Selasa, 8 Februari 2011

MUHDATHATUHA



cuma renungan

Seburuk perbuatan menceritakan rekaan
bukan dari  hadihs atau nas dan al quran
yang tidak berkaitan dipanggil muhdathatuha.
setiap yang direka-reka  itu satu bidaah
dan setiap yang bidaah itu sesat.
Riwayat Muslim.

Diperkukuh pula pada tangkapan bidaah,
sesuatu yang bukan daripada kata kami
sekadar cerita reka-rekaan untuk kepentingan.
Ianya pasti kami kata sesat dan tertolak.
tidak boleh dirima akan adanya.
Riwayat Bukhari dan Muslim

Tetapi bukan semua bidaah sesat ditolak,
suatu yang baru tetapi tidak bertentangan
dan selagi masih mengikut hukum-hukum  syarei
tidak ada pertentangan cara sesuatu yang baru
ditidak binasa atau memberi keselesaan dan baik
tidak semestinya boleh dikatakan sesat,

Oleh: Nurimanja,
satu perbahsan boleh dikira,
Catatan petekan Penceramah 2/02/2011.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 16. tarikh: 20011
____________________________________________________________________


Dalam suasana mata kuyu dan muyu tenaganya bgai hilang anadara sedar dengan tidak, dia terasa si kucing putih bulu gebu itu begitu hamper kepadanya. Bertambah dekat, dan bertentangan dengan matanya. Tetiba kucing putih itu mencium pipinya yang penuh dengan jerawat batu itu. Kemudian menjilat batang hidungnya yang kemek macam pelepah kelapa. Sesekali Ali canon terasa enak pula dibelai dengan begitu rasa. Mahu terlena dibuatnya.

Akhirnya Ali canon tidak sedarkan dirinya telah berapa lama dia tertidur di situ. Sehingg matahari hamper terbenam dia bergegas pulang ke terataknya, dalam keadaan
Termanggu dan terharu, apa yang telah terjadi pada dirinya yang tadi benar-benar tidak bermaya, kini tenaganya semacam pulih semula. Ali canon mengerti sebenarnya dia terkena pukau lagi, kali ini bukan lagi di malam hari tetapi di siang hari.

Sayang rancangan Ali canon semuanya tidak menjadi, kenapa dia gagal untuk mencampakan kulit bawang dan cabai kering ke dalam unggun api bakarannya. Dia hamper hendak mencapai. Tetapi tidak terdaya. Ali canon sudah mengerti kucing putih itu mungkin jelmaanya di siang hari. Kalau benar pun bagaimana Ali canon cuba hendak memerangkapnya.

Malam ini bulan mula mengambang. Ali canon sengaja keluar dari terataknya dan tidur di sebatang kayu mati yang terhalang di depan terataknya. Dia ingin menarik perhatian perempuan yang bernama langsuir itu. Ali canon sudah bertekad biar dia berupa apa sekali pun mala mini aku akan membuat perhitungan, akan aku berkas si langsuir ini dengan tali benang batang pisang.

Seketika kemudian Ali canon terdengan bunyi seperti kucing mencakar bantang kayu, Kemudian disusuli goyang daun dan ranting kayu. Bersama sebatang baku yang terselit di dalam kain di pinggangnya Ali canon sedia menunggu. Tetiba Ali canon terdengar bula seperti benda terbang melintasi di atas kepalanya. Bersama bau harum semerbak bunga-bungan dari hutan rimba.

Ali canon cuba menahan nafas agar tidak menyedut bau-bauan bunga hutan rimba itu. Dia pura-pura tidak sedarkan diri seperti orang keletehan bekerja seharian. Tetiba Ali canon terasa seperti ada jari tangan halus dan lembut menyentuh tubuhnya yang tidak berbaju itu. Dia mula menacri akal untuk bertindak.

BERSAMBUNG.

Muhamad Rabbi berkata...

JANTAN KEPARAT

hey jantan keparat
umur masih sekerat
semua mahu dirembat
semua mahu dijerat
selagi masih berkudrat
galak tonjolkan sengat
asal terasa nikmat
apa kesah maksiat
selagi belum terjerat
kunyah sampai lumat
ayuh jantan keparat
jalan belum bertongkat
rasa belum terlambat
mari kita bertaubat
umur makin meningkat
masih lagi sempat
takut tak sempat…

Muhamad Rabbi
sajak nasihat

Teksi Manaf berkata...

LIKU-LIKU

liku-liku hanyalah gambaran
kanan kiri pertarungan waktu ini
memberikan makna dalam serta padu
pilihan di tanganmu.
merata tangisan ini
meratah inci bumi
sepasang tangan
kudratnya ditalikan
takdir yang panjang
anak-anak berhentilah
bermain petang telah suram
ayahmu menangis dalam doa panjang.
hujan membasuh derita
kita tentu tiada serupa.


Teksi Manaf
sajak simbolik

Mei Ling berkata...

RAGAM MANUSIA DI KAKI LIMA

melihat anak kecil mengutip nasib
di celah sampah jadikan tin
untuk syiling duit
ibu tua pula ditiduri
debu malu di kaki pasar malam
meraba wang di dalam simpati
senyum tawar manusia lapar
membunuh maruah diri
lelaki di tepi pintu bank
termenung sejenak
sambil bergendang lagu hidup
dalam sumbang nyanyian untuk makan.
membilang anak-anak kecil
menghitung ibu tua
lelaki yang dibunuh mimpi hidup.
siapa yang untung hanya pemerhati


Mei Ling
sajak peristiwa berlaku di kaki lima apabila sy tunggu bas maaf kalau ayat sy tungang terbalik sikit qalam

Pak Ngah But berkata...

PELAUT

pelaut mengukur ruang
aku bimbang katanya
tepian lautmu tiada hujung
langit dan awanmu
selalu mendustai hari.
aku manusia bernyawa
berikan aku sehari lagi
untuk pulang ada daratan
tolonglah aku kata pelaut
berulang kali dan pelaut itu hilang dalam angin mati.


Pak Ngah But
sajak kenangan dengan rakan tapi dia telah lama pergi semasa kami berkerja di navy

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

JANTAN KEPARAT nukilan sajak oleh sdra Muhamad Rabbi pengucapannya agak terlalu biasa menasihati teman sebaya. Begitulah keadaanya kehidupan anak muda dini hari, kekadang lebih menonjol dari usianya, sudahlah dengan pakaian bergaya merokok, merempet, malah pandai pula berkepit bawa mak wa, tetapi wang saku mak bapak yang masih membantu. Si penulis kekadar mengingatkan sahaja, jika sebelum tua dan bertongkat pula, eloklah jangan diabaikan masa yang ada, jika sudah terlepas semua peluang akan jadi-sia-sia,sebelum terlewat segera bertaubat. semoga tidak semua begitu. Amin sekadar (U)tk.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

LIKU-LIKU kehidupan barangkali sajak oleh Teksi Manaf
pengucapanya menyentuh Tentang kehidupan perjalanan seharian, berbagai ragam dan cerita manusia yang telah dilihatnya ada ahli politik dengan kepolitikannya, perniaga dengan perniagaannya dan anak muda dengan kegilaan kemudaannya.orang tua atau ibu bapa diserang kerisauan tagisan kecemasan yang memanjang. Pihak tertentu pula bagai tangan terikat kekuatannya tiada , lantas membenarkan takdir mengcengkam nasib manusia yang panjang mengharung derita dan sengsara. Semoga ketabahan yang dapat mengatasinya. Amin. layak untuk terpilih; (TU)tp.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

RAGAM MANUSIA DI KAKI LIMA sajak nukilan daripada Mei Ling. Pengucapannya agak berani memaparkan sesuatu kehidupan apa yang dirasakan sebenar untuk diceritakan. Bagaimana kehidupan segelinter manusia di bandar yang masih lagi merempat, anak kecil memungut tin, ibu tua meminta belas di pasar malam, kerana kelaparan sanggup membunuh maruah diri. Apa yang sedeh pemerhati terlalu ramai yang bersimpati sedeh terlalu sadikit, mungkin hanya seorang dua pengawal pintu bank .semoga pihak tertentu segera lunas situasi begini sebelum bandar kota yang ingin membangun tidak tercemar teruk. Dicalunkan (TU)tp.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

PELAUT sajak oleh Pak Ngat But seorang yang terlalu biasa dalam kehidupan kerjayanya bermain dengan gelombang, mungkin juga bekas seorang anggota tentera laut di raja. Hari-hari menjanjikan, tetapi kurang keyakinan. Hidup dengan tugas yang memanjang dalam kecemasan dan kewaspadaan, al maklum, jika tersalah langkah pastinya menerima padah. Hari-hari sering merindui daratan, sekadar berdoa agar tuhan membenarkan usia dapat kembali ke daratan sebelum angin mati. Disacunkan dan layak terpilih(TU)tp.

Tanpa Nama berkata...

seram cerpen ni

Emily Bayans berkata...

kutu dan muyu apa ni?

Atan Yahoo berkata...

huh! siap cium plak ali canon?

Ali Conan berkata...

alamak! en nuri nnt tukar nama lain sbb bila en nuri letak nama sy seram plak badan sy...

Pak Kassim berkata...

eh! ada adegan 18 sx nampaknya kucing tu cium ali canon? hahahhaa

Budak Rap berkata...

alamak! ali conan nampaknya berasmara dgn kucing plak? hahhaha

Jalil Janggut berkata...

ali conan ni kalau nak kucing tu cium paku la jadi manusia dulu ni kucing cium x geli ker?

Harimau Berantai berkata...

alamak! dia nak manja2 plak dgn ali conan? hahaha

Brader Joe berkata...

hbis la ali conan hantu tu berminat kat ali conan

Kembara Budiman berkata...

wah! hantu lebih pandai dia pukau waktu siang plak?

Ustazah Hamidah berkata...

eh! skrg hantu lebih ganas x kira malam siang pun dia pukau ali canon!

Ustaz Sahzan berkata...

panjang lagi ke? mana en nuri dpt idea nak menulis cerpen ni?

Nur Atikah berkata...

eh! batang pisang plak dia guna kali ni?

Raja Muda berkata...

mcm2 bahan dia guna hantu masih xpdt lagi

Nuri Jaguh berkata...

xkn sampai skrg xdpt2 lagi en nuri?

Lebai Noh berkata...

panjang lagi ke cerpen ni berapa siri sebenarnya?

Mei Ling berkata...

x sakit badan ke tidor di tunggul kayu?

Nuri Ketitel berkata...

mcm2 perangkap ali conan cuba liat jgk hantu ni

Abang berkata...

kenapa msti guna bawang putih dan kemenyan

Julia berkata...

guna lain x boleh ke kenapa kena pakai bawang putih?

Man Pendek berkata...

x patah ke kayu mati tu?

Saizul Maizav berkata...

alamak! langsuir tu mcm nak rogol ali canon jer?

Salam berkata...

siap cakar ranting lagi kucing tu mcm nak mengawan jer? hahahahaha

Mozaire berkata...

ali conan ni dari episod lepas dia masih x bertindak2 lagi ker?

Guest berkata...

x sabar nak thu mcm mana dia dapat hantu nnt?

Nabil Quldi berkata...

tangan sapa plak pegang dia? entah2 tangan hantu lain agaknya?

Siti Hajar berkata...

ada bola terbang? bola api ke en nuri?

Pak Ngah But berkata...

bola apa yg terbang kat dpn dia tu? balan-balan ker?

Tok mahat berkata...

ali conan ni mcm mana la nasib dia nnt..

Mozaire berkata...

adakah masih ada peluang ali canon ni? hahaha

Nahul Hidzar berkata...

nampak mcm hantu tu nak cabul kehormatan ali canon jer.. hahaha

Irham Kesuma berkata...

kenapa dia x mahu bau hantu tu?

Danial berkata...

hantu ni asyik kaco dia je dari td

Nurse Lisa berkata...

eh! rasanya ali conan ni berjaya ke x?

Mona berkata...

nampaknya hantu lbih pandai dari ali canon la

Angker 13 berkata...

ali conan masih x berjaya nak paku ker?

Abul Hassan berkata...

sampai skrg x paku lagi ke? nnt karat plak mati trus dia paku tengkuk langsuir tu? hahahahaha

Encik Mahatdir berkata...

eh! sampai siri berapa cerpen en nuri ni?

Malik Wariya berkata...

habis la ali canon hantu diap raba dia plak? hahahahaha

Yusmanira berkata...

kwn2 dia x tolong ke asyik sorg2 jer?

Puteri Bunian berkata...

eh! makin lama makin suspen plak cerpen ni