Isnin, 27 Disember 2010

DAHAGA ILMU


 -selamat hari krismas-

Jadikanlah dirimu
orang yang dahagakan ilmu
seperti mana manusia dahaga air.

Jadikanlah dirimu
seperti kawasan yang lebah
bukan gunung tidak menakung air.

Hiasilah dirimu itu
seperti pokok dahagakan air
akarnya menerjah kemana sahaja.

Jadikanlah ilmu itu
seperti air minuman seharian
jika bertambah tidak hilang dahaga.

Ikutlah pepatah cina
di mana saja ada air mengalir
di situlah  orang cina akan sampai.

Oleh: nurimanja,
Catatan 17hb/10/2010.
bila terkenang zaman dahulu.




50 ulasan:

Yusri Nawab berkata...

EKSKLUSIF

Eksklusif terjaga rapi
indah dibalik kaca
hati semua terpaut
ingin rasa miliki
pasti mahal sekali
harga sebuah keindahan
ciptaan tuhan
hasil pandai acuan
hasil tertib didikan
hasil ikhlas asuhan
terbitnya keagungan
pada iman amal
pada akhlak pekerti
suci sekali terjaga aku suka…

Yusri Nawab
kuala lumpur

Mozaire berkata...

AKU PUTERA DUYONG

mahu rasanya aku menjerit
luahkan segala isi hati
biar semua manusia tahu
biar engkau tahu
tapi untuk apa
pasti mereka tertawa
pasti engkau tertawa
hidung tak mancung
pipi pula ikut tersorong
engkau si camar putih
mana mungkin kita seiring
engkau terbang di awangan
aku cuma berenang di airan
berpijak di bumi nyata
aku sedar diri siapa
aku cuma sang duyong
kita tak mungkin bersatu…


Mozaire
di tingkap bilik

Tok Mahat berkata...

WAJAH BATIN

apa ada pada wajah lahir
kamu itu orang ajam
kamu itu hitam legam
kamu punya bibir tebal
kamu punya rambut kerinting
kamu rasa hina diri
persetankan semua itu
persetankan wajah lahirmu
kamu punya iman kukuh
kamu punya amal cukup
kamu punya taqwa segunung
wajah batinmu hebat
nilaimu tinggi di sisi-Nya…

Tok Mahat
Kedah
25.12.2010

Ustaz Nasarudin berkata...

JANGAN HINA SENI

seni itu abstrak
tak semua faham
tak semua mampu hadam
jelik pada kamu indah pada saya
walau buruk walau hodoh
ia tetap seni
punya cerita tersendiri
punya kasta pantas untuk diduduki
jadi hormatilah ia
walaupun sehina tahi
ia tetap seni punya motif
jalinan yang tersendiri
selebihnya kau kajilah sendiri
hebat bukan kuasa seni
membaca juga satu seni
sudah-sudah la berhentam
menulis itu terapi
jangan menulis untuk mengapi..

Ustaz Nasarudin
UiTm
2pagi

Qalam Mutiara berkata...

Seseatu yang indah dipandang dan menarik mungkin digayakan dengan penuh rapi mungkin boleh dipanggil EKSKLUSIF pada kaca mata sesaorang. Dengan kata lain menarik, angung dan mempersonakan apa saja, gaya dan caranya pasti memikat dan ada orang akan tertarik hati jiwanya. Ditambah pula dengan rasa keimanan dan ketakwaan , keihlasan hati nuraninya. Memang Menakjubkan dan mempunyai aura yang tersendiri dan teraga. Sesiapa pun tetap suka. Jika gaya seorang wanita, pasti jadi bualan dan rebutan, begitu juga harta benda yang eksklusif pastinya jadi buruan dan pujaan. Itu juga diajar dan diminta oleh isalam mengamalkannya .Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Mozaire bertajuk AKU PUTERA DUYONG mengisahnya rasa rendah hati dan diri, mungkin menilai akan keadaan dirinya dengan sesaorang (mungkin makwa) yang ingin bersamaTetapi si penulis terlebih dahulu telah mengatakan mungkin kita tidak sepadan atau ada sadikit perbezaan yang boleh menjeaskan tali kemesraan atau perhubungan. Sebenarnya lewat sahaja kebelakangan ini ukuran dan kekayaan bukan lagi kayu ukur untuk sesaorang itu menjalingkan tali perhubungan dan kemesraan, kalau hati sudah berkenan kata pun sudah se iya. Bisa sahaja di atur. Kalau ditakdirkan jodoh tidak kemana dong. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Tok Mahat bagai mengajak kita untuk menilai sesaorang itu bukan pada zahirnya sahaja. Tetapi eloklah dinilai dari dalam batin atau isi hatinya. Begitulah ucapan Tok Mahat dengan sajaknya bertajuk: WAJAH BATIN. Sesungguhnya Allah juga tidak menilai kecantikan dan kekayaan Sesorang kamu, tetapi meniali akan ketakwaan dan keimanan kamu setelah diberi ujian yang mungkin berbagai sebelum diluluskan kelayakannya sebagai muslim sebenar. Lagi kuat seorang itu berimana selagi kuat ujian contoh seperti Bilal bin Rabah hamba Allah berkulit hitam. Semoga kita dapat mencontohi keperibadiannya. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Ustaz Nasarudin dengan sajaknya JANGAN HINA SENI Pengucapannya mudah mengajak kita menilai atau menghargai seni, berbagai simpang pernang ada seni di dunia ini. Ada kesenian kadangkala boleh menghiborkan, ada juga yang menyakitkan. Ada orang boleh hidup dengan hasil
jualan keseniannya, ada orang boleh mati dengan minat seninya. Dalam seni penulisan kadangkala
boleh meruntuhkan sebuah Negara. Apa pun tiap kesenian akan lebih hidup bila nawaitunya lebih ikhlas rasa ingin memupuk rasa keindahan dan kehaluan,dan apakah pengajaran yang cuba hendak di sampaikan oleh pencipta atau penghasilannya oleh sesorang tukang seni atau tokoh seni itu. khalayak sekadar dapat menilai dan mengambil akan isipati baik atau buruknya. Amin.

Muhamad Akmal berkata...

DADIH


Bahan-bahan ( 15-20 cup kecil )

* 1 liter air
* 1 liter susu segar
* 1 cawan gula
* 11 g serbuk agar2(2 sudu besar)
* secubit garam
* perisa (jagung,strawberi,milo dll)

Cara-cara

1. masak air dgn gula sampai gula hancur.
2. masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
3. tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa). simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.
4.
Dscf5471
dadih jagung dan bandung

ganyang malaingsia berkata...

hahahhaa

Jalal Rafzee berkata...

cerpen xde ke en nuri???

Abang berkata...

alamak! cerpen xde yg x best ni

Ezad Emir berkata...

harap esok ada cerpen

Adi Cana berkata...

mana cerpen??? guest door lupa ker?

Sharifah berkata...

guest door x taip cerpen ker?

Suria Kencana berkata...

mana plak cerpen agaknya

Intan berkata...

cerpen xde mmg sunyi la...

Olie Pajutdy berkata...

harap hari ni je xde cerpen esok ada balik

Panglima Ketot berkata...

esok letak cerpen balik en nuri

Raja Muda berkata...

cerpen kanak2 xde ker?

Maisarah An Nisa berkata...

alamak ANJ terlupa letak cerpen ker?

Atan Yahoo berkata...

cerpen xde mmg hilang aura sikit la... hehe

Pak Kassim berkata...

bila la ahli nak hantar cerpen plak kesian en nuri je buat cerpen

Badrolshah berkata...

cerpen dh xde ke? atau esok ada balik?

Ustaz Rahman berkata...

smoga esok guest door x lupa letak cerpen

Jupri Halim berkata...

mana cerpen en nuri???

Hadi Hamzah berkata...

cerpen hadi dh hbis ker?

Supain Sipaun berkata...

en nuri dh hbis ke simpanan cerpen????

Pak Awang berkata...

cerpen atau cerita pendek xde ker?

Ustaz Majusi berkata...

guest door terlupa letak cerpen atau en nuri xde cerpen????

Budak Rap berkata...

dadih ke ingatkan dadah td? hahaha

Emily Bayans berkata...

dadih ni apa bnda plak?

Danial berkata...

dadih ni kalau x silap rasa mcm agar2 kan??

Golok Buta berkata...

dadih ni bukan org panggil jelly ker?

Golok Buta berkata...

dadih ni halal x? dah la nama pun dekat2 dgn dadah...

Putera Damien berkata...

dadih ni dgn tapai sama ker?

Halilintar berkata...

dadih ni makanan org mana plak?

Puteri Bunian berkata...

dadih pun ada jgk?? rajin jgk akmal ni

Angker 13 berkata...

resepi snang nampaknya kali ni

Mozaire berkata...

dadih ni mcm snang je nk buat boleh cuba ni

Mat Toopa berkata...

dadih ni baik beli je snang... hahaha

Jengking Perak berkata...

sajak pasal krismas ke ni?

Sharifah berkata...

sajak ni menarik jgk sajak nasihat

Danish berkata...

sajak best smoga kita ambik iktibar dari sjak ni

Ummu Akilah berkata...

sajak yg memberi pedoman...

Salam berkata...

sajak nasihat menarik jgk

Ustaz Muda berkata...

sajak ni berkenaan pasal krismas ker???

Puteri Bunga berkata...

esok sajak sapa plak yg disiarkan?

Hamba Allah berkata...

sajak agak simbolik

Capricorn berkata...

sajak apa plak ni? ape2pun menarik...