Sabtu, 11 Disember 2010

SEORANG LELAKI TUA




Seorang lelaki tua
tiba-tiba merasakan
kehilangan sebuah sungai
tempat dulu petang-petang begini
bermain dengan teman-teman.

Seorang lelaki tua
tiba-tiba merasakan
kehilangan sebuah halaman
tempat dulu sewaktu kecil
mendengar ibu bercerita tentang sekian dongengan.

Seorang lelaki tua
tiba-tiba bagaikan terjaga
berdiri di antara bangunan-bangunan tinggi
asing dan menyepikan
di kelilingi asap dan debu
kering dan melemaskan.


Syeikh Al-habib  (5)n1
selepas melihat seorang tua daif
di masjid





50 ulasan:

Hadi Hamzah berkata...

ANAK LUAR NIKAH

Pada pukul lima pagi
aku bangun terpacul
Sahibul hikayat sebuah kisah cinta
di menara gading terjumpa tamat
setelah gering diterpa hakikat
kau ingin bertukar nikmat
ku jadi gawat gamat
kerana kecamuk aku amuk!
aku remuk kubermimpi,
Kau kandung bayi,
kau lahir zuriat
Ternganga mata-mata,
ahmad abang dan siti kakak,
serta emak-emak di kejiranan enam
sambut anak haram.
Aku Jalin cinta-cinta palsu baru
Dengan pelbagai individu
Hasil bantuan Pelbagai kuala mimpi
Kubermimpi bahagia dan kuberdoa
Kau pun begitu jua. Alangkah!


Hadi Hamzah
Penang
2.12.2010

Pak Kassim berkata...

SINIS

malas menyangkal aku senang begitu
terkadang bicara ku tajam
kerana itu adalah aku
muak menatang perasaan mereka
bukan semua tapi segelintir cuma
harus diajar dengan bicara
biar halus mampu menyentap dijiwa
supaya tersedar dari lena
itu bahan yang aku guna
terserah kamu menimbang tara
tentang diri yang hina
niat hanya ingin berkata
tanpa sebarang dusta
kerna disekeliling kita
banyak penipunya
kalian bilang irama ku sumbang
tidak mengapa
kalian berhak melontar kata
berkongsi segala rasa
cuma aku lebih gemar begini
dan ingin terus begin
memainkan lagu tak ingin didengari


Pak Kassim
Perak
9.12.2010

Ustaz Zulkainaan berkata...

SARI MADU BERACUN

di dataran cemerlang ini
hati sayu melihat
watak kecil yang jahil
senantiasa menganga
minta disuapkan mulut mereka
senantiasa dahaga kehausan
setitik ilmu buat bekalan
watak kecil masih keliru
mencari arah mana satu
masih meraba dalam terang
keliru dengan provokasi palsu
dakyah sosialisme penuh madu
makin dijilat makin kehausan
kemanisan yang tak pernah kurang
malah semakin bertambah
makin diteguk makin melupakan
lupakan hak kebenaran
sari madu beracun
ciptaan arus kemodenan insan
walau sesudah 53 tahun
masih terjajah rupanya dalam diam


Ustaz Zulkainaan
sungai batu
8.12.2010

Hatta Zaidee berkata...

OPERA TERMPURUNG

Opera tempurung
Engkau terdiam nampak bingung
Meraja mimpi telah menggunung
Tapi hatimu nampak pilu
Ketika engkau percaya
Hari esok akan tiba
Mungkin senyum engkau tak meraba
Percayalah hati yang suci akan tiba
Walau dengan seribu satu dosa
Jikalau bersedih tetaplah tertawa
Jika engkau sakit
tetaplah berjalan padanya
Kalau engkau enggan berada di dunia
Aku sarankan kau tak hidup terpaksa
Tuhanpun aku katakan maha agung
Tapi kenapa engkau tetap bingung
Aku sarankan kau tak bingung
Ingatlah ketika bunda mengandung


Hatta Zaidee
Kluang
30.11.2010

Mozaire berkata...

PUDING ROTI

Bahan-bahan:

2 cawan susu
1/4 cawan mentega
2/3 cawan gula (gula pasir atau gula merah, terpulang pada pilihan anda)
3 biji telur
2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 serbuk buah pala
1 sudu teh ekstrak vanila
3 cawan roti, potong kecil/kiub
1/2 cawan kismis (pilihan)


Cara penyediaan:

Masukkan susu dalam periuk dan panaskan atas api sederhana. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan menjadi suam.

Satukan gula, telur, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, dan vanila. Pukul dengan pemutar elektrik pada kelajuan sederhana selama seminit. Perlahan-lahan tuangkan campuran susu suam tadi.

Masukkan roti ke dalam pinggan casserole yang telah digris dengan mentega. Taburkan kismis jika suka. Tuangkan adunan susu ke menutupi roti.

Bakar pada suhu 350F sehingga masak anggaran selama 45 minit.


Jika anda gemar puding roti bersama sos, kurangkan separuh kandungan gula dalam resepi puding roti.

Qalam Mutiara berkata...

Hadi Hamzah sajaknya ANAK LUAR NIKAH Pengucapannya hal kisah masyarakat anak muda dini hari, Iblis tidak pernah lupa dengan tugas hasutannya, Dia mengoda
dan menhancurkan umat manusia, itulah sumpah mereka. Jadi yang kurang rasa tebal keimanannya mudah terjerumus di kancah keruntuhan akhlak ini. Hal ini berlaku tidak dikira siapa, orang kampong, anak muda, dewasa dan orang tua, termasuk mereka yang duduk dimenara gading tidak berkecuali juga. Bila telah berlaku yang malu keluarga, dihebuh pula dengan jiran tertangga,lagi gamat jadinya. Hendak bercinta boleh, tetapi elaklah daripada sentuh dan berpegangan. Itu nasihat aruah pak aji masdar kedai dua sewaktu saya masih muda dan belajar lagi. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Pak Kassim dengan sajak bersahaja sahaja bertajuk SINIS.
Pengucapannya agak biasa saja. Kerana itu gaya Pak kassim, untuk melontar gata, dalam gelak ketawa ada sinis yang bermakna. Mungkin kekadang orang suka, tetapi ada juga yang namapk tak senang rasa, tetapi itu kata ikhlas yang perlu dilontarkan untuk semua, mahu dengarsilakan, tak mahu dengar tak menjadi masallah buat Pak Kassim , cerita disini habis disini, untuk senang tidur lena.daripa menipu dan memutar belikkan fakta, seperti ada segelinter YB. Kalau nak kira dosa Pak kassim kata dia memang sudah banyak dosa tetapi dengan tuhan dia yakin akan dapat pengampunananya. Kecuali dengan manusia yang agak susuh untuk buat kira bicara. Semoga ada yang tak ambil hati. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Zulkainaan dengan sajaknya bertajuk: SARI MADU BERACUN. Untuk mencari masud tersirat perlu memprosakan sajak ini dahulu. Pengucapannya ada berkaitan dengan dunia pendidikan, kebarangkalian di waktu perhimpunan.Dari renungan dan firasat ternya anak-anak kecil ini dahagakan segala dalam arus dunia kemordenanan ini. Sebelum meningkat remaja berbagai sari madu yang dihidangkan dan dilaluinya,pengaruh serba mencabar,
sesekali rasa sememangnya kehadapan dan serba cangis, tetapi jika tidak ada benting pertahanan yang kukuh dari luar dan dalaman , pasti mereka ini akan hanyut dan menjadi pak turut, dalam arus kecelaruan minda, walaupun hamper lebih Negara 53 merdeka. Semoga tugas pendidik harus dapat melaksanakannya.Cegah sebelum parah , Amin!

Qalam Mutiara berkata...

OPERA TEMPURUNG oleh Hatta Zaidee, kluang, Johor. Penceritaannya ada rasa bersimbolik juga tajuknya. Berunsur politik juga, Pengucapanya tentang ada wayang kosong kebarangkalian atau derama gah,Cuma indah khabar dari rupa. Setelah khyalayak ramai dapat menontot dan menilainya ternyata banyak ceritanya memutar belitkan fakta semasa. Kini ramai yang mengeloh dan rasa kecewa. Malah beberapa orang kuat pelakun pembantunya ada yang lari , tauke datang kian susah hati, mungkinkah opera temburung ini di tutup atau ingin diteruskan lagi? Ingat si penulis pada tuan punya panggung opera tempurung ini, eloklah sadar dan muhasabah diri, sebelum tuhan menjemput anda kembali. Amin

Guest berkata...

puding roti mozaire??? lemak la makanan tu...

Seri Suri berkata...

patutlah ko gemuk ko kuat makan puding roti yer?

Roy rashid berkata...

puding roti??? nmpk mcm sedap jer...

Kamal berkata...

ada jgk ke puding roti??

Roslan Mansur berkata...

puding roti ni xpnh di jual di mana2 ke???

Che Mazuki berkata...

puding roti?? xpnh dgr pun...

Taib berkata...

pusing roti??? kenapa ko x jual????

Razak Abu berkata...

pusing roti??? aku pnh dgr puding biasa jer...

Bob Kuli berkata...

aku pnh makan puding jagung jer...

Muhamar Rabbi berkata...

ada jual kat kedai x puding roti ni??

Abu Hanifah berkata...

ko cipta sendiri ke puding roti ni mozaire?

Ghulam Rasul berkata...

aku cadang nak sumbang nasi beriyani la...

Salina berkata...

puding plak? pusing kasrad xde mozaire?

dam catur berkata...

pusing biasa pnh cuba ni puding roti blum pnh makan lagi kena wajib cuba ni....

Nama Aku berkata...

budak pondok plak cerpen kali ni???

Geletek Malam berkata...

bdk pondok ni bkn cerpen dh tp novel sbb kalau x salah panjang cerita ni...

Ustaz Zamree berkata...

best jgk cerita bdk pondok ni teruskan lagi en nuri...

Ustaz Mahfuz berkata...

budak pondok??? mcm menarik je cte ni...

Nabil Quldi berkata...

cerita lama kalau x salah sy tp ok jgk cerpen ni...

Ustazah Hamidah berkata...

bdk pondok ni buat buku msti laris ni.. cerpen lama kan?

Olie Pajudy berkata...

budak pondok??? msti cerpen pasal skola agama ni...

Hambali Maliki berkata...

cerpen bdk pondok??? bru pnye ke?

Qulbai Khaisai berkata...

en nuri pun bdk pondok rupanya?? msti en nuri dulu bulan ni...

Karim Ghani berkata...

bdk pondok plak??? best2 sambung lagi...

Safura Zurina berkata...

enjoy jgk cerpen ni sambung en nuri!!!

Putera Damien berkata...

eh! cepen lama lagi??? tp ok jer....

Danial berkata...

cerpen ni klu x salah tahun lps pnya kan?

Haji Hasbullah berkata...

best dan menarik! x sabar nk tunggu sambungan...

Haji Atang berkata...

cerpen kali ni lain dari yg lain sikit...

Salam berkata...

ni cerpen ke? kisah perjalanan en nuri?

Abul Hassan berkata...

cerpen bru xde en nuri?

Ustaz Muda berkata...

ni novel bkn cerpen sbb klu x salah panjang cerita bdk pondok ni...

Ustaz Nasarudin berkata...

sdih plak sajak sheikh al habib ni...

Lagenda Pulau berkata...

cerpen kali ni mmg layak sbb menarik...

Sarah berkata...

sajak sorang org tua ni bru la lain dari yg lain...

Bumi Hijau berkata...

sajak yg best dari ahli citra rasa!

Haji Khali berkata...

klu x dulu semu sajak jiwa2 je skrg bru la sajak yg simbolik dari habib ni...

Al Miftah berkata...

menarik dan misteri sajak sheikh al habib ni..

Tok Mahat berkata...

tahniah habib sajak anda kali ni mmg manrik!

Pak Ngah But berkata...

bru la ada kelainan sikit sajak kali ni...

Prof Naquib berkata...

sdih dan sayu baca sajak sheikh al habib ni...