Rabu, 1 Disember 2010

HIDUP INI LAKONAN



Dalam kehidupan ini,
kita perlu satu lakonan
untuk menghidupkan watak
dalam sesebuah cerita menarik
jika tidak sesiapa pun tidak mengenali anda.


Manusia ini biasanya,
meminati sesuatu yang anih
kelainan bertentangan dengan arus
untuk menjayakan kehidupan kita seharian.

Maka dengan justruitu,
jika mahu kedepan perlulah,
berlakon demi menjayakan episod
yang berbagai gayarupa dalam sebuah cerita
sesakali boleh mengelirukan khalayak memahamnya.

Oleh : Nurimanja,
Pagi hari Ahad, 29/11/2010.




50 ulasan:

Petua Atuk berkata...

3. RAHSIA LELAKI YANG WANITA MESTI TAHU (petekan tinggalan ANJ dpd blog AiMaN)


1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

sambungan

Hamblun Minanar berkata...

LEGA

dimuntah segala gundah
dicampak segala duka
dilontar segala lara
diluah segala rasa
suasana ini kembali tenang
langit itu kembali terang
tiada lagi terpendam dendam
tiada lagi terkunci benci
hampir-hampir tergelincir
menyungkur di jurang binasa
akhirnya dapat dikecap
ketemu lapang dan tenteram
menyinari segala kelam
lega syukur ini tidak terucap


Hamblun Minananar
11mlam
kuala ketil

Mamu Kassim berkata...

AKU BINGUNG

pusing aku terpaling
pada keberadaan dunia ini
mahu aku lari sejauh
tak termampu kudrat
mahu aku jerit sekuat
ternyaring perit
aku seorang kuat tapi rebah jua
menggali aku dasar
mencari pada nyalaan harapan
mahu aku berlampu
pada obornya yang terang
mahu aku disuluhi setiap ekoran
seterus aku seorang bingung.


Mamu Kassim
di dalam restoran nasi kandaq

Abu Hanifah berkata...

MIMPI NGERI

Terjaga dari mimpi ngeri lagi.
Rasa mahu mati
tak mampu bangkit pagi.
Tapi Tuhan masih sayangkan aku,
seorang lelaki penuh dengan dosa.
Sebalut ganja lena mimpi berputar
sesudah bercumbu berbalik mimpi
mengajak pulang seusai berdarah
muncul dara berkejaran
sendal pauh terlayang -layang
datang suram tiba malam
persis rawan mencuri bayangan
leher tergantung disabit bulan
hanya melihat selain buta
terus hilang berbalam kesunyian


Abu Hanifah
penang
1pagi

Brader Joe berkata...

TAK PAYAH BERBINI

orang bercinta
kau sibuk nak bercinta
orang bertunang
kau sibuk nak bertunang
orang berbini
kau sibuk nak berbini
orang lain belai isteri
kau pula tangankan isteri
orang lain peluk isteri
kau pula tampar isteri
orang lain cium isteri
kau pula dera isteri
gunakan segala kuasa
tak cukup kaki tangan
tali pinggang jadi mainan
tak cukup caci maki
pisau pula kau tusuk ke leher
apa sudah jadi apa nak jadi
baik tak payah berbini


Brader Joe
mengenang orang yang selalu pukul isteri

Tanpa Nama berkata...

ytjtyjyj

Tanpa Nama berkata...

reyeryeryery

Saizul Maizav berkata...

hidup lakonan?? mcm pnh baca jer...

Salam berkata...

sajak pasal apa ni???

Zainal Arifin berkata...

eh! hidup 1 lakonan?

Tanpa Wajah berkata...

rahsia lelaki ni bkn dh terbit ke dulu?

Faezawatie berkata...

mcm dh baca je sajak dgn rahsia lelaki ni?

Angker 13 berkata...

btol tu hidup ni kena ada pelbagai watak...

Pencari Inspirasi berkata...

isu rahsia lelaki ni dah ternot la dulu...

Ummu Akilah berkata...

sajak politik ke ni?

Karim Ghani berkata...

cuba anda praktikkan pula satu lagi petua kempiskan perut ni.


1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.

Qalam Mutiara berkata...

LEGA Oleh Hamblun Minannar (nama kau ini pelek : berpegang dg tali api/neraka)
Selalu orng guna minan nas atau menallah. Penceritaan anda bagai terasa lega bagai terlepas atau terjerat sama dengan apa yang ada telah turut serta perjuangkan. Kini terasa anda sadar dan insaf dan kembali pada jalan yang benaran, barulah kini terasa hati rasa tenteram dan bersyukur kepada Allah swt kerana masih sayang pada anda. Dengan menyelamatkannya Amin

Qalam Mutiara berkata...

Lagi seorang dalam kebingungan Mamu Kassim dengan sajaknya; AKU BINGUNG.
Pengucapannya ternyata harapan yang diharapkan sebagai satu cerita yang tidak serius, mahu rasa hendak marah, memekek atau bertempek, di atas kekesalan yang sepatutnya tidak berlaku, bila harapan yang diberikan, telah pun dikianati , tidak percaya bila obor yang diharap boleh diterangi, tetapi terasa bagai punah, rasa mahu tumbang, rebah ke tanah dan bingung. Semoga tuhan tunjuk jalan yang benar. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Abu Hanifah dengan sajaknya MIMPI NGERI. Barangkali anda tidur dengan sebarangan saja, tidak tunaikan solat terlebih dahulu, atau mencuci badan yang berbau dengan senangan makhluk syaitan yang melata. Apa bila dia masuk dan menjelma dalam mimpi , itulah sebabnya anda disaluti mimpi ngeri. diwaktu itu Segala kesalahan dosa lama akan mula berkumpul kembali, anda pasti menjadi cemas dan ngeri. Terasa mahu mati. Tetapi Cuma dalam mimpi, Sebenarnya Tuhan masih saying kepada anda. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Amaran keras daripada Brader Joe buat sesiapa yang hendak berbini, dengan tajuk sajaknya ; TAK PAYAH BERBINI; Manakan tidak kalau orang bercinta , bertunang, beristeri, peluk cium, belai mesra. Tetapi bila ada orang yang ingin berbini, tetapi dibuat nya semacam haiwan, tamper, pukul, sepak tending terajang, tambah dengan tali pinggang pula, ini sudah satu penyeksaan. Suami apakah manusia begini? Lebih baik tak usah berbini. Amin.

Brader Joe berkata...

boleh percaya ke petua kempiskan perut ni?

Mozaire berkata...

nnt nk try cuba la petua karim ghani ni...

Nuri ketitel berkata...

ada petua kempiskan perut plak?

Harimau Berantai berkata...

nnt nk cuba la petua karim ghani ni sbb semenjak kawin aku jd gemuk plak skrg?

Taib berkata...

teh tanpa gula?? bir btol karim ghani???

Bob Kuli berkata...

mana nk sedap minum teh tanpa gula...

Badrolshah berkata...

ada plak minum teh tanpa gula??? gila apa karim ghani ni...

Ustaz Rahman berkata...

ni petua btol2 ke olok2 karim gahni>???

Ustaz Nasarudin berkata...

karim ghani ni bg petua entah2 dia pun xpnh cuba....

Jiman berkata...

teh dgn limas nipis??? biar btol karim ghani????

Geletek Malam berkata...

nnt aku nk try guna petua karim ghani klu xjd aku saman karim ghani ni...

Saizul Maizav berkata...

hidup lakonan?? sajak ni mcm aku pelakon tanpa skrip jer..

Tanpa Wajah berkata...

hidup 1 lakonan?? sajak ketuhanan ni...

Tengku Anita berkata...

wah! mana dsapat tentang rahsia lelaki ni???

Emily Bayans berkata...

rahsia lelaki ni msti sbb byk pmpuan hantar sajak jiwa2 ni....

Diana Sanubari berkata...

byk dh rahsia lelaki terbongkar! hahaha

Datin Maimun berkata...

kena salin rahsia lelaki ni lain kali thu la...

Nakhoda Belantara berkata...

rahsia lelaki??? ni bukan yg lama pnya ke?

Mr Casanova berkata...

mne rahsia perempuan plak????

Maisarah An Nisa berkata...

semua rahsia lelaki pmpun dh thu skrg! haha

Guest berkata...

eh! karim ghani sumbang info plak? esok aku nk sumbang plak la...

Nabil Quldi berkata...

men cerpen?? boring la xde cerpen...

Abul Hassan berkata...

cerpen lama2 pun terbit la balik en nuri...

Irham Kesuma berkata...

eh! karim ghani ni bagi tips mcm nk membunuh org jer...

Jengking Perak berkata...

karim ghani nk kurus beli je produk dr rozmey 2 alam... haahhaha

Syakila Adnan berkata...

eh! ada plak tips nk kurus? boleh percaya ke?

Siti Hajar berkata...

x sakit perut ke minum air macam karim ghani ni kata?

Abang berkata...

nampaknya xleh ikut petua karim ghani nnt sembelit plak?

Ustaz Muda berkata...

nmpk mcm menarik nnt kena cuba jgk petua karim ghani ni...

Orang Lama berkata...

petua tradisional ke karim ghani bagi ni?