Jumaat, 3 Disember 2010

BOM KESABARAN




rasa ingin menangis
rasa ingin meraung
air mata tak mampu menitis
suara lantang tak kulontar
semuanya kusimpan semuanya kutelan
agar jadi bahan peledak hebat
buat diletupkan bila tiba masanya
benteng kesabaran masih kukuh
masih tiada goyahnya
walau sumbu sudah ternyala
masih jua belum meletup
diamku bukan bermakna kalah
diamku bukan bermakna lemah
diamku bukan menyerah pasrah
diamku diam berisi
diamku penuh peluru hidup
tunggu saat menarik picu
nanti baru kau tahu...

Oleh: Saizul Maizav
batu feringgi
11pagi/2010 Julai 10 11:14





50 ulasan:

Jalil Janggut berkata...

GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

nurimanja berkata...

______________________________________________________________________

CERPEN BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM-ALAM. SIRI 1. OLEH : NURIMANJA SERAWAK. SEKITAR TAHUN !978/1979.
______________________________________________________________________
MAMA, kini aku berada di satu alam yang cukup indah kurasakan, walaupun pada peringkat awalnya aku bagai tidak percaya, dan tidak mengerti, cuma hari kini mama, aku mula menyedari dan megerti bila berada di sebuah alam pendidikan.

Mama, sebenarnya aku pun bagai tidak mengerti mengapa aku mesti melewati alam-alam ini? Benarkah ini kehidupan dan ketentuan Ilahi, bahawa sesaorang itu Allah telah tetapkan tugasnya di dunia ini, begitu juga dengan makhluk lain yang bernama manusia seperti aku ini, dengan tugas dan alamnya yang tersendiri.

Adakah ini nekmat yang sebenar dalam alam kehidupan ini Mama? Adakah aku perlu melalui beberapa alam lagi dalam kehidupan ini Mama? Ahh, Betapa seksanya hidup,kalau aku kira kini, sudah berapa alam yang aku lalui.

Ada alam yang cukup mengembirakan. ada alam yang cukup amat rasa mendukacitakan. Adakah ini hidup dalam kehidupan aku yang mesti aku lalui dalam kehidupan ini, yang mesti aku lalui sebagai insan kerdil di bumi Allah ini.

Tetapi Mama, kini alam yang ku lalui ini cukup terasa indah, ghairah dan mempersonakan mama, mungkin juga mama telah memalui alam-alam yang baru aku lalui ini,

Mama, di akhir-akhir ini, maluku kian menjadi-jadi mama, bukannya aku tidak biasa bercampur gaul dengan sejenisku yang lain bentuk fizikalnya , Malah mama dan papa orang yang sangat aku sayangi, orang yang mempunyai dua sifat yang berlaian fizikalnya. Tetapi kenapa hari ini agak anih dan berlaianan sekali mama?

Mama, sebenarnya aku telah melewati alam yang tidak perlu lagi mama bimbangkan. Beberapa tugas dan alam ini jugalah yang mengajar aku selama ini mencapai cita-cita, dan selama ini mama yang mengasuh dan mendidik aku sehingga dewasa. Cita dan tugas ini telah pun dikabul Allah AWT.


BERSAMBUNG......................

Pejuang Islam berkata...

JAMBATAN ITU

Malam ini panjang
membawa aku larut
dalam sudut ingatan
mengenai sebuah jambatan kehidupan
menghubungkan watak dalam kenangan
jambatan menjadi saksi duka tawa
tempat berkongsi impian dan harapan
sebuah perjalanan
mematang pemikiran
mengasuh minda dewasakan remaja
namun masa membuat manusia leka
maka jambatan itu menjadi layu
meninggalkan dan ditinggalkan
aku meneruskan kehidupan seadanya
hanyut dalam desakan arus dunia
tiada lagi pengalaman mengasyikkan
berganti hiruk pikuk melemaskan
membutakan hati dan pemikiran
namun jambatan tidak pernah putus
cuma ia ditinggalkan sepi
mengharapkan kau kembali
apabila hadir semula penyeri
jambatan itu tidak lagi sunyi


Pejuang Islam
kedah
1pagi

gelora maya berkata...

BUNGA

Jawablah wahai bunga
Ketika mungkin itu hilang
ketika sebab itu lenyap
Serta ketika akibat itu musnah
Maka apakah yang tersisa
Renungkan wahai bunga
Disaat tanya ini ada
Dan disaat koma ini hadir
Serta disaat titik ini muncul
Lalu disaat ini apa yang terburuk
Satu dua bunga mulai layu
Dan tiga empat harap mulai redup
Serta lima enam cinta mulai kelam
Maka tujuh lapan tinggal angka
Wahai bunga bersemi untuk dunia

gelora maya
kedah
2ptg

Mat Glamor berkata...

ANGIN PAWANA

Dalam hidupku termaktub
bertemu satu angin satu pawana
Satu angin itu melanda
dari mula aku mengenal dunia
Walau melanda angin rebut
angin taufan tetap terus angin
Coba aku harungi hingga kini
Masih angin terus begitu
Namun ku tahu angin itu
ada tenangnya walau
ada puting beliungnya…
Tercipta lagi aku bersama pawana
Indahnya umpama angin sepoi bahasa
Namun jika elnino melanda,
pawana menjadi taufan serta-merta
Terkadang memukul berlawan
bersama angin yang utama
Terpaksacoba harungi pawana ini
Walau terkadang aku rasa pedih, sakit & iri hati
Ku tahu pawana itu mampu
membantu & menyelamatkanku..
Aku menerima angin hadirnya pawana
Walau hingga akhir hayat terus
angin pawana terus menjadi pawana
Ku tahu ku perlukan,
ku tahu ku harus harunginya
Karena aku mungkin terus kecewa
Karena aku mungkin akan rebah..
Makasih angin, makasih pawana..
Walau sukar diharungi,
masih tenang aku di teratakku…


Mat Glamor
kuala terengganu
3ptg

Bob Kuli berkata...

RAGAM DI KELAB MALAM

Oksigen lari dan mengecil
asap sini sana
berkuasa seperti raja
rupanya gah beribu bentuk
dari bibir legam meluncur ke udara.
Celah sempit lorong gelita
pelacur dan pondan bermaharajalela
muda dan tua tubuh tiada harga
ratahsisa ringgit berganti tangan
Jantan keparat dan betina jalang
seperti debu berterbangan
bertopeng syaitan bernafsu haiwan
darah hanyir menitik mereka jilat
terasa nikmat Megah di pentas dansa berjoget telanjang
berlagu riang santapan
seks dan estacy khayal melayang.


Bob Kuli
ketika di pintu depan kelab malam

Qalam Mutiara berkata...

JAMBATAN juga bersimbolik dari Pejuang Isalam dengan sajak barunya untuk renungan bersama, Pengucapannya JAMBATAN ITU di sini mungkin perhubungan di anatara hehidupan pengajaran yang boleh mendewasakan kita, Bila berhenti terasa jambatan bagai sepi terputus saluran ilmu dan perhubungan mesra dan suka duka di antara kawan dan teman. Kini mungkin masih mengharap akan dapat menyambung kembali perjalanan yang terhenti untuk terus menyambungkan kembali jambatan pengajian yang terhenti, agar tidak lagi sunyi. Semoga sukses! Amin.

Qalam Mutiara berkata...

BUNGA sajak bersimbolik dari Gelora Maya kali ini dari Kedah, dulu duduk KL.dah habis pngajian.? Pengucapannya sebagai peringatan! Gelora Maya menceritakan kisah seorang wanita (jiwa-jiwa) yang perlu menjawab berbagai soalannya dalam hidup ini? Dan perlu merenung kehadapan apa akan terjadi. Jika segala-galanya kalian rempohi dan melanggari tatacara dan budi bahasa, budaya kita orang melayu? Semoga dirimu bunga tidak dipersia-siakan dengan wajah mekar dan ayu, sebelum hilang kembang dan bunga pun terus layu. Amin

Qalam Mutiara berkata...

ANGIN PAWANA: sajak Mat Glamor dari terangganu kali ini mengucapannya berkisar pada angin dan pawana , bukakah biasanya kalau adanya folora adalah pawana. (adakah Mat Glamor seorang pekerja di bahagian kaji cuaca ataupun perhutanan)Penceritaan menyetuh tentang kejadian alam, mungkin sebagai simbolik agaknya. Dengan kehidupan si penulis dengan keadaan terkini. Dulu mungkin asyik dan Taksup pada memuja seuatu angina cintaannya, tetapi bila sudah matang pemikiran Mulai menilai angin mana yang agak terbaik. Kini cuma ucapan terima kasih. Pada angin dan pawana yang mungkin lebih memberi keselesaan. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Bob Kuli yang sesekali baik juga semua ahli CR dapat info daripada setiap pekerjaan ahlinya. Syabas! Bob Kuli, dengan sajaknya bertajuk: RAGAM DI KELAB MALAM. Saya rasa pengucapan sdra Bob Kuli bersahaja, khalayak dapat menangkapnya sebuah penceritaan di kelab malam. Saya harap ahli yang lain pun boleh menunjulkan cerita dan pengalaman tempat mereka bertugas. Syabas! Semoga anda sukses selalu, Amin.

Mozaire\ berkata...

letak garam?? x pedih ke?

Jalal Rafzee berkata...

jalil janggut btol ke ni? takut luruh plak semua gigi nnt....

Atuk berkata...

klu gigi palsu pun boleh cuba jgk ke jalil janggut?

Tanpa Wajah berkata...

pedih tu kalau letak garam sekali...

Yusof Lim berkata...

eh! berkumur dgn garam la jalil bkn gosok???

Olie Pajutdy berkata...

nampak mcm kejam plak nk buat dgn garam?

Kembara Budiman berkata...

garam letak kt gigi??? x rosak gusi ke?

Brader Joe berkata...

biar btol jalil janggut ni?? mcm susah nk pcya jer...

Naga Samudera berkata...

biar btol jalil?? aku mmg sakit gigi ni nk try takut bengkak plak gigi aku ni....

Bumi Hijau berkata...

sy pnh dgr jgk petua ni tp xpnh cuba plak?

Petualang Tiga berkata...

wah! hebat jgk saizul ni sekali sajak dia plak di terbit selepas sajak aku...

Pak Bostamam berkata...

sajak saizul plak yg dapat? tgk mcm biasa jer...

Raja Muda berkata...

sajak saizul biasa2 je nnt letak la sajak2 yg ada simbolik sikit....

Satria Juragan berkata...

rasanya saizul dapat sbb dia ahli paling lama kot....

Nik Aziman berkata...

sajak kami yg lain bila plak en nuri?

Julia berkata...

teringat plak masa sy mula2 keje dulu hari2 tulis surat kat mak...

Ustaz Majusi berkata...

alam apa plak ni?? alam perkejaan ke alam belajar ni?

Sarah berkata...

dia cakap dgn mak dia ke??? pelik jgk intro cerpen ni....

PENYAIR AGUNG berkata...

CERPEN NILAH YG SAYA SUKA SEKALI SBB LAIN DARI YANG LAIN! SEMUA BENDA BERNYAWA APA-APAPUN SEMUA KENA BACA SY X BOELH CERITA LEBIH2 NNT SEMUA TAK MAHU BACA PLAK? APA-APAPUN TERIMA KASIH EN NURI TERBIT SEMULA CERPEN NI...

Seri Suri berkata...

cerpen ni mcm pernah baca je?? yg anak murid dia smua kurang ajar ke????

Ustaz Sahzan berkata...

cerpen ni cerita pasal guru baru kan? sbb selalunya kat skola sy guru pelatih yg banyak merungut..

Zuraifah berkata...

sapa dalam cerpen ni?? en nuri ke?

Muhamad Rabbi berkata...

xphm la cerpen ni berkisar tentang apa?

Brader Joe berkata...

ha! cerpen ni yg pelik tu! hahaha msti smua org akan suka cerpn ni..

Puteri Aisyah berkata...

kenapa x sama fizikal plak?? dia ni keje apa?

Nasruq Haqq berkata...

cerita pasal en nuri ke cerita pasal org lain?? sbb xde nama plak?

Nabil Quldi berkata...

tugas apa plak dia ni buat?? pelik btol....

Nurse Lisa berkata...

dia ni keja apa ni?? nurse ke???

Taib berkata...

cerpen ni msti dia ni msti keja paling susah dalam dunia ni...

Mak Mah berkata...

aku dalam cerpen ni laki ke pmpuan???

Adi Cana berkata...

apa bendalah aku dalam cerpen ni keja????

Abang berkata...

cerpen ni pnh baca tp x ingat plak?

Jengking Perak berkata...

cerpen ni kalau x silap ada unsur magik kan????

Badrolshah berkata...

cerpen ni pun flash back jgk ke?

Capricorn berkata...

cerpen ni pun msti flashback jgk ni sbb smua cerpen en nuri sebelum ni semuanya flashback jer...

Karim Ghani berkata...

cerpen ni dia dok merungut je? dia sewa rumah hantu ker?

Bob Kuli berkata...

cerpen ni msti kisah org asyik buli dia jer....

Inspekstor Halim berkata...

apa bnda la plak cerpen ni tp x kisah la janji ada suspen... hehe

Ravi Ramachandran berkata...

cerpen kali ni tugas apa plak dia buat?? pelik btol?

Mei Ling berkata...

cerpen kali ni byk suspen xthu dia keja apa dgn aku ni laki ke pmpuan?????