Khamis, 30 Disember 2010

DI DALAM SEBUAH KEHIDUPAN KITA



kategori sajak kerabat di raja.


Didalam sebuah pencarian.....
manakala langkah-langkah tak goyah
kita akan bertemu dengan kekerakraban
dan jangkauan yang lebih luas
Didalam sebuah pencapaian...
manakala tapak-tapak membekas di fikiran
kita akan semakin dewasa dan bijaksana
menjadikan sikap yang lebih memahami

Didalam sebuah peruntukkan....
manakala berbagai pilihan datang
kita akan semakin adil menemui pendirian
kerana waktu yang terus berjalan
Perjalanan kita adalah....
keharusan untuk menjadi berani
membiasakan diri....
menghirup hal-hal yang bermanfaat

 
OLEH: RAJA ZAKI
Istana Selangor
Tanpa tarikh, Terbit semula 30/12/2010.





50 ulasan:

Suara Bebas berkata...

_


WAWANCARA: KENAPA SAYA JADI MANUSIA BEBAS KATA EN NURI OLEH SUARA BEBAS.



1. Pertama saya tertarik dengan ustaz haji Omar dia ada kelulusan dari mesir ditawarkan jadi mufti pun dia tolak sanggup mengajar sekolah rakyat gaji tak berapa. Malah kerajaan nak bantu buat masjid pun dia tolak takut duit
subahat, lalu masjid terbengkalai. Tetapi saya tak nampak dia kuat parti mana mungkin tak mengundi kut.

2. Saya takut bersubahat, jika orang yang saya beri dia undi kemudian menang jadi YB kawasan saya tinggal. tapi dia membenarkan perkara maksiat berlaku , seperti sarang pelacur , rumah urut batin luar dalam, kedai arak dan judi, nomber ekor, lotteri, lumba kuda , kita juga dikira bersubahat, kata Haji ustaz Omar dia sudah pun meninggal dunia (alfatihah) saya
yakin dia fakar hukum fekh dalam syariah Islamiah.

3. Apa-apa pun lewat kebelakangan ini banyak orang mempermainkan agama untuk kepentingan parti atau dirinya sendiri. Sebenarnya parti apa pun mereka duduk dalam dewan macam kawan biasa sahaja. cukup bulan terima gaji dan elaun, kita yang di bawah ini yang tak tahu apa, bergaduh dengan kawan, adik beradik pasal parti, Ini kerja gila.

4. Semuanya terpulang, bukan untuk menghasut , kita bebas bersuara itulah negara Malaysia. kini ada bertamabah ramai orang bebas yang duduk atas pagar cuma memperhati saja. mungkin hampir 60 peratus.

Di kelantan parti siapa dapat tarik
manusia bebas ini, anak muda belia besar kemungkinan dia menang. Peluang lebih cerah pada Najib, asalkan jangan putar belit dan cakap tak serupa bikin, buat janji semua bohong dan palsu (bila dilabel : Dengar boleh percaya jangan! amat bahaya) susah tarik hati mereka.

Kembara Budiman berkata...

BAGAIMANA KALAU

bagaimana kalau
tiba-tiba jarum
waktu yang berdetik terhenti
aku terpaksa pergi
tinggalkan kamu tanpa sempat
bicara dan mengucap akhir kata
bagaimana dapat aku
sampaikan pesan ucap maafku?

bagaimana kalau
tiba-tiba engkau
mencari-cari aku
serata pelusuk namun
aku telah tiada lagi disini
tentu terbayang
duka dalam hatimu
kerana tak sempat
untukmu mendengarkan pesanan
dan ucap maafku?

bagaimana kalau
itu terjadi hari ini
atau esok atau lusa
sebelum aku sempat
menyampaikan pesanan
engkau pula tidak sempat
mendengarkan permohonan maafku?


Kembara Budiman
UiTM
11malam

Suara Rakyat berkata...

KAMU KELDAI

bukankah kamu itu manusia
mengapa jadi keldai
yang semua sedia maklum
yang bodoh mengikut sahaja
yang tahu bawa beban
apa mendatang tiada dihirau
disuruh bawa batu turut sahaja
akhirnya mati tertindih
disuruh bawa bara api
turut sahaja akhirnya mati terbakar
disuruh bawa dadah
juga turut sahaja
akhirnya engkau yang susah
terperosok dalam penjara
tali gantung sedia menanti
jadi keldai dadah
tuanmu terlepas pergi
begitu sahaja mana nilaimu...


Suara Rakyat
sajak simbolik sikit

dam catur berkata...

ROKOK

Nyalakan Rokokmu Itu
Dengan Nyawamu Dan
Kemudian Biarkan Ia
Terbakar Seperti
Matahari Malam
Yang Berbau Darah
Gelapnya hati kamu
Tak nampak apa
Mengapa enggan kau terangi?
Ingin sekali aku
lihat nama aku
Penuhi ruangan ini
Biar aku nyalakan api.
Agar nampak aku segalanya.
Oh..Bukan nama aku seorang
Ada disini. Patutlah..
kau gelapkan dari pandangan aku.


dam catur
ketika hisap rokok

Tengku Anita berkata...

BELAKANG

biar kasihku tebal.
biar sayangku menggunung.
biar cintaku dalam.
tetapi andai hatimu
dilukai berulang kali,
aku rela kau pergi
dari terus disakiti,
oleh aku ini,
paranoid menghantui diri.
aku tatap kamu dari belakang
ya, kamu kini berada di depanku
jauh di depan ku
takkan menoleh lagi
kepadaku seperti dulu
tak apa, aku sudah biasa
tak akan aku meminta
tapi, kamu pernah di belakangku
menatapkuaku senang mendengarnya..
tanpa ada apa-apa
tapi itu sudah berlalu
sekarang aku yang begitu..


Tengku ANita
selayang
28.12.2010

Qalam Mutiara berkata...

Sdra Kembara Budiman dengan tajuk sajak BAGAIMANA KALAU. Pengucapannya terasa
Bagai orang ingin meninggalkan amanat kepada sesaorang dengan apa yang pernah berlaku
Dan mungkin juga pernah bersama.Mungkin ada sadikit sebanyak akan pertelengkahan, kini
Berjauhan terasa ingin memohon maaf , tetapi bagaimana kalau salah seorang dari kita bagai jam yang detiknya terhenti, pasti sempatkah di antara kita untuk memohon maaf bermaafan, dikhuatiri jikalau kita tidak sempat berjumpa. Maka tidak dengarlah akan segala pemohonan maafku. Semoga allah mengizinkan. Amin

Qalam Mutiara berkata...

KAMU KALDAI begitu tajuk sajak daripada sdra. Suara Rakyat. kali ini Ternyata pengucapannya
menceritakan akan kebodohan bangsa sendiri yang sanggup mengambil upah sebagai kaldai membawa barang kepunyaan orang lain. Mungkin untuk melepaskan dari pemereksaan atau sekatan, jika berjaya rasanya tentulah hasilnya berlipat ganda. Tetapi si kaldai ini cuma dapat tidak Seberapa , tetapi kalau tertangkap barulah mengadu kepada ibu bapa. Selama ini wang yang Dikerim kencang ribuan ringgit sebulan ibu bapa tidak tanya pula darimana hasil datangnya. Begitulah orang kita. Bila dah kena baru nak tanya. Semoga berhati-hatilah dengan kelakuan anak bini atau suami yang mencurigai kita. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Sambil bermain Dam Catur masih boleh mengetengahkan sajak bertajuk ROKOK. Begitulah
seorang manusia bernama Dam catur, katanya dia juara di kampungnya soal main dam catur.
Penceritaannya kali ini pasal isap rokok yang dihisap, biasanya kata orang memendekan nyawa. Membakar diri membakar wang tiga kali makruh. Buah wang percuma, makanan yang tidak mengenyangkan malah boleh memudaratkan, dan isap sambil berdiri danberjalan.Apa-apa pun buat yang sudah mangli, kena rokok semacam dapat bini baru, malah ada manusia sambil dia melepas pun boleh merokok lagi. Begitu asyik dan menakjupkan angkara rokok. Sebaiknya tidak boleh buang, kurangkan sadikit isapan . Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak sdri. Tengku Anita yang bertajuk: BELAKANG. Pengucapannya bagai ada sesuatu dan sajak berbentuk jiwa-jiwa yang terasa bagai tiada keyakinan dianatara satu sama lain, dan masih curiga mencurigai dan mungkin ada cerita lain dibelakang takbir. Jikalau asap kali hati boleh dilukai, lama kelamaannya akan menjadi parah. Tidak perlu lagi Cuma memerhati dari belakang. Sebelum hati luka parah dan berdarah, kemukakan secara empat mata berhadapan dengan kenyataan. Supaya hati tidak berbulu mendengar cerita dari belakang. Sebaiknya cuba bersemuka agar hialng segala curiga dan prasangka. Amin.

Asyar Mujid berkata...

Kurma Ayam

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

* 500 gm ayam di potong sederhana besar
* 1000ml santan
* 2 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 3cm halia
* 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
* 2 biji kentang besar
* 2 biji cili hijau
* 1 biji bawang besar dibelah empat
* 1 biji tomato dibelah dua
* 1 sudu makan kerisik
* garam, ajinomoto
* Klik di sini untuk isi bahan
* Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

1. Bawang besar , b.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.
2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.
3. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.
4. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & ajinomoto.
5. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.

Brader Joe berkata...

sajak kehidupan ke ni?

Budak rap berkata...

sajak khidupan je byk kali ni

Zainal Arifin berkata...

sajak minggu ni smuanya pasal khidupan dan ketuhanan jer?

Diana Sanubari berkata...

menarik jgk sajak ni

Bob Kuli berkata...

byk sajak bila baca msti ada keinsafan

Harimau Berantai berkata...

nmpknya sajak pengaaran je kali ni

Jupri Halim berkata...

tv animal pun boleh dpt ilham buat sajak?

Tengku Anita berkata...

sajak apa plak raja zaki bagi ni

Raja Muda berkata...

sajak khidupan ke raja zaki?

Mona berkata...

menarik jgk sajak raja zaki ni

Sarah berkata...

sajak raja zaki ni aku langsung xphm

Siti Hajar berkata...

sajak agak snang tp x phm mksud jer..

Tetamu Malam berkata...

sajak kerabat di raja plak/

Olie Pajudty berkata...

sajak pasal apa plak ni?

Prof Naquib berkata...

sajak raja plak? hehe

Nurse Lisa berkata...

sajak yg mudah je kali ni

Karim Ghani berkata...

wah! kurma ayam la....

Satria Juragan berkata...

kurma ayam susah nk buat ni slalu aku pakai perencah jer?

Ibrahim Lee berkata...

kurma ayam ni apa bnda?

Awang Leman berkata...

kurma ayam kalau makan dgn nasi minyak perghhh!!!

Salina berkata...

esok nk cuba la kurma ayam ni

Julia berkata...

selalu makan kurma ayam yg dalam pek pnya kali ni nk cuba sndiri la

Puteri Bunga berkata...

kurma ayam!! sedapnyer... esok aku nk cuba!!1

Suara Misteri berkata...

kurma ayam paling aku cari2 selama ni

Razak Abu berkata...

kurma ayam!! wah! mcm2 ada

Qalam Musoffa berkata...

baru semalam aku makan kurma ayam.. hehe

Salam berkata...

resepi mana pnya asyar dapat ni?

Penjejak Badai berkata...

eh! panjaga blog pun sumbang resepi?

Ku Dania berkata...

esok penjaga blog yg mana plak sumabng resepi? hehe

Brader Joe berkata...

smua pakat sumbang resepi plak? aku nnt nk sumbang jgk la

Mei Ling berkata...

sapa plak ustaz omar tu en nuri?

Suara Rakyat berkata...

ni en nuri ke suara bebas pnya ceita ni?

Nabil Quldi berkata...

undi pun boleh jd bersubahat?

Nur Atikah berkata...

sokong sbb kdg2 pasal parti pun nk gduh mmg keja gila!

Pak Ngah But berkata...

mmg skrg ni byk jd bebas sbb keliru mana btol

Guest berkata...

btol tu bebas lagi snang x menyebelahi mana2?

Qulbai Khaisai berkata...

aku naik pening baca cerita suara bebas ni sbb keliru ni en nuri kata ke suara bebas? jgn putar belit suara bebas....

Sufian Al Zahri berkata...

suara bebas kata jgn ckap putar belit sekali suara bebas yg ckp berbelit-belit... hahahaha

Mozaire berkata...

aku pun ikut suara bebas x sebelah mana2 pihak...

Guest Door berkata...

HARI INI AKU KENA TOLONG JAWAB RENGKAS SAHAJA. OKEY!


- kata en nuri: Mungkin dari keturunan jawanis sebab disebelah ibu en nuri telahpun menjadi (aruah) kena panggil Tuk Wan Naim, jadi kepada en nuri kena panggil nenek padanya atau Nyang. Tuk Nyang Naim itu maksudnya nenek (Nyang) umur tak tanya pula.


- Wawancara itu tentulah kena soal jawab, bagi cerita sedikit, dan menulis dengan cara berbual baru ada kesan apa yang dia kata atau cerita, baru ada keyakinan si pembaca. itulah cara majallah mestika laris jualannya; itulah yang dikata oleh ( suara bebas)

Kini aku sedang belajar bagaimana untuk menulis lebih berkesan.