Jumaat, 24 Disember 2010

NILAINYA SEDENYUT NADI





Terbuka kembali kedua kelopak mata
terasa sendenyut nadi belum berhenti
segala puji bagi Allah yang menghidup
  mematikan segala makhluk di dunia ini,
mendenyutkan  jantung  kami berdegup
hidung  masih  lagi mengedut  udaramu
mengerti  kami tubuh masih bernyawa.
kalau masih  hidup ada tanggungjawab
Alhamdulilah syukurlah pada Allah swt.
Bila terdengar suara azan bekumandang
jawab, solat itu lebih baik daripada tidur,
perlulah segera dan bingkas ambil wuduk
jawab suara azan yang mendayu menyeru
tunaikan solat ferdu subuh dua rakaat itu
Allah maha besar! Tiada tuhan disembah
melaikan kau Ya  Allah yang maha Agung
Engkau masih lagi menghidupkan diri kami
 setelah kami bangkit dari pada mati kecil
sebenarnya hanya Engkaulah  yang telah
menhidupkan kami dan mematikan kami
kepadamulah Ya Allah kami akan kembali.


Oleh ; Nurimanja, 
Simpang Tiga,Kuala Kurau, Perak.
16hb, November, 1972.



50 ulasan:

nurimanja berkata...

SIRI 12.

CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________


KALAU di sebelah petang jika Hadi tidak turun ke sawah , Hadi akan duduk di rumah
bermain bersama cucu mak. Kekadang bila Hadi melihat isterinya di dapur dia segera membantu apa saja yang patut.


Mak gemar makan cucur udang waktu petang. Senang saja, ambil tepung gandum sewan dua, taruh bawang besar, taugel dan daun sadri atau dengan daun bawang, letak udang kering atau basah, jika tiada masuk saja ikan bilis yang ditumbuk lumat. Potong cabai muda, bubuh telur ayam sebiji, garam secup rasa, masuk air, gaul sekejap. Isteri akan goring.


Bila masak Hadi akan bawa air kopi dan sepering cucuk udang panas cicik dengan cili sos, duduk bawah pokok ceri di depan rumah, tempat mak buat buai cucu dan satu bangku panjang, mak duduk minum dan makan cucuk udang sambil menghayun buai cucu mak yang sedang tidur itu, bersama angin petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu, mak nampak tenang dan senyum memanjang.


Kekadang bila malam lepas solat maghrib dan issyak menantu mak akan hiding makanan malam, biasanya nasi yang dimasak tengah hari tadi, mak minta menantu mak perangat kembali di atas dapur kayu. Kekadang mak tolong juga, tetapi menantu mak berkeras kata, mak jangan buat, biar cik yang buat, mak duduk saja. Mak mengalah.


Selepas makan malam , mak ada masa ikut sama tenguk Tv tonton drama melayu bersama menantu dan cucu. Tetapi jarangnya mak tonton sampai habis, separuh jalan, cerita belum tamat, mak lari masuk tidur, mak akan kata, Emm Aku dah mengantuk, nak idturlah..

Kekadang bila malam jumaat mak macam faham pula, tengah malam mak minta cucu untuk tidur besamanya, pelahan-lahan mak angkat cucu bawa masuk ke dalam kelambu mak. Kemudian mak baringkan cucu di sisi mak, mak tepuk-tepuk sambil mak menyanyi atau mendodol cucu mak, cucu mak pun tidur lena.

Mak semacam hendak beri kedamaian malam dalam rumah itu untuk Hadi dan isterinya bermesra dan bergurau senda tanpa ganguan dari sesiapa. Pagi esok mak senyum tengok hadi dan menantu keduanya madi rambut basah, sebelum solat subuh. Mak raga lega, semoga tambahlah lagi seorang cucu. Amin.

BERSAMBUNG.

Kopi Susu berkata...

NANAH

wahai ombak yang melangit,
redalah dengan telunjukku,
wahai angin yang mengoncang,
hilanglah dengan jelingku,
wahai hati yang lara,
sembuhlah dengan senyumku.
Melarikan minda
dari memikirkan kisah luka
bukannya lemah itu cara halus
mengelak hati dari terus busuk
nanah luka pernah terhiris
dihiris tajam suatu ketika dulu
keluar lagi nanah yang busuk
melemahkan minda yang aktif


Kopi Susu
di ruang tamu
9malam

Ali Conan berkata...

BANGANG

Bangang mengapa kau
Harus bangangkan diri
membiarkan mereka
gelarkan dirimu bangang
ataupun kau sememangnya
terlalu bangang
apa guna tuhan beri otak
serta akal fikir waras
kau langsung tak gunakan
apa guna tuhan beri ilmu
serta cerdik bijak pandai
kau langsung tak amalkan
apa guna tuhan beri pancaindera
serta mata hati tulus lurus
kau langsung tak pedulikan
yang lebih kau puja
yang lebih kau guna
nafsu serakah menggila
serta si tanduk puaka!


Ali Conan
Perlis
2pagi

Ai Kutubudin berkata...

LUPAKAN ROHANI

menginjak ke usia dewasa
masih ada kekurangan
dalam hidangan kehidupan
masih terasa tawar
masih terasa pahit
hidangan enak belum terhasil
masih bercampur aduk
antara realiti dan fantasi
antara hak dan batil
antara qada’ dan qadar
namun masih bisa ditelan
masih bisa kenyang mengenyangkan
kenyangkan perut
kenyangkan hati
kenyangkah rohani ?
masih belum lagi
jiwa tetap kelaparan
sentiasa nantikan suapan
bagai anak burung kelaparan
menganga berdecit mencicit
akibat lalai kenyangkan jasmani
rohani terbiar sepi kelaparan…


Ai Kutubudin
Penang
3pagi

Ali Omar berkata...

AKU BERJAYA

aku sudah berjaya
ini semua kerana aku
hasil usaha aku
penat lelah aku
tanpa bantuan orang
tanpa pertolongan sesiapa
titik peluh aku
usaha siang malam
lihatlah dunia
lihatlah semua
tunggu sekejap
aku lupa sesuatu
aku lupa doa ibu ayah
aku lupa restu guru
aku lupa kasih teman
dan aku juga lupa
ini anugerah dari-Mu…

Ali Omar
Kedah
18.12.2010

Qalam Mutiara berkata...

NANAK sajak Kopi Susu biasanya kalau anda menulis mesti pekena kopi susu dulu. Jika tidak nanah kian membengkak. Ada apa yang kurang menyenangkan hati Kopi Susu. Jangan ambil hati tentang kegagalan. Angaplah saja sebagai perkara biasa. Sekali gagal bukan bererti selamanya kita perlu kecewa. Kerja yang berulang lambat laun akan dapat dilaksanakannya dengan sempurna. Insyah Allah, sesuatu yang dijadikan atau tentukan itu, mesti ada hikmahnya, Amin.

Qalam Mutiara berkata...

BENGANG sajak bertajuk: Ali Conan nampak sekali rasa amarahnya si penulis akan situasi dini hari. Pada sikap sesaorang yang bagai orang sakit jiwa atau gila yang tidak menentu lagi dimana pertimbangan pemikirannya. Bagai hidup tiada bertuhan, ilmu yang ada bagai tidak berguna. Otak diberi letak di kaki. Apa yang perlu dipenuhi ikut hawa nafsu mengila, dirasuk syaitan bertanduk puaka, menjadikan anda melupai segala yang berkuasa. Malah boleh melanggar perentah Allah swt pula . Semoga mereka kembali sedar dan bertaubat jika sudah benar mambuk kuasa . Insaflah segera .Amin.

Qalam Mutiara berkata...

LUPAKAH ROHANI sajak Ai Kutubudin menceritakan maksudnya bahawa manusia jangan terlalu asyik pentingkan jasmani kehendak luaran sahaja yang kita lihat pada zahirnya. Semuanya berupa kebendaan yang kadangkala boleh asyik dan melupakan akan hari kemudian atau kematian Sesekali perlu disetabilkan akan kehendak jiwa kita ini, jangan dibiarkan kosong, perlu diisi dengan santapan rohani agar ada rasa keseimbangannya. Sebaiknya seperti apa yang digalakan dan disarankan oleh agama kita Islam . Amin

Qalam Mutiara berkata...

AKU BERJAYA sajak Ali Omar ternyata bagaikan dapatkan sesuatu kejayaan besar,mungkin SPM yang baru sahaja diumumkan keputusannya. Ramai juga yang Berjaya. Perlulah bersyukur dan berterima kasih kepada yang pernah berjasa sehingga anda Berjaya. Ingat kata Tongkat Waras. Siapalah kita kalau tidak guru mendidiknya. Jangan sekali derhaka kepada guru dan ibu bapa. Kerana mereka kita dapat ilmu dan melihat bulan dan mentari. Akhir sekali dengan izin Allah swt Buat seorang itu Berjaya. Tetapi ingat akan ada satu ujiannya nanti. Amin

Jengking Perak berkata...

huh! mcm mana hadi ada anak plak?

Spider Leman berkata...

ni cerita mana plak ni???

Comel berkata...

ni episod1 ke en nuri???

Pak Ngah But berkata...

eh! ni cerita mana plak ni?

Golok Buta berkata...

kenapa ada keluarga hadi plak?

Malik Wariya berkata...

hadi sudah masuk dimensi ke-6 dah nampaknya

Teksi manaf berkata...

hadi flashback balik apa yg dia dh buat ker?

Sarah berkata...

hadi dalam keadaan komen ke ni???

PENYAIR AGUNG berkata...

HADI NI MSTI TGH BUAT MINDA BAWAH SEDAR NI

Seri Suri berkata...

mana dtg plak anak bini hadi ni?

Pak Kassim berkata...

selalu dgr pasal flashback je skrg flsh forward plak?

Danial berkata...

hadi ni bermimpi ker?

Jalil Janggut berkata...

jauh berkhayal hadi ni nampaknya

Ustaz Deramah berkata...

mana cerita hadi masa sakit dulu????

Mozaire berkata...

hadi ni mengigau agaknya

Pak Awang berkata...

rasanya hadi ni msti di ambang maut sbb tu dia nampak masa silam dia

Sulaiman Embong berkata...

cerpen ni nampaknya jd semakin menarik sbb ada 2 plot plak?

Hadi Hamzah berkata...

walaupun nama sy hadi sy sndiri pun dh pening cerpen ni

Siti Hajar berkata...

guest door susun mcm mana cerpen ni?????

Atan Yahoo berkata...

jd x tentu arah plak cerpen kali ni

Petualang Tiga berkata...

ni cerita hadi yg sakit atau org lain???

Kembara Budiman berkata...

ni cerita kembar hadi pplak ke?

Lukiee berkata...

jarang cerpen ada imbas ke depan

Lukiee berkata...

jarang cerpen ada imbas ke depan

Tan Sri Yunus berkata...

inilah kelainan yg ada dalam cerpen ni sbb imbas ke depan

Karim Ghani berkata...

dulu imbas ke belakang skrg imbas ke depan plak?

Karim Ghani berkata...

dulu imbas ke belakang skrg imbas ke depan plak?

Harimau Berantai berkata...

mmg agak mengelirukan la cerpen kali ni

Bob Kuli berkata...

agak mengelirukan la cerpen kali ni

Ultra Rahman berkata...

ni msti guest door yg tulis cerpen ni....

Nuri Kecil berkata...

seram plak baca sajak kali ni

Umar Haslam berkata...

denyut nadi plak? kretif

Suara Tiada berkata...

sajak yg agak menarik

Orang Lama berkata...

terasa besar kebesaran Allah bila baca sajak ni

Badrolshah berkata...

sajak yg terbaik! tjuk dia best

Seniman Jalanan berkata...

tahniah sajak best! esok aku buat lagu jgk sajak ni

Ku Dania berkata...

sajak yg indah kata-katanya

Golok Buta berkata...

sajak lama ke sajak bru denyut nadi ni?

Abul Hassan berkata...

sempoi sajak ni best! hehe

Madah Pujangga berkata...

sajak yg agak indah susunan kata2 dan baitnya

Ustaz Rahman berkata...

Dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa membaca sepuluh ayat;
* empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)
* dan Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257)
* dan penutup surah Al Baqarah (284-286)
nescaya Syaithan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi.

KESAN AWAL DARI AYAT2 PAGAR AL-BAQARAH:

Dalam satu kes pesakit di Melaka, pesakit merasakan mendapat terlalu banyak
mimpi akibat gangguan/sihir. Saya syor beliau menggunakan ayat2 tersebut.
Sebelum itu, pesakit memang selalu membaca ayat Al-Baqarah 255 dan 285-286,
tetapi masih tidak cukup ayat 10 tersebut.

Satu malam, sebelum maghrib, pesakit baca ayat 10 tersebut. Dalam waktu tengah
malam, 4 jam selepas bacaan, beliau dan pasangannya di rumah tiba2 mendengar
dentuman kuat 2 kali:

1. Bunyi dentum kuat di sudut bilik solat
2. Bunyi dentuk kuat di siling di bilik ruang tamu
3. Bunyi bising2 di atas siling / atap

TANDA-TANDA AYAT2 PAGAR LAIN BOCOR:

Saya dapati adakala perawat lain mendakwa pagar yang menggunakan ayat2 Quran
(bukan al-Baqarah) bocor kerana:
* pesakit "melihat" berapa ekor jin masuk ke rumahnya
* pesakit terasa ada benda2 bergerak dan berbunyi dalam rumah
* pesakit dan suami tidak dapat rasa tenang tidur dalam rumah walaupun ngantuk

Apabila ditanya, pesakit baru faham bahawa pagarnya yang bocor tidak menggunakan
ayat 10 tersebut.

Selain itu, pengalaman saya sendiri apabila terlupa baca 10 ayat tersebut pada
waktu pagi. Masa itu saya selepas subuh berjemaah dengan isteri terus ke kedai
membeli roti canai. Pada malam sebelumnya saya sudah bacakan ayat2 tersebut
kerana merawat kes sihir pengasih (yang di syakki melibatkan ifrit).

Semasa saya balik dari kedai roti canai (bungkus bawa balik), dalam pukul 7 pagi
lebih, saya terasakan meremang ketika membuka pintu pagar untuk masukkan kereta.
Tiba2 saya terdengar bunyi siulan tajam (suara ifrit) yang dapat masuk ke rumah
kerana pagar (ayat Quran) terbuka. Ini kerana pada Subuh itu, saya terlupa baca
ayat2 pagar. Embarrassed...

Dari pengalaman saya yang terhad ini, saya jangka pagar Al-Baqarah yang di baca
pada malam, akan terbuka pada sekitar 7:30-8:00 pagi sekiranya kita lupa baca
lagi selepas Subuh.

PERBEZAAN DENGAN AYAT PAGAR / DINDING DIRI:

Selagi pesakit dan keluarga berada dalam rumah, ayat pagar rumah memadai untuk
keselamatan keluarga. Tetapi sekiranya pesakit perlu keluar rumah, maka ia perlu
membuat amalan lain untuk memagar dirinya:

* Ayat Qursi,

ATAU

* 3 QUL, satu QUL 3x,

ATAU

* Zikir berikut 100x pagi dan 100x petang :dari: http://www.alhawi.net/ratib_al.htm

. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu


Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah; Rasulullah
s.a.w berkata,

“Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan sepanjang hari.”

Sama2lah kita amalkan...

Wallahu'alam...