Khamis, 9 Disember 2010

ALLAH BERSUMPAH




 Allah bersupah pada waktu;
demi masa, demi waktu dhuha
demi waktu malam yang hening
Allah tidak pernah membuang
atau membencikan pada kita,
seakan-akan  sama seperti nabi
yang lama tidak terima wahyu
lalu Allah memberinya semula,

Allah tidak membuang kita;
sebenarnya  kita yang selalu
rasa tersalah sangkakannya
apabila ditimpa satu musibah
sengsara menghadapi hidup,
kita pun menyalah takdir Allah
sebenarnya adalah sebagi ujian
untuk  Allah menilai keimanan.

Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda
penghujung bulan tiga 2009.




50 ulasan:

Ustaz Moktar berkata...

KAU KATA KAMI BURUK KAU BAIK

kau kata kami buruk
kami teruk kami ini pungguk
tertunggu-tunggu bulan
jatuh ke riba tergolek depan mata
terhias dengan mutiara.
kami ingatkan kau terbaik
kau patut ditabik
kau pun jalan mendabik
tak perlu tengok kiri kanan
jatuh tergolek pun kau tak akan
terhias dada kau dengan kebanggaan.
itu semua kau yang angankan
caci engkau kami tak makan
puja engkau sumpah
kami tak berkenan
pergi beranganlah
pergi mimpilah
engkau kan tak sekolah!
sudah kami nak pergi ni
ada tuhan yang perlu aku sembah.


Ustaz Moktar
selepas membaca surat khabar

Sumaiyah berkata...

TERSUNGKUR

Tersungkur,
Ada kau hulur pendakian baru.
Sepi
Ada kau tak jemu memberi erti.
imaginasi
Ada kau berpimpin melakar mimpi.
Tersasar
Ada kau memberi arah penuh sabar.
Tertawa
Ada kau menyumbang bahagia.
Teresak,
Akau menenangkan tanpa desak.
Tiap celik pejamku memang ada kau,
Tiapdoaku ku pastikan ada kau,
Jatuh-bangunku aku mahu ada kau.
Adanya kau semalam,
maka ada aku di sini
hari ini yang begini.

Sumaiyah
Seberang Prai
3pagi

Tinta Bayu berkata...

TAK SAMA DARJAT

Benar aku terpesona
dengan merak kayangan
Betul darjat dia dan aku
beza umpama air dan udara
tanah dan langit
Biarkan pedulikan
ini rasa aku biarkan aku mati
menikmati sensasi cinta mengorbit dia seperti bumi dan matahari
Bagaimana aku memujuk hati
agar tidak menangis
agar tidak memikirkan
yang buruk-buruk
bila situasi yang tertunjuk
tiada yang indah belaka
tiada yang menyenangkan


Tinta Bayu
mengenang nasib diri sendiri

Safura Zurina berkata...

DAHAN PATAH

Percayakah kau bakal ku kata ini?
Pintaku kau dengar dahulu
Kerana luka ini
Mustahil tepat kau rosakan
Dengan torehan biasa
Dengan ucap kata kata
mana mungkin begitu
Buka mata hati fikirmu
Jangan tolong jadi dungu
Egomu sikit pun tak membantu
Apa kau ingat kau jantan terbilang?
Bagiku kini kau akan ku buang
Ya dengarkan lagi
Buat kesekian kali
Aku ingin pergi
Jauh jauh kenangan akan pudar
Manis katamu kini telah hambar
Dalam duduk sendiri
Membilang tasbih resah
Sesudah bayang hilang teduh
Kerna dahan sudah patah
Tapi ku yakin luka akan sembuh
Akhirnya kini aku pasrah


Safura Zurina
Seremban
2.12.2010

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Moktar dengan sajaknya KAU KATA KAMI BURUK KAU BAIK, Terasa bagai mahu mempertikaikan ungapan yang mungkin menyengong perasaan hati. Kini mula mengambalikan paku dulang paku serepeh . Pengucapannya jua bagai terasa agak mengecewakan nampaknya. Bila seorang yang diangap sebagai tokok berwibawa, tetapi gaya dan lagaknya bagai menidakkan ketokohannya. Malah lebih teruk daripada orang yang memuja dan mengikutnya. sepatutnya tidak berlaku perkara begini kepada seorang tokoh yang kekal mahu dihormati. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Sajak bertajuk: TERSUNGKUR oleh Sumaiyah, pengucapannya rasa bagai bertanya
sesuatu kepada siapa ? agak mengelirukan. Pada tuhan, orang kedua atau diri sendiri?
Semua jawaban bagai mengecewakan hati. bagaikan tersungkur. Akhirnya timbul satu perasaan yang lain pula, agak mengoda. Dimana saja berada bagai nampak si dia atau terasa ingin dapat bersama dengannya, pejam celek, hingga dalam doa,waktu jatuh dan bangun tetap mahu bersama pula, kalau boleh buat semalam hari dan esok. Mungkin selamanya. selepas jatuh tersungkur agaknya. Baru ada keinsafan. Cuma andaian .

Qalam Mutiara berkata...

TAK SAMA DARJAT oleh Tinta Bayu semacam cerita lakonan seniman P. Ramlee
dalam filem Antraa dua darjat. Biasanya darjat cuma pada kelahiran sahaja. Mungkin seorang itu dia dilahirkan dalam keluarga keturunan berada atau anak raja, maka jadilah dia anak orang berada dan berdarjat di raja, Sebenarnya tuhan menilai pada rasa keikhlasan hati kita. Kau lihat sahaja raja muda hatinya sama saja berjiwa rakyat dan ramai juga puteri di blog ini. Sebenarnya jodoh dan pertemuan itu ditentukan oleh
Allah swt. Terserah ikut qada dan qadarNya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

DAHAN PATAH sajak Safura Zurina dari Seremban N9. Pengucapannya menyetuhjiwa nan lara. Begitulah keadaan kisah rangmuda kini, berjumpa bermesra, tetiba ada yang kurang menyenangkan hati, lalu ingin pergi, pnantian pun rasa tida berguna lagi, begitu mudah membawa hati pergi untuk mengubat luka sendiri. Semua kenangan lama tidak bererti lagi. Jika masing-masing ada keegoan sendiri, yang malangnya si wanita jika tidak bekerja patahlah dahan tempat bergantung. Kini cuma sekadar menyerahkan diri pada kehendak takdir illahi. Semoga dapat cari penganti.Amin.

Brader Joe berkata...

BUBUR ASYURA

Bahan-bahan:

1. 2 cawan beras biasa ( direndam selama sejam atau lebih dan dikisar halus)
2. 2 cawan gula merah (yang dicairkan)
3. 2 cawan gula putih ( ikut manis yg disukai)
4. 1 sudu garam ( secukup rasa, jangan termasin)
5. 1 biji santan kelapa ( pekat)
6. 1 cawan kacang hijau ( goreng tanpa minyak dan buang kulit)
7. 2 cawan kacang kuda ( yang telah direbus hingga empuk)
8. 2 tongkol jagung manis ( dipotong dan ambil isi, boleh juga guna jagung dalam tin)
9. 1 tin kacang merah ( yang biasa campur dalam ABC dan cendol)
10. 1 biji ubi keledek sederhana ( yang direbus , dibuang kulit dan dipotong dadu kecil)
11. 10 biji pisang (apa-apa jenis spt pisang awak, nangka, abu, berangan dll yang dipotong dadu atau serong)
12. 4 ulas nangka yang dipotong dadu kecil.

( boleh tambah lain-lain kekacang dan buah yg sesuai)


CARANYA MUDAH AJE:

1. Masukkan dalam kuali besar santan, gula merah, gula putih, garam dan beras yang telah dikisar.

2. Masukkan kacang hijau, kacang kuda, ubi keledek rebus dan jagung. Kacau perlahan sentiasa dengan api sederhana hingga pekat dan melekit macam gam.

3. Masukkan kekacang dan buah lain dalam campuran tadi hingga campuran pekat dan masak. Tambah gula dan garam ikut rasa. Bubur yang masak ialah pekat, berkilat dan berwarna keperangan.

4. Masukkan dalam bekas yang leper seperti dulang atau bekas kaca pembakar seperti Pyrex. Ratakan dan biarkan sejuk. Bubur ini akan mengeras dan boleh dipotong macam puding.Boleh juga dibuat lembut seperti bubur lambuk, dan tambahkan santan cair. Terpulang kepada selera masing-masing. Selamat mencuba dan sampaikan kepada rakan-rakan lain yang sukakan bubur ini, terutamanya warga emas. Emm... sedapnya.

Tanpa Nama berkata...

rgergrgre

Qulbai Khasai berkata...

bila nk letak sajak yg bru2 plak en nuri?

Al Azhar berkata...

eh! nampaknya en nuri ni asyik terbit sajak lama jer???

Geletek Malam berkata...

allah bersumpah? mcm sajak lama jer...

Ravi Ramachandran berkata...

Allah pun boleh bersumpah ke? mcm mne n nuri thu?

Rossa Long berkata...

allah bersumpah?? sapa allah ni?

Mr David berkata...

Allah ni mcm dewa jgk ka?

Satria Juragan berkata...

pening jgk sajak puteri bunian ni apa yg kosong?

Ustaz Muda berkata...

menarik sajak allah bersumpah ni buat lagu nasyid best jgk ni...

Ustaz Majusi berkata...

semalam sajak en nuri xphm sajak ahli kami phm skrg sajak en nuri plak snang sajak ahli plak susah,...

Harimau Berantai berkata...

sajak yg senang paham sajak en nuri kali ni...

Bulan Terang berkata...

sajak ketuhanan yg memberikan kesedaran...

Atuk berkata...

sajak ni pasal apa?? kenapa semua kosong saja...

Ustaz Mahfuz berkata...

apa bnda la maksud kosong tu??

Mona berkata...

kosong? sajak apa plak ni???

Adi Cana berkata...

kosong je sajak ni? xpham la

Tok Mahat berkata...

sajak puteri bunian ni kosong? sy pun kosong xnmpak apa mksudnya

Jupri Halim berkata...

cukupkan koata... hehe salam ziarah...

Ultra Rahman berkata...

bubur asyura plak brader joe??/

Bumi Hijau berkata...

kosong? jiwa kosong ke ni

Hamba Allah berkata...

sajak en nuri lagi senang nk paham....

Orang Lama berkata...

sajak bdk2 muda skrg susah nk paham....

Suara Misteri berkata...

nk dekat 10 muharam dh ni

Sipaun Supain berkata...

terima ksih brdaer joe...

Wasiril Azmi berkata...

nnt snang aku nk cuba

Penghuni Maya berkata...

nnt boleh cuba kt kmpung resepi brader joe

Mat Noh berkata...

nnt nk cuba resepi brader joe sbb kmpung sy buat slalu x berapa sedap...

Eddy Capil berkata...

resepi dh ada nnt aku nk cuba buat jgk...

Diana Sanubari berkata...

UUM ni harap2 ada buat bubur asyura....

Bos Kacak berkata...

nnt nk buat la kat opis aku kerah staff2 aku

Aziz Moktar berkata...

wah! hebat la brader joe siap bgi resepi

Taib berkata...

terima ksih brader joe aku mmg dh lama cari resepi ni...

Tetamu Malam berkata...

ni resepi jabatan kita brader joe! kenapa dedahkan!

Tasya Humariah berkata...

sedap ke sbb nmapak lain je resepi brader joe bagi ni...

rthtrhtrhtrh berkata...

rthtrhtrh

rthtrhtrhtrh berkata...

trhtrhtrh

ergergerg berkata...

ergergerger

vxcbvbvssd berkata...

gergregregv

GANYANG MALAINGSIA berkata...

hahaha rasakan... hahahahahhahahaa hancur!!!!

Jalal Rafzee berkata...

maaf en nuri ada kerosakan dalaman sikit...

Guest door. berkata...

Nak sedap buat bubur asyura !

Tambahan apa yang kurang petua
Pak cik topi suduk! (untuk makan ramai atau utk sedekah) ikut keadaan. selalu modal seratus lebih.

Boleh dapat 40 jenis bijian,semua jenis kacang, 5 jenis buahan,3 jenis ubi,sagu, pulut, tepung beras, gula putih dan banyakan gula merah. santan kelapa , daun pandan penting.

Semua Kacang rebus dulu kasi empuk.
guna periuk lain. kalau kacang kuda atau tanah keras habis semua
rasa tak selesa. Kena redap sehari dahulu.

buahan boleh masuk kemudian,
begitu juga pisang, nangka, labu lemak, durian, cempedak,

ubi kayu, keladi, keledek. Ada juga orang bubuh mee sanggul atau bihun.

Bubuh santan satu perikuk besar.
dua kilo cukup, bancuh tepung beras, satu kilo cukup, tuang pelahan, kacau sampai sebati, pekat terus.ikut suka hati lah.

Yang sedap sekali, ubi keladi, potong dadu dengan pisang awak
potong duit seling.

kalau nak buat buat betul-betul mesti sedap bubur asyura ini..


Bagi cukup ulasan saja.(dulu saizul Maizav tak dapat. ketuk pintu hang x ada. Semua Makcik
dan pakcik itu bagi. tunggu 10 muharam insyaallah.

Depa buat dua laki bini depa bagi satu block kacang hantu.itulah
kenduri dia yang aku tahu.