Memaparkan catatan dengan label terkenang-kenang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terkenang-kenang. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Jun 2011

BATU HATI




sajak pilihan warga Cr.


kau datang cemari malamku
kau meresap kedalam
menyanggah dipendam..
apa buatmu tersesak
dibalik rasa yang retak
kau paling melempias
kiasan yang benci terbias…
mahumu apa mendatangi
malam bersalam lalu hulur dendam
tempias sekelumit rusuh
yang mengacuh kemarin subuh…
tiada kau paham sebalik berderam
jiwamu punah terbaham
muslihat daya mengecam
ciptaan bisu mendiam
ribut yang menganggu
menjadi begitu rasi
biar aku begini membatu hati…. 
 
 
Oleh: Ayu Manja
Dalam kapal terbang
10malam/2010 Oktober 21 19:34





Khamis, 17 Februari 2011

DI ANTARA DUA PULAU



-buat sahabat lama-

Dulu kita pernah berbicara
tentang sesuatu yang berbeza
sewaktu kita masih berjaji bersama
 bertikad mendaki ke puncak gunung cita.

Hari ini kemesraan rasa sepi
ketawa,  gurau senda tiada lagi
wajahmu dan wajahku disalut benci
kerana telah membawa haluan tersendiri.

sahabatku yang  kasihi,
penghuni di antara dua pulau
perpisahan bukanlah jarak halangan
cuma berbeza pendapat yang tidak beerti.

Antara Langkawi dan Mutiara
deru angin reak ombaknya sama
mengapa mesti kita dihantui rasasepi
Adakah kebuntuan ini menuju di jalan  mati.

Oleh : Nurimanja,
malam di asrama al mashoor Islamic
2hb, Februari, 1974 Pulau Pinang.






Isnin, 27 Disember 2010

DAHAGA ILMU


 -selamat hari krismas-

Jadikanlah dirimu
orang yang dahagakan ilmu
seperti mana manusia dahaga air.

Jadikanlah dirimu
seperti kawasan yang lebah
bukan gunung tidak menakung air.

Hiasilah dirimu itu
seperti pokok dahagakan air
akarnya menerjah kemana sahaja.

Jadikanlah ilmu itu
seperti air minuman seharian
jika bertambah tidak hilang dahaga.

Ikutlah pepatah cina
di mana saja ada air mengalir
di situlah  orang cina akan sampai.

Oleh: nurimanja,
Catatan 17hb/10/2010.
bila terkenang zaman dahulu.




Khamis, 9 September 2010

SATU SYAWAL DENGAN TIGA EPISOD




Episod 1.
Satu syawal
waktu kedinginan
mencengkam malam
bergema suara takbir
di hujung manara masjid
esok pastinya ada pesta
hasil dari kejayaan besar
buat muslimin dan muslimat
dari pengorbanan ibadat sebulan.

Episod 2.
Satu Syawal
kelihatan anak bulan
di atassebuah pusara
dari celah dedaun
ranting pokok puding
mendayu suara sendu
dari seorang isteri
telah menjadi balu
pedih hati menangisi
di pusara sang suami
yang dirindui selama ini.

Episod 3.
Satu Syawal
tika kau menjengok
akan kamar usiaku
senyumku bagai dipaksa
kerana hati ini telah lama
dipagut resah dan gelisah
lantaran jauh diperantauan
bila terkenang ayah bonda
sanak saudara yang jauh dirindui
airmata sedih pun berguguran juga.

Oleh: Nurimanja,
Pulau Broneo,
Penghujung 1979