Selasa, 21 Disember 2010

MENCARI AURA SEBENAR




Bertahajudlah di hujung malam
akan ada tanda-tanda untuk kemuliaan
selalulah membaca dan bertadabur al quran
pasti akan diberikan hidayah nur pada hati
dan amalkan solat sunat dhuha stiap pagi
nescaya ada rezeki datang tanpa disedari
biasakan pergi masjid solat berjumaah
akan ada kemesraan mudah dikenali
bersedekahlah bila hidupmu mewah
akan dihapus dosa-dosa kecil dulu
berwuduklah pada setiap masa
sentiasa dalam kebersihan jiwa
beristakfar berzikir tiap masa
semoga diampun segala dosa.

Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda catatan biasa,
tanggal 15hb, Muharam, 1432.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

SIRI 9.

CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________


HADI tidak dapat memejamkan kedua matanya. Fikirannya menjadi kusut, bagai tali bersempul mati. Di pipinya mengalir air mata kesayuan, panas terasa. Begitulah kesedehan dan kepedehan penderitaan hadi yang sakit terlantar di rantau orang.

Hadi mengurut-ngurut dadanya. Masih terasa panas, rengkongnya juga kering dan pahit bila ditelah air, Dia cuba memejamkan kedua matanya untuk tidur, tetapi ternyata matanya engan untuk lena. Terasa benar waktu-waktu sakit begini, matanya memang sukar dipujuk untuk membawa dirinya untuk tidur walapun sebentar.

“Aku rasa aku tidak boleh tinggal di sini lagi,” Bisik hati kecil hadi. Malah lewat kebelakangan ini, wajah ibunya sering kali muncul dalam mimpi-mimpi singkatnya. Dan kalangkala hingga terbawa dalam igauannya. Sesekali dia terbayang wajah ibu tuanya di ruang mata.

“Makkk!!” Keluh hadi di dalam hati. Terasa dalam hatinya kerinduan mulai mengoda pada kampong halaman. Sawah bendang yang ditinggalkan, rumah kampong tempat dia dilahirkan, ibu tua yang selalu uzur dan sering mengharap bantuannya.


“Makkk!” Keluh hati kecil hadi lagi. Dia mulai sedar akan segala perbuatannya selama ini. Dia terasa dosa-dosanya bagai berkumpul di hadapannya. Terlalu sukar untuk dihitung.


Sesekali dia terasa bagai ternampak dua malaikat yang diutuskan untuk mengawal akan dirinya sedang mencatat dan menghitung kembali akan dosa-dosanya yang telah dilakukan selama ini. Lebih-lebih lagi dengan dosanya yang amat dikesali terhadap ibu tuanya yang penuh harap menunggu wang hantarannya yang dijanjikan.


“Betapa berdosanya aku selama ini. Barangkali inilahagaknya balasan yang aku terima?” Bisik hati kecil Hadi lagi. Penyeksaan kesakitan ini cukup amat ketara sekali baginya. Cukup terasa bagai satu hukuman yang setempal dengan sikap zalim dan kejamnya terhadap orang tuanya selama ini.


Hadi masih ingat kata-kata Tuk Khatib sewaktu membaca khutebah jumaat di masjid kampungnya dahulu: Bahawa dosa durhaka seorang anak terhadap ibu dan bapanya.Allah tidak akan menangguh pembalasannya di akhirat nanti, tetapi Allah swt akan memberi pembalasannya di dunia ini lagi.



BERSAMBUNG.

Wasiril Azmi berkata...

GEMA BINTANG MENJADI SATU

ketika ramai mula mencongak
rugi pula kalau tak tengok
bawak semua anak beranak
pasti mereka semua seronok
artis terkenal banyak datang
ada juga dari seberang
memang berbaloi kalau datang
buat mengisi masa lapang
tunggu sekejap
alamak tak kena masa
mula pulak diwaktu senja
waktu ada temujanji biasa
mesti pak imam duduk terpinga
lihat makmum tak kunjung tiba
temujanji mana lebih utama
pilih sahaja bagaimana pula mereka
jemaah di ICT la gamaknya…

Wasiril Azmi
Kuala Lumpur
2pagi

Warga Emas berkata...

USAH CAMPAKKAN MEREKA

usah campakkan mereka
situ bukan layak
tempat mereka di singgahsana
situ layak mereka semayam
mana mungkin lihat dunia
tanpa ada benih suci
dari kantung mereka kedua
mana mungkin jauh langkah
tanpa pimpin tangan mulus
tiada kenal lelah penat
mana mungkin pandai akal
tanpa titip ilmu insani
aliran dari jejak suci
mana mungkin jaya gemilang
tanpa korban suci murni
tiada sepatah terpancul keluhan
mereka harus bersama kalian
mereka bahagia bersama kalian
wahai anak soleh solehah
usah campakkan mereka ke rumah itu…


Warga Emas
Melaka
1.12.2010

Ustaz Saad berkata...

PUJA NAJIS DADAH

apa mahu kesah
usia masih mentah
badan masih bergetah
habis semua diredah
redah sampai rebah
terngadah habis datang musibah
bawa sejuta masalah
peningkan mak ayah
cakap pantang dibantah
terus cepat memangkah
mata tak nampak rumah
jadi tempat singgah
badan makin lemah
kaki tak daya melangkah
hidup sudah musnah
puja najis dadah jadi sampah…


Ustaz saad
sedih melihat anak melayu bergelumang najis dadah

Syakir Retro berkata...

JIKA HARI INI

jika hari ini
kau bisa terbang
terbanglah bebas sepuasnya
nikmati segala anugerah
jika hari ini
kau bisa berlari
larilah sekuat tenaga
redah segenap daerah
jika hari ini
kau bisa melangkah
langkahlah dengan akal waras
jalani hidup penuh ceria
kerana hari esok
ketentuan bukan milik kita
mungkin sayap kan patah
mungkin kaki kan tergeliat
mungkin langkah kan terhenti
nikmatilah hari ini sepuasnya…


Syakir Retro
Johor
3ptg

Qalam Mutiara berkata...

Pencatat berita hiburan Wasiril Azmi tentunya lebih peka dengan perjumpaan para deva yang memang terkenal mewakili negara masing di asia ini, bila dicantumkan pertemuan itu untuk menjadi GEMA BINTANG MENJADI SATU maka pastilah ramai peminat yang sedia ada akan membanjirinya pentas persembahan mereka.Dan tidak ketinggalah anak-anak dan dewasa ,apatah lagi orang muda kebetulan cuti sekolah yang panjang. Tentulah lebih meriah lagi jadinya..

Qalam Mutiara berkata...

Lama Warga Emas tidak menyumbang bicara sajaknya. Kali ini muncul dengan sajak sinis atau amaran peringatan jika yang sedar bertajuk: USAH CAMPAKKAN MEREKA. Ternya pengucapannya agak memelilukan hati orang-orang atau warga emas tua yang mendengarnya. Tetapi begitulah keadaan dunia sekarang. Anak yang pernah diberi kasih sayang, pendidikan dan kepandain,berpangkat dan berkedudukan boleh bertindak menjadi sebaliknya. Nauzubillah. Buat orang Islam semoga tidak begitu. Amin. Tenguk muka ibu bapa pun dapat berkat dan pahala. Bagaimana untuk dapat berkat dan syurga? Jika kita mencampaknya ke rumah orang tua?

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Saad ini mengajar di sekolah mana dulu? Rasa semacam pernah dengar. kalau betullah Saad Sagger. Apa pun pengucapanya amat mudah tidak berselindung lagi. Kisah kehidupan segelinter anak muda kini dengan penyakit najis dadah. Ramai ibu bapa yang berendam air mata dan makan hati langsung mati. Apa bila anak yang diasuh dan disayangi setelah besar jadi pembantah, mengikari akan nasihat ibu bapa, malah mengherdek dan menipu, ibu bapa dan keluarga, malah telah menjadi bangkai bernyawa, sampah masyarakat, dengan lelaki jadi betina. Apa nak jadi dengan penyakit dimurkai tuhan ini? Jagalah anak cucu kita jangan terjebak di dalam kancah najis dadah ini. Amin

Qalam Mutiara berkata...

JIKA HARI INI sajak nukilan daripada sdra. Syakir Retro kalau tak salajh. orang jawo ini? Pengucapannya bagai memberi peransang kuat buat mereka yang ingin berjaya dalam kerjaya masing-masing. Teruskan katakanya jangan anda berhenti atau menanguh untuk hari esok, atau di pertengahan jalan. Selagi ada peluang dan masa masih ada, usia masih muda .Hendaklah terusan berusaha hingga ke puncak jaya. Tetapi apabila anda berhenti mungkin sukar kembali anda untuk menekmati apa yang anda hajati. Dan hari esok tidak seindah hari ini. Amin.

Badrolshah berkata...

KUAH KACANG

Bahan-bahan ( 10 orang )

* 1kg kacang tanah
* 2 batang serai
* 1inci halia &lengkuas-ambil airnya
* 3 senduk gula atau ikut suka
* 1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
* 20 tangkai cili kering
* 1/3 belacan
* 20 ulas bawang merah kecil
* 3 senduk minyak masak
* sedikit garam

Cara-cara

1. Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
2. Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
3. Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
4. Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
5. Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
6. Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.
7. Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah!

Supain Sipaun berkata...

wah! kuah kacang plak kali ni?

Hantu Gigi berkata...

ada kuah kacang dari badrolshah?

Man Pendek berkata...

ni msti mak ko ni badrolshah setahu aku ko mana thu masak...

Jalal Rafzee berkata...

bila baca pasal kuah kacang ni tiba2 teringat satay plak?

Roy Rashid berkata...

kuah kacang resepi turun temurun ker?

Sarah berkata...

aku nk cuba la kuah kacang ni

Pak Awang berkata...

kuah kacang ni kalau xpndai buat hangit

Olie Pajutdy berkata...

resepi balik? ingatkan xde dh pasal resepi?

Jengking Perak berkata...

wah! ada kuah kacang plak kali ni yg best ni

Guest berkata...

aku mmg hantu kuah kacang ni terima ksih badrolshah!

Ghulam Rasul berkata...

kuah kacang ni kalau guna kacang dhal boleh ke???

Ibrahim Lee berkata...

badrolshah ni niaga satay ke?

Mozaire berkata...

kuah kacang saja ke badrolshah? nasi impit dgn satay mne?

Peturalang Tiga berkata...

kuah satay? ni yg aku selera ni

Mat Noh berkata...

kauh kacang ni kalau makan dgn lemang buka selera ni.. hehe

Umar Haslam berkata...

panjang btol cerpen kali ni

Nur Atikah berkata...

cerpen ni sampai siri brapa en nuri?

Saidatina Ayubi berkata...

hadi ni menderita sakit sampai mati ker?

Mat Toopa berkata...

sampai siri 100 ke en nuri? hehehe

Nuri Jaguh berkata...

dia selalu mimpi mak dia? mak dia dh meninggal ke?

Saiful Bukhari berkata...

roh mak hadi nk minta tolong agaknya

Tetamu Malam berkata...

sian hadi ni rasanya masih blum terlambat dia nak bertaubat

Ustaz Muda berkata...

hadi ni x pnh solat ke?

Ustaz Majusi berkata...

itulah hadi bila di timpa musibah bru nk ingat ALlah...

Hadi Hamzah berkata...

sayu je baca cerpen hadi ni harap aku x sesat jauh mcm hadi ni

Halilintar berkata...

cerpen ni ada 3 watak je ke??? xnmpk pun watak yg lain?

Leonard Abdullah berkata...

hadi sempat minta maaf kat mak dia x?

Nuri Ketitel berkata...

entah mcm mana la di alam sana hadi ni

Zuraifah berkata...

hadi hanya termenung je x buat apa2 ke??

Malik Wariya berkata...

bila hadi nak balik jmpa mak dia ni??

Mei Ling berkata...

apa bnda tahajud tu en nuri?

Apek Liew berkata...

haiya! wa tatak paham ini sajak

Harimau Berantai berkata...

sajak ketuhanan plak kali ni

Abang berkata...

lps ni kena perbanyakan sikit solat tahjud mudah2 dapat aura mcm en nuri

Pedang Kesatria berkata...

smbhyg tahajud tu apa? aku solat 5 waktu je yg lain2 xthu plak?

Kembara Budiman berkata...

solat tahajud boleh buat waktu siang x?

Golok Buta berkata...

solat tahajud ni mcm solat hajat jgk ke boleh minta macam2?

Budak Rap berkata...

solat tahajud? solat utk minta apa ni?

Abul Hassan berkata...

lps ni aku nk buat solat sunat la..

Saizul Maizav berkata...

aku solat sunat ni mmg xthu aku cuma pentingkan solat wajid jer...