sawah peninggalan aruah ayah kau itu?” Begitu bunyi kata ibu hadi, bagai merayu bunyinya.

“Ahh! Saya nak cuba mak! Bagaimana tinggal di Bandar kuching itu,” jawab hadi bagai tidak ada tolak ansur lagi.


BERSAMBUNG.

Mat Noh berkata...

WARKAH SANG LEMBU

usah lagi dikau menangis
usah lagi dikau bersedih
izinkan sahaja aku pergi
ini sudah suratan
sampai di sini sahaja
pertalian yang kita bina
sejak lima tahun dahulu
aku masih ingat
sewaktu ayahmu bawaku ke sini
dikau insan paling gembira
dikau insan paling rapat
dikau sentiasa disampingku
jaga makan minumku
jaga sihat sakitku
akrab sekali hubungan kita
dan hari ini di saat takbir bergema
di saat pisau tajam
berkilat di tengkuk
relakanlah pemergianku
sebagai korbanmu
moga ku jadi kenderaanmu
di akhirat nanti...


Mat Noh
ketika ditugaskan menyembelih lembu masa raya haji

Sufian Al Zahri berkata...

PM

kau dah semakin besar
besar segalanya
punya kereta besar
punya rumah besar
punya kepala besar
punya nafsu besar
tidak ada yang tidak besar
melainkan besar belaka
yang kecil cuma otakmu
kau tidak letakkan di kepala
kau cuma letak di kepala lutut
kau biarkan otakmu dipersia
kau cuma tahu tadah sahaja
menganga minta disuapkan
apa mendatang kau telan
janji kau kenyang
bagaimana mereka
sentiasa hulurkan umpan
sentiasa hulurkan titik peluh
tiada langsung kau pandang
pantas kau pilih
yang berkipas besar
yang bertubuh montok
yang berbetis bunting padi
yang bergetah melekit
cukup hanya sekali
kau pandang kami ini
yang berjerawat batu
yang bertangan kematu
yang punya hati
yang punya rasa
yang ikhlas
cubalah kau pandang
cubalah kau jeling
hanya sekali...


Sufian Al Zahri
semoga qalam dapat menangkap maksud sajak saya ni

Satria Juragan berkata...

WARKAH BUAT RAJAGOPAL

wahai rajagopal apa sudah jadi
mana hilang suaramu
yang lantang memecah suasana
mana hilang taringmu
yang merobek semua musuh
suaramu tersekat di kerongkong
tatkala gonzales meledak
taringmu terus patah
tatkala bambang menyergah
kasihan sungguh kasihan
melihat kau gigit jari
di pentas sendiri
ayam tambatan habis ditaji
mencicit lari dihambat ayam indon
jelas nampak kau kecewa
tidak mengapa rajagopal
pedulikan apa orang kata
pedulikan apa orang cemuh
kau tetap gah di mata sendiri
takziah rajagopal
jika kau kecewa di sana
jangan risau peluang masih ada
dengan vietnam tunjukan kuasa

Satria Juragan
sajak buat skuad malaysia

Ungku Zubir berkata...

AIDILADHA

muhammad aidil adha
indah nama tercipta
pemberian ayah bonda
sempena hari mulia
kelahiran penuh makna
hasil pengorbanan ibu
tatkala darah membuak
keluar dari leher sang lembu
darah ibu terpercik
kau jengah dunia baru ibumu puas
semakin meniti usia
kasih ibu tiada kurang
kasih ayah tiada jejas
didik agama penuh diberi
didik dunia penuh dihulur
namun dirimu terleka
kau lupa makna namamu
kau lupa erti korban ibu
akhirnya kau terkorban
di penjuru sudut gelap
angkara musuh utama negara
kau siakan namamu
kau siakan korban ibu
kau siakan aidil adha...

Ungku Zubir
sajak ketika menyambut raja korban

Sheikh Al Habib berkata...

ROTI ARAB

Bahan-bahan ( 10 org makan )

* 2 sudu besar mentega
* 2 sudu besar minyak masak
* 2 sudu besar gula
* 300 ml air suam
* 6 g yis
* 500g tpg gandum

Cara-cara

1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
2. tepung di gaul dengan yis
3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

Qalam Mutiara berkata...

Mat Noh sajaknya WARKAH BERSAMA LEMBU. Menceritakan kehdupannya bersama lembu jantan kesayangannya yang berusia lima tahun, terpaksa dikurqan kerana semperna hari raya Qurban yang lalu. Kini mungkin jadi memory yang amat sukar dilupakan. Tetapi demi kecintaan pada agama semoga apa yang dilakukan akan dapat diterima di sisi keredhaan Allah. swt Amin.Sajak ini agak terlewat diterbitkan,.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak ini agak celaru, apa yang kita tahu bukan begitu duduk keadaannya, buat seorang anak bekas PM dahulu. Cuma si penulis yang kian tenat diserang penyakit kecelaruan minda. harap maklum anda boleh rujuk dengan Jeffry Ketinggan.Dia sendiri sudah mulai sedar akan segala keadaan. Harap banyak membaca, jangan berpandukan satu atau dua akhbar sahaja. Semoga kita tidak begitu. Amin

Qalam Mutiara. berkata...

Satria Juragan dengan sajaknya, sukan terkini: WARKAH BUAT RAJA GOPAL. Menceritakan tentang seorang coach atau juru latih bernama Raja Gopal bersungguh melatih dan mendidik memberi semangat, kepada anak buahnya hingga hialng suara demi untuk merangkul piala Suzuki AFF 2010 menentang Vietnam . Bolehkah skuad Malaysia mengekalkan rentak selepas di belasah Indonesia? Sama kita saksikan mala mini. Semoga sukses! Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Ungku Zubir bertajuk AIDIL ADHA, barangkali sajak ini agaknya telah lama dihantar. Mungkin agak ramai sajak yang mengikut keadaannya terlepas pandang untuk diterbitkan. Ada dua buah sajak sdra Mat Noh warkah bersama lembu. Apa pun Kena tunggu geliran harap maklum.Apa yang hendak diceritakan oleh Ungku Zubir ini berkaitan dengan kelahiran seorang anak bersama hari raya Qurban dan lansung dinamakan Aidil Adha. Tetapi setelah ibu memberi pendidikan dan kasih saying. Dia
Bila besar sadikit telah terjebak dengan penyakit dadah merbahaya. Tinggallah dalam Kebegungan ditempat sepi, sehingga tidak mengetahui akan hari raya Adiladha. Diamana pengorbanan ibu tiada nilainya. Semoga kita tidak begitu. Amin.

Putera Damien berkata...

roti arab plak! hahaha

Atan Yahoo berkata...

roti arab import dari padang pasir ke habib? hehe

Badrolshah berkata...

roti arab pun ada! wah! mcm2..

Supain Sipaun berkata...

roti arab ni kalau cuba best ni

Mozaire berkata...

lps ni xpyh la aku beli lagi roti arab buat sndiri jer...

Ummu Akilah berkata...

eh! roti arab plak syeih habib ni?

Kembara Budiman berkata...

resepi dari tanah arab ke sheikh habib?

Lelangit Biru berkata...

aku rasa syeikh habib ni pnya resepi msti anak dia yg kirim ni....

Sarah berkata...

snang je buat roti arab rupanya?

Emily Bayans berkata...

kalau x jd mcm mana resepi roti arab ni?

Ambuyak berkata...

roti arab sedap ni...

Aziz Moktar berkata...

roti arab aku paling suka ni...

Madah Pujangga\ berkata...

resepi roti arab? resepi turun temurun ke ni?

Guest berkata...

roti arab ni kalau buat kat padang pasir lagi sedap... hahahaha

dam catur berkata...

teringin plak pegi mesir bila baca pasal roti arab ni...

Jalal Rafzee berkata...

esok kena mula buat bubur asyura la nampaknya...

Brader Joe berkata...

esok sibuklah jabatan aku dgn bubur,.,,

Pedang Kesatria berkata...

eh! 10 muharam ke esok?? x perasan plak...

Pangeran Indera berkata...

esok mula la sibuk org buat bubur aku pun terlibat sama...

Salam berkata...

harap2 surau aku buat bubur... hehehe

Ustaz Rahman berkata...

10 muharam! sekejab saja masa berlalu

Angker 13 berkata...

madian rupanya rekomen kat hadi..

Ustaz Majusi berkata...

madian ke yg tolong?? ingatkan sapa td....

Faezawatie berkata...

dia derhaka kat mak dia rupanya...

Taib berkata...

mcm cerita jiman je derhaka kat mak dia...

PENYAIR AGUNG berkata...

CERITA EN NURI BANYAK SEAKAN SAMA... CERPEN NI PUN MCM SAMA DGN JIMAN...

Raja Muda berkata...

mcm dh thu je kesudahan cerpen ni...

Pak Bostamam berkata...

dh sampai sini mcm dh thu akhir sekali cerpen ni...

Hantu Gigi berkata...

cerpen hantu xde ke en nuri?

Nabil Quldi berkata...

cerpen kali ni msti akhir sekali dia balik kmpung semula ni...

Nur Atikah berkata...

sian dia tinggal mak dia mcm tu jer?

Zainal Arifin berkata...

anak derhaka hadi ni patutlah dia selalu ditimpa kesusahan...

Encik Mahatdir berkata...

pnya x kenang budi pnya anak....

Danial berkata...

hadi ni menderita sakit sbb derhaka kat mak dia agaknya...

Syakila Adnan berkata...

pembalasan tuhan sbb dia buat kt mak dia dulu...

Lukiee berkata...

ni yg di katakan hukum karma dulu dia buat kat mak dia...

Dang Anum berkata...

hadi ni msti menderita sakit sbb di sumpah mak dia...

Mozaire berkata...

tu la bahaya doa ibu skrg padan muka hadi...

Pak Awang berkata...

hadi ni derita sakit misteri ker?

Jengking Perak berkata...

hadi ni kurang ajar jgk kesian mak dia...