Khamis, 2 Disember 2010

PAGI PETANG DUDUK BERSIDAI





Apa lagi hendak dikata,
pagi petang duduk bersidai
bukan anak kecil atau anak dara
malah, mak, atuk, nenek pun ada.
ramai suka bersedai di tepi jalanraya.

kini siapa salah siapa?
Ada juga yang mengandung
bersidai melihat gelagat orang ramai
bila lahir anak cucu suka bersedai juga
kerana mak, atuk, nenek ajar suka bersidai.

Siapa perlu disalahkan,
semacam menjadi tiada kerja
bila berjumpa berkumpul,  bercerita
tak mengumpat,  mengata,  reka cerita,
semuanya ini akan menambahkan lagi dosa.

Apa jadi dengan budaya kita?
sudah sebati dengan penyakit bersidai,
kalau tidak pagi, waktu petang pun jadi juga
perlu nilai diri sendiri, baru nilai anak cucu kita
marahlah  diri kita sendiri sebelum marah mereka.

Oleh: Nurimanja,
catatan di petang hari,
dari jendela kaca, 02/12.2010.


50 ulasan:

Geletek Petang berkata...

INFO TERKINI: BUDAYA LEPAK DIKALANGAN MASYARAKAT MELAYU KITA


Kita sering memperkatakan anak muda melayu dengan budayanya suka melepak. Kenapa dan mengapa?
Setelah diperhati dan diamati ternya ada beberapa sebab yang perlu ditangangi terlebih dahulu, sebelum kesalahan hendak di lemparkan kepada budaya kenapa anak muda melayu suka berlepak di pinggir jalan?

Di kampung mungkin kebosanan dengan suasana kegelapan, selepas bekerja penat membanting tulang
empat kerat menolong ayah ibu di sawah atau di kebun getah dan sebagainya. Malam ingin melepaskan
rasa keletihan berjumpa rakan sebaya menceritakan isu semasa perkembangan cerita di bandar ataupun kisah filem atau artis kegemaran mereka, atau pun perkembangan bola sepak sukan tanah air.

Ini bagi mereka yang tidak sempat membaca, Yang membaca akan menceritakan apa dia baca, seperti ANJ dia rajin baca semua akhbar, kemudian dia berfikir dengan kepala dan melihat dengan mata, mana satu yang benar, dan yang mana pula banyak pembohong dari merakah, atau propaganda sahaja. Budak muda ini mudah saja terpengaruh. kekadang menyokong membabi buta. Sebab itu ada setengah kutua parti mengharamkan ahlinya membaca akhbar yang benar realitynya.

Begitu juga dengan lepak orang tua -tua yang banyak memghabiskan masa di kedai kopi, sehingga menghalangi
orang lain hendak minum,berjam-jam lamanya, sehingga meremaskan hati tauke kedai kopi. Di sini lagi banyak cerita, keraja setiap sudut meja berbagai cerita ada. tambah pula dengan akhbar harian yang tersedia di atas meja, berbagai isu dan info boleh di buat cerita. kekadang boleh mengalah dewan rakyat, walaupun di meja bulat.

BERSAMBUNG.

Mak Mah berkata...

MENGHILANGKAN KEDUT

Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

Dang Anum berkata...

PAPAN KEKUNCI

Karat kaku jari enggan bergerak
menekan huruf di papan kekunci
putih dan lusuh enggan mengorak kata bercerita mandom
hidup yang kini ceria gembira
tidak berduka paling lantas
tidak bingung dengan diri
kini entah siapa
biar kasihku tebal.
biar sayangku menggunung.
biar cintaku dalam.
tetapi andai hatimu ku lukai
berulang kaliaku rela kau pergi.
terus disakiti oleh aku ini,
paranoid menghantui diri.

Dang Anum
perak
1ptg

Penyajak Istana berkata...

BINGKAI

Dalam bingkai itu ada cerita
kisah aku kisah engkau
kisah mereka kisah kita
tapi satu orang tak tahu
dalam bingkai cerita kita
aku tidak pernah ada
kerana aku, jurugambarnya.
adanya aku, sepertinya tiada.
memori pernah tercipta
dibingkaikan tanpa aku didalamnya.
sengaja aku biar
darah terus mengalir
luka tikaman di belakangku
kerana aku tidak berniat sembuh;
terus merasa peritnya.
agar aku ingat dan berjaga-jaga
tikaman sama. walau cuma luka
hasil seni seorang sasterawan


Penyajak Istana
dalam perjalanan pulang selepas selesai menjaga exam SPM

Julia berkata...

RANTAI KUNCI

rantai kunci dengan sayu
ku beri kepada sahabatku
dengan segunung harapan
dia boleh menjaganya
seperti aku menyimpannya
ku tak sanggup melihat
rantai kuncinya lagi
luka perit pedih tertusuk
sahabat tak tahan melihat gundah
rantai kunci kau hadiah
tanpa pengetahuan si dia
walau sebenar tersimpan
aku tetap puas
melihat dia menerima rantai kunciku
menatap penuh bercahaya
aku tersenyum seribu bahagia
walau kau tak sedar itu hadiah aku
namun ke mana hilang rantai kunci
mangapa tak pernah kau memakainya
apa kau tahu itu aku empunya
entah..semua jadi rahsia
misteri duka tak upaya ku rungkai
mengerti engkau amiruddin bulanku…


Julia
ketika mengenang sesuatu

Puteri Bunia berkata...

TIADA KU CARI GANTI

risaumu dalam hati
aku pertama kau cari
sedihmu dalam diri
aku pertama kau nanti
riangmu dalam hidup ini
aku pertama yang kau mahu kongsi
tangismu berjurai di pipi
aku pertama yang kau temui
dan untuk cinta yang hakiki
akulah yang terakhir serba serbi
yang kau tidak cari tidak nanti
tidak kongsi ditemui tidak hakiki
tiada nada mahu aku lagukan
tiada skrip nak ku lakonkan
aku tahu aku ini tak punya apa
sedang aku kemaruk dalam segala
melontar bait kata sumbang berirama
tari dalam gerak kaku tak berjiwa
mumur hati aku berlagak mati
dalam warkah ku coret semua
tentang aku tentang semua


Puteri Bunian
KUISS
5ptg

Qalam Mutiara berkata...

PAPAN KEKUNCI sajak Dang Anum menceritakan kegelisahannya dengan dunia terkini, hidup bersama laptopnya , berbual dan bercerita , menerima dan menolak kekasih sayang dan cinta , semuanya boleh berlaku. Dunia cangih menguasai diriku. Justeru itu berapa banyak teman dan kawan boleh didapati, sekadar berbicara tetapi tidak begitu mahu mendekatinya. Entah siapa agaknya? Kini hati kekadang mulai rasa bosan menghatui diri sendiri . Entah kenapa? Bolehkah seterusnya hidup begini? Berfikirlah dengan matang. Amin. (cuma andaian sahaja).

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Penyajak Istana bertajuk: BINGKAI. Memory lama dalam mengenangkan kembali, bila melihat gambar yang cantik di antara kawan-kawan seperjuangan. Tenyata dalam bingkai ada cerita kita semua tetapi yang tiada gambar juru kemranya. Mungkin ada cerita yang kurang menyenangkan, ada kekasih diambil orang agaknya? Walaupun bergambar ini cerita lama yang telah bertukar ubah, namun cerita lama agar tidak beriulang lagi, dan perlulah berhati-hati.kini cuma semandi sebagai kenang hasil seni seorang guru berminat dengan dunia seni photo.barangkali. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Terasa semacam sajak jiwa-jiwa nampaknya, Julia dengan sajak bertajuk RANTAI KUNCI. Mungkin Julia ingin menceritakan satu kenang penuh rahsia , di atas pemberian rantai kunci (key-chain) sebagai hadiah untuk dia menerima dan memakainya. Walaupun rantai itu amat disayangi, tetapi alangkah sedihnya bila rantai itu tidak dipakai malah langsung tidak nampak lagi di tangannya. Berbagai andaian mula Datang, adakah sudah tidak sudi lagi.atau membencinya, ataupun hilang entah kemana? Perlu diselidik tidak berburuk sangka. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak jiwa-jiwa, kisah rang muda punya biasa.Sajak daripada Puteri Bunian dengan alam fantasinya dunia kecintaannya. Yang merah itu saga, yang cantek itu kendi, Yang indah itu bahasa, Yang cantek itu budi, biarpun dia terbalik tonggang langgang, bila hati sudak suka semuanya indah saja. Bila mata berkata ya, hati biasanya tidak lagi memperdulikan lagi menilai miskin atau kaya. Begitulah keadaannya. Semoga sukses dengan pelajaran. Amin.

Saizul Maizav berkata...

teluk kumbar org paling byk bersidai! haha

Mozaire berkata...

masa aku dok KL dulu xde nmpk oun org dok bersidai bila pindah teluk kumbar mmg byk kaki melepak!

Ustaz Sahzan berkata...

jd xleh salahkan siapa isu melepak ni sbb mak bapak pun sama...

Tok Mahat berkata...

malu tgk bangsa lain xde plak melepak ni?

Orang Lama berkata...

kdg2 ikut keturunan kalau atuk kaki melepak? bapak dan anak pun akan ikut sekali...

Pak Kassim' berkata...

sy xmahu ulas pasal isu melepak ni sbb sy pun melepak jgk selalu tgh2 malam kat kedai awie... hehehe

Jengking Perak berkata...

aku melepak jgk tp xde la kat kedai kopi? kedai moto jer... hehe

dam catur berkata...

alamak! mcm kena batang hidung sndiri plak? sy pun kaki melepak jgk... hehe

Sarah\ berkata...

apa nk jd dgn bangsa mlyu ni malu kat bangsa lain...

Salam berkata...

selalunya melepak ni mlyu je cina dgn india xde plak?

Ustaz Rahman berkata...

kdg2 tu sian pun ada? mcm xde mak bapak je dorg ni...

Pak Awang berkata...

sy pun melepak jgk tp kat parking kereta flat sy bkn apa atas flat panas sy dok rumah tgh plak?

Teksi Manaf berkata...

klu melepak kat tempat teksi tgggu pelanggan pun kira bersidai jgk ke??

Golok Buta berkata...

aku masa skola pun kaki lepak jgk tp bkn lepak kt tepi jalan selalu lepak kat supermarket jer... hehe

Penyajak Istana berkata...

mngkin dorg tekanan kot? dlm rumah adik beradik byk?

Seri Suri berkata...

kdg2 bdk yg suka lepak ni sbb tekanan mngkin kt rumah parent suka bergduh

PENYAIR AGUNG berkata...

SY PNH JGK TANGKAP BUDAK LEPAK MASA SY JD GURU DISPLIN THN LPS TP SY TANGKAP PUN X HANTAR KE POLIS TP SY CUMA NASIHAT DAN CUBA KOREK RAHSIA KENAPA MEREKA SUKA MELEPAK? KEBANYAKAN IKUT KWN? ADA JUGAK NK TENANGKAN FIKIRAN MASALAH KAT RUMAH BYK? ADA JUGAK YG KATA KAT LUAR LEBIH SELESA DARI DUDUK RUMAH? DAN MCM2 LAGI LA ALASAN BDK2 LEPAK NI...

Busur Berduri berkata...

bdk2 skrg mmg dh jd gejala mmg suka melepak? pelik...

Atan Yahoo berkata...

kt skola sy pun ramai jgk bdk2 suka melepak sbb alasan dorg berkumpul dan bersembang ramai2 rasa seronok

Karim Ghani berkata...

kt teluk kumbar 2 ni lagi kdg2 sy buat aktiviti di luar jmpa jgk anak murid sy x pegi skola? ingatkan mereka deman rupanya elok dok bersidai nk marah mereka tegur menjerit nama sy plak...

Mat Toopa berkata...

mak mah ni msti muda org muda ni sbb dia thu tips elakan kedut? hahaha

Ustaz Zulkainaan berkata...

kedut2 tu perkara biasalah mak mah bagi org dh berumur ni....

Atuk berkata...

mak mah kalau cuba petua mak mah ni muka boleh jd 20thn muda x? hehe

Mat Noh berkata...

sy x cuba kot petua mak mah ni sbb muka sy byk kedutan rasanya susah nk hilang ni...

Shukri Latif berkata...

apa la mak mah ni bagi petua nk hilang kedut plak? hehe

Inspektor Halim berkata...

nk try la nnt petua mak mah ni harap2 sy jd muda semula... hehe

Geletek Malam berkata...

bahan2 pun snang nk cari kena cuba petua mak mah ni....

Sulaiman Embong berkata...

mak mah ni msti muka org muda ni... hehe

Taib berkata...

mak mah ni xde gambar plak klu x nk tgk jgk muka mak mah ni? hehe

Nuri Ketitel berkata...

boleh percaya ke mak mah?? was2 jgk sy ni..

Malik Wariya berkata...

petua org dulu2 ke mak mah?

Puteri Bunian berkata...

senang pakai je krim pelembab... hehe

Ummu Akilah berkata...

byk plak org sumbang info skrg ni...

Zuraifah berkata...

klu x jd mcm mana mak mah????

Adi Cana berkata...

aku takut klu try muka nnt tumbuh jerawat plak? hehehe

Siti Hajar berkata...

mak mah ni bgi jaminan x? hehe

Salam berkata...

aku nk cuba jgk nnt klu x jd saman mak mah ni....

Jiman berkata...

mak mah ambik mana petua ni?

Brader Joe berkata...

was2 jgk takut jadi lain nk cuba petua mak mah ni...

Nabil Quldi berkata...

petua nak hilangkan uban ada x mak mah atuk sy tnya....