Jumaat, 10 Disember 2010

BERPUTUS ASA ITU DARI IBLIS




Iblis bersumpak kepada Allah swt
kami akan cuba menyesatkan manusia
tetapi, Allah tetap menyatakan yang hak
itulah penekanan ayat Allah tanpa dirombak
malah syurga dan neraka itu akan dipenuhi
dengan mereka yang memelih jalannya.

Bagi orang-orang yang beriman dan degil
bacalah ayat-ayat  al Quran untuk peringatan
jadilah penentu kebaikan untuk keikhlasan
jangan sekali putus asa dengan nekmat Allah
kerana berputus asa itu daripada godaan iblis
lakukanlah kerja-kerja mengikut kemampuan.

Oleh: Nurimanja,
4hb, Disember, 2010.
malam hari ebelum tidur.




50 ulasan:

nurimanja berkata...

Sedut kisah BUDAK PONDOK

BUDAK PONDOK

Waktu aku melengung di depan get Jin Seng Estate ke jalan masuk Ke kampungku, akulihat beberapa orang budak permpuan sekolah Agama kayuh basikal mutang madir dahulu kemudian, di tepi jalan Raya Jalan Siakap .

Aku mula tertarik dengan pakaian dan uniform Mereka berbaju putih dan kain biru tua, Aku pun berfikir-fikir di Dalam benak hati, bolehkah aku masuk belajar bersama –sama, aku Rasa umurku sudah melewati empat belas tahun, aku bercadang hendak Balik nanti bertanya hal itu kepada ayah, semoga ayah dapat membantu.

Kata ayah sekolah Agama Rakyat itu tidak jauh di Simpang Tiga, kira Kira setengah jam kayuh basikal.

Aku mula berfikir dalam kepala, aku Ini kaki semput, bolehkah aku kayuh basikal? Berbagai andaian bermain dalam benak kotak kepalaku, tetapi kerana tekat aku bulat, aku memberanikan diriku mengatakan Kepada ayah aku mampu,


Esok aku dengan baju kemeja putih lengan panjang, berkain pelekat dengan tiga orang kawan Ismail, Mat Nor dan Din kadir kami pergi mendaftar nama di sekolah Agama Rakyat di Simpang Tiga kuala kurau.
yang dibawa oleh ayahku,

Lusa kami mula belajar bahasa Arab, akulah yang paling tua sekali di antara tiga orang kawan, tetapi disebabkan aku selalu semput, makan Banyak semput, kena hujan semput, kena panas sikit pun semput, kerja Lebeh sikit tolang ayah pun semput, maka aku dipanggil oleh keluarga Kain sutera tidak boleh buat pelanyak, kuat sidikit koyak.


Hampir seminggu aku belajar di situ, minggu depan kata guru besar ustaz Mat noor ada ujian bagi pertengahan tahun. Aku jadi benggung. Siang malam aku belajar, mujurlah ustaz Yusof, sangat baik dia mengajar mudah faham Aku menghafal semua tasrif dan nahu bahasa Arab kelas Aftidai Awal.

Waktu aku baru belajar dua hari , ustaz Yusof bagi tahu aku “sadjada wajada” Sesiapa yang bersungguh dia akan berjaya,aku pulut sungguh-sungguh, lepas Ujian pertengahan tahun aku dapat number “Asarah” bukan main syok lagi aku, Bagi tahu dekat mak dan ayah, “ada kemampuan,” kata ayah,mak pun tersenyum.

Ujian akhir tahun aku dapat nomper Wahid salah seorang kawan Khairuddin Mat Noor tempat ketiga, yang lain budak perempuan, tiga orang lagi kawan aku Mereka duduk tempat puluh dan belas sahaja naik hot, selama ini dia saja number satu , kini dia ditempat kedua , mat naser

BERSAMBUNG.

Kalau ahli bersetuju cerita ini akan diterbit semula. okey!

Danish Jeffry berkata...

DENGAR

dengarkan aku pekik
dengarkan aku jerit
aku tak ada tujuan
tunjukkan aku jalan
aku tak mahu belas kasihan
cuma dengarkan
dengarkan suara aku
dengarkan jiwa aku berteriakan
aku tenggelam dek diri sendiri
aku terbawa dengan kehendak alam
bantu aku dengan penuh keikhlasan
bantu meminjamkan deria pendengaran
dengarkan apa yang aku perlu
dengarkan apa yang aku damba
salahkah jika kamu dengarkan?
salahkah jika kamu pertimbangkan?
aku hamba-Nya juga mahu dimengerti
oleh kamu serta kamu
juga kamu dan kamu


Danish Jeffry
Kedah
3ptg

Gadis Ayu berkata...

OH DUNIA


mahukah kau mengisi ruang hidupku
atau haruskah ku melihatmu
dari jauh aku tak punya sesiapa
untuk mendampingi
hidupku nan sepi
walau bulan tetap menyata
rasa rinduku padanya
dia sekadar tak peduli
manakan mungkin
kau tlah lupa diriku siapa
entah dimana aku meletakkan hatiku
bukan di kepala oh dunia
mahukah kau mengisi
ruang hidupku ini
atau haruskah aku tetap mencari


Gadis Ayu
Sabah
28.11.2010

dam catur berkata...

APA YANG KAU TAKUT

apa yang kau takut
aku bukan karnivor
aku spesies sepertimu
homo sapien berbulu seluruh badan
walaupun tak lebat
yang berdarah panas
menggelegak bila tercuit
rambut juga sama hitam
walaupun ada kalanya merah
ikut fesyen babun
tapi hati tetap baik
kita kan sama sahaja
lubang hidung juga dua
tiada kurang tiada lebih
cuma besarnya berbeza
usah takut lagi
mari sini kita kongsi
kongsi kisah gembira
kongsi kisah duka lara
genggamlah erat tanganku
kita berlari bersama
jelajah ceruk rantau
bina impian...


dam catur
ketika di kaki lima bukit bintang

Gerangan Hamba berkata...

BILA WAKTU MALAM SAJA

bila ada itu malam.
bila mana ada ketikanya
malam kita itu suram.
bila mana ada ketikanya
malam kita itu kelam.
bila mana ada ketikanya
malam kita itu tenggelam.
bila mana ada ketikanya
malam kita itu muram.
bila mana semua benda tak kena
bila perasaan rasa gundah gulana
bila mana fikiran seakan mahu gila
bila mana punggung duduk tak selesa
aku tidur. selamat malam.


Gerangan Hamba
Melaka
1.12.2010

Seri Suri berkata...

ASAM PEDAS


Bahan-bahan:

500 g ikan tenggiri boleh diganti dgn ikan pari, terubuk atau kembung

6 sudu besar cili kering kisar

7 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1.2 cm halia

1 cm kunyit hidup

seikat daun kesum

sekuntum bunga kantan }dibelah 4

sedikit air asam jawa

4 cawan air

5 - 6 sudu minyak untuk menumis

garam, serbuk perasa dan gula secukupnya

Cara membuat:

Ikan dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa.

Bawang merah, mawang putih, halia dan kunyit ditumbuk hingga lumat.

Panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bahan-bahan tumbuk kacau sehingga wangi dan garing masukkan cili kisar. Kacau lagi sehingga garing.

Masukkan air asam jawa dan air biasa.

Masak sehingga mendidih dan kuah pekat sedikit kemudian kecilkan api masukkan ikan, garam, perasa dan secubit gula.

Bila hampir masak, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau seketika bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Nota: Jika suka boleh juga diletakkan sebiji buah tomato yg dibelah 4 atau beberapa biji kacang bendi (masukkan sebiji-sebiji tanpa dipotong)

Qalam Mutiara berkata...

Danish Jeffry dengan sajaknya: DENGAR Pengucapannya meminta manusia menilai
Sajak keluhan dan luahan rasa ingin mencari kebebasan , lalu diluahkan pada perasaan dan ikut kesukaan , mana mudah dan dapat saja, jika merempet lalu bersama kawan seiringlah berlumpa di tengah malam buta. Sebenarnya bagai sedang mencari sesuatu untuk mengisi rasa kekosongan. Walaupun mereka tahu adanya Tuhan, tetapi kenakalan yang mengoda membuatkan mereka terikut dengan apa saja rentak alam di sekeliling mereka. Hanya tunggu masa, mereka akan pasti sedar sendiri, bila akal waras sudah melengkar diri. Sebaiknya terimalah nasihat, sebelum hati menjadi keras dan eloklah banyak mengingati mati, Insyaallah. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Gadis Ayu dengan sajak: OH DUNIA juga pengucapannya bagai mengeluh dan meminta orang lain menilainya. Kenapa dan mengapa mereka bagai terlantar dan bagai tidak punya pegangan, bagai tiada sesiapa, kosong dan hampa. Mencari roh untuk diisi dalam diri, Justruitu mereka memekek pada dunia, pada kekasih yang juga kosong dan sering bertukar tangan. Hamper masing-masing lupa diriini siapa. Hati bagai hilang, ruang hidup pun cari tidak jumpa. Begitulah tenatnya penyakit Anakmuda dinihari, Perlu siapa disalahkan? Puncanya awaluddin makrifatullah tidak ada dalam hati, lalu iman begitu tepis untuk menghingapnya. Semoga kembali sedar dan mendewasakan diri. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Dam catur bertajuk APA YANG KAU TAKU, pengucapanya bagai rasa ada mencabar kewubawaan bangsa atau puak lain yang mungkin ada sama dalam budaya Lepak dan berpeleseran di tengah kota mopolitan. Terasa ingin cabar mencabar dari warna dan tubuh badan kebarangkalian. Semuanya pengaruh gelodak budaya ingin rasa hati muda untuk kongsi bersama. Kekadang jika kurang iman pastinya akan hanyut bersama. Semoga tidaklah sampai begitu keadaannya Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Gerangan Hamba bertajuk: BILA WAKTU MALAM SAJA. Bicara pada keadaan malam, bila mana ada ketika berbagai geraklaku atau peristiwa boleh berlaku. Lebih tenat lagi hati seorang anak muda yang dipagut resah gelisah mungkin kerana kecewanya atau masa depan yang agak pincang, semuanya menjadi gelisah dan juga gelabah, duduk tidak selesa dan berdiri pun tidak kena jadinya.khususnya Di waktu-waktu malam yang sepi dan mencengkam. Sebaiknya belajarlah guna malam untuk soalt bertahajut dan merenung bintang dilangit menilai kebesaran tuhan. Amin.

Budak Rap berkata...

sajak ketuhanan lagi nampaknya...

Dang Anum berkata...

menarik sajak kali ni..

Umar Haslam berkata...

sajak yg memberi kesedaran...

Lelangit Biru berkata...

best jgk sajak iblis ni...

Sarah berkata...

sajak yg menarik siap ada nasihat lagi...

Adi Cana berkata...

best sajak ni rupanya iblis yg buat sesorang tu putus asa...

Jupri Halim berkata...

iblis pun boleh buat org putus asa ker?

Malik Wariya berkata...

lps ni kena berhati2 x boleh putus asa...

Danial berkata...

berputus asa dari iblis ke?? ingatkan diri sndiri td...

Tanpa Wajah berkata...

menarik jgk sajak ketuhanan kali ni

Ali Conan berkata...

wah! ada asam pedas plak!

Sarah berkata...

asam pedas ni makanan apa plak??? byk pelik2 la...

Emily Bayans berkata...

asam pedas??? nnt nk try cuba la..

Pangeran Indera berkata...

asam pedas ni rasa masam ke rasa pedas?

Ungku Zubir berkata...

aku ingatkan seri suri x reti masak rupanya tahu jgk,...

Pak Awang berkata...

asam pedas masa apa ni?? ikan ker?

Kembara Budiman berkata...

asam pedas makanan tradisional lagi...

Jalil Janggut berkata...

bagilah resepi masakan moden asyik makanan dulu2 jer...

Sharifah berkata...

asam pedas! sedap masakan ni...

Brader Joe berkata...

asam pedas plak kali ni? hehe

Raja Muda berkata...

asyik masakan je sumbang la lain plak?

Nurse Lisa berkata...

minggu ni mmg minggu masakan ker?

Pedang KEsatria berkata...

kalau aku nak sumbang pasal lain boleh? jemu plak asyik masakan jer..

Johnson Iqbal berkata...

sumbang la masakan barat plak....

Nakhoda Belantara berkata...

sedap ke asam pedas ni seri suri?

Lagenda Pulau berkata...

asam pedas ikan patin sedap la...

Ezad Emir berkata...

dulu bekas bini aku selalu masa asam pedas ni...

Tanpa Nama berkata...

rtyryrt

Tanpa Nama berkata...

yrtyrtytry

Tanpa Nama berkata...

ertertert

Tanpa Nama berkata...

54uy4t4

Tanpa Nama berkata...

rtytrytryrt

Mat Noh berkata...

asam pedas? kena cuba jgk ni..

gelora maya berkata...

asam pedas tiba2 teringat kmpung plak...

Golok Buta berkata...

masakan kampung lagi ker?

Zain Issac berkata...

esok aku nak sumbang cara buat pizza...

Mr Casanova berkata...

semua resepi makanan yg di sumbang smua aku xpnh makan...

Ustaz Majusi berkata...

en nuri x sumbang resepi ker?

Zuraifah berkata...

asyik ahli je sumbang resepi penjaga blog x sumbang sama ker?

Roslan Bidin berkata...

esok aku nak sumbang jgk resepi...