Entah! sampai bila pun cerita tidak akan selesai
selagi bapa kuching dan juga tikus mondok
macam ada pakatan kerjasama rahsia sulit,
Bila anak-anak tikus kasturi mula berpesta
rempit, rokok, gam, dadah, kelsum dan sabu
pembekalan disediakan oleh tikus mondok,
Bila khalayak buat aduan pada bapa kucing
segera mengarah anak-anak kucing meronda
tetapi kena ikat locing sairen kecil dilehernya,
Bila anak-anak tikus kasturi dengar habis lari
kerana anak-anak kucing telah dibekal sairen
yang kenyang bapa kucing dan tikus mondok,
Entah! Sampai bila pun cerita ini tidak akan selesai
selagi ada suapan tikus mondok masih berluasa
bapa kucing tidak serius mengarah anak buahnya.
menangkap tikus kasturi yang selalu berpesta.
Oleh: Nurimanja,
ketika malam hari jam 3.00 pagi
nampak kereta polis berhenti, 12/2010
ketika malam hari jam 3.00 pagi
nampak kereta polis berhenti, 12/2010
.
50 ulasan:
____________________________________________________________________
CERPEN SIRI KE 6 BERTAJUK : AKU, MAMA ,TUGAS DAN ALAM-ALAM OLEH : NURIMANJA, SERAWAK.
_________________________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Dia memuji namaku. Apa betulkah aku ini cantik? Hati; dan Diri; Kenapa kalian semua diam? Betulkah kata-kata dia itu, aku kurang yakin dan percaya, Mulut; pastikah kau mengaku?
"Terima kasih, Emmm, saya orang Serawak, tinggal Kota Semerahan,"
Hati; tanyalah pula dia berasal darimana, sudah berapa lam dia tinggal di sini.
"Oh! Kota Semerahan, saya pernah ke sana. Emm Saya dari Perak, sudah hampir lima tahun di bahagian ke enam ini."
Ahh! Anih belum pun aku bertanya dia sudah menjawab dan bersama penerangannya sekali. bagai dia tahu sahaja, Ahh, anih.
"Bagaimana keadaan kelas?"
"Baik..."
"Cikgu mungkin berusia 22 tahun, pandai melukis, menyanyi dan menari?"
"Tak ada lah, sikit-sikit saja,"
Eh! Eh! Bagaimana dia tahu semua ini? Adakah dia mempunyai ilmu pirasad. Oh tajam sekali penglihatannya. malah dia membuat andaian yang tepat.
Kemudian datang pelayan yang membawa makanan dan minuman yang diminta di letakannya di atas meja , kini makanan telah pun tersedia di hadapan mereka berdua.pelayan pun berlalu.
"Silakan!" Dia mempelawa aku makan.
Perut; Kau sesungguhnya cukup lapar, tengah hari tadi tidak sempat makan, ahh capailah botol orenge itu, ambil gelas yang berisi ais batu itu, tuangkan segera, Ayuh! tangan, tarik pinggang mee goreng itu, angkat sudunya.
"Sila makan!" ulangnya lagi
"Sekejap, tunggu Salmah," Jawabku.
"Ohh! Hampir lupa saya, maaf, maafkan saya,"
Seketika cikgu salmah tercegat disisiku sambil tersenyum,sambil menghenyakkan pinggulnya di kerusi kayu.
"Ehh! Kenapa tak makan lagi? Makanlah,: kata cikgu Sal.
Dia membaca bismillah dan doa makan, kami mengaminkannya, selesai doa dia mempersilakannya.
"Sila makan!"
Tangan; Cepatlah angkat sudu itu, dia mula makan itu, Bismillah hirrahman nirrahhim. Sal, kau mulalah dulu, nanti aku ikut, dia dah makan tu. Tekak; Kenapa pula kau rasa tersumbat? Bukankah ini semua makanan dan minuman yang menjadi kegemranku selama ini.
BERSAMBUNG........
ANGANKU
jauh anganku melilau
segenap ruang merayau
meninggalkan sebuah hakikat
tentang dalamnya luka di hati
melilau dan terus merayau
menyaksi gelagat meligat
menyusuri lamunan
tersentak aku seketika
ngilu menekan dada
rupanya parah bernanah lagi
melimpahkan hanyir rasa
memuntahkan gelora jiwa
akhirnya aku tewas
pada igauan dan bayangan itu
rebah aku melurut kasih
lara berdarah kukucup pilu
menyentap igau melilau
kerna lamunan itu
mengkhabarkan duka
bayangan indah semalam menghantui
hingga berasa aku sendiri
seakan tenggelam dimamah realiti
Salam
ketika di gerai awie 3 pagi
EPISOD KITA
kiranya ini malam
aku dalam kelam
bercerita dalam khayalan
kuhimpunkan semalam
memeluk seraut bayangan
tak lena biarpun rapat kupejam
rupanya ada dalam fikiran
tak hilang biarpun jauh kulemparkan
rupanya ada dalam hati
aku ingin pergi pergi sepertimu
telah lelah aku melangkah
masih lagi di sini
kematu bukan lagi di kaki
tapi hati sabar
itu pesanmu memang sabar
kekadangnya tercabar
terjadi tetap terjadi
itu katamu aku pegang
yakin kau kan kembali
cuma aku meronta lagi
bila episod bersambung lagi
dan kita terus begini
Pagok Lana
Kuala Lumpur
3.12.2010
ULAT BULU TUA
Kisah si ulat bulu
Makin lama makin berbulu
Ikut semua kehendak nafsu
Hingga tak sedar diri kematu
Tidak cukup barang yang satu
Si dahi licin habis diburu
Perangai tak ubah sejak dahulu
Jenis muka tak reti malu
Siang malam tak kira waktu
Apa melintas habis disapu
Hitam putih tak pilih bulu
Asal puas nafsu yang satu
Hidup dah jadi haru biru
Semua orang jadi seteru
Anak isteri dah naik malu
Sembunyi muka belakang pintu
Kata sepakat sudah setuju
Semua angkut kain baju
Baru tersedar merayu-rayu
Seorang diri akhirnya terkedu
Siti Nurbaiyah
sajak utk bos di tempat sy kerja
SUMPAH KERAMAT IBLIS
Aku lebih mulia kenapa harus tunduk
Siapa adam? asal tanah hitam
Mana sebanding denganku
Aku dari api tak layak sama sekali
Maka sumpah keramat tercetus
Sumpah iblis terhadap tuhan
Sesatkan adam dan anak cucu
Ramaikan pengikut di neraka
Ramai tertewas tertunduk
Empat penjuru semua di redah
Kiri kanan depan belakang
Menyelinap ke segenap daerah
Ulama alim ramai tertewas
Yang bodoh jahil apatah lagi
Tewas dengan pujuk rayu
Tewas dengan pujukan mendayu
Sumpah keramat kekal selamanya
Kekal hingga hari kebangkitan
Selamatkah kita?
Ustazah Janariah
ketika mengajar anak2 tentang iblis dan syaitan
Sayur Keladi Masak Asam Rebus.
Bahan-Bahan :
1) sayur keladi
2) lada kering
3) bawang besar
4) bawang putih
5) belacan
6) ikan bilis
7) asam keping
8) garam
9) ajinomoto
10) air
Bahan-Bahan :
1) masak air di dalam periuk. tunggu sehingga air mendidih, masukkan sayur keladi.
2) tunggu sehingga sayur keladi lecur, buang air di dalam periuk.
3) kisar bawang besar, bawang putih, belacan dan ikan bilis.
4) masukkan ke dalam periuk yang berisi sayur keladi tadi.
5) masukkan asam keping, garam, ajinomoto dan air mengikut kehendak.
6) tunggu sehingga mendidih. Sayur Keladi Masak Asam Rebus telah siap untuk dihidangkan.
ANGANKU sajak daripada Salam. Pengucapannya pieo loghat pulau pinang. Kau hentam sajaklah. Asalkan ada rasa luahan hati dalam sajak jiwa-jiwa anda. Mungkin cerita kisah lama yang agak kecewa, merebut seorang kekasih , tetapi telah pun di rampas olegh orang lain, amat terasa kecewa hingga hati luka parah, sehingga sampai terganggu mimpi malam dan menghantui ruang tidur. Agak tenat dan parah, cuba solat istikharah atau hajat minta pertunjuk, bagi jalan yang benar, jangan fikirkan perkara yang lalu,kerana kegagalan itu, semoga ada hikmahnya. Amin
Pagol Lana dengan sajak jiwanya bertajuk: EPISOD KITA. Pengucapannya cuba mengibaskan kembali cerita lama yang agak sukar dilupakan, walaupun cupa dilempar jauh keanngan itu masih mahu berbunga kembali. Setelah ada sadikit kemesraan perasaan hambar dan sepi menghantui lagi. Sampai bila anda hendak meluahkan perasaan . Teruskan , sama ada suka atau tidak, agar senang buat kira. Jika tidak bertambah luka perasaan anda. , semuka jangan malu dan segan, agar mati tidak meragan. Amin.
Siti Nurbayah dengan Sajaknya yang bertajuk: ULAT BULU TUA. Bagai terasa juga, pengucapannya agak tegas dan marah nampaknya, Inilah yang selalu berlaku, ramai yang secara diam tukar kerja atau berhenti kerja, kerana ada gangguan seksual. Tidak kira melalui pandangan jelingan yang menghairahkan atau percakapan yang melucahkan, atau Sentuhan yang tidak sengaja, atau sengaja. Semuanya dikira ganguan.Akibatnya jika dilayan hurahara jadinya. Tidak kira suami atau anak bini orang. Cukup mencabar perkara sebegini. Hanya dengan keimanan yang tebal dan ketakwaan kuat kepada Allah, dapat menghendar daripada gejala social ditempat kerja ini. Amin
Sajak Ustazah Janariah bertajuk: SUMPAH KERAMAT IBLIS baik saja di beri tajuk: SUMPAH LAKNAT SANG IBLIS. Pengucapannya menceritakan tentang keangkuhan Iblis yang Allah jadikan dari Api sedangkan makhluk yang lain untuk dihormati, cuma dijadikan dari tanah bagi manusia dan cahaya bagi para malaikat. Ini yang menyebabkan Allah murka, namun Iblis tetap dg keanguhannya untuk mengoda manusia, agar mereka di humban bersama ke dalam neraka. Justeruitu, manusia mesti ingat apa saja yang dilarang Allah, jika hati ingin buat, adalah godaan iblid, jika imantidak kuat, nescaya tersungkurlah kita. Minta dilindungkan Allah. Amin.
nnt nk cuba resepi pak ngah but ni...
sayur keladi?? sedap jgk tu....
sayur keladi masak asam pedas? sedap ker???
pak ngah bagi resepi apa plak ni? xpnh dgr pun..
alamak! pak ngah but bg makanan kmpung plak? x minat la,...
sayur keladi tu mcm mana rupa dia?
makanan kesukaan sy tu pak ngah but bagi ni...
terima kasih pak ngah! sy ada jgk nk buat tp x jd skrg dah ada resepi sy dh thu mcm mana nk buat lps ni...
makanan org lama pak ngah but bagi ni...
bdk2 muda msti x thu resepi pak ngah but bagi ni...
errk!! sedap ke pak ngah but?? semacam je tgk resepi dia...
xpnh dgr pun resepi pak ngah but ni?? resepi bru ker????
kena cuba resepi pak ngah ni bru thu mcm mana....
rasa apa plak resepi pak ngah but bagi ni?
pak ngah but ni bgi makanan pelik2 la...
cikgu tu puji jamilah cantik plak?? hehe
cikgu muda ni lain macam je dia ni?
cikgu muda ni apa plak nama dia?
wah! romantik plak baca kisah cikgu jamilah ni...
aku rasa last sekali cikgu tu kwin dgn cikgu jamilah la....
cikgu lelaki tu sapa en nuri ker????
cikgu ni msti mengajar pendidikan seni sbb pandai melukis..
alamak! ada babak romantik plak dalam cerpen ni...
sorg sarawak sorg lagi perak?
mngkin jodoh cikgu kamilah dgn cikgu muda tu kot...
cikgu laki ni xde nama ker?
cikgu laki ni mcm nk jual minyak jer?
cikgu muda laki ni asal perak sebelah mana plak?
alamak! nampaknya ulat bulu dah naik daun... hehee
sajak ni mcm cerita tom and jerry jer?
sajak kucing ni mcm ada simbolik jer...
en nuri tuju kpd siapa sajak ni?
sajak ni mcm sindir polis je en nuri? bahaya ni,....
ingatkan sajak ni pasal kucing dan tikus rupanya ada maksud tersirat....
tikus dan kucing ni sapa dia en nuri?
sajak ni agak sinis jgk...
sapalah en nuri gambarkan dalam sajak ni....
sajak en nuri perli sapa plak
sajak yg agak simbolik agak dalam maksudnya...
agak pening sajak kali ni...
Catat Ulasan