Khamis, 9 Disember 2010

BILA ALAM MELUAHKAN KATA




Yah....begitulah...
alam selalu berbicara
tapi ada waktunya...
alam berteriak keras dan lantang

Mengapa?
Untuk memfungsikan kembali telinga kita
membuka mata menghentikan sepak terjang kita
yang melewati batas

Yah....begitulah...
semuanya...adalah....
hasil dari tangan-tangan kita
sebagaimana....
Allah firmankan dalam Al Qur'an

Oleh: Lagenda Pulau  (5)n1
Asal Serawak,
kerja di Pahang .





50 ulasan:

Warga Emas berkata...

POKOK HIJAU

Dulu pohon itu kita daki.
Kita masih belum kenal siapa diri.
Pohon lembut itu kita goncang.
Dan daun suci gugur seorang.
Kini aku terbayang sendiri.
Di pohon itu mungkin ada salji.
Aku terbayang juga.
Pohon itu ada sakura.
Pokok sudah ditebang.
Hanya tingal lalang.


Warga Emas
ketika duduk termenung di anjung rumah

Profesor Lanang berkata...

SENYUMLAH SEMUA

tak perlu alasan untuk senyum.
hanya senyum biar hebat mana.
senyuman jangan dilupa.
setiap makhluk juga.
semuanya senang dengan senyuman.
senyuman itu dakwah berkesan.
senyuman itu hiburan baik.
senyumlah semua senyum dalam hati
tak salah untuk senyum.
biar hati susah namun
senyuman tetap diberi.
biar dikata berlakon pun.
senyuman tetap indah.
biar senyuman itu menyindir.
ia pasti sindiran terindah.
kerana senyuman itu indah.
jadilah ia tanda bahagia.
kerana senyuman itu indah.
lahirlah dari hati yang indah.
kerana senyuman itu indah.
senyuman itu anugerah.
sudah 30tahun aku hidup dunia ini.
sejak dulu hanya senyuman ku pinta.
kerana senyuman ku ikhlas beri.
aku tahu hanya senyum ku termampu.
kata-kataku tak hebat senyumanku.
senyuman ku beri untuk semua.
kerana ku harap senyum terikat.
aku yakin senyum ku lihat dulu.
aku mahu mati dalam senyum
agar semuanya senyuman diingati.
biar gagal aku pasti tersenyum.
kelak kepada zuriatku
senyuman kuwariskan.


Profesor Lanang
ketika selesai mengajar pelajar UTM
rata2 semuanya muka monyok saja

Raja Muda berkata...

SESUDAH HARI INI

detik ini berikan pada aku
biar aku lunaskan apa yang perlu
senyap aku tahu patah bicaramu
mari dekat denganku
aku mahu dengar deru nafasmu
habiskan waktu ini dengan bercinta
kata perpisahan kau bisukan sahaja
isi ruang sifar dalam hatiku
untuk kali ini kemudian,
terbanglah membelah awan
larilah mengejar pelangi
berlumba hampiri bintangmu
halang itu tiada
yang ada cuma derita
cinta itu bukan rasa yang ada
utk aku pergilah sesudah hari ini
mungkin tujukan kekasih
tak punya rasa


Raja Muda
Selangor
5pagi

Prof Naquib berkata...

BIDADARI KELAM

dia sang bidadari
cantiknya tidak terperi,
jika ingin disanding
bidadari serata negeri,
nescaya malu mereka
takkan habis ditagih
lahirnya bersalut emas putih,
diberi susu berkualiti tinggi,
duduk hanya di istana reti,
tak pernah sekali berani pergi,
takut takut jiwanya mati,
apabila dara mula menyingsing,
diratah para dewa serata tertinggi,
demi nafsunya mereka kononnya suci.


Prof Naquib
ketika di padang UM

Qalam Mutiara berkata...

POKOK HIJAU Sajak bersimbolik dari Warga Emas punya maksud yang tersendiri, sukar juga utuk menangkapnya, Mungkin satu memory lama yang masih kental bersemadi disudut hati, Cuma andaian, keberangkalian mengenang zaman penjajah yang dahulu kita sering memujanya tanpa diketahui ada muslihat disebaliknya, kini penjajah2 telah pun pergi yang tinggal cuma kesan atau bekas sejarah penjajahannya yang usang, kini cuma ditumbuhi lalang. Kini kehijauan semua milik kita Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak SENYUMLAH SEMUA daripada Profesor Lanang, pengucapannya kali ini meminta agar kita mengamalkan budaya paling senang senyum;Mengukir senyum juga dikira pahala sedekah, jika kena gaya dan tempatnya dengan hati yang ikhlas. Bolehkah anda atau khalayak mengatasinya? Cubalah mengatasi masallah dengan dengan sebaik mungkin, untuk anda bebas dan barulah senyum anda nampak ceria. Semoga boleh menghayati atau mengamalkan gaya Hidup Profesor Lanang. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

SESUDAH HARI INI sajak daripada Raja Muda pengucapannya terasa ingin menceritakan bahawa cinta itu sebenarnya tiada, mungkin dia boleh datang dan pergi seperti angin, sebenarnya hatilah yang menilai erti cinta, dan hati jugalah yang boleh membenarkan masuk ke ruang kosong untuk cinta itu bersemadi di dalam hati sesaorang. Setekah lama barulah dapat dinilai erti kasih dan sayang. (biasanya perasaan ini sering dimiliki orang yang lebih tua) tetapi orang muda hatinya sering berubah-ubah, selalu gagal menekmati erti cinta. Kalau rasa tidak percaya, tanyalah Pak Ngah But? Pak Bostaman, Pak kassim, Atok, Orang lama, dlln lagi Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Prof Naquib dengan sajaknya bertajuk: BIDADARI KELAM. Pengucapannya Agak bersimbolik untuk menangkap maksudnya. Sekadar andain sahaja, Mungkin Prof mencerita taraf hidup seaorang yang dikelilingi kemewahan, anak gadis mereka dibelai bagai bidadari, sehingga dewasa masih kabur dalam kehidupan, untuk mencari pasangan pastilah yang berkedudukan. Demi ada mertabah dan darjat, tidak kira sang anak boleh diserah untuk kebahagian di dunia sahaja. Semoga tidak semua begitu. Amin.

Jalal Rafzee berkata...

RENDANG TOK


Bahan-bahan

* 1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
* 2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
* 1/2 cawan kerisik
* 1/2 biji kelapa utk kepingan - dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)
* 100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah
* 1 batang kulit kayu manis
* Garam secukup rasa
* Bahan2 kisar:-
* 2 sudu besar ketumbar
* 1 sudu besar/teh lada hitam
* 1 sudu teh serbuk kunyit
* 1 sudu besar/teh jintan putih
* 1 sudu besar/teh jintan manis
* 3 biji buah keras
* 3 kuntum bunga lawang
* 25 biji cili kering
* 5 batang serai
* 5 cm halia
* 20 biji bawang kecil

Cara-cara

1. Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis2
2. Gaul daging dengan bahan2 yg dikisar
3. Masukkan daing yg telah digaul dgn bahan2 kisar tadi ke dlm kuali.
4. Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dlm kuali.
5. Panaskan kuali di atas dapur dgn api sederhana.
6. Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa.
7. Perlahankan api dan kacau hingga kering.

Tanpa Nama berkata...

fgnjgf

Tinta Bayu berkata...

sajak en nuri tinggi la sapa plak anak terjun dalam kolam?

Ustaz mahfuz berkata...

tinggi jgk sajak en nuri kali ni susah nk tangkap....

Hamba Allah berkata...

sajak lagenda pulau ni mcm sajak ketuhanan saja....

Kota Gersang berkata...

cikgu jamilah ni xkn hbis mcm tu jer?

Danial berkata...

alamak! menjadi teka teki plak apa jd kt cikgu jamilah?

Puteri Aisyah berkata...

esok cerpen apa la plak en nuri letak nanti?

Saizul Maizav berkata...

cerpen en nuri ni byk suruh kita berpikir sndiri akhir sekali....

Nuri Kecil berkata...

eh! xkn hbis mcm tu je en nuri???

Srikandi Juwita berkata...

x sabar nk thu esok cerpen apa plak?

Lukiee berkata...

sajak lagenda pulau pun biasa2 je bila plak sajak sy nk masuk ni???

Lukiee berkata...

sajak lagenda pulau pun biasa2 je bila plak sajak sy nk masuk ni???

Puteri Bunga berkata...

best lagi sajak en nuri dari sajak lagenda pulau ni...

Puteri Bunian berkata...

harap2 esok sajak sy plak jgn guest door silap lagi sudah?

Jeffry berkata...

kenapa byk sajak guna tajuk alam????

Qaseh Iman berkata...

x sabar nk tunggu sajak dari ahli bru...

Capricorn berkata...

guest door pilih sajak mcm mana? kebanyakan x best jer...

Atan Yahoo berkata...

sajak lagenda pulau pun x berapa nk best jgk...

Zainal Arifin berkata...

eh! kalau mcm ni senang la aku nk buat rendang tok nnt...

Jupri Halim berkata...

eh! kalau x salah aku rendang tok resepi ni yang aku makan rumah jalal hari tu....

Imtiyaz berkata...

rendang tok pun ada! dasyat la blog ni...

Hadi Hamzah berkata...

wah! pemurah jalal ni sekali rendang tok dia bagi...

Budak Surau berkata...

jalal lambat bagi la resepi ni kalau masa raya korban dulu boleh jgka aku try sbb aku dapat byk daging

Pak Ngah But berkata...

rendang tok plak jalal bagi? sy dh fobia dgn daging ni.....

Orang Lama berkata...

rendang tok ni org muda2 boleh la cuba org tua ni susah sikit la darah cepat naik....

Brader Joe berkata...

esok insyaallah aku nk bagi resepi bubur asyura plak? hehe

Satria Juragan berkata...

rendang tok plak kali ni????

Ku Dania berkata...

sajak apa plak lagenda pulau bagi ni?

Sudin Ramlee berkata...

sajak lagenda pulau ni mcm sajak jiwa2 jer....

Mat Toopa berkata...

xde plak sajak yg menarik semua sajak bosan la....

Ustaz Zulkainan berkata...

rendang tok! alamak sy x boleh makan daging darah naik...

Datuk Hasbi berkata...

kalau rendang ayam boleh la cuba ni rendang daging sy x tahan....

Siti Hajar berkata...

resepi ahli sumbang ni kalau kumpul boleh buat buku resepi dh ni....

Ustaz Nasarudin berkata...

eh! taya korban dh hbis bru jalal nk sumbang pasal rendang plak?

Pejuang Islam berkata...

esok sajak letak yg best2 sikit en nuri....

Bulan Terang berkata...

byk sajak jiwa2 je dari ahli citra rasa kali ni....

Tok Mahat berkata...

esok letak sajak simbolik plak? sbb minggu ni samua sajak ahli mcm jiwa2 jer....

Haji Atang berkata...

lagenda pulau ni sajak pasal apa plak?

Tuna Tatiati berkata...

sajak penjaga blog xde ke en nuri???

nurimanja berkata...

TAHUKAH ANDA?


Bau harum kasturi itu berasal dari daging kejang yang tumbuh di bawah perutnya, berbentuk bulat seperti bola pinpong atau golf,.

Lama kelamaan dia membesar, cukup masanya, dia akan gugur atau jatuh, sesiapa yang bernasib
baik, seribu. dua ada orang sangup membelinya.

kerana darinya boleh menghasil minyak wangi bau harum kasturinya. Bentuknya bulat diluarnya berbulu seperti kulit kijang. Anih susah untuk mendapatkannya.

Qalam Mutiara berkata...

QM mengulas cerpen:


Cerpen ini cerita pendek yang kita tulis sekadar sambil minum kopi,
cuma, kita masukkan gambaran, watak dan aksi penceritaan itu
yang lebih berkesan untuk menghidupkan cerita, melukis atau cuba mengambarkan keadaan itu yang selalu menghidupkan cerita. Akhir
sekali ada komplek atau ketegangan boleh menghidupkan cerita,

Setakat ini kami menunggu cerpen bersiri dari Ahli baru ataupun lama. cara-cara untuk menulis telah pun diterangkan dahulu. Esok tidak ada cerpen. kalau sesiapa yang ingin mencuba, silakan! pendek pun tidak mengapa, asalkan dia cerita pendek - cerpen.