Sabtu, 18 Disember 2010

PENING! PENING!





Aku ini adalah ketua
kepada sebuah negeri,
di pulau berbilang bangsa.

Tapi, kenapa ada sahaja,
apa yang dibuat serba tak kena
ada yang marah dan menghina.
semacam tidak kena semuanya.

Bila aku mula hendak  buat projek,
padang tennes di padang kota lama
projek perumah kampung buah pala
projek perumah tanah masjid di jelutung
tempat pengajian tinggi di balik pulau
hadiah  wang ihsan pada warga mas
perniagaan ramadhan marah di komtar
arah hentikan laluan keretapi berkembar
Semuanya sia-sia belaka,  macam tak kena.

Apa  yang mereka mahu?
aku sendiri pun tidak tahu
malah, mereka kata aku penipu
halau aku balik ke negeri asalku
susah juga jadi seorang ketua rupanya
di dalam sebuah negeri di utara tanah air
di sebuah pulau indah yang digelar mutiara..

Oleh: Nurimanja,
catatan dari pemerhatian,
Berapa bulan lalu,  November, 2010.




50 ulasan:

nurimanja berkata...

SIRI 6.

CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________



“kalau begitu, mak benarkan saya pergi…”

“Dengan siapa kau nak pergi?”

“Dengan Madian lah mak siapa lagi?”

“Setahu mak, Madian mana ada keluarga di bandar itu, dimana kamu nak tinggal?”

“Madian janji, duduk dengan dia sama-sama bayar sewa”

“kalau kau di sana nanti , jangan luma mak di sini,” Pesan ibunya.

“Ahh! Mak tak usah bimbang, saya akan kirim duit setiap bulan untuk mak,” Begitulah janji Hadi kepada ibunya.


Di Bandar yang angkuh dan sumbung itu. Hadi saban hari membakar tubuhnya dibawah sinar terek mentari. Hidup bekerja sebagai seorang buruh kasar mesti bersikap tahan lasak, kasar, dan tidak perlu pada pengurusan diri atau penampilan yang hebat, baik dan teratur.


Makan pun sebarangan, tidur pun sekadar melepaskan keletehan badan, malah serringkali tidur lewat jauh malam, kerana untuk menyiapkan kotrak mengikut jadual yang telah ditetapkan, jika tidak syarikat akan menanggung kerugian.


Selepas sebulan dua Hadi telah dapat merasa pahit mautnya hidup pekerja sebagai seorang buruh kasar di bangunan perumahan di tengah Bandar kota Khucing yang mencabar ini. Apa yang lebih menyedihkan, bila berlaku cuaca perubahan alam. semua kerja akan tergendala.


Biasa hadi tidak dapat melakukan kerja menunang semen dalam lubang batang tiang yang telah di buat acuannya. Kerana bangunan yang tinggi berpuluh tingkat dalam keadaan hujan rebut, peter kilat sabunng menyabung. Terpaksa kerja di tanguhkan. Semua pekerja bersembunyi di bawah bangunan. Masa pun terbuang. Bila hujan berhenti. Hadi dan kawan-kawannya terpaksa melipat gandakan kerja yang terbengkalai itu. Kekadang sampai jam 12 malam baru selesai. Esok mereka sambung lagi.


BERSAMBUNG.

Seri Suri berkata...

TERUNA PENDIAM

Dia datang, diam
Dia senyum, sunyi
Aku bicara, .angguk
Aku tanya, geleng
Diam, sunyi, jadi misteri…
Takku mengerti
Apa maksudmu?
Hai teruna diam
Tiada bicara
Hanya laku bertari
Aku tak mahu,
Lalu aku buat tak tahu…
Suatu tika aku duka Sendirian…
Lalu dia datang dan merangkul aku
Mengucup lembut di dahi
Menggenggam erat tanganku
Senyum manis Meleraikan…
Sedihku jatuh berderai…
terlerai, dilerai…
Gembira terbit bunga di ufuk hati
Ku rasakan bahagia…
Aku senyum
Dia senyum
Masih sepi
Masih misteri
Tak punya apa-apa
Tapi aku mahu…
Kutahu ini yang kubutuhkan
Sederhana, biasa
Tak perlu apa-apa lagi
Seadanya…. Alhamdulillah…


Seri Suri
apabila pertama kali berjumpa lelaki pilihan mak dan ayah

Zainal Arifin berkata...

JIWA MUDA

Tidak mahu menjadi dewasa,
Terperangkap alam boneka korporat,
Dimatikan imaginasi kerana takut;
Takut hilang kerja,
Takut hilang harta,
Takut melawan yang salah
Kerana takut dikata-kata
Mudah menjadi kanak-kanak;
Lebih ceria,
Lebih bermakna
Lebih senang kerana jujur
Lebih terang kerana jiwa


Zainal Arifin
kedah
1pagi

Mat noh berkata...

TELUR ASIN


* 10 biji telur
* garam
* air suam

Cara-cara

1. Bersihkan telur & jemur seharian
2. Masukkan garam & kacau bersama air suam sehingga nampak agak likat. Agak2 kemasinan garam
3. Masukkan air kedalam bekas, masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dalam air. Tutup bekas & letakkan ditepi.
4. Selepas 2 ke 3 minggu, bolehla direbus. Ini bergantung kepada kadar kemasinan air garam tadi.

Tag

Qalam Mutiara berkata...

Ini seorang lagi rupa ada penyakit memilih jodoh Seri Suri dengan sajaknya bertajuk: TERUNA PENDIAM. Penceritaannya sudah ada yang masuk untuk meminang, elok Sekali di musim cuti begini, pilihan mak bapak ke. Sama seperti ungku zubir jugalah. Mak bapa yang memastikan kerenah. Mudah-mudahanlah ada keberkatan jadinya satu hari nanti.Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Zainal Arifin bertajuk JIWA MUDA pengucapannya bagai dalam delima juga untuk memikirkan keadaan yang di alaminya, bagai ada benda di ruang dalamulutnya, jika dibuang mati mak dan jika ditelan mati bapa. Bekerja dengan korporat begitulah keadaanya, jika kita tidak diperentah , kena kena perentah. Apa-apa pun keluhuran dan rasa keikhlasan yang lebih utama, kita buat apa yang disuruh mengikut cara dan rasa kehendaknya yang tidak bertentangan dengan ssyariat agama.Tidak jadi masallah untuk kita terus melaksanakannya. Amin.

Tanpa Nama berkata...

reherhreh

Tanpa Nama berkata...

wgewgewg

Tanpa Nama berkata...

rt435rtytr

Tanpa Nama berkata...

qwrfgerf

Ummu Akilah berkata...

panjangnyer cerpen hadi ni

Saizul Maizav berkata...

12jam keje!! sma mcm aku jgk la

Abul Hassan berkata...

12jam keje! mcm keje kilang plak?

Halilintar berkata...

madian ni org kaya rupanya

Adi Cana berkata...

duduk rumah org rupanya hadi ni

Sarah berkata...

susah tau kalau menumpang rumah org ni

Comel berkata...

kalau tinggal rumah org takut termakan budi plak?

Sharifah berkata...

sian dia tinggal mak dia sorg2...

Jalil Janggut berkata...

sian mak dia tnya macam2 benda mcam xnk bgi dia pegi jer

Sudin Ramlee berkata...

rasanya msti mak dia mati masa dia balik kampung semula

Abang berkata...

teruk jgk keje hadi ni

Golok Buta berkata...

hadi sanggup keje mcm ni? kalau aku x snggup

Kamal berkata...

buruh binaan rupanya hadi ni keja?

Ustaz Majusi berkata...

patutlah dia menderita sakit sbb keje sampai 12 jam...

Kipas Mati berkata...

keje sampai 12 bila masa dia nak berehat?

Suara Misteri berkata...

xde cuti ke hadi keja ni???

Raja Muda berkata...

hanya org yg lasak2 je boleh keje mcm hadi ni klu org biasa mmg x tahan...

Prof Naquib berkata...

sian hadi ni nak cari rezeki sanggup tinggalkan mak dia

Salina berkata...

mcm mana la mak dia nanti?

Tetamu Malam berkata...

msti mak dia mati bila hadi dh xde ni

Toyol Emas berkata...

telur masin plak? adoi...

Ustaz Sahzan berkata...

telur asin? mat noh msti byk bela itik ni

Haji Atang berkata...

mat noh ni penternak itik ke?

Mozaire berkata...

oh mcm ni buat telur asin? aku selalu beli yg dh siap

Pak Kassim berkata...

kalau guna telur biasa boleh ke mat noh????

Emily Bayans berkata...

telur itik susah nk cari guna telu ayam la

Salam berkata...

telur asin! perghhh!! ni mmg sedap

Capricorn berkata...

telur asin skrg mahal msti mat noh kaya ni....

Pangeran Indera berkata...

telur asin ni baik beli je nk buat susah la..

Ustazah hamidah berkata...

kena cuba ni buat sndiri telur asin ni

Haji Khali berkata...

rendam dgn garam ke nak buat telur asin?????

Ustaz Muda berkata...

eh! kenapa dgn garam plak bukan guna lumpur kaler hitam tu ker????

Jalal Rafzee berkata...

x sedap rendam dgn garam rasa payau buat dgn lumpur lagi sedap

Jengking Perak berkata...

selalunya telur asin yg kuning yg sedap dari putih

Guest berkata...

telur asin ni kalau makan saja sedap x? hahhaha

Wasiril Azmi berkata...

isu semasa xde ke en nuri?

Zuraifah berkata...

cte hantu xde ker? hehe

Bumi Hijau berkata...

mcm2 resepi ada kat blog ni

Saiful Bukhari berkata...

boleh buka restorang sbb byk resepi kat sini

Atuk berkata...

setiap hari ada saja resepi bru