Sabtu, 4 Disember 2010

AKU BUKAN MUFAKIR ATAU MUALIM




Aku cuma seorang pencatat masa sezamanku
bukan seorang tokoh sastra dan  di luar negara
mempunyai guru, dan pensyarah berbagai bangsa
lahir dari alim ulamak dan cendekawan ilmuan.

amat aku takuti jika anda tersalah tangkapan
sekadar menilai tulisan yang remeh tidak kesan
janganlah disamakan aku dengan saseorang pun,
bagai alim ulamak, tuk guru atau  seorang ustaz.

Aku cuma seorang perenung di hujung malam
mencatat kisah yang aku kira perlu dicatatkan
memperkatakan apa sahaja yang benar dan sahih
dan bertentangan sesuatu yang mungkar dan jahat.

kerana jika keadaan dibiarkan aku terasa berdosa
allah tidak akan mengitiraf imanku sebelum mati
kerana membiarkan dan bersubahat dengan maksiat
membenarkan kewujudan kejahatan bermaharajalela.


Oleh: Nurimanja,
Catatan tahun lalu
jika hati rasa terluka,
akhir tahun  Disember 2009



50 ulasan:

nurimanja berkata...

______________________________________________________________________

CERPEN BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM-ALAM. SIRI 2 OLEH : NURIMANJA SERAWAK. SEKITAR TAHUN !978/1979.

________________________________________________________________________

PADA hari ini mama, aku dibawa satu daerah yang cukup asing buatku, selama ini aku tidak pernah menjejakkan kaki di daerah ini Mama, Aku tidak pernah melihatnya, cuma aku pernah mendengar namanya saja Mama, Esok aku akan memulakan latihanku untuk menentukan cita-cita tugasku.

"Selamat pagi cikgu!"
"Terima kasih cikgu!"
Alahai Hati: Betapakah kau begitu kembang rasanya. Muka: senyumlah sepuas-puasnya. Diri: Benarkah aku ini seorang guru? Bakal menjadi
seorang pendidik? Tuhan: sesungguhnya Engkau maha mengetahui.

Hati; Baikkah perangai budak-budak ini? Diri: Jangan takut. Bukankah aku selama ini telah banyak mempelajari ilmu pendidikan di maktab. Semua Pensyarah telah memberi keyakinan tentang kewibawaanku. Tangan: Janganlah kau gementar sewaktu memengang kapur tulis, Tubuh: Janganlah kau bergemuruh. Hati: iman tetaplah, Oh Tuhan!.

"Pok! Pak! Pok! Pak!"
"Eh! Ehh! Siapa pula lempar kampur ini?"
"Mulut: Tanyalah , murid mana pula buat kurang ajar ini? Bagaimana aku hendak menulis. Jika aku cuba menulis di papan hitam, mereka akan membaling kapur ke arah papan hitam. Tangan: Tulis cepat, jangan berhenti.

"Pok! Pak! Pok! Pak!"
"Hai, Siapa yang lepar kapur ini?"
Celaka budak ini, bila aku mula hendak menulis, mereka lempar kapur. Mereka mula buat bising, Mereka langsung tidak menghormati aku.

"Ingat! sekali lagi, sesiapa yang buat kacau, dia akan kena dengan cikgu nanti."
Tangan: Tulis cepat, Hati: Jangan takut. cuba buat serius sadikit, Mata: Cuba beranikan guna kuasa.Bila lagi aku hendak mengunakan kuasa mata mengawal kelas. Hati: Jangan lupa bagaimana untuk mengunakan kuasa teknil mengawal kelas.

"Pok! Pak! Pok! Pak!"
Lagi berulang, Hati: Sabar. Mata: Cepat lihat siapa budak nakal ini?

"Emmm! Kamu Ahmad, Mari sini!."
"Bukan saya cikgu, Ali yang suruh."
"Ahmad cikgu!"
"Ali cikgu!"
"Ehh! Dua-dua datang sini!"
"Tak mahu cikgu, bukan saya, Ali cikgu,"
"Ahmad cikgu, Ahmad!"
"Aliiii."
"Ahmadddd..."
"Aliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....."
"Diammmmmmmm!!!!"

BERSAMBUNG.............

Ayu Manja berkata...

AMARAN

Jangan disambar cinta aku
Penat lelah aku cari
Susah payah dia beri
Biar aku sama dia berdua
Kamu datang macam kilat
Warna hijau sejuk segar
Di tengah hari panas
Waktu aku duduk menangis
Seorang diri pegang bunga
Mawar plastik tipu.
Kamu datang macam kilat biru
Bila aku duduk termanggu
Depan 7-Eleven tatkala itu
Bila hijau tiada dijual.
Aku bagi amaran!
Jangan ganggu aku lagi


Ayu Manja
kota kinabalu

Aziz Moktar berkata...

JIHAD CINTA

Dosa-dosa besar dan kecil
Aku himpun ke pintu taubat
Mohon Yang Agung perkenan
Hapuskan segala pujukan Syaitan
Demi cinta aku turutkan hati
Demi kasih tiada yang berbaki
Walau belayar tidak sendiri
Masa silan tetap menghantui
Aku tak rela taubat
tercicir sebelum mati
Hari-hari aku menongkah nafsu
Bersama jihad di dada
Tak ingin tergelincir
dari kepatuhan
Walau payah aku gagahkan jua
Demi menambat cinta Yang Esa


Aziz Moktar
di masjid negara

Qalam Mutiara berkata...

Ayu Manja dengan sajaknya bagai memberi AMARAN. Ternyata pengucapan penceritaannya juga agak keras dan marah. Mungkin ada gangguan yang mungkin boleh meresahkan si penulis dengan buah hatinya , yang mana ada orang ketiga cuba pula masuk campur dan berbagi helah dan cara cuba memikat, Sebaiknyalah. Bila ada orang yang kurang mengerti bahasa lembut dan sinis, ada baiknya juga diberi AMARAN. Jangan ganggu aku lagi! Semoga sukses. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Aziz Moktar bertajuk: JIHAD CINTA. Pengucapannya memohon ampun dan maaf kepada yang m,aha esa, diatas keterlanjuran dosa-dosa dahulu , di waktu-waktu muda dan mudah pula tergoda, dengan bujukan iblis yangbermacam cra, hati siapa pun mudah cair dan terpersona. Kini kehidupan telah mengajar segalanya. Si penulis ingin berjihat untuk bertaubat. Terpaksa menongkah dan menolak segala gelodakkan hawa nafsu, tidak mahu jatuh dan tersungkur lagi. Semoga lakukan taubat nasuha ini agar apa yang berlaku tidak akan berulang lagi. Amin.

Zuraifah berkata...

2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

Nurse Lisa berkata...

la.. cikgu rupanya! hehehe

Budak Rap berkata...

cis! aku ingat dia keje doktor rupany cikgu? hahahhaa

Malik Wariya berkata...

suspen btol cerpen ni! hehehe

Tok Mahat berkata...

huh! mcm2 ragam bdk2 zaman skrg ni...

Ezad Emir berkata...

la.. kisah cikgu rupanya?? cikgu skolarndah ke?

Sarah berkata...

cikgu ke?? skola mana plak ni???

Mei Ling berkata...

wlpn dh thu cikgu tp xdpt tangkap lagi dia laki ke pmpuan?

Bob Kuli berkata...

kurang ajar pnya anak murid selamat sy bkn guru klu x hbis semua bdk2 sy belasah!

Arkenna berkata...

bdk2 mmg buat apa pun x mengaku pnya!

Roslan Mansur berkata...

bdk2 ni skola mana? skola bkd jahat ker?

Bulp Omen berkata...

x reti hormat cikgu mcm mana nk pandai!

Brader Joe berkata...

rasa mcm nk cepuk je bdk2 yg perangai mcm ni...

Ustaz Sahzan berkata...

jd cikgu mmg mcm ni la kena tahan karenah murid2

Ustaz Majusi berkata...

dia ni msti mengajar bdk2 kelas bawah ni sbb tu kurang ajar sgt...

PENYAIR AGUNG berkata...

SAYA PNH JGK MENGAJAR BDK2 KELAS PANDAI DAN BDK2 KELAS BAWAH TP SEMUA MESRA DGN SAYA SBB SY SELALU BUAT RAKAN DGN MURID WLPN SY CIKGU DISLPIN TP HANYA BAWAK ROTAN SAJA TP XPNH PUN SAYA PUKUL BDK2...

Sharifah berkata...

boelh tekanan jd cikgu mcm ni...

Seri Suri berkata...

anak murid sy semua alhamdulilah ok tp ada jgk yg nakal tp rasanya boleh handle lagi...

Shukri Latif berkata...

sy pnh jgk denda dan belasah bdk2 akhirnya kereta sy plak di pancitkan!

Mat Glamor berkata...

ni msti cikgu pmpuan dalam cerpen ni sbb tu dorg berani nk main2...

Busur Berduri berkata...

bdk2 skrg ni bkn boleh ci tegur sbb silap sikit dorg nk saman mcm sy jgk la berapa kali hmpir di saman....

Atan Yahoo berkata...

klu nk dekati bdk2 kena pandai psikologi mcm sy smua bdk2 kt skola baik yg nakal atau x? sy buat kawan saja

Cikgu Rahim berkata...

klu sy mmg panas baran sikit sy pnh tangkap bdk2 main baling kapur sy sumbat kt mulut dia kapur..

Ustaz Deraman berkata...

sy semenjak dah bersara ni xthu dh mcm nk mana nk tackle bdk2...

Nahul Hidzarr berkata...

huh! nk kena cuba jgk petua zuraifah ni mudah2an anak aku berhenti kncing malam...

Saizul Maizav berkata...

anak aku alhamdulilah xpnh lagi kencing malam...

Pak Kassim berkata...

selalunya kencing malam ni bdk2 kecik anak2 sy semua dh besar... hehe

Jengking Perak berkata...

kenapa bdk2 ska kencing malam?? pelik la...

Mozaire berkata...

aku xpnh lagi alami kencing malam ni sbb aku anak bongsu...

Guest berkata...

kena cuba kt adik aku sbb dia selalu jgk kencing malam...

Mona berkata...

btol ke boleh berhenti kencing malam ni????

dam catu berkata...

harap2 lepas cuba utk adik aku dia berhenti kencing malam...

Raja Muda berkata...

klu berak malam mcm mana plak zuraifah?

Wasiril Azmi berkata...

aku xthu plak pasal kencing malam aku bujang lagi...

Nurul Husna berkata...

puitis btol sajak kali ni...

Penglipur Lara berkata...

mana dapat idea tuli sajak ni?? hebat!

Seniman Jalanan berkata...

mcm biasalah sy buat lagu sajak ni menarik...

Angker 13 berkata...

mcm sajak lama jer kali ni???

Comel berkata...

Sajak kali ni mmg best!

Ummu Akilah berkata...

sajak ketuhanan kan?

Muhamad Badawee berkata...

sajak yg lain dari yg lain menarik!

Saiful Bukhari berkata...

kencing malam??? nk kena cuba utk anak aku ni...

Olei Pajutdy berkata...

klu xjd mcm mana petua ni???

Lelangit Biru berkata...

boleh percaya ke ke petua ni?

Lagenda Pulau berkata...

aku x berani cuba petua yg ahli sumbang ni apa2 pun pegi je hospital....