Rabu, 15 Disember 2010

MELIHAT DENYUT NADI KOTA




Kisah hidup hamba Allah
dibayar keringat dengan rezeki
menyara enam anak bersama isteri
sekadar untuk hidup jangan kelaparan
bekerja dari jam 4 pagi hingga ke 11 malam.

Jam 4 pagi sapu sanpah
7 pagi upah potong kepala ikan
9 pagi  kerja jual akhbar di tepi jalan
12 - 4  petang kerja hantar alat perabut
8 - 11 malam bantu niaga warung kedai kopi.

Pendapatan cuma  seribu
cukupkah nafkah anak dan isteri
untuk bergelut hidup dicelah kesesakkan
di tengah kota mutiara penuh  mencabar ini.

Saya ini orang pendatang
sudah lama tidak mahu pulang
sana negeri lagi susah mahu cari makan
sini mari sikit-sikit boleh hidup tara apa tuan.

Oleh ; Nurimanja,
waktu ke pejabat agama,
berbual dengan hamba Allah.
penghujung di  bulan September, 2010.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

SIRI 4.

CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________


“Hadi! Kalau kau hendak kerja ikut aku di Bandar, di sana kerja banyak, tak payah pakai sijil, asalkan kau ada tenaga tulang empat kerat, sudah cukup, tambah pula dengan semangat yang rajin, Buat saja apa yang disuruh, gaji boleh tahan” Kata madian kawan baiknya yang baru sehari dua balik ke kampong hilir sebelah matahari naik. Waktu itu merekaberjumpa di kedai kopi Haji kawi.


Telopong mulut dan terbeliak mata Hadi mendengarnya, Hati mudanya terasa bagaikan melonjak-lonjak hendak keluar, jiwanya juga terasa inginkan perubahan dan ingin keluar dari kampong yang tidak punya pekerjaan yang tetap ini. Dalam hatinya
Hadi bertekat untuk berhijrah. Dia ingin mengubah nasibnya dari seorang anak muka kampong, meneroka kehidupan di Bandar.


“Apa kerja yang aku boleh buatdi Bandar tu Mandi?” Tanya Hadi Nampak macam bersungguh dan beriya-iya sangat.

“Ahh! Kau ikut saja aku, esok aku nak balik, Lagi pun kau duduk di kampong ini tak ada satu apa yang kau boleh buat, ke swah saja setiap hari, senang tak juga, alhirnya sampai ke tualah lu, tak merasa hidup di Bandar Kuching.” Kata madian sambil tersenyum lebar, seolah-olah telah merasa kebahagian.

Kata-kata inilah yang menjadikan Hadi terperangkap dengan bujukan Madian, kawan sekampungnya yang telah tinga bulan yang telah tinggal dan bekerja di Bandar Kuching itu.

Sesekali Hadi mengutuk dan menghina sikap kedegilannya itu. dia masih ingat lagi , betapa terlukanya hati ibunya di malam penghijrahan itu. Bila satu pertengkaran kecil telah berlaku diantara dia dengan ibunya.

Hadi sepatutnya tidak boleh bertindak begitu . Hati orang tua patut dijaga. Tetapi perkara sudah berlaku. Memang selama ini dia tidak pernah mengalah, sejak dari kecil lagi, setiap pertengkaran berlaku dengan ibunya, kemenangan pasti menyebelahinya.

“Hadi! Tak usahlah kau pergi, aku ini sudah tua, siapalah hendak mengerjakan tanah sawah peninggalan aruah ayah kau itu?” Begitu bunyi kata ibu hadi, bagai merayu bunyinya.

“Ahh! Saya nak cuba mak! Bagaimana tinggal di Bandar kuching itu,” jawab hadi bagai tidak ada tolak ansur lagi.


BERSAMBUNG.

Wan Azril berkata...

KITA SEPERTI BURUNG

malam makin hitam makin kelam.
aku bimbang kau jauh
bisa hati aku hitam kembali
tak mahu aku hitamkan
hati yang putih ini.
cuba aku bertahan untuk diri kau,
macam kau tahan sama diri aku.
aku kau kita. macam burung
burung yang menari atas awan
sambil menyanyi lagu Tuhan.
aku harap nyanyi mendayu asyik.
sampai waktu semua putih kapas


Wan Azril
kuala terengganu
10.12.2010

Sarah berkata...

TIBA-TIBA SEMUA LAYU KERANA AKU

aku pagi itu kosong
ku buka jendela bilik
kuning oren bersama hitam
jadi gelap murung kusam
si awan pun tukar kulit
dari putih gebu jadi kelabu
rupanya langit tidak ketawa bersama aku ku atur langkah lesu
cuba cari sinar p taman bunga
lihat sekelompok pokok bunga itu
mereka tidak ceria bila lihat aku
kenapa pokok bunga itu
tunduk melayukan tangkai?
tidak mahu berbual dengan aku?
lihat kawan-kawan ikan di kolam
kolam tidak bergelombang,
mana kawan-kawan ku
selalu melompat menjengah aku?
kenapa tiada lompatan
riang pagi itu menyorok mana?
nampak sini tengok bayang-bayang
bayang wajah manusia pada kolam itu
kenapa tiada senyuman
wajah yang sayu, tampak sedih
kenapa bayang wajah ini tidak ceria
mana senyum ceria selama ini?
milik siapa bayang ini?
aku… aku yang berdiri di tepi kolam
aku yang tidak ceria……


Sarah
selangor
1.12.2010

Bintang Kejora berkata...

BERFIKIR SEJENAK

Malam ini aku ingin,
mengubat segala bernoktah hati,
Sedih pilu dalam diri aku bersatu,
Bersatu mencari tersiratnya
Apa duka dalam diri,
Tanpa satu titik pandangan terlihat
Apakah engkau yang melihat?
Mana mungkin ianya dilihat,
Kerana semuanya terlipat kemas,
Dalam setiap inci lipatan hatiku.
Walaupun adanya kau bersama aku,
Aku sentiasa bersendirian
mendongak ke masa depanku,
aku tidak bisa merasa kehadiranmu,
Kerana aku tahu fikiranmu
tiada di sudut aku…

Bintang Kejora
Kedah
2ptg

Busur Berduri berkata...

TERIAK

teriak kuat-kuat tengah malam
biar terburai isi terjelir lidah
laung saja apa yang kau rasa
kau ada ingin untuk lakukan
kau mampu dan kau boleh.
masa tiba kau teriak di hadapan
jangan selamanya kau bersuara
tegas dan lantang di belakang
biar terjuih bibir kau
di pentas sana
biar diperkatakan orang
biar jadi bahan
janji kau rasakan
apa yang kau tak pernah rasa.
selau kau lihat orang atas pentas
kau kata kau juga
boleh buat macam dia
malah kau kata kau boleh lebih baik
sampai bila mau sorok? sampai bila?
arus perdana kau bila lagi?
sudah tersedia peluang
terhidang depan mata
pergilah jamah peluang itu
biar orang lain turut terhibur
seperti aku terhibur bait bicara aluan tarian jarimu
petik gitar mahu kongsi orang lain
biar sama-sama rasa
apa yang patut kau rasa
kerna aku dah rasa
apa yang patut kau rasa ini.


Busur Berduri
ketika berada di dalam surau

Taib berkata...

AYAM MASAK MERAH


Bahan-bahan ( 4 orang )

* 1/2 ekor ayam
* sedikit garam kunyit
* ## Bahan-bahan kisar ##
* 4-5 biji cili kering
* 1 cm halia
* 2 ulas bawang putih
* 1 labu bawang besar
* 1 biji tomato-potong dadu
* 1/2 cawan sos tomato
* ## Bahan Hias ##
* 1/2 biji bawang besar- potong bulat
* kacang hijau secukupnya

Cara-cara

1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Wan Azril dengan tajuknya KITA SEPERTI BURUNG. Pengucapan secara sembolik dan puitis pada alam semula jadi dan kehidupan alam ungas. Malam itu biasanya sering menjadikan kita cemas dengan kehitamannya rasa berbagai andain jua boleh berlaku, kecurigaan hati biarlah tidak seperti hitam malam. Dan kekadang rasa macam sepasang beburung terbang bebas diantara keduanyaenari dan menyanyi dan berkejaran di awan, semoga kesucian hati yang mengingati tuhan menjadikan kedua hati persis seputih awan. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sarah dengan sajaknya kali ini bertajuk: TIBA-tIBA SEMUANYA LAYUKERANA AKU; Pengucapanya yang difahamkan terasa ada sesuatu cerita yang kurang menyenangkan sadikit hat,i di kalangan rakan dan persahabatan. Sehingga mereka membuat andaian yang rasa kurang menyenangkan hati. Malah ada yang tidak mahu menegur siapa. Menjadikan si penulis terasa sepi dan bersendiri. Eloklah anda berkawan dengan orang yang selalu senyum, semoga pahala sedekahnya tempias bersama. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Terasa pengucapannya dalam delima dan banyak persoalan dan tanda tanya. Jika kau berkawan bagai tiada kemesraan, jika berkasih tiada pula banyangan cinta dan rasa
kasih sayangnya? Jika si penulis terasa bagai sepi dan jika ada orangnya, masih terasa
Tiada kehadirannya. Ternyata cuma bertepuk disebelah tangan, hidung rasa bagaikan Tidak macung , pipi pula paksa disurung. Fikirlah dua kali, kerana hati seorang tidak boleh dipaksa untuk bermesra. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Busur Berduri bertajuk TERIAK adik beradik juga dengan memekek, terpekek dan melolong, Pengucapannya bagai menyedir tingkah laku atau gelagat anak muda masa kini agaknya. Kini sudah menjadi budaya gila nama atau gelemor, sehingga anak kecil juga sudah pandai cari nama dalam kesenian yang tidak sepatutnya umur setahun jagong. Kalau di kampong atau taman perumahan, jiran sebelah menjadi mangsa dengan riuh rendah teriakan dan petekan gitar demi untuk jadi seorang penghibur, Semoga apa yang diakukan biarlah cara bersopan dan diredhai Allah. Amin.

Zuraifah berkata...

ayam masak merah ni mcm resepi mak sy je ni ha! taib ambik x minta izin

Mat Galmor berkata...

ayam masak merah taib! perghh!!!

Ummu Akilah berkata...

ayam masak merah plak! kena cuba jgk

Adi Cana berkata...

ayam masak merah slalu aku beli jer...

Angker 13 berkata...

ayam masak merah? teringat nasi beriyani plak...

Badrolshah berkata...

ayam masak merah! sedap makan dgn nasi minyak

Pak Kassim berkata...

nasi tomato dgn ayam masak merah! terangkat tu...

Olie Pajutdy berkata...

ayam masak merah ni yg aku suka ni

Malik Wariya berkata...

ayam masak merah! sedapjgk mcm daging masak merah

Sharifah berkata...

ayam masak merah kalau diganti dgn udang masak merah ok x?

Brader Joe berkata...

ayam masak merah ni macam sambal jgk ke?

Jengking Perak berkata...

siri 4 bukan en nuri dh terbit ke semalam?

Jalal Rafzee berkata...

selamat membuat bubur asyura

Jalal Rafzee berkata...

aku buat td 1 kawah! sory xpdt nk bagi kat korg semua

Jalal Rafzee berkata...

nanti kepada semua penjaga blog tunggu aku balik aku kirim korg sorg 1...

Razak Abu berkata...

cerpen kali ni terbit dua kali ke?

Dayang Intan berkata...

sian mak hadi ni

Lelangit Biru berkata...

silap2 keje kampung lagi dapat pendapatan lumayan...

Halilintar berkata...

hari ni smua pakat masak bubur la nampaknya

Encik Mahatdir berkata...

kami semua skrg tgh tunggu bubur dari jalal je la... hehe

Tetamu Malam berkata...

ayam masak merah! wah!

Pak Awang berkata...

nmpk mcm sedap je ayam merah ni

Pak Ngah But berkata...

eh! makanan tradisional dh habis ke?

Sudin Ramlee berkata...

lps ni msti ada buat buku byk resepi dah ada....

Umar Haslam berkata...

siri 4 bukan semalam dh terbit ker?

Qalam Musoffa berkata...

wah! sajak bru plak kali ni

Bob Kuli berkata...

sajak terkini ni yg best ni

Budak Rap berkata...

ni bru ada sajak bru kalau x en nuri asyik letak sajak lama2 jer...

Danial berkata...

siri 4? en nuri terbit dua kali la nampaknya

Tanpa Nama berkata...

hahaha

Tanpa Nama berkata...

hahahah

Tanpa Nama berkata...

23456yui

Tanpa Nama berkata...

12345678

Tanpa Nama berkata...

ergergterfewdaesdsdsqre3qwr

Hamba Allah berkata...

Denyut nadi kota plak?

Abang berkata...

sajak pasal perjalanan kehidupan plak

Jalil Janggut berkata...

sajak utk org indon ke ni en nuri?

Nuri Jaguh berkata...

depan pejabat agama pun ada org indon niaga ke en nuri?

Sarah\ berkata...

sajak kali ni agak menarik sedih pun ada...

Puteri Bunian berkata...

sajak utk pendatang pun ada en nuri tulis?