Isnin, 20 Disember 2010

PUISI ORANG BANJAR





Kalau sudah tuhak
duduk di taman perumahan
tetapi apa satu pun tidak tahu
sama sajalah seperti wariyak tuhak.

Kalau sudah ganar
tetapi solat tidak keharuan
kekadang buat kekadang tidak
samalah seperti berbelangan kucing.

Kalau sudah berbinian
masih mengaku bujangan
isteri anak cucu tiak keharuan
hidup dan mati menjadi tidak keruan.


Oleh: Nurimanja,
Mengenang kata ustaz saya.
hampir mengalir airmata alfatihah, 2010.




50 ulasan:

nurimanja berkata...

SIRI 8.

CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________


DARI sikap kedegilan dan keangkuhan inilah menyembabkan hadi timpa musibah. Hamper lebih dua bulan dia terlantar di rumah sakit umum. Tiada teman dan tiada sanak saudara yang datang menziarahinya , kerana dia berasa malu tidak dibenarkan berita kesakitannya itu diberitahu pada sesiapa, malaikan Madian seorang sahaja.

Dari penyesalan inilah Hadi baru mengenal diri dan menyesali akan segala keangkuhan dan kejahatannya yang lalu.Dahulu dia berlagak bagaikan Casanova, ganas, rangkus, sering memburu kupu-kupu malam untuk bermesra dan bercengkarama.

Malam minggu dia seringkali menghilangkan diri . Nasihat Madian tidak diperdulinya
lagi. Dia sering menyelinap di lorong-lorong sempit, tawar menawar, sering pula dia memperdaya gadis-gadis kilang yang tidak berdosa. Kini terimalah akibatnya bila sumpah seranah atau doa mereka telah dikabulkan Allah swt.

Hadi merasa pinggangnya sakit bagai dicucuk-cucuk dengan jarum peniti, sesekali terasa pula seluruh tubuhnya bagai dicengkam rasa kebas tulang-tulang rusuknya rasa ngilu. Ini mungkin terlalu lama duduk mengcangkung.

Dia mengalih kedudukan untuk membetulkan saluruan darahnya tidak dapat berjalan dengan betul tadi. Hadi merasa lagi dadanya dengan jari-jari tangannya yang Nampak kurus, masih panas dan membahang. Dia hairan sedangkan tubuhnya merasa sejuk kini.

“Aku sakit lagi?” Bisik hati kecil Hadi. Dia merebahkan tubuhnya yang kian surut dan cengkung itu. Dulu dadanya yang bidang penuh berisi dan kini telah pun mempamerkan sadikit tulang-tulang serangka yang kian menunjul.


Hadi cuba memejamkan kedua kelopak matanya yang sudah kuyu dan cengkung itu. Dia melipatkan kedua belah tangannya ke atas dahi. Hadi menelentang, kakinya dijulurkan kehadapan, matanya sayu memandang kayu-kayu palang bumbung zin buruk dan reput itu. Saolah-olah rasa kengerian menyelubungi hidupnya.


Hadi tidak dapat memejamkan matanya. Fikirannya kian kusut, kenapa sakitnya lambat untuk sembuh. Keinsafan mulai menyusup masuk dalam lengkaran hatinya. Dia mula merasai akan dosa-dosanya selama ini. Dia mula menduga inikah balasan tuhan agaknya. Dihempit akan dosa-dosa kepada ibunya yang selalu saja mengalah dengannya.



BERSAMBUNG.

Guest berkata...

BICARA CINTA

Dahulu mereka mengejek kita
Mereka kata kita bercinta
Bukan saatnya
setelah aku berfikir kembali
Terasa aku kau saling menyintai..
Namun benih cinta tidak disemai..
Kerna masing-masing malu..
Permainan terhenti..
Hatiku bagai dihiris sembilu
tatkala tahu kau telah berpindah..
Hari meniti hari..
Aku diam seribu bahasa..
Malam itu entah kenapa
nyenyak sekali aku beradu..
Sesuatu kukira ajaib berlaku sudah
Kau hadir dalam khayalan mimpiku…
Itu khayalan semata-mata…
Rinduku padamu sudah tak dapat tertanggung lagi sungguh ajaib!
Setelah kau pergi…
Entah mengapa kita sering bertemu..
Pertemuan yang bukan diatur..
Pertemuan itu bukan disengajakan..
Apakah satu petanda aku milikmu
Bicara CINTA terlalu sukar mengerti
Kita yang harus mencari ertinya…
Dan kita juga yang akan menemuinya…


Guest
taiping
12malam

Zainal Arifin berkata...

DITEMANI CINTA

Pernah kita ditemani cinta,
Hingga ku letak kau di ruang udara,
Agar dapat kuhirup setiap masa,
Hingga aku sesak sekali-sekala,
Setiap saat kau menyatakan cinta,
Hingga ku lupa apa ertinya,
Kerana hampir biasa mendengarnya
Hingga suatu masa kau abadikan cinta pada yang lain,
aku janggal dengan perasaan itu,
Hingga kau pergi tanpa ku kesan,
Dan tak perlu aku memaafkanmu,
Hingga khabar darimu singgah,
Tak perlu ku dengar sepatah,
Hingga dia mengatakan kau pergi
Dan aku pernah tahu kau pergi,
Hingga dia berkata untuk selamanya,
Jiwaku mataku tak daya menyambut
ku berdoa kau kembali bernafas
Kali kedua kau pergi,
Hingga kau takkan kembali,
Cintaku pada suatu masa,
Hingga aku menyertai alammu.


Zainal Arifin
sajak utk arwah isteri pertama dulu

Nur Atikah berkata...

RINDU DAN CINTA

rindu itu akan tiba.
rindu itu datang dengan sendirinya.
tak di minta tak di paksa,
rindu datang dengan perasaan suci,
cinta datang apabila dua pasangan
menyayangi,merindui, mengasihi,
antara satu dengan yang lain.
cinta itu lebih bahagia.
namun,cinta juga menyeksa diri kita
apabila hanya kita menyedari
hanya mencintai dirinya
yang telah di cintai.
itulah yang aku rasa sekarang,
mampukah aku bertahan?
selama mana kemampuanku bertahan?


Nur ATikah
percubaan sajak jiwa2 dari sy

Sarah berkata...

JUAL CINTA

hati ini ada satu ku serahkan,
maka tiada ada hanya jasad berdiri,
tetapi belum mati,
tegak memandang langit tinggi
menunggu cinta yang pergi.
dia jual jiwanya pada neraka cinta,
yang apinya adalah nafsu,
yang dihembusbakar,
oleh syaitan yang rentung.
andai sungguh kau bernafsu,
pada cinta yang mengulit hatimu,
maka tebarkan pandangan mu melata,
lantas akan kau sedar,
cinta Tuhan sedang berkembang mekar
maka ini pesanku andai kau bernafsu
pada cinta mengulit hatimu,
nyatakan dulu ia pada Tuhanmu,
baru bicara tentang kekasih duniamu


Sarah
Kuala Lumpur

Qalam Mutiara berkata...

Guest dengan sajaknya Dalam Bicara Cinta sememangnya begitu tuhan menjadikan Adam dan Hawa pun untuk mereka bertemu dan berjumpa dan berkasih saying itupun jika benar ada perasaan tulus ikhlas di antara keduanya dengan pandangan yang syahdu. Tanpa ragu dan curiga. Jika ada sebaliknya , pastilah usia pertemuan tidak akan bertahan lama. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Zainal Arifin agak tenat juga pengucapannya bila menilai cintanya bila setelah orang yang disayangi dan dicintai tiada lagi di alam maya ini. Sememangnya begitu Shah Jehan membina Tajul Mahal demi memabadikan cintanya pada mendiang isteri tercintanya. Kerana cinta yang tidak berbelah bagi amat tinggi nilainya bagi mereka yang mengerti. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Nur Atikah Nampak semacam gila bayang, tetapi tidak mengapa asalkan tidak bertepuk sebelah tangan, ataupun tersasar suami orang, atau kekasih orang atau pun tunang orang. Sesiapapun bila mengalami alam rumaja penghayatan khayalannya amat kuat, ingin bermesra dan bercengkerama begitu kuat bergelora. Jadi tidak hairanlah jika Allah menjadikan lelaki dara dan teruna seperti Adam dan hawa demi bertemu bermesra dan bercita. Tetapi ikutlah lunas-luna syang dibenarkan Agama Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sarah pula agak berbeza sajaknya bertajuk JUAL CINTA. Penceritaanya bagai telah menyerah atau menjual segala cintanya kepada seorang, tetapi si dia telah pergi atau
sengaja tidak ambil perduli. Ini sudah dikira perasaan memakan hati. Sukar untuk sesiapa yang dapat menilai cinta sebenar dengan cinta berlandaskan nafsu. Kerana nafsu tidak mudah musnah, cuma hati dan perasaan saja yang menjadi mangsa.sebab itu perlu berhati-hati sebelum menyerah dan menjual cinta.

Qalam Musoffa berkata...

14 teknik mencari air diwaktu kecemasan di hutan


1-Pokok lumut-kebiasanya ia lembab,cari dan perahlah lumut tersebut untuk dapatkan air

2-Pokok periuk kera-pasti terdapat air didalamnya

3-Kelopak air, jika ia kering gali dalam sikit pasti ada air-guna penyedut atau kain untuk ambil air.

4-Dari rekahan-rekahan batu,lubang atau lekukan pokok-carilah kemungkinan ada air yang bertakung didalamnya,mudah sahaja nak tahu jika ada air atau tidak iaitu jika nampak semut atau seranga mengelilinginya atau ada najis burung disekitar lubang maka pasti ada air.

5-Gunakan baju-ikat pada kayu (lebarkan baju itu) dan sapukan pada daun diwaktu pagi untuk perangkap embun.

6-Gunakan baju-ikat baju anda dipeha dan lalulah dikawasan berumput/tumbuhan renik yang tingginya melebihi paras lutut untuk memerangkap air embun dari rumput atau daun.

7-Mencari tumbuhan yang berbatang lembab atau akar pokok tumpang. Potong batang pokok tersebut dan perahkan untuk mendapatkan air atau tunggu ia mengalir sendiri.contoh pokok mempelas dan lundang.

8-Daripada akar tumbuhan, cabut dan keluarkan. Ketuk akar dengan kayu atau pisau untuk dapatkan air. contoh akar rotan.

9.Cari pokok dedaun yang berurat ataupun beranting mengandungi air.Potonglah pada pangkal ranting atau daun untuk mendapatkan air.

10.Cari pokok buluh yang tua dan ketuk ruas-ruas antara buluh tersebut. Jika bunyi mampat (tidak kosong) pasti ada air didalamnya.

11.Dari buah-buahan jenis pokok palma-seperti buah kelapa,tebu hutan atau buah pokok nipah-untuk air jenis ini minumlah sekadar untuk hilang dahaga saja, tetapi jika andai pandai mengambil niranya minumlah sepuasnya dan jangan simpan untuk esoknya kerana akan masam.

12.Pokok pisang hutan-cara dapatkan air potong bahagian pangkal pokok, kira-kira 8 inci dari tanah. Kemudian korek pada bahagian tengahnya untuk membentuk satu bulatan seperti mangkuk. Tunggulah sehingga air penuh dalam tempoh tertentu. Air dari sumber ini boleh bertahan sehingga empat hari. lihat contoh dibawah.

13.Jika anda sedang berjalan dipermatang dalam ketinggian tertentu, atau di kawasan lembah, duduk diam dan gunakan telinga untuk memdengar kemungkinan ada aliran air yang kecil dari gunung atau bukit. Jika ada dan rasa tahu lokasinya, lihat pula laluan binatang (yang pastinya menurun) atau siulan burung inshaAllah jumpalah aliran air itu.

14. jika terdesak juga, cuba cari sarang burung atau ayam hutan dan ambil telurnya dan minum pelan-pelan. Sebiji telur ayam contohnya mengandugi 75% air.

Emily Bayans berkata...

apa bnda wariyak tuhak tu?

Mei Ling berkata...

wariyak tuhak tu bahasa banjar ker?

Nuri Jaguh berkata...

ganar apa bnda plak en nuri?

Sarah berkata...

dalam sajak ni aa byk bhasa banjar jgk

Jengking Perak berkata...

en nuri pun banjar jgk rupanya patutlah sy dh agak pun

Taib berkata...

en nuri tulis sajak bahasa banar ke ni?

Mr David berkata...

alamak! xphm la sajak en nuri ni

Sharifah berkata...

bhasa banjar ke dalam sajak ni?

Badrolshah berkata...

byk bahasa yg sukar utk difahami la...

Laila Mellisa berkata...

alamak! perkataan apa dalam sajak en nuri ni?

Abang berkata...

bahsa banjar lagi susah rupanya dari melanau

Abul Hassan berkata...

sajak banjar plak ke?

Ummu Akilah berkata...

en nuri thu jgk bhasa banjar rupanya

Ustaz Muda berkata...

en nuri org banar ke sajak pun banjar?

Nuri Jaguh berkata...

nampaknya en nuri pun kulaan... hehe

Ali Conan berkata...

panang lagi ke cerpen ni en nuri?

PENYAIR AGUNG berkata...

CERPEN NI MACAM SY DH THU E AKHIR SEKALI MACAM MANA

Hadi Hamzah berkata...

hadi kena santau ke?

Puteri Bunga berkata...

hadi msti terguna ubat guna2 kot?

Olie Pajutdy berkata...

sah! hadi kena buatan org ni

Seri Suri berkata...

hadi ni menderita sakit misteri ke?

Malik Wariya berkata...

msti ada org bomohkan hadi ni

Golok Buta berkata...

hadi ni umur brapa?

Kembara Budiman berkata...

hadi ni org mana?

Sarah berkata...

kenapa dia sakit belakang plak?

Nurse Lisa berkata...

huh! hadi menderita HIV ke ni???

Halilintar berkata...

hadi ni kena sakit apa plak?

Julia berkata...

hadi ni x berubat cara tradisional ke?

Muhamad Akmal berkata...

cerpen kali ni mmg misteri

Pak Ngah But berkata...

sampai skrg susah nak tangkap akhir sekali mcm mana?

Jalil Janggut berkata...

hadi ni jawa ke?

Ezad Emir berkata...

bila la hadi nk baik asyik sakit jer..

Comel berkata...

14 cara mencari air di hutan???

Atuk berkata...

cari air cara komando ke qalam???

Satria Juragan berkata...

qalam mmg la hebat sbb dia kan komando

Muhamar Rabbi berkata...

qalam musoffa dgn qalam mutiara dua beradik ker????

Inspektor Halim berkata...

ni msti teknik tentera cari air ni

Mona berkata...

qalam ni hebat jgk bab2 hutan ni

Petualang Tiga berkata...

qalam ni keja apa? perhilitan ker?

Pedang Kesatria berkata...

kat tmpat aku mana ada hutan mcm mna nk cuba qalam?