Sabtu, 25 Disember 2010

KEMBALI KE LANDASAN SEBENAR





Jika kamu telah jatuh!
dari perjalan yang tergelincer
kembalilah ke landasan yang sebenar
agar perjalanmu kini tidak akan sia-sia.

Begitulah keretapi laju!
tidak akan menerus berjalan
jika tidak duduk di landasan sebenar
kerana sukar sampai ke arah hala tujuan.

Begitu kita yang gelincer
bersegeralah muhasabah diri
kembali semula ke jalan yang benar
semoga kehidupan kita  penuh berarti
sebelum perjalanan kita ini diarah berhenti.

 
Oleh: Nurimanja,
2hb September 2010.
semasa perjalanan ke Perak.




50 ulasan:

nurimanja berkata...

SIRI 13.

CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________


HADI terkejut dari lamunannya. Apa bila sebuah teksi menyelinap masuk, lalu berhendi di hadapan rumah sewanya. Madian turun tergesa-geasa, berlari merempuh masuk dengan menolak pintu yang diperbuat dari papan kadbot . Dawai yang mencakuk kuncin tanpa ensile itu putus, pint uterus terbuka.

“Kenapa madian ini?” Pekek Hadi di dalam hati. Bila melihat sahabatnya, masuk dengan tergesa-gesa. Mahu rasanya ingin marah bila melihat kelakuan Madian itu, tertapi belum pun sempat Hadi bersuara, Madian sudah pun berdiri di hadapannya.

“Hadi! Cepat siap…” Kata Madian kepada hadi seperti memerintah dan mengarahkan sesuatu. Hadi jadi terpinga-pinga melihat kelakuan sahabatnya itu. Belum pun sempat
Hadi bertanyakan sesuatu. Madian kumidian tergopoh gapah segera menghimpunkan semua barang keperluan bersama pakainnya dan juga kepunyaan Hadi di sumbatkanya ke dalam beg pakaian mereka masing-masing.


Hati bertambah hairan melihat kelakuan Madian yang agak luar biasa hari ini. Mata Hadi terkebil-kebil melihat telatah Madian. Hadi masih juga di tempat pangkin pembaringannya. Dia melihat kelakuan ganjil madian, ingin bertanya, takut dimarahinya pula. Ini mungkin ada sesuatu yang kurang menyenangkan hatinya itu.


“Kau dah sihat?” Tanya Madian selamba.

“Kurang sikit, tapi muka dan dada aku masih panas,” Jawab Hadi.

“Ubat kau dah makan?”

“Sudah..pagi tadi.”

“Sekarang siap ikut aku.”

“ Nak kemana pula?” Tanya Hadi agak tinggi sadikit suaranya.

“Cepat-cepatlah siap! Teksi dah lama menunggu tu!”

“Eh! Aku tanya ni, hendak kemana?” Pekek Hadi agak hairan

“”Kau tentu dah sihat?” Madian seperti tidak menghiraukan pertanyaannya. Hati Hadi bertambah marah.

BERSAMBUNG.

Siti Hajar berkata...

BUANGKAN SEPAH ITU

apa lagi yang tinggal
manis sudah habis
apa lagi dsimpan
buangkan saja sepah itu
menyesal sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian sendiri merana
malu dipandang orang
malu dicerca teman
pada pada diri sendiri
pada tuhan bagaimana
perut sudah memboyot
hasil cinta palsu
dari benih haram
jelmakan anak haram
yang lahirnya tetap suci
apa nasibnya nanti…


Siti Hajar
Sarawak
11malam

Raja Muda berkata...

DAULAT

bumi ini bumi berdaulat
daulat payung mahkota
payung mahkota payung keramat
waris kesultanan melayu
jangan kita lupa
daulatnya daulat bertempat
masih ada yang maha hebat
penguasa sekalian alam
pentadbir semua makhluk
walau kuning walau hitam
walau putih walau coklat
semua tiada beza
asal tetap dari tanah
pasti pulang ke tanah jua
walau mangkat atas tahkta
walau mangkat junjung dijulang
walau mati dihujung senjata
walau mati ditengah lautan
walau syahid di medan perang
tetap juga ke sana tiada beza
di sisi tuhan semua sama
cuma beza amal iman taqwa
daulat paling agung tuhan esa…


Raja Muda
di perkarangan istana

Suara Rakyat berkata...

PENYIBUK SI PAK SIBUK

Penyibuk ada sahaja akal buruk
sana sini asyik mencucuk
lagak bagai burung belatuk
dalam diam asyik mematuk
dasar hati busuk
datang tiada diundang
terjah ke laman orang
rebung tiada miang
bemban pula yang miang
jaga tepi kain orang
canang segenap gelanggang
diri sendiri lintang pukang
usah lagak bagai pembela
serbu tanpa usul periksa
lain orang makan nangka
lain pula yang kena getahnya
pergi kau ke sana segera
sebelum dirimu hentak di kepala…

Suara Rakyat
Melaka
24.12.2010

Ayu Manja berkata...

KANTA LENGKAP ILUSI

andai ada kanta lekap ilusi,
dapat membutakan mataku
dari segala realiti,
akan aku usaha untuk beli
walau berjuta harga
walau sejauh angkasa
kerna aku tak mampu membawa
seluruh diri keluar dari alam nyata
jika hanya mampu mata
ini dibawa lari,
akan ku pakai kanta lekap
ilusi sampai bila-bila
biar hanya nampak ilusi
dimana aku yang menentukan
segala isi patri


Ayu Manja
di dalam kapal terbang

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Siti Hajar yang dicengkap kesepian kini menceritakan pula mungkin segelinter kisah
Masyarakat setempat agaknya. Teman atau kawan yang biasa dikenali, kerana terlalu bebas
Memburu cinta kini tergadai dengan cinta palu dan berlandasskan hawa nafsu. Apa bila kita berduaan , kita lupa orang yang ketiga.Dialah syaitan yang mengoda dan memberi bisikan yang mempersonakan. Oleh itu jauhkan diri dari berduaan. Apatah lagi di tempat sunyi.Jika perkara buruk sudah berlaku, siapa yang menanggung malu ,tentu ibu bapa dan diru sendiri. Lebih melalukan si jantan pula melarikan diri.enggan mengaku anak sendiri. Minta dijauhkan dan dilindungi Allah perkara ini. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Raja Muda perpandangan berjiwa rakyat menceritakan tengan DAULAT . Benar tiap puak atau pun kaum pada dasarnya zaman nabi dan sebelumnya memang ada ketua atau khafilah masing-masing. Mungkin orang cina datang ke KL Yap Ah Loy ketua mereka. Begitu juga dengan raja-raja Melayu sultanlah ketuanan mereka. Cuma kini kuasa pengurusan diminta dikendalikan pada menteri dan ketua menteri. Atas mensetabirkan demonkerasi dan keadilan. Sepanjang 53 tahun ini
ternyata tiada seorang sultan pun yang murka. Sultan juga mengangap rakyatnya semua hidup sejahtera’ Tetapi lewat kebelakangan ini ada sikit tercabar dan sultan murka, tanyalah siapa punya angkara? Sultan pun tidak minta apa-apa, cukup buat rakyat sekadar hidup beriman dan bertakwa, kerana kita Semuanya akan menuju ke sana. Amin.

Qalam Mutiara. berkata...

SUARA RAKYAT yang selalu membawa cerita penuh sarat, kali ini sajak yang selalu tidak puas hatinya bertajuk: PENYIBUK SI PAK SIBUK. Pengucapannya ternyata marah dan geram kepada pernah dicelarukan. Kini cuba lagi tabur gula-gula dan ingin sambung sandiwara. Tidak kira si penulis atau pun siapa. Amat hairan dan berduka cinta. Bukan orang biasa , malah Pak haji yang lilit serban pun boleh percaya? Nak senag dan mudah . kita kata: DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN! Habis cerita. Itulah label sebaiknya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Ayu Manja bila sebuat namanya teringat sahabat lama en nuri . Masih hidup entah tiada. Di Seri Aman? Kalau ada mungkin 70an umurnya. Sajak Ayu kali ini KANTA LENGKAP ILUSI. Ini Sudah jauh melengkapi zaman. Ternya pengucapannya lebih membawa diri keluar dari dunia reality atau kenyataan. Lebih selesa lagi bermain dengan dunia atau alam ilusinya. Kerana apa cara sekali pun kita yang menguasainya. Bagaikan sama jugalah dengan en nuri dalam cerpenya, dia yang tulis dia yang menentukan permulaan dan penutup cerita, nak bagi siapa hidup siapa mati. Cuma ilusi dalam penceritaan. Tetapi kita cuma boleh berkhyal perkara yang baik dan memberi memfaat saja. Amin.

Atan Yahoo berkata...

LAKSAM


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 3cwn tpg beras
* 1/2 cwn tpg gandum
* 4cwn air suam
* >>bahan kuah:
* Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
* Sdkt halia
* Sdkt bwg putih
* Sdkt bwg merah/besar
* Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
* Santan
* Asam keping
* Sdkt garam
* Sedikit gula merah/gula
* >> Bahan ulam
* timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
* >>cili:
* cili merah
* belacan
* garam
* limau

Cara-cara

1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Jalal Rafzee berkata...

madian nak bawak hadi ke mana plak ni?

Ali Conan berkata...

sampai sewa teksi nk pegi mne plak?

Malik Wariya berkata...

tergesa2 nampaknya dorg ni nk ke mana?

Abu Hanifah berkata...

dorg nk pegi mana plak ni?

Olie Pajutdy berkata...

kat sini mmg suspen x thu dorg nk ke mana?

Encik Mahatdir berkata...

madian nk bawak hadi berubat agaknya

Pak Awang berkata...

madian tu nak bawak hadi ke mana??? makin suspen plak?

Halilintar berkata...

dah sihat suruh ikut dia plak madian ni?

Mozaire berkata...

rasanya madian nak bawak hadi jmpa mak dia la...

Ummu Akilah berkata...

madian ni bagi suspen plak?

Zainal Arifin berkata...

mmg kami tertunggu2 cerpen seterusnya sbb suspen jgk ni

Mat Toopa berkata...

dia nak bunuh hadi ke? hehehe

Danial berkata...

ke mana plak dia nak bawak hadi tu?

Meor Zaki berkata...

la.. hadi berangan2 rupanya

Saizul Maizav berkata...

yg sebelum ni smua bukan realiti hanya khayalan je ke?

Lagenda Pulau berkata...

mana plak dia nak bawak hadi tu siap naik teksi lagi?

Abul Hassan berkata...

suspen ni dia nak bawak hadi jmpa dgn mak dia semula ke?

Harimau Berantai berkata...

ni msti dia nak ajak hadi pergi hospital ni

Sarah berkata...

ada teksi plak? madian ni nk hntr hadi balik kmpung ker?

Zuraifah berkata...

mana plak dia nak bawak hadi malam2 tu?

Badrolshah berkata...

ingatkan sajak sy rupanya sajak en nuri mcm sajak sy dulu jgk pasal kereta api..

Shukri Latif berkata...

sajak ni mcm ada unsur politik jer

Lukiee berkata...

sajak kereta api? pasal apa ni?

Salam berkata...

sajak psl kehidupan ke ni?

Supain Sipaun berkata...

nampaknya sajak en nuri ni ada simbolik....

Putera Damien berkata...

sajak psl apa ni? mcm nasihat jer..

Haji Atang berkata...

sy dulu pun pemandu kereta api tp x lama sbb sy kemalangan pihak atasan buang sy...

Sulaiman Embong berkata...

sajak ni mcm ada sinis jgk ni... hehe

Sufian Al Zahri berkata...

skrg org x guna kereta api skrg guna komuter... hehehe

Busur Berduri berkata...

sajak politik plak! aku no komen takut kena saman ape2pun sokong sajak en nuri ni

Comel berkata...

laksam plak! hahaha

Puteri Bunga berkata...

laksam ke laksa ni?

Puteri Aisyah berkata...

laksam ni yg sedap ni... hehehhee

Puteri Aisyah berkata...

laksam ni yg sedap ni... hehehhee

Abang berkata...

niaga laksam ke atan yahoo? hehehe

Emily Bayans berkata...

laksam ni apa xpnh dgr pun????

Ghulam Rasul berkata...

laksam plak? kena cuba ni

Adi Cana berkata...

laksam ni makanan org mana?

Geletek Malam berkata...

esok makan laksam la nampaknya aku ni

Karim Ghani berkata...

laksam plak! aduh sedapnyer lapar plak aku ni