Sabtu, 4 Disember 2010

ALAM BERUBAH



Angin yang bertiup....
membawa awan-awan
selanjutnya butir air jatuhan
membasahi bumi
Ketika anak-anak tumbuh
menjadi dewasa dan perkasa
mereka selalu melewati......
pagi,siang,petang,dan malam hari

Seluruh alam bergantian....
dengan jelas dan pasti
tak ada pertentangan
dan manipulasi
Sejelasnya harmoni menyapa
menggairahkan ketentraman.....
semakin jelaslah.....
tangan-tangan menyapa keluarga

Putera Damien
di rumah setalah selesai menyiapkan assignment
2009 Disember 13 23:26


50 ulasan:

Geletek pagi berkata...

Untuk elak uban, jangan berjaga malam,jangan minyak rambut sebarangan,atau pencuci rambut yang tidak sesuai dengan kepala anda.

Petua orang dulukala;

Cari kelapa tua, kukur dan perah santannya, masak hingga menjadi minyak, sapu atas kepla.Insyaallah.

Oleh; Geletek Pagi.

Budak Surau berkata...

SYAIR LAKSAMANA

Di situ maka tercatatlah kisah
Dua belas purnama kisahnya telah
Segala durja datanglah sudah
Mendung berubah menjadi cerah
Alkisah laksamana bersanding gundah
Arakian tawa mula merekah
Mendengar khabar duka menjengah
Hatinya maka retaklah musnah
Ditakdirkan selang berpurnama sudah
Akhirnya retak tidaklah pecah
Khabarnya duka maka berolah
Tersenyum laksamana berseri indah
Bunga kembang bewarna cerah
Serata negeri harum menjengah
Duka laksamana beralih telah
Jiwa diseri haruman indah
Bukan kepalang syukur tak sudah
Laksamana gembira angan bernikah
Arakian hidup berseri sudah
Permailah laksamana berkasih mewah


Budak Surau
ketika habis membersihkan surau...

Mualim berkata...

KITA INSAN BIASA

maklum sahaja
kamu orang besar
kami orang kecil
kamu itu gajah
kami semut kecil
kamu itu permaisuri
kami rakyat biasa
kamu punya senapang
kami hanya ada lastik
tidak mungkin terlawan
cuba pandang ke bawah
lihatlah tanah lumpur itu
itu tempat asalmu
pasti kan ke sana jua
cuba pandang ke atas
lihat langit meluas itu
apakah itu kamu empunya
jika itu milikmu
dongaklah sepuasnya
jika bukan milikmu
tunduklah seadanya
kita insan biasa...

Mualim
Kelantan
9malam

Qalam Mutiara berkata...

Sajak syair seloka nampak gayanya Budak Surau kali ini, dengan tajuk sajaknya; SYAIR LAKSAMANA. Pada mengamatkan saya Budak Surau menceritakan hal seorang yang begitu gundah untuk berkhawin, takut dan gentar bunyinya, hamper setahun mengambil masa kini berdegup jantung untuk meklaksanakannya, Tetapi apabila telah berkhawin nampaknya tidak berlaku apa yang dirisau, sebaliknya dia yang Nampak bagai tidak keluar rumah, melawan isteri atau suami, ternampaknya sinar kegembiraan dalam hidup berkasih saying sebagai sepasang suami dan isteri.

Qalam Mutiara. berkata...

Mualim dengan sajaknya : KITA INSAN BIASA. Pengucapannya mengingatkan Kita, bahawa dalam hidup ini tiada darjat dan kasta, pada tuhan hanyalah mereka yang beriman dan bertakwa, itulah setinggi nilai darjah seorang manusia. Kerana bila matinya seorang anak Adam itu terhentilah segala nilai kemuliannya, Asal dari tanah dan kembali kepada tanah juga, justruitu manusia perlulah merentahkan dirinya, zuhud, tawadaq dan menyerahkan diri sebaiknya kepada Allah swt.kerana tiada siapa yang lebih tinggi dan mulia dari Allah swt. Amin

Teksi Manaf berkata...

ATASI SAKIT TUMIT KAKI

Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat. Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kualai menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.

Putera Damien berkata...

wah! sajak sy plak kali ni!! sy pun dh lupa pasal sajak ni thn lps pnya kalau x salah ni... thnkz en nuri!

Capricorn berkata...

alamak! xboleh berjaga mlm?? sy jaga mmg kena berjaga malam...

Nabil Quldi berkata...

terima kasih geletek pagi!! minta copy boleh?

Pak Awang berkata...

menarik jgk petua ni lagipun uban sy pun dh byk ni...

Haji Khali berkata...

sy selalu uban byk ni saya pakai inai jer..

Haji Atang berkata...

pakai dai je snang geletek pagi terus jd hitam semula...

Guru Yahya berkata...

petua ni mcm menarik kena cuba la nnt...

Abe Wan berkata...

mna dapat petua ni geletek pagi?

Geletek Siang berkata...

biar btol x jd lagi byk uban ke geletek pagi?

Ambuyak berkata...

ko pnh cuba ke geletek pagi?

Bos Kacak berkata...

di jamin berkesan ke geletek pagi klu x jadi mcm mana?

Karim Ghani berkata...

geletek pagi punya petua aku was2 nk pakai sbb geletek pagi ni suka buat lawak...

Mak Mah berkata...

boleh cuba jgk petua geletek pagi ni...

Cakerawala Dunia berkata...

byk plak petua skrg ni?? hehe

Chew Mazuki berkata...

nnt nk suruh atuk sy cuba la dia pun asyik mengadu gaot

Delaila Rahman berkata...

teksi manaf plak bgi petua???

Ghulam Rasul berkata...

boleh cuba jgk petua teksi manaf ni...

Mamu Kassim berkata...

ni msti teksi manaf sntiasa bertenaga bawak teksi sbb guna tips ni la kot?

kaber Arafat berkata...

ada plak atasi sakit tumiot?? aku xpnh kena lagi...

Firdaus Amirul berkata...

elok jgk petua teksi manaf ni aku selalu jgk sakit kaki lepas main bola...

Koi Auk berkata...

boleh cuba petua teksi manaf ni sbb mudah saja

Pedang Kesatria berkata...

kenap semua petua msti ada garam>???? garam ni ubat ke?

Madah Pujangga berkata...

jeles plak aku tgk sajak putera damien plak di terbitkan?

Jeffry berkata...

en nuri pilih mcm mana nk terbit sajak ahli ni?

Roslan Bidin berkata...

mcm2 petua ada kalau kumpul buat buku best ni...

Yusri Nawab berkata...

esok aku cdg nk sumbang petua jgk la...

panglima Ketot berkata...

org muda boleh sumbang jgk petua x? sbb asyik org tua je sumbang?

Ustaz Deris berkata...

makin lama makin ramai plak sumbang info?

Ungku Zubir berkata...

esok kena strat cari info la nk sumbang....

Qulbai Khaisai berkata...

klu sumbang bukan petua boleh x en nuri?

Kamal berkata...

semua pakat sumbang petua plak skrg?

Ustaz Sahzan berkata...

setakat ni xde sapa lagi berani sumbang cerpen? klu sy nk sumbang boleh en nuri?

Tuna Tatiati berkata...

jeles plak aku tgk byk org sumbang info skrg ni....

Syamsul Razali berkata...

nnt nk cuba petua teksi manaf ni harap2 berkesan la....

Jengking Perak berkata...

sajak putera damien pun biasa2 jgk...

Suara rakyat berkata...

nnt terbit la sajak yg bermutu sikit.... putera damien ni biasa2 saja...

Al Azhar berkata...

esok giliran sajak siapa plak en nuri?

Syakir Retro berkata...

smua nampaknya ahli lama pnya sajak ni....

Zainal Arifin berkata...

sajak bukan ahli en nuri nk terbit jgk ker?

Puteri Bunian berkata...

sajak alam semula jadi la putera damien ni....

Pak Bostamam berkata...

setakat ni semua sajak ahli biasa2 saja....

Muhamad Rabbi berkata...

bila plak sajak ahli bru plak ni??/

Untie jah berkata...

en nuri pilih sajak mcm mana nk terbit????

Tasya Humairah berkata...

x sabar nk tungggu sajak seterunsya plak?