Sabtu, 5 Februari 2011

JANGAN SOMBONG MA



sajak pilihan ahli CR.


Kilat petir rebut
Taufan tsunami mendung dah reda.
Sekarang cuaca dah cerah
Cuma kadang hujan turun juga
Aku bawa payung kau Tak ada kan?
Mari sini kita kongsi
Janganlah jadi bodoh
Jangan sombong nanti kau basah
Sakit demam kau yang susah.
Lain kali jangan sombong lagi ma
  

OLEH: JESSICA LEW
12pagi
penang/2010 September 16 12:09









50 ulasan:

Maisarah An Nisa berkata...

SUAMIKU DAN MUZIK

seperti membiar ikan berenang cetek
melihat lelaki itu tanpa musiknya,
semacam merenung helang diikat kaki
keterbatasan memijak tekak suara.
maka bagaimana hendak
aku bisikkan pada dia
aku rindu sama bunyi-bunyinya,
aku laparkan gemersik suara
dia menderai malam seperti dulu
aku secara bersihnya tidak tahu.
dunia sudah minum sampai kering.
aku ini terpaksa
berebut-rebut untuk meneguk dia.
kasihan benar, wahai kekasih beta.
keji benar sekalian maya dan raga.
aku pujuk tuhan dikembali-hidupkan,
semoga dia semula elektris pesona,
sebab dia memang ikan di laut
dermaga, air dan ombak besar adalah jiwa dia.
Dunia jangan ratah suami aku. kasihan dia.


Maisarah An Nisa
sajak utk suami saya

Jeffry berkata...

sekadar berkongsi saja

JAMPI PANGGIL HANTU RAYA

Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.
Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.
Hei si hantu raya
Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku
Jangan engkau langgar perintahku
Jikalau engkau engkar
Aku panah engkau
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma


=JAMPI Pemanis sireh=

Hei sireh kau daun nan lembut,
Daun cerah batang bersinar,
Makanan malaikat empat puluh empat,
Bukan kelatmu sebarang kelat,
Airmu pahit penyeri muka,
Kau penyeri wajah,
Berseri muka anak adam.

Sharifah Al Habshi berkata...

BELUM SEMPURNA

dalam hati ada yakin
dalam jiwa ada rasa
dalam diri ada tahu
dalam perasaan ada mahu
tapi dalam minda ada keliru..
satu pandangan penuh makna
lenkung senyuman penuh rahsia
ungkapan bisu melencong nada
rentetan rindu penuh cerita
tentang luka menawan cinta
tentang lalu yang selalu ada
masih belum bermula…
masih punya erti punya tika
masih punya hati untuk dirasa
masih punya waktu
untuk disentuh
tapi aku tak punya masa
mencipta apa yang tiada
kerana yang wujud
masih belum sempurna adanya….

Sharifah Al Habsi
sajak utk sayembara

Faridah Jamsari berkata...

LEPASKANLAH

lepaskanlah setiap terkurung itu
bebaskanlah setiap tersimpan itu
aku ingin tembus jauh ke dasar
aku ingin hadir jauh ke dalam.
separuh darimu
membahagiakan separuh dari aku.
tanpa sembunyi
ruang bundar hitam putihmu
memberi tanpa kata-kata
jujur dan dalam
memeluk hatiku tanpa melepaskan.


Faridah Jamsari
sajak jiwa2 sikit

Haji Ghafur Hamdi berkata...

KERIKIR TAJAM DIBAKAR

kerikil tetap tajam
merah hanya warna
dalam tanpa ruang.
aku hanya di puisi ini.
besi itu adalah aku
dipanggang bakar
garing di dalam nyala api
dijirus air meresap jauh dalam
mengesan berkali-kali
ditempa untuk satu rupa seluruhnya
aku membakar dalam
satu kalimat kesabaran.


Haji Ghafur Hamdi
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
SUAMIKU DAN MUZIK, oleh Maisarah An Nisa pengucapan penuh delima rasanya. Penceritaannya mungkin cerita lama agaknya. Semaca si suami begitu ghairah memuja bulan, sehingga tersasul lupa daratan. Begitulah akibat keyakinan yang cukup menguda mengunakan lambing keagaamaan, sebenarnya syaitan lebih mengusai segalanya. Itulah yang kita rasai bila takabur, ujub. riak dan syam,ah menguasaii diri, tanpa sedar kita telah dipengaruhi. Lalu cakap orang lain tidak diperduli lagi,sebenarnya bukan mereka menyokong parti berteraskan Islam, tetapi parti pak haji. Apa pun doa seorang isteri diberkati. Kini tenyata kebenaran telah pun menyebelahi anda. Bersyukur kepada Allah, kerana dengar nasihat mak bapanya sendiri, memelih sesuatu yang ikhlas dalam pekerjaan seharian. Amin (U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Sajak bertajuk: BELUM SEMPURNA sdri Sharifah Al Habsi mengambarkan satu suasana pegangannya yang masih rapuh dalam soal bermain kemesraan , apatah lagi lewat kebelakangan ini berbagai cerita yang agak mengerikan tentan kisah cinta, menjadikan hati jadi hambar dan tawar untuk menilai cerita orang muda dalam dunioa fatansianya. Akhir si penulis cuma dapat menilai belum masanya lagi, dan masih terlalu belum sempurna untuk memikirkan, cerita alam bercinta dan berumah tangga. Apa-apa pun terpulang kepada keadaan jika ada ketentuan Allah, segalanya terserah! Amin (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

LEPASKANLAH suara hatimu begitu tajuk sajak daripada sdri Faridah Iamsari. buat sajak menilai erti kata hati terasa ingin minta dilepaskan dan dibebaskan jangan dibiar terkurung di dalam dada, katalah sesuatu yang mungkin boleh memberi keyakian buat si penulis, kalau boleh biarkanlah dirinya menjadi sebahagian dari dirimu, agar apa hati dapat merasakan apa yang telah dirasa, biar terang, tanpa sembunyi, putih atau hitam nyatakan kebenarannya. semoga hati ini dapat bersama dalam kemesraan yang diharapkan.sidikt banyak ada juga perasaan menyentuh jiwa dan raga. Amin (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

KERIKIL TAJAM DIBAKAR sajak seorang yang veteran bersimbolik ternyata cubamenceritakan apa yang tersurat dan tersirat pada pengucapanya yang sinis bersahaja. Sesuatu yang sudah dikenali berguna, ianya tetap berguna, walaupun cuba ada pihak yang mahu menyalah gunakan kemampuan ketajamannya , dia tetap pada keasliannya walaupun cuba dipermainkan, tetapi pada kebiasaanya bukanlah senjata itu yang di nilai atau mata kerikil tajam dibakar yang digerunkan , tetapi pada kesabaran hati itu baik pada penguna atau pembuatnya. Kerana hati masih ada kemampuan untuk diri menahan bersabar. Amin (TU)

Rossa Long berkata...

sajak jessica plak tersiar? tahniah!

Lukiee berkata...

thnkz en nuri kerana menyiarkan sajak semalam nk jawab semalam xboleh msuk penuh...

Raja Munir berkata...

jessica pilih sajak siapa plak?

Pak Bostamam berkata...

sajak ni macam ada simbolik sikit la nampaknya

Ku Farah berkata...

menarik sajak jessica ni pengajaran jgn sombong dgn org

Tengku Anita berkata...

mcm sinis jgk sajak jessica ni

Seruling Kelana berkata...

isu politik xde ke en nuri?

Suara Rakyat berkata...

lama xde politik bila nk letak semula?

Bilan Terang berkata...

isu politik ke isu semasa xde ker?

Ustaz Zulkainaan berkata...

sajak jessica ni nampak mcm simple je tp mcm ada makna tersirat

Pak Ngah But berkata...

btol tu jessica kalau sombong basah kuyup la kita

PENYAIR AGUNG berkata...

SAJAK JESSICA NI UMPAMA PERIBAHASA MALU BERTANYA SESAT JALAN

Denilson Fata Fat berkata...

mmg sajak penuh makna tersirat jessica ni

Zainal Arifin berkata...

jalal pilih sajak siapa plak ni?

Nur Atikah berkata...

harap2 jalal nnt pilih sajaka ku plak selepas jessica pilih sajak dia

Kembara Budiman berkata...

eh! menarik sajak jessica ni sinis bunyinya.... ha! jessica ni masih single ke?

Iman ALi berkata...

huh! jampi panggil hantu raya pun ada!!! biar btol kau ni jeffry!

Mat Noh berkata...

ni mcm dah lari akidah siap panggil hantu raya plak jampi ni

Orang Lama berkata...

nampaknya kena boikot jeffry ni sbb jampi2 hantu raya plak dia bagi?

Warga Emas berkata...

ni jampi syirik ni jeffry siap ada hantu raya plak?

Mufti berkata...

jampi pemanis sireh boleh la ikut yg hantu raya tu dh menyimpang dari agama ni

Syeikh Al Habib berkata...

nampaknya jeffry ni semakin menjadi plak nk sumbang pun jgn la sampai seru hantu raya plak?

Atuk berkata...

jeffry ni seperti menyukutukan Allah saja sbb panggil hantu raya

Salam berkata...

ni dh khurafat ni jeffry

Jeffry berkata...

minta maaf semua lupa nak bagi tahu jampi ni bukan seru hantu raya tapi JAMPI NAK HALAU HANTU RAYA DALAM BADAN PESAKIT

Pak Kassim berkata...

jeffry ni org islam ke? sbb teruk sgt sampai puja hantu raya plak?

Ustaz Zamree berkata...

di harap jgn ikut jampi jeffry ni sbb jauh menyimpang disisi agama sbb pakai khidmat hantu raya

Mozaire berkata...

jampi panggil hantu raya mmg aku xkn baca tp jampi pemanis muka boleh cuba

Tuan Haji Abkam berkata...

ape ni jeffry ko berubat selama ni pakai hantu raya ker?

Olie Pajutdy berkata...

jampi pemanis muka saja boleh ikut yg 1 lagi seram aku...

Usop Nayan berkata...

apa la jeffry ni siap bagi mentera seru hantu raya! jeffry dah gila!

Budak Surau berkata...

kenapa sampai nak seru hantu raya plak jampi serapah ni

Brader Joe berkata...

best jampi jeffry ni aku nk cuba la malam ni

Bob Kuli berkata...

nnt aku nk hantar hantu raya dgn jampi jefffry ni sbb aku ada masalah sikit dgn along kat tempat aku ni

Raja Muda berkata...

eh! ni jampi ke sajak? kalau hantar kat sayembara boleh menang ni... hahahaha

Bos Kacak berkata...

x berdosa ke nak cuba jampi jeffry ni?

Karim Ghani berkata...

jampi serapah ni org islam boelh cuba ker?

Geletek Malam berkata...

eh! jampi hantu raya ni kalau baca hantu raya ada sebelah ke jeffry?

Saizul Maizav berkata...

kalau jampi seru wali ke? org bunian ker? aku nak jgk cuba kalau hantu raya xmahu la...

Teksi Manaf berkata...

takut nk baca jampi takut solat x diterima 40 hari plak

nurimanja berkata...

JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

- Jaffery ini kekadang betul bentul juga. cerita minta tolong lain daripada Allah boleh sangkut. tetapi minta makhlukhalus itu
keluar, kalau x keluar kau akan dilaknat Allah okeylah! Dalam
hidup kita di kampung pendalaman ada benda begini, segala macam hantu ada, termasuk juga manusia jadi hantu. Kini Jeffry sudah perbetul tajuknya: Menghalau hantu....(ralat saja)

- Termasuk siri langsuir, memang saya malas nak siar mungkin boleh keluar aqidah, jangan percaya x berapa masuk akal, saya tulis ini waktu rumaja, cerita ini saya dapat waktu budak lagi, mak saudara yang cerita. Kini dia masih ada, di kemunting taiping.

Apa yang mengejutkan. berjalan dia bongkok, anak saya takut nak
jumpa. Macam nenek kebayan, uban putih semua kepala.berjalan bawa parang, keliling rumah dia semacam masuk utan. tinggal dua beranak saja. tapi masih kuat. Guest mesti tahu agaknya?

- Gambar hiasan langsung tak kena dengan tajuk sajak yng diterbitkan.
kerja Tinta Agaknya tangkap muat. harap maklum