Khamis, 17 Februari 2011

DI ANTARA DUA PULAU



-buat sahabat lama-

Dulu kita pernah berbicara
tentang sesuatu yang berbeza
sewaktu kita masih berjaji bersama
 bertikad mendaki ke puncak gunung cita.

Hari ini kemesraan rasa sepi
ketawa,  gurau senda tiada lagi
wajahmu dan wajahku disalut benci
kerana telah membawa haluan tersendiri.

sahabatku yang  kasihi,
penghuni di antara dua pulau
perpisahan bukanlah jarak halangan
cuma berbeza pendapat yang tidak beerti.

Antara Langkawi dan Mutiara
deru angin reak ombaknya sama
mengapa mesti kita dihantui rasasepi
Adakah kebuntuan ini menuju di jalan  mati.

Oleh : Nurimanja,
malam di asrama al mashoor Islamic
2hb, Februari, 1974 Pulau Pinang.






50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

3. Zahrain: DAP politikkan isu kematian Beng Hock

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Tindakan peguam Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh yang mahukan proses siasatan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock ditangguhkan adalah sesuatu yang pelik dan amat mengelirukan.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ini kerana kedua-dua tokoh DAP tersebut sebelum ini kononnya memperjuangkan keadilan untuk Beng Hock dengan berarak di jalan raya dan menjadikan kematian mendiang sebagai modal kempen politik setiap pilihan raya kecil untuk mengelirukan rakyat terutamanya pengundi Cina. Malah tambah beliau, hampir kesemua ahli pembangkang yang dikepalai DAP juga melemparkan pelbagai tuduhan dan tidak berpuas hati dengan inkues berhubung kematian Beng Hock.

''Mereka mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja tetapi apabila kerajaan menubuhkannya, mereka ingin menangguhkan perjalanan siasatan suruhanjaya itu dengan alasan ia perlu kerana mereka mempunyai kes-kes penting lain seperti kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kenyataan anak-beranak ini jelas menunjukkan bahawa kes kematian Beng Hock tidak lebih daripada alat politik dan mereka sebenarnya tidak berminat untuk mencari kebenaran atau keadilan untuk si mati.

"Nampaknya kedua-dua peguam yang juga ahli politik DAP ini hanya berminat untuk mengeksploitasi kematian Beng Hock untuk kepentingan politik mereka dan DAP sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk "Peguam atau Politik Hipokrit" di dalam blognya, http://zahrainmp.blogspot.com/, hari ini.


Zahrain menerusi entri yang sama menambah, tindakan kedua-dua peguam itu jelas menunjukkan permainan politik kotor DAP yang tidak ingin kes kematian Beng Hock diselesaikan.

Sedangkan pada pendapatnya kata Zahrain, tiada sebab kenapa Suruhanjaya Diraja itu harus ditangguhkan, malah ia harus diberi tumpuan khusus dan diteruskan secepat mungkin demi keadilan dan kebenaran.

Suruhanjaya Diraja itu juga katanya, tidak harus tunduk kepada desakan dan permainan politik peguam-peguam yang ternyata mempunyai kepentingan peribadi dan politik masing-masing.

Tegas beliau lagi, Karpal dan Gobind harus membuat keputusan sendiri menentukan peranan mereka dan bukannya mendesak Suruhanjaya Diraja itu mengikut telunjuk mereka.

"Persoalannya ialah apakah mereka ini ahli politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik DAP atau sememangnya adalah peguam yang berhemah?

"Karpal dan anaknya serta peguam-peguam lain harus membuat pilihan antara kerjaya mereka sebagai peguam dengan kepentingan peribadi mereka sebagai ahli politik pembangkang.

"Rakyat tidak harus dikelirukan dan profesion guaman tidak harus dilacurkan dengan tingkah laku segelintir peguam yang hipokrit," kata beliau.

Hantu raya. berkata...

3. Zahrain: DAP politikkan isu kematian Beng Hock
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Tindakan peguam Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh yang mahukan proses siasatan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock ditangguhkan adalah sesuatu yang pelik dan amat mengelirukan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ini kerana kedua-dua tokoh DAP tersebut sebelum ini kononnya memperjuangkan keadilan untuk Beng Hock dengan berarak di jalan raya dan menjadikan kematian mendiang sebagai modal kempen politik setiap pilihan raya kecil untuk mengelirukan rakyat terutamanya pengundi Cina.

Malah tambah beliau, hampir kesemua ahli pembangkang yang dikepalai DAP juga melemparkan pelbagai tuduhan dan tidak berpuas hati dengan inkues berhubung kematian Beng Hock.

''Mereka mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja tetapi apabila kerajaan menubuhkannya, mereka ingin menangguhkan perjalanan siasatan suruhanjaya itu dengan alasan ia perlu kerana mereka mempunyai kes-kes penting lain seperti kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kenyataan anak-beranak ini jelas menunjukkan bahawa kes kematian Beng Hock tidak lebih daripada alat politik dan mereka sebenarnya tidak berminat untuk mencari kebenaran atau keadilan untuk si mati.

"Nampaknya kedua-dua peguam yang juga ahli politik DAP ini hanya berminat untuk mengeksploitasi kematian Beng Hock untuk kepentingan politik mereka dan DAP sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk "Peguam atau Politik Hipokrit" di dalam blognya, http://zahrainmp.blogspot.com/, hari ini.



Zahrain menerusi entri yang sama menambah, tindakan kedua-dua peguam itu jelas menunjukkan permainan politik kotor DAP yang tidak ingin kes kematian Beng Hock diselesaikan.

Sedangkan pada pendapatnya kata Zahrain, tiada sebab kenapa Suruhanjaya Diraja itu harus ditangguhkan, malah ia harus diberi tumpuan khusus dan diteruskan secepat mungkin demi keadilan dan kebenaran.

Suruhanjaya Diraja itu juga katanya, tidak harus tunduk kepada desakan dan permainan politik peguam-peguam yang ternyata mempunyai kepentingan peribadi dan politik masing-masing.

Tegas beliau lagi, Karpal dan Gobind harus membuat keputusan sendiri menentukan peranan mereka dan bukannya mendesak Suruhanjaya Diraja itu mengikut telunjuk mereka.

"Persoalannya ialah apakah mereka ini ahli politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik DAP atau sememangnya adalah peguam yang berhemah?

"Karpal dan anaknya serta peguam-peguam lain harus membuat pilihan antara kerjaya mereka sebagai peguam dengan kepentingan peribadi mereka sebagai ahli politik pembangkang.

"Rakyat tidak harus dikelirukan dan profesion guaman tidak harus dilacurkan dengan tingkah laku segelintir peguam yang hipokrit," kata beliau.


Hari ini dengar kata dua beranak ini tarik diri pula .

Encik Abdullah Gadafi berkata...

SAHABAT SEPERJUANGAN

indah hidup terasa
suasana penuh ceria
hati mula berbunga
ikatan jiwa kita bersama
bila bersama sahabat
kasih bertaut erat
tiada lagi musibat
langkah tiada berat
jalinan ini kekal bersatu
walau jauh beribu batu
kasih tercipta mekar selalu
dalam hati tersimpul padu
wahai sahabat seperjuangan
kita bertemu kerana tuhan
berpisah kita kerana tuhan
moga kekal sepanjang zaman
doaku tulus iringi kalian
sahabat seperjuangan…


Encik Abdullah Gadafi
sajak buat sahabat

Ustaz Rahman berkata...

BERJUTA WAJAH BERPURA

seribu wajah berwarna warni
sememangnya beza
sehingga sudah benar lupa
mana asal wajah dulu
yang selalu tapi sudah lupa
rupa bentuk sudah terlalu berubah
dari asalnya dulu
sebentar bagai rupa malaikat
sebentar bagai pari
sebentar bagai manusia alim
sebentar kemudian
bagai syaitan
bagai raksasa bagai insan hina
mana rupa asal? seribu wajah
tapi masih jiwa yang sama
rupa yang berubah
mengubah hala jiwa sedikit dikit
menjadikan lupa pada yang asal
seribu wajah pada aku seorang ini
memuaskankah engkau mahu sucimu?


Ustaz Rahman
sajak simbolik

Puan Rosnah berkata...

GADIS CILIK

gadis cilik dalam keresahan
keluh kesah rawan hatinya
mutiara indah mula menjelma
menderu turun membasahi bumi
gadis cilik ketawa riang
menari dan terus menari
dalam kebasahan masih menari
menghilangkan semua keresahan
hatinya jelas berbunga riang
tanpa dihirau mata-mata melihat
bagai dunia jadi miliknya
gembira dan terus ketawa
gadis cilik mula menyanyi
nyanyian indah bersama muzik alam
membangkitkan suasana indah
tiba-tiba semuanya jadi kaku
muzik merdu sudah terhenti
kini airmata jernih mula mengalir
hujan sudah berhenti
mentari muncul lagi…


Puan Rosnah
sajak utk anak saya

Ustaz Majusi berkata...

ERTI SEBUAH SENYUMAN

merangkak dalam kepayahan
terasa mahu lepaskan segala
duri tajam terasa menusuk
tidak mampu kutahan lagi
namun aku masih tersenyum
kerana senyumanmu tetap terukir
walau perit walau pedih
tetap terukir di bilah bibirmu
jadi pendorong buat berdiri
akhirnya bisa ku bangkit berdiri
melangkah demi selangkah
semakin mara ke hadapan
akhirnya aku kembali berlari
kembali ke landasan asal
kerana sebuah senyuman
manis dan tetap mesra
sama seperti waktu dahulu
pasti kujaga pasti kubela
agar ia tidakkan terhapus
moga kekal hingga akhirnya…


Ustaz Majusi
sajak tentang mengatasi kepayahan

Jengking Perak berkata...

eh! kenapa dia nak tangguhkan plak?

Bicara Bulan berkata...

kematian beng hock pun di jadikan politik! ish2....

Brader Joe berkata...

karpal singh ni ada agenda tersembunyi ni

Seri Suri berkata...

karpal ni singh ni licik orgnya

Ali Conan berkata...

karpal ni ni mcm ada udang disebalik batu jer?

Badrolshah berkata...

kenapa nak tangguhkan plak! msti ada sesuatu ni

Muhamad Rabbi berkata...

karpal singh dua beranak ni mmg suka bagi kes ni jd lambat

Danial berkata...

misteri jgk kenapa karpal singh kata mcm tu?

Suara Rakyat berkata...

karpal ni ni lebihkan politik dari kematian beng hock

Lukiee berkata...

msti roh beng hock x tenteram

dam catur berkata...

kenapa dorg xnk kes beng hock diselesaikan!

Mak Mah berkata...

nampaknya makin susah nak selesailah kes beng hock ni

Kembara Budiman berkata...

dorg jgn ikutkan sgt karpal ni

Ummu Akilah berkata...

karpla singh ni dah nyanyuk la...

Diana Sanubari berkata...

karpal ni ni byk muslihat dia dalam diam

Sharifah berkata...

menteri yg merbahaya adalah karpal singh la

Bob Kuli berkata...

rasa mcm aku nak labuh je karpal ni

Supain Sipaun berkata...

nampaknya mcm ada agenda tersembunyi saja

Tetamu Malam berkata...

karpal ni aku tgk makin gila plak?

Keris Sakti berkata...

dorg mmg suka politikan semua isu...

Madah Pujangga berkata...

bukan peguam contoh la karpal ni

Wasiril Azmi berkata...

karpal sudah gila agaknya

Halilintar berkata...

anak dgn bapak sama2 je x betol

Salam berkata...

karpal ni tgk mcm nk bagi penumbuk saja

Ustaz Rahman berkata...

nampaknya sampai bila pun x hbis kes beng hock kalau tanguh2...

Ustaz Majusi berkata...

karpal dgn anuar ni 2 x 5 jer

Jessica Liew berkata...

nampaknya kematian beng hock x terbela la...

Mei Ling berkata...

sian mendiang kematian dia di politikan

Ku Dania berkata...

smoga karpal ni ni cepat berhenti!

Sudin amlee berkata...

karpal ni pakar putar belit mcm anuar jgk ni

Abang berkata...

mne cerpen xde ker?

Ezad Emir berkata...

cerpen semalam dah hbis cerpen bru xde ker?

Mozaire berkata...

cerpen xde plak kali ni?

Umar Haslam berkata...

cerpen xde ke? boring la plak

Raja Muda berkata...

mcm mkn nasi xde lauk bila xde cerpen

Nuri Jaguh berkata...

cerpen baru xde ke en nuri?

Nabil Quldi berkata...

cerpen semalam dh hbis kan? cerpen bru mne?

Golok Buta berkata...

bosan plak sajak xde cerpen kali ni

Olie Pajutdy berkata...

viger x letak cerpen ker?

Tok Mahat berkata...

tinta azimat pegi mana? cerpen xde plak?

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sajak Encik Abdullah Ghadafi dengan dengan tajuk: SAHABAT SEPERJUANGAN mungkin dalam tugas sehariannya, menceritakan sesuatu yang benar itulah rakaman si penulis mencatat dalam tulisannya. Biasalah sesiapa bersahabat kerana Allah swt . bertemu dan berpisah kerana Allah akan mendapat ganjaran pahalanya. Lantas penuh rasa ikhlas dan bukan berkawan ada udang disebalik batu. Ada ketam di bawah kayu.kerana persaingan terlalu hebat maka Qalam terpaksa memilih diantara yang terbaik dari citrarasa hati Qalam sendiri. Lalu anda layak (TU) tetapi tertolak untuk - (U) sahaja. Persaiangan undian perkiraan hanya layak (U)tk

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

BERJUTA WAJAH BERPURA catatan Ustaz Rahman dengan penelitiannya sebagai Iman surau furqan melihat betapa ramainya wajah yang berpura-pura dalam kehidupan. Inilah realiti , kerana yang berserban belum tentu alimnya. Maka yang berjambul belum tentu jahilnya. Kekadang di bapa terlebih miang dari si anak muda remaja. Malah si atuk lagi kuat mengatal, sehingga cucunya sendiri sanggup diratahnya. Inilah delima dan fenomena kehidupan. Berbagai wajah sering saja tampil lewat kebelakangan ini, lebih ramai jadi sesumpah yang suka bertukar wajah. Semoga Kita semua tidak bergitu. Amin! Layak untuk dicalunkan (TU)-(U) setelah ada persaingan terdekat dengan sajak sahabat seperjuangan . namun setelah diamabil kira Isi dan maksud pengucapannya juga, layak untuk terpilih (TU)tp. Namun kedua sajak masih ada kelonggarnya yang perlu diperbetulkan. Intro-isi- penutup..

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Puan rosnah dengan GADIS CANTIK mungkin anak gadisnya atau sesiapa saja yang mungkin cerita ada pula persamaannya. Biasanya penulis yang sebenar menulis bukan kerana nama tetapi merakam apa yang dia terasa pada situasi dirinya dan alam persekitaran atau alam disekelilinginya. Pengucapan biasa yang sering terjadi lewat kebelakangan ini, cerita dunia keghairahan anak muda memburu keindahan di sekelilinginya. Kekadang berjaya dan sebaliknya , tetapi ada juga yang kecewa, dan bakit lagi dan terus sahaja berusaha.lantas berjaya Amin sekadar layak untuk (U).

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
ERTI SEBUAH SENYUMAN Sajak daripada ustaz Majusi cuba melakarkan erti rasa senyuman walau dalam keadaan apa sekali pun, susah senang simpan dihati, wajah yang parah terpaksa juga senyum, kerana seyum itu ada pahala sadekah, namun dalam hati tidak siapa yang tahu akan pahit getil yang kita rasainya. Mungkin dengan kesabaran dan berkat senyum uyang selalu menyembunyikan rasa susah dan resah Allah akan menukarnya kepada keadaan yang lebihk. Kerana melepasi ujian Amin. layak untuk (U)