Khamis, 16 Disember 2010

KEPADA KELUARGAKU


lebihkan pebelanjaan ke atas keluargamu'


Aku tengah melantunkan lagu dan cerita
kepada keluarga isteri dan  anak-anakku
demi tentang membina sebuah kehangatan
dan kemesraanaan dalam berumah tangga,

Aku sering saja memujuk hatiku ini,  agar
dapat membahgiankan kami sekeluarga
aku selalu menyerah segala jiwa ragaku
demi untuk kemakmuran kedua hati mereka,

Aku kepingin tetap bersama mereka selalu
walaupun dalam kesukaran suka dan duka
aku harap mereka bahagia dan sejahtera

Dini hari  aku akan berjanji pada dirii....
selagi masih bernafas aku ingin selalu disisi...
membimbing dan menjaga anak dan Isteri
begitulah janji hati kecilku ini sebagai insan
yang digelar seorang ketua dalam keluarga.

Oleh: SAIZUL MAIZAV
KETIKA MAKAN ROTI CANAI SALAM
3.12.2009
PUKUL 11 PAGI  (7)n1






50 ulasan:

Suara Bebas berkata...

FATKA YANG JELAS
Semasa BN mentadbir dan Pakatan

Barisan Nasional
Kadar Lesen Rm150 Setahun
Yuran Permohonan Rm1500-Rm2000
Hanya lebih kurang 1500 Rumah urut


Pakatan PAS,DAP, PKR
Kadar Lesen Rm300 Setahun
Yuran Permohonan Rm5000
Terdapat 8000 Rumah Urut Berlesen

Fakta yang Gomo berikan ini adalah hasil dari tinjauan dan maklumat yang Gomo lakukan pada Sahabat Cina yang menjalankan perniagaan rumah Urut ini di Selangor.


(Petekan blog papa gomo)

Cakerawala Dunia berkata...

TARIKH TETAP

Jejak-jejak yang terus berhayun
Kincir yang kelak akan terhenti
Peduli yang tak seiringan
Lorong-lorong yang kadang kala
sesak kadang kala kosong
bergesel lalu luka.
Goyah tidak menziarah
hari-hari mendatang itu pasti
Cuma mentol terbakar perlu ditukar
Rindu pada merah,
rindu pada bendera
Berbulan yang dalam,
kilometer yang menjerit
Menjalar-jalar seluruh bekas,
lalu aku akan tewas
Terkenang talian yang erat berpaut
Cahaya yang tertarik memanjang,
suara tiga peringkat terigau-igau
Ada sesuatu di mata,
segmen ini tergendala


Cakerawala Dunia
Negeri Sembilan
4ptg

Eddy Capil berkata...

TANAH

siang sangat panas,
malam pula sejuk,
siang kadang oren,
malam pula kelabu asap.
bila bila kau kena tahu.
kau duduk tanah Tuhan.
apa saja perlu kau kaut dan jaga.
sebab apa ada dalam tanah
itu bukan kau punya.
Tuhan yang punya harta.
baik buruk kau harus jaga.
erat.tanam.ikat. bedung. rapat.
sampai akhir kali kau
kembali dalam tanah semula.
dalam tanah berlumpur barangkali.
dalam tanah berair barangkali.
dalam tanah berakar barangkali.
jadi apa saja perlu kau gali jaga.

Eddy Capil
sarawak
3pagi

Seniman Jalanan berkata...

MUZIK

persiapkan semua rasa perlu
gitar, celo, pengiring,
siap semua jadi sempurna
tapi, semua muzik mendayu ini
apa kau mahu nyanyi?
fomasi apa ini
lagu dipraktis tanpa bait-bait
tak lengkap lagu dan irama
aku bingung biarlah puisi
esok terluah sendiri
biar terluah dari hati
semua ini distraksi
kau petikkan gitar sesuka hatimu
tak kira apa chord kamu
ikut sedap telinga
balunlah irama apa
sebab itu distraksi
kau tak nak dengar?
ada aku peduli?
aku bukan egois.

Seniman Jalanan
ketika selesai bermain muzik

Inspektor Halim berkata...

FAHAM TAK?

Komunikasi mudah
Harian ditutur Asal faham
Sudah cukup Bahasa kasar pasar
Melayu rojak tak mahu pedas
Menghurai pernyataan dituntut
Kebebasan suara disahut
Asal faham sudah cukup
Dalam hidup ada mati
Serkup kafan cerkap hakiki
Padang lokasi kita abadi
Asal faham Sudah cukup
Jangan lupa mesti ingat
Cuba tanya cepat-cepat
Faham cukup asal dan sudah?


Inspektor Halim
Bukit Aman
3ptg

Fareez Khan berkata...

Dalca


Bahan-bahan

* Bahan hiris:
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji bawang merah
* 1 cm halia
* Bahan tumbuk:
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji bawang merah
* 1 cm halia
*
* 1 kulit kayu manis
* 5 biji buah pelaga
* 5 biji bunga cengkih
* minyak secukupnya (lebih sikit pun takpe)
* 2 sudu besar rempah kari daging
* 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
* 1 sudu kecil serbuk jintan putih
* air asam jawa secukup rasa
* beberapa ketul ayam (terpulang pd anda, saya guna leher, kaki dan peha)
* 1/2 cawan kacang dhal (direbus hingga lembut, sebahagian diambil dan ditumbuk hingga hancur)
* sayur2 spt karot, kacang panjang dan ubi kentang
* santan
* garam secukup rasa

Cara-cara

1.
Dalca1
Hiris semua bahan hiris dan ketepikan. Sediakan rempah2 seperti di atas. Potong sayur mengikut kreativiti masing2. (Di dalam gambar ini, ada byk kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.. sebenarnya hanya satu kumpulan shj yg digunakan hehehe.. yg lain tu utk masak lain)
2.
Dalca1
Gaulkan rempah kari daging, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih di dalam sebiji mangkuk dan tambah sedikit air.
3. Tumbuk semua bahan tumbuk dan ketepikan.
4. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan tumis. Sebelum bahan2 hiris berubah menjadi kuning, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
5.
Dalca3
Masukkan campuran rempah daging yg dicampur air tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.
6.
Dalca4
Tambah air asam jawa, agak2 supaya tidak terlampau masam tapi ada rasa masam.
7.
Dalca5
Masukkan ketulan ayam.
8.
Dalca6
Setelah ayam separuh masak, masukkan semua kacang dhal yg direbus dan juga yg ditumbuk. Gaul rata.
9.
Dalca7
Masukkan semua sayur2 yg telah dipotong. Tambah garam secukup rasa.
10.
Dalca8
Tambah air mengikut kepekatan yg disukai. Kemudian, tambahkan santan secukupnya (jgn sampai kuah menjadi terlampau putih). Masak sehingga mendidih dan tutup api. Pastikan ubi kentang sudah lembut.

Qalama Mutiara berkata...

TARIKH TETAP sajak daripada sdra. Cakerawala Dunia dengan gaya pengucapannya menceritakan satu ketetapan yang mungkin sesiapa tidak boleh mengelak, kerana perjalanan kita tetap terus beridar dan kekadang akan diarah berhenti. Kecelaruan pada pemikiran eloklah dikaji , berjalan mencari kebenaran, jangan mudah terpengaruh pada kefahaman kelompok yang kadangkala merosakkan pemikiran kita. Carilah kebenaran dengan cahaya ilahi, agar segmen perjalanan anda tidak tergendala. Amin (cuma andaian sahaja).

Qalam Mutiara berkata...

TANAK hasil karya oleh Eddy Capil pengucapannya berkaitan dengan tanah yang dijadikan Allah untuk jagat manusia bersama makhluk yang lain. Sesiapa pun jangan berlagak sumbung dan angkuh akhirnya mereka akan ditelah tanah juga. Justeru itu bolehkah kalian mencari tanah lain dari bumi tuhan ini untuk keluar, jika terasa diri terlalu berkuasa angkuh dan sumbung ? jika ggagal, jangan melupai asal usul kita yang sebenarnya dari tanah dank e tanah juga kita kembali. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Seniman Jalanan dengan sajaknya MUZIK Inilah cerita dunia kehidupannya sdra Seniman bersama Sayumbara muzik, berkawanlah kerana Allah semoga dirahmati. Bermainlah di tepian jalanan atau simpang pernang dan dimana saja. Nyanyilah lagu-lagu puisi yang menyanyat hati, Bacalah puisi dari CR untuk mereka dekati dan amanti, lagu nyanyian puisi dakwah yang kekadang boleh menyentuh dan memukau buat mereka yang menacri ke wujudan Allah swt. Semoga enkgau pun mendapat Ganjaran syurgaNya. En nuri membenarkan anda berdua mengambil mengubah puisi dari blog CR untuk dinyanyikan setiap hari sebagai senimanan jalanan. Amin. semoga sukses!

Qalam Mutiara berkata...

FAHAM TAK? Satu pengucapan yang agak tegas dan sinis dari Inspektor Halim dari Bukit Aman. Pengertiannya Mudah dan dua perkataan yang amat rengkas dan padat. Faham ta? Tetapi ada manusia yang mempunyai tiga sikap. Pertama dia benar-benar tak faham. Mungkin boleh dimaafkan, kedua dia faham, tetapi buat-buat tak faham, Cukup menyakitkan hati. ketiga di faham tetapi buat tak faham, bial ditanya faham tak? Dia berkata saya faham sengaja buat tak faham. Apa yang anda boleh buat? Wah! Mencabar pula kewibawaan polis. Cukup jahanam! Orang sebegini, bukan sahaja di kalangan bawahan ada juga , ahli politik, penguam, orang lain menghina mahkamah dia bising. Dia sendiri mencabar undang-undang tak mengapa. Patut dihukum 10 kali ganda. Amin.

Mamu Kassim berkata...

ha! dalca plak kali ni hbis la org mamak tutup kedai la lps ni

Ghulam Rasul berkata...

kenapa didedahkan plak resepi dalca ni?

Abu Hanifah berkata...

farez ni selamat org x knal klu x org pukul dh sbb dalca ni selalunya resepi rahsia

Abul Hassan berkata...

aku mmg suka dalca ni nnt boleh cuba la

Nahul Hidzar berkata...

dalca mmg sedap skrg dh thu resepi lps ni snang nk cuba la

Tok Mahat berkata...

dalca mamak ke ni?

Salam berkata...

resepi dalca? farezz ni msti india muslim ni

Qulbai Khaisai berkata...

papa gomo ni sapa plak??? boleh percaya ke?

Haji Khali berkata...

mana plak papa gomo dapat pasal maklumat ni?

Pak Awang berkata...

papa gomo ni ahli ke? xpnh dgr pun nama dia...

Harimau Berantai berkata...

nampaknya lebih banyak pakatan ni pegang

Sufian Al Zahri berkata...

btol ke maklumat papa gomo ni? kalau silap bahaya ni nnt kena saman

Suara Rakyat berkata...

x sangka jd mcm ni plak pakatan pegang

Putera Damien berkata...

pakatan ni mcm menggalakan rumah urut jer...

Kembara Budiman berkata...

eh! pakatan lagi tubuh banyak plak rumah urut?

Satria Juragan berkata...

berita ni sahih ke suara bebas?

Lagenda Pulau berkata...

papa gomo ni berani dedahkan bahaya tkut kena saman plak nanti?

Faezawatie berkata...

selangor dah jd huru hara dh skrg ni

Karim Ghani berkata...

dalca ni resepi asli ke? atau di tambah2 sikit....

Geletek Malam berkata...

kalau aku cuba buat msti x jd dalca ni sbb apa2 mamak buat lagi sedap

Haji Atang berkata...

dalca ni kalau kat penang pnya best la

Mr David berkata...

dalca makan dgn capati wow! sedap

Golok Buta berkata...

dalca ni org india punya boleh makan ker?

Petualang Tiga berkata...

dalca ayam ke daging ni?

Mozaire berkata...

dalca makan roti canai best ni

Nabil Quldi berkata...

parpu dgn dalca sama ke?

gelora maya berkata...

aku suka kari dhal lagi dari dalca

Ustaz Sahzan berkata...

kenapa sajak saizul maizav plak? bkn dulu dh siar ker

dam catur berkata...

sajak saizul lagi disiarkan??? x adil ni guest door

Pak Bostamam berkata...

kenapa sajak saizul di siarkan lagi?

Seri Suri berkata...

saizul maizav msti rasuah guest door ni sbb tu sajak dia disiar lagi

Ultra Rahman berkata...

org lain siar sekali je saizul 2 kali mana aci ni

Panglima Ketot berkata...

sajak saizul ni pun biasa2 mcm mana boleh dapat?

Julia berkata...

asyik sajak org laki je pmpuan pnye xde ker?

Jeffry berkata...

sajak saizul lagi! ni yg aku jeles ni

Ibrahim Lee berkata...

sampai 2 kali sjak saizul?? bagi la peluang kat org lain plak?

Zainal Arifin berkata...

mcm x adil je saizul dapat dua kali?

Saizul Maizav berkata...

nmpk mcm sajak sy? tp kenapa lain sangat ni??? pelik jgk....

Lagenda Pulau berkata...

sajak saizul lagi kenapa guest door??/ sedih kami semua telah di anak tirikan....

Lukiee berkata...

aku rasa saizul ni pun perkeja en nuri agaknya