Jika ada pedebatan orentalis
sekadar cuma satu permaian
direka atau helas puak zonis
tanpa ada dalil semua terbatal.
Pendapat ahli falasafah barat
sering saja diagung-agungkan
terasa bagai ke anak-anakkan
nakal terjun ke dalam kolam.
Kerana kita punya rujukkan
pada kitab al Quran dan sunah
dan dijamin sepanjang zaman.
Kefakiran dan juga kemiskinan
merupakan satu hikmah Allah
bila kekayaan yang melimpah
sering cetuskan persengketaan
mana mungkin jiwa tidak tenang
dapat masuk ke syurga Aallah.
sekadar cuma satu permaian
direka atau helas puak zonis
tanpa ada dalil semua terbatal.
Pendapat ahli falasafah barat
sering saja diagung-agungkan
terasa bagai ke anak-anakkan
nakal terjun ke dalam kolam.
Kerana kita punya rujukkan
pada kitab al Quran dan sunah
dan dijamin sepanjang zaman.
Kefakiran dan juga kemiskinan
merupakan satu hikmah Allah
bila kekayaan yang melimpah
sering cetuskan persengketaan
mana mungkin jiwa tidak tenang
dapat masuk ke syurga Aallah.
Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda
pada pertengah tahun 2009.
catatan sajak lagenda
pada pertengah tahun 2009.
50 ulasan:
______________________________________________________________________
SIRI 6. AKHIR : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM ALAM. OlehNurimanja : _____________________________________________________________________
Ahh. Cikgu salmah pun sama , semacam tidak ada selerakah hendak makan atau pura-pura malu. Memangnya inilah kali pertama aku makan di katin sekolah bersama seorang guru muda yang tidak begitu aku kenali. Dan ini pun cuma secara kebetulan sahaja, itupun diperkenalkan oleh cikgu Salmah temanku .
Itulah satu pertemuan yang telah aku lakukan mama, sehingga kini masih kental bersemadi di sudut hati. Berdosakah aku mama? Telah melanggar pesan dan kata-katamu dahulu; Jangan mudah menerima perlawaan orang yang tidak kita kenali.
Tetapi itulah yang telah aku lakukan mama, Aku berharap mama tidak marah. pertemuan yang aku lalukan itu mama satu pertemuan yang ikhlas dan jujur, itu pun bukan aku berseorangan, aku ditemani bersama oleh cikgu Salmah , juga teman sekuliah dengan aku mama.
Mama, sebenarnya aku cukup berharap selepas latihan ini nanti, semoga aku dapat berkhidmat di daerah pendalaman. Biar pun daerah ini jauh dari kesebukkan kota dan sukar perhubungannya, asalkan hatiku berasa senang bersama anak didikku yang dahagakan ilmu pengetahuan.
Mama aku cukup merasa senang aman dan damai di daerah ini, bersama kicauan beburung dan deruan ombak di pantai, semuanya bagai membisikkan sesuatu yang indah dalam hatiku. Mama mungkinkah dahulu mama juga pernah merasai apa yang telah aku rasai ini, sewaktu mama dan papa muda rumaja dahulu?
Dan paling aku merasai senang, bila guru muda yang mempelawa aku minum dan makan di kantin dahulu, adalah guru muda yang cukup istimewa yang mungkin dapat menawan hatiku. Maafkan aku mama jika mama tidak bersetuju dan tidak mengerti akan perasaan hatiku ini.
Mama alangkah baiknya jika dia seperti papa dan aku seperti mama, lalu berjumpa dan bermesra. Ah alangkah indahnya, semoga tuhan suka melihat di antara dua hati anak muda berkasih sayang seperti burung merpati yang berpasangan. Maafkan aku mama jika membuat hatimu terguris lantaran mengenang kembali kisah silammu dulu bersama papa.
Itulah ceritaku mama, diantara aku, mama, tugas dan alam-alam yang aku lalui kini mama. Sekian , sembah salam daripada anakmu JAMILAH.
_____________________________________________________________________
SELESAI . Oleh: Nurimanja Serawak. I979.
KHAYALAN TIADA YANG NYATA
dalam tak sedar
dalam khayal
bukan pada mata kasar
bukan pada sentuhan
tangan berpautan
masih erat berpegangan
walau perit berdekat
masih kuat
jalan dilalui
kami berdiri
berlari merentasi
melepasi gelap
mengharungi gelita
dalam khayal semata
dalam tiada nyata
Balqish
ketika sy bersama adik di dalam rumah terputus bekalan elektrik
KARMA
bak mentari disetiap
paginya menyinari..
bak purnama menerangi kelam
malam dingin..
adakah karma yberbunyi hingar?
ataupun hanya bunyi
riuh buatan angin dingin?
biLa datang rasanya asmara,
mutlak rindu dalam mahligai benci?
ataupun dendam rasa mati?
maafkan aku menerangi malam kelammu
maafkan aku membuat onar
disunyi sepi hatimu..
Bila semuanya terjadi
diri hanya kelu..
pastik perasaan datang dari hati
Lukiee
Putrajaya
3.12.2010
BINTANG JATUH
Ke hadapan bintang jatuh
haruskah ku menendang pintu pasir
untuk menembus hatimu
aku tidak tahu bagaimana
atau apa cara lagi tidakah kau?
begitu aku melihat wajahmu
serik aku tuk jatuh lagi
kau sinar gelap segalanya
putih bergemerlapan
seindah malam tak pernah kau tahu
rahsia ku lagi sedalam mungkin
itu sahaja harapanku
kau tahu biarlah kali terakhir
aku memberitahumu
Pahlawan Melayu
sabtu
9.10.2010
BAHAGIA
Perlahan ku berjalan
walaupun tak tahu
ke mana titisan air hujan
sekali lagi merangkul nyawaku
membalut hatiku dengan wajah
sepi dan silu petang
tak ada akhirnya
seperti semua lukaku terbiar
berdarah bersama
senyuman mesranya sebak hati
merangkap perpisahan
kasih dan saying kau buang
tapi itu semua dulu
aku kini sudah bahagia
Penghuni Maya
Kota Damansara
3pagi
KHAYALAN TIADA YANG NYATA sajak Balqish menceritaka khayalan yang banyak datang bila keadaan dalam kegelapan. Begitulah biasanya hati seorang anak gadis atau perempuan. Biasanya waktu kecil ketakutan lebih banyak pada kegelapan,
Tetapi bila sudah dewasa akan lebeh gemar pada cahaya kegelapan, malah lebih berani menghadapi cabaran . Itulah satu pengajaran yang perlu diamabil pengajaran dalan menghadapi perjalanan kehidupan. Amin!
Sajak Lukiee dari Puterajaya (jantina tak tahu) pengucapannya terasa bagai menyerah pada keadaan hukum KARMA begitulah tajuk sajaknya. Kebiasaannya jika seorang itu melakukan yang baik akan disusuli cerita kebaikan, dan begitulah sebaliknya.Tapi bagaimana rasa terinanya, sebab itu perlu ada penilaian hukum yang ditentukan oleh yang maha kuasa, di dunia kita boleh melakukan apa saja, di akhirat nanti belum tentu kita dapat terlepas. Apa-apa pun perlu berhati-hati pada ti dak tanduk kita di dunia ini, kerana ada malaikat mencatat segala pergerakan kita di dunia ini. Amin
BINTANG JATUH sajak daripada Pahlawan Melayu (negeri mana?) Pengucapannya bagai memberi ingatan dan pesanan pada sesaorang agar apa yang ada perlu dipelihara, jangan dipersiakan, terasa sudah acapkali diberi peringatan tetapi masih juga perkara yang sama berulang, dikuatiri jika hati berubah dari kasih sayang akan bertukar menjadi benci dan keji, Ini ingatan terakhir jika tidak berubah, segalanya akan berubah. Mungkin cari yang lain sebagai ganti. Amin semacam ada jiwa-jiwa pula.
Sajak Penghuni Maya dengan tajuknya BAHAGIA , Pengucapannya mengenang kisah lama yang dulu mungkin pernah kecewa agaknya kini, telah ada penganti yang baru dan nampak ada kebahagiaannya. Cerita ini padamulanya derita dan sedih bila mungkin ada kekasih mempermaiankan cinta suci, agak sedih bila putus kasih dan berpisah , kini sudah menjadi sebaliknya. Amin. pun ada jiwa rumaja juga biasalah……rangmuda punya cerita.
Kerabu Mangga
Bahan-bahan ( 2-3 makan )
* 5 biji mangga muda.
* 1 biji bawang besar.
* 1 biji cili merah.
* 1 biji cili hijau.
* 3 ekor sotong basah saiz sederhana.
* 1 sudu makan udang kering.
* Sedikit kacang gajus / kacang tanah (untuk hiasan).
Cara-cara
1. Mangga dibuang kulit dan diparut halus.
2. Bawang besar dimayang.
3. Cili merah dan cili hijau dipotong dadu.
4. Sotong basah dicelur hingga empuk dan dipotong bulat.
5. Udang kering ditumbuk halus.
6. Kacang gajus / kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus.
7. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul.
8. Taburkan kacang gajus / kacang tanah.
hbis dah ke cerpen ni?? esok cerpen apa plak?
EH! EN NURI PUN CIKGU DAHULU KAN?? ADAKAH CIKGU MUDA YANG DI DALAM CERITA NI EN NURI SENDIRI?????
cikgu laki tu sampai hbis xthu nama...
cikgu lelaki tu cikgu muda ke cikgu tua????
cikgu lelaki tu bangsa apa? mlyu ke?
la... nampaknya semua ditipu oleh en nuri? hehe rasanya ini adalah surat yang ditulis jamilah.....
cerita pasal anak murid dia dh hbis ker?
mama sapa plak dalam cerpen ni??? nampak ada 3 org watak jer...
bunyi mcm surat je x mcm cerpen...
cikgu laki tu akhir sekali mcm mana? jd laki jamilah ker?
cerpen en nuri kali ni nampaknya kita kena pikir sndiri akhir sekali....
cerpen en nuri ni byk akhir dia mcm tergantung jer...
ape jd kat jamilah akhir sekali?? jd tanda tanya plak?
buat pertama kali cerpen en nuri watak xde nama cikgu laki tu...
rasanya akhir sekali mereka kawin kot?
kerabu mangga plak? ape benda ni?
kerabu ni makanan ke?
kerabu mangga ni sedap ke?? mcm mana rupa dia?
wah! makanan tradisional lagi nampaknya sumbangan warga emas plak?
makanan2 tradisional ni skrg semakin dilupakan....
kerabu mangga makanan kesukaan sy ni...
kerabu mangga? makan dgn nasi tomato sedap ni....
kerabu aku thu la ni kerabu mangga plak? makanan baru ker?
kerabu mangga ni makan dgn apa sedap yer?
nampaknya boleh gemuk sy minggu ni byk plak makanan tradisional yg disumbangkan...
kerabu ni makanan rupanya aku ingatkan kelambu? hahahhaa
kerabu??? sedap sgt ke?
byk makanan yg aku xpnh dgr dapat thu kat blog en nuri...
sedap makan dgn apa kerabu mangga ni????
aku makanan pelik2 ni xlayan sgt... hehehe
nampaknya skrg byk plak makanan dulu2....
kerabu mangga ni byk jual kat pasar malam kalau x salah aku... hehehe
warga emas tahniah keran menyumbang makanan yg bru2 sbb aku ni makanan moden thu la yg dulu2 xthu pun...
sajak xphm la... puistis sgt
sajak pasal apa plak? xphm la...
sajak ketuhanan ke poltik ni?
sajak pasal quran plak kali ni....
orentalis ni bnda apa plak ni?
sajak kali ni tinggi sgt la susah nk paham sikit...
sajak ni msti ada simbolik ni...
Catat Ulasan