Ahad, 26 Disember 2010

SEKOLAHKU



kategori sajak kanak-kanak

sekolahu
Indah sungguh sekolahku,
Dengan padang yang menghijau,
Bangunan yang tersergam indah,
Guru dedibkasi murid berdisiplin.

Sekolahku,
Tempatku menimba ilmu,
Tempatku mencurah bakat,
Tempatku belajar apa itu kehidupan,
tempatku mendisiplinkan diri.

Gurunya,
Sentiasa berdedikasi,
Mengajar dengan tekun,
Supaya murid-muridnya berjaya.
Muridnya pula,
Sentiasa berdisiplin,
Hormat akan guru,
Sentiasa berusaha untuk masa depan.
Aku sayang sekolahku,
Sekolahku telah maju,
Segala-galanya ada untuk kemudahan muridnya,
Aku bangga dengan sekolahku.

OLEH : MOHAMAD AKMAL
12.10.2009
kt sekolah dlm kelas




50 ulasan:

Suara Bebas berkata...

Selain isu janji dan retorik, perkara paling memualkan ialah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Barisan Nasional (BN) mempergunakan agama, bangsa dan raja-raja Melayu. Awang melihat ia merupakan strategi beliau untuk mengalih banyak isu kelemahan dan kepincangan pembangkang khususnya pentadbiran DAP di Pulau Pinang. Apa pun kenyataan itu suatu lagi penghinaan DAP ke atas Islam dan Melayu. Pelajar sekolah pun tahu bahawa BN yang diterajui oleh UMNO, adalah parti politik paling komited dalam menjunjung Perlembagaan termasuk mempertahankan kepentingan agama dan bangsa. Maka apabila Guan Eng membuat tuduhan sedemikian, ia menampakkan bahawa beliau mempunyai muslihat jahat. Mengaitkan raja sebagai pihak yang dipergunakan adalah amat tidak wajar. Raja-raja Melayu bukan golongan yang boleh dipergunakan. Peringatan tegas raja-raja Melayu kebelakangan ini agar dipertahankan Perlembagaan dibuat atas keprihatinan dan kebimbangan baginda sekalian, bukannya dipengaruhi oleh BN dan UMNO. Sedangkan bukan rahsia lagi, yang sedang mengasak untuk merobek Perlembagaan adalah DAP dan PKR.

Begitu juga dengan dakwaan beliau bahawa pemimpin BN dan para pembaca serta penyokong Utusan Malaysia bukan rakyat Malaysia yang sebenar. Kenapa Utusan diserang sedangkan ia mendokong Perlembagaan sejak merdeka lagi? Apakah hanya kerana tidak mengikut aspirasi DAP lalu pihak lain sewenang-wenang dipersoalkan status kerakyatan. Sepatutnya soalan itu ditujukan kepada Guan Eng. Apakah beliau rakyat Malaysia yang sebenar dan manakah kiblatnya, di dalam atau luar negara?

Awang mencabar Guan Eng supaya berikrar secara peribadi untuk menjunjung sepenuhnya Perlembagaan negara. Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sejak awal pembabitannya dalam politik telah berikrar mempertahankan Perlembagaan dan tidak pernah tergelincir daripada landasan itu. Ramai lagi pemimpin minoriti yang diangkat menjadi pemimpin negara, berikrar pertahan perlembagaan. Di Thailand misalnya Thaksin Sinawatra, Chuan Leek Pai, Samak Sundaravej dan Abhisit Vejjajiva walaupun berketurunan Cina tetapi meletakkan kepentingan negara mengatasi kaum. Apakah beliau warga negara sebenar, yang sedia berbuat demikian?(Petekan akhbar UM)

Kenapa mereka marah sangat akhbar UM? Sebab banyak sangat rahsia dan tembelang mereka telah didedah oleh akhbar tersebut,terbalik BN x mengharamkan akhbar mereka. Biar mereka tulis sama ada bohong atau meraka, rakyat sudah pun faham, dengar boleh percaya jangan .....

Nuri Jaguh berkata...

NAMA SAJA MANUSIA

nama sahaja manusia
konon makhluk hebat
punya akal hebat
punya kuasa hebat
ciptaan terhebat
mampu tadbir bumi
mampu redah samudera
mampu belah angkasa
cipta tamaddun dunia
sayang sejuta sayang
jejak langkah Qabil jadi ikutan
penuh dengki dan dendam
sanggup putuskan nyawa
sanggup putuskan saudara
sanggup pukul curi
sanggup tikam belakang
sanggup makan daging saudara
sanggup apa sahaja
asal puas kehendak
puas nafsu terdampar....


Nuri jaguh
seberang prai
2ptg

Haji Hasbullah berkata...

ANTARA ILMU AMAL DAN IMAN

pujangga lama ada berkata
ilmu penyuluh hidup kita
memang tepat apa dikata
tanpa ilmu kita binasa
jadi kewajipan dari Yang Kuasa
jadi suruhan rasul kita
walau di mana kita berada
ilmu jadi taruhan segala
dengan ilmu kita Berjaya
dengan ilmu pasti bahagia
dengan ilmu tinggi martabatnya
dengan ilmu cerah segala
setiap waktu setiap ketika
sampai kita menutup mata
ilmu pasti tiada putusnya
carilah ilmu di mana sahaja
walau meredah hutan belantara
walau dari pengemis buta
walau dari perompak durjana
walau dari kaki-kaki lima
apatah lagi di puncak menara
ada ilmu adalah amalnya
tanpa amal ilmu binasa
tanpa amal ilmu dipersia
tanpa amal tidak ke mana
tanpa amal tiada imannya
tanpa iman siapalah kita…


Haji Hasbullah
melaka
12malam

Nurse lisa berkata...

SERAGAMKU

dulu kau lihat aku
sentiasa dalam seragam ini
kehulu kehilir kemegahan dimiliki
sama-sama aku melepasi
sepak onak liku penuh duri
tapi itu dulu cerita episod
pak pandir dan mak mandir
sekarang zaman baru
hilang zaman batu tapi tetap aku
seragam ini tetap jiwa aku
kata-kata semalam tetap aku lafaz
aku laungkan demi semangat ini
tapi cuma peralihan masa berlaku
tapi aku jangan risau aku tetap aku
kau tetap bersamaku
seragam itu kita gengam
biar hilang di mata
jangan terpadam di dada
aku sampaikan kata-kata ini
kerana aku tau aku tetap aku
bukan seperti mana yang kau tahu


Nurse lisa
di kantin di hospital

Lebai noh berkata...

CARI PASAL

banyak orang suka cari pasal
sebab mereka tak punya hal lain.
pasal mereka kosong,
jadi mereka nak pasal yang berangka
apalah punya jalan mereka bawak ni,
jalan mati kau itu jalan pasal.
jadi persilalah cari pasal
dengan sesiapa kau ingin cari pasal
tak guna punya kau
baik pergi mati sahaja
buang masa aku

Lebai Noh
apabila selesai membaca surat khabar

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Nuri jaguh bertajuk NAMA SAJA MANUSIA pengucapannya mudah bahasa utara dan Penyunya sendiran yang tajam dan tepat buat mereka yang mengerti, kata orang utara berleter. Rupa, gaya, lagak semua dah ada, tapi perangai macam syaitan, cakap tak serupa bikin, janji pula banyak putar dan belit. Hampa duk menipu kerja. Depa ni tak takut mati kut? Buat apa saja yang depa suka, apa yang kena dekat depa. Hang nak telungkup ke, hang nak terbalik ke. Hampa punya Pasal. Aku tujuan lain tak ada, nak balas dendam saja. Dendam kesumat belum lumat. Kecuali hampa sumbat aku dalam penjara, baru aku tamat. Nak amin pun berat rasa.

Qalam Mutiara berkata...

Tiga perkara inilah yang sering menilai akan keperibadian kehidupan seorang bernama muslim. Begitulah sajak yang ditulis oleh sdra. Haji Hasbullah bertajuk ANTARA ILMU AMAL DAN IMAN. Penyataannya menerangkan Ilmulah perlu dicari dahulu sebelum kita boleh beramal dan bila ada keduanya kita dapat mengenal Allah dan menambahkan kuat keyakinan dan keimanan kita kepada ketetapan Allah swt. Apa pun kitiga ini saling menghubung kait diantara satu sama lian. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Nurse Lisa bertajuk SERAGAMKU mungkin pengucapannya menceritakan waktu lampau bersama kawan, agaknya semasa di bangku sekolah, mungkin berminat dengan pertolongan cemas atau berpakain seragam sebagainya. Kini bila sudah bekerja mungkin kena berpakaian seragam juga. Jadi hari ini sampai ketualah atau bersara dengan pakaian berseragam. Mungkin inilah cita-cita yang mungkin diminati dahulu.. Amin!

Qalam Mutiara berkata...

CARI PASAL sajak Lebai Noh pengucapannya mengenang jenis manusia yang suka cari pasal
Sama dengan lagu wahasal balik asil , itu pasal tak hasil. Tak ada kerja cari kerja, ada kerja rasa
Tercongang-congang. Sedang menempah nama atau menjatuhkan nama, kalau dah digelar dengan
Label yang menjijikan , ini bermakana sedang menjatuhkan nama. Tuhan bagi kita naik dan tuhan
Juga akan menjadikan kita jatuh , kalau kita sudah lupa kedudukan kita. Kini ramai pula orang
Sudah mula menyumpah sranah, lambat laun tak lama akan jatuh ke tanah. Begitu jugalah hukum karma buat bukan beragama Islam, elok jugalah bila hokum Islam sendiri tidak mahu diamalkan.
Kita nak amin pun rasa berat.

Salam berkata...

Mee Udang


Bahan-bahan ( 10 orang )

* 2 paket mee kuning - di celur
* 1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
* 1/2 ekor ayam
* Bahan2 Utk Dikisar
* 2 biji bawang besar
* 4 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 8 - 10 tangkai cili kering

Cara-cara

1. Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30min. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
2. Kulit & kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam & rebus utk 15 min atau lebih.
3. Keluarkan kulit & kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit & kepada udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
4. Guna minyak yg goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan2 yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
5. Masukkan udang yg dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam & gula/perasa. Jika nak sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
6. Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yg dicelur, tauhu goreng, telor rebus, daun sup & daun bawang, cili potong & bawang goreng.

Mei Ling berkata...

mee kolok ni bnda apa plak richard sirosa?????

Golok Buta berkata...

bunyi mcm pelik je mee kolok ni? iban pnya makanan ker?

Lukiee berkata...

mee kolok ni apa? xpnh aku dgr pun

Qulbai Khasai berkata...

mee katak? cait!!! pengotor la richard sirosa haram islam makan katak!!!!!

Harimau Berantai berkata...

mee kolok ni apa? jawa punya makanan ker?

Ezad Emir berkata...

mee colok? alamak loya tekak aku dgr

Ali Conan berkata...

mee kolok ni apa bnda ni? makana org mana cina ker?

Sufian AL Zahri berkata...

mee kolok??? makanan org negeri mana ni?

Zainal Arifin berkata...

makanan org siam ke ko bagi ni richard sirosa?????

Bulan Terang berkata...

makanan pelik2 plak richard sirosa bagi ni

Taib berkata...

di mana silap ku sajak apa ni?

Pengembara Masa berkata...

sajak mcm en nuri dalam di lema jer?

Abang berkata...

sajak politik ke ni en nuri????

Yusri Nawab berkata...

sajak susah nak paham la....

Budak Rap berkata...

sajak kanak2 ni mcm sajak budak sekola rendah jer? hahahahhahaha

Siti Hajar berkata...

sajak bdk2 pun ada gk disiarkan?

Sharifah berkata...

ingatkan en nuri terima sajak org dewasa saja...

Tengku Anita berkata...

sajak yg snang paham akmal ni... hehhee

Umar Haslam berkata...

sajak nk kata best? boleh la tahan

Ibnu Siddiq berkata...

sajak bdk2 pun ada dalam citra rasa???

Mak Mah berkata...

sajak ni paling snang paham sekali

Puteri Bunga berkata...

ringkas je sajak akmal ni... hehehe

Karim Ghani berkata...

sajak en nuri simbolik jgk

Nur Atikah berkata...

sajak ni berkenaan pasal apa en nuri?

Mat Toopa berkata...

sajak muhamad akmal ni pun xbest... hehehe

Abul Hassan berkata...

mee udang plak salam ni? ko anak ayu mee udang ker? hahahha

Pak Kassim berkata...

aku pun thu buat mee udang ni... hehhe

Nuri Jaguh berkata...

mee udang plak? ni msti dok teluk kumbar ni

Nahul Hidzar berkata...

mee udang plak kali ni? mana dapat rsepi ni?

Pak Ngah But berkata...

sajak esok sapa plak?

Bayu Bulan berkata...

harap esok sajak bukan ahli plak? hehe

Danial berkata...

mee udang plak nak buat?? nnt kena cuba ni

Pangeran Indera berkata...

wah! eh! mee udang ni rasa apa?

Mozaire berkata...

mee udang teringat plak pak ngah... hahaha

Jalal Rafzee berkata...

esok aku cuba mee udang la...

Muhamad Badawee berkata...

sajak kanak2 plak kali ni? sy xde ke en nuri?

Angker 13 berkata...

mee udang nmpk mcm snang je nak buat

Nabil Quldi berkata...

mee udang ni kalau nak beli mahal ni

Jupri Halim berkata...

macam2 resepi anda! boleh jd chef segera ni

Qalam Mutiara berkata...

Esok tak ada cerpen , berhenti dulu,
buat seketika.


Terima kasih buat mereka yang ingin mengikuti cerpen sepenuhnya, lihat
NPSCR 1 CERPEN Penghijrah Yang Pulang.

Rumah topangan sewa Hadi dan Madian
tak bernombur mungkin, setingan di pingger bandar.

Esok sajak empat sahabat ustaz berkumpulan.selepas pang6,Amin