Rabu, 16 Februari 2011

TENGAH MALAM



sajak pilihan wk Cr.


Malam ini bulan penuh..
bintang terang
riak gembira di dada langit
meraikan indah malam
bercempera semua
tapi jalan di kota ni sunyi.
macam tiada orang
sekejap tersilau suluhan neon
kereta lalu lalang kalau pun ada
lampu lampu jalanan malap
berbeda cuaca langit dan bumi
saat semua orang senyap di kamar
lelah seharian dilepaskan ke mimpi
udara bercerita indah..
nyaman tenteram terasa
menjelang dinihari
saat bulan mengejutkan fajar
mentari menanti malam berganti
bulan bintang pergi
dan semua akan kembali
seperti hari hari

Oleh: Lebai Noh
ketika bermalam di surau
 2010 Disember 7 23:07
Diterbitkan semula tarikh:16/02/2011




50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

2.Lapan pemimpin kanan pembangkang jadi jutawan segera

IPOH 11 Feb. - Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendedahkan terdapat lapan pemimpin kanan PKR, DAP dan Pas menjadi jutawan segera dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.

Berikutan itu Fauzi, 51, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat apa didakwanya berlaku penyelewengan dan salah laku dalam kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.
Untuk tujuan itu, beliau menyerahkan nama lapan individu tersebut yang terkandung dalam laporannya kepada SPRM Perak di pejabat suruhanjaya itu di sini pada pukul 11 pagi ini.

Bekas Ketua Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat, V. Subramaniam yang menyertai Gerakan kelmarin turut menemani Fauzi membuat laporan tersebut.


Fauzi ketika ditemui selepas itu memberitahu, sebelum memperoleh kuasa, lapan individu terbabit termasuk seorang wanita hidup susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta tidak mempunyai pekerjaan.

"Tiba-tiba dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak, lapan individu ini berjaya mengubah taraf dan gaya hidup.
"Mereka mampu membeli rumah dan kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit, membayar hutang dan mendapat rawatan di hospital swasta yang mahal. Dari mana datangnya sumber kewangan ini?" soalnya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama lapan individu tersebut kerana telah membuat akujanji dengan SPRM agar tidak mengganggu siasatan.
Menurut Fauzi, dakwaannya itu mempunyai asas kukuh dan bukannya berunsur fitnah atau dendam terhadap mereka.

"Perkara ini bukan saya sahaja yang pertikai tetapi ramai ahli dan pimpinan PKR serta pakatan pembangkang di Perak marah dengan apa yang berlaku.

"Saya akan mengemukakan segala bukti dan saksi yang diperlukan oleh SPRM bagi membantu siasatan," tegasnya.

Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat itu berkata, rakyat perlu melihat betapa rakusnya kepimpinan pakatan pembangkang dalam tempoh sesingkat 11 bulan.

Katanya, semasa berkuasa, pemimpin pakatan pembangkang sibuk berebut jawatan dalam syarikat kerajaan negeri, jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, berebut tanah serta balak dan bukannya membela nasib rakyat.

"Alhamdulillah, 11 bulan sahaja mereka berkuasa di Perak, kalau tidak, saya yakin negeri ini akan hancur kerana tindakan perakus, perompak dan lanun ini," ujarnya.

Sedutan akhbar Utusan.

Haji Masqur berkata...

HEBAT

tahulah kamu hebat
tinggi pada pangkat
kami hanya lalat
buat kamu meluat
hadir tiada terlihat
bertenggek tiada tempat
dahsyat sungguh dahsyat
birokrasi penyusah umat
meluat sungguh meluat
punggung naik berbirat
dari pagi sudah tercegat
dah tengahari masih tak dapat
kasihan tengok pak mat
mundar mandir mulut terkumat
namun masih tersenyum kelat
memujuk hati yang kian tenat
wahai para penjawat
jawatan tinggi di pejabat
usah hebat pada pelekat
usah cari peluang mengelat
kamu kan hebat…


Haji Masqur
sajak utk org berjawatan tinggi di tempat sy

Inspektor Halim berkata...

LAWAK

ini bukan lawak di kaca berbayar
ia seperti jatuh dari tempatnya
bolos lagi dalam waktu
berturutan hanya selang dua
kalendar masihi
dua menteri kanan
dalam nada serupa
memberi kata-kata beramaran
tapi dinding tetap menyembunyikan
wajah di dalamnya.
Jadi kena ambik peduli
kerana ini bukan lawak

Inspektor Halim
sajak simbolik tentang politik

Saizul Maizav berkata...

TERASING MATI

kau adalah perjalanan
tidak kesampaian.
terhenti perjalanan
sebelum sampai klimaks.
aku pengembara berkuda hitam.
tak akan berlama di perlabuhan ini
kita sudah sekian lama
terasing kematian kata
kematian jenaka dan gelak ketawa
bernyawa tetap akan mati
datang tetap akan pergi
bisik-bisik meraung-raung
tak akan termampu menahan
apa yang bisa kita gelar mati


Saizul Maizav
ini sebenarnya sajak abang sy tp dia beri kebenaran bagi sy guna..

Zainal Arifin berkata...

HILANG DALAM KOMPAS

musim gelora yang padu,
angin kacau segilanya
daratan yang kutahu itu
semakin hilang dalam kompas.
semakin ke penghujung gelora
kemudi masih kujinakkan
suara camar laut berulang mencabar
haluan kita benarkah
aku bertemankan kau ?
musim yang keras ini
musim memburu telaga air
kontang seluruhnya menjadi sisa.
tiada terpatah kembali,
layar agung remuk
mendengar jerit laut lepas
berbalun halus ke batin pedihnya !


Zainal Arifin
Sajak simbolik

Mak Mah berkata...

sian dia xde keturunan la sbb anak dia bunuh diri

Adi Cana berkata...

itulah manusia mana boleh kwin dgn bunian

Ali Conan berkata...

harap2 bini aku nnt bukan langsuir...

Mona berkata...

sajak buang bayi ke ni?

Jessica Liew berkata...

sajak pasal sampah pun ada?

Karim Ghani berkata...

ingatkan apa td rupanya sajak ni psl samaph

Mat Noh berkata...

sepatutnya tajuk kena letak "jika aku selonggok sampah"

Encik Sanusi Rostam berkata...

wah! ni dh luar kotak fikiran manusia sbb sajak en nuri ni di ibaratkan en nuri jd sampah

Budak Surau berkata...

sajak yg unik tiba2 jd sampah plak

Petualang Tiga berkata...

sajak pasal buang apa ni?

Laila Mellisa berkata...

sajak sampah pun ada! ni kira dasyat jgk ni

Pak Awang berkata...

ingatkan sampah masyarakat td

Capricorn berkata...

sajak psal sungai ke ni?

Hamba Allah berkata...

wah! sajak ni menyeru kita supaya jgn buang sampah

Mata Langit berkata...

sajak ni mcm menyuruh kita sayangi sungai...

Nabil Quldi berkata...

sajak sampah sarap? best jgk

Ustaz Zulkainaan berkata...

sajak pasal qiyamulai ke ni?

Ai Kutubudin berkata...

sajak pasal hantu ke tengah malam ni?

Lebai Noh berkata...

terima kasih kerana menyiarkan sajak sy awal sehari

Madah Pujangga berkata...

sajak pasal apa plak ni tp puitis jgk sajak ni

Razak Abu berkata...

sajak yg menarik tentang kejadian malam plak

Haji Hamdan berkata...

sajak yg agak misteri lebai noh ni

Ustazah Janariah berkata...

sajak pasal solat tgh malam ker?

Usop Nayan berkata...

sajak yg menarik di kongsi disini tahniah lebai noh

Tuan Haji Abkam berkata...

sajak pasal sampah pun ada ni baru lain dari yg lain

Suara Rakyat berkata...

8 org jd kaya?? dorg menyeleweng duit rakyat ni

Datuk Borhan berkata...

agaknya siapa 8 individu tu????

Datuk Hasbi berkata...

pelik jd kaya dgn sekelip mata saja???

Keris Sakti berkata...

main judi apa dorg 8 org tu?

Ambuyak berkata...

cina,melayu ke india 8 org tu?

Roy Rasyid berkata...

x sampai setahun boleh jd jutawan? pelik xkn dorg msuk uptrend kot?? hahhaha

Warqa Emas berkata...

dorg ni dpt mana duit sbb 11 bulan jd jutawan?

Sulaiman Embong berkata...

entah2 dorg songlap duit kerajaan negeri kot?

Ustazah Hamidah berkata...

ni msti anuar yg support ni

Ku Dania berkata...

pelik mcm mana boleh jd kaya x smpai setahun?

Ustaz Zaidi berkata...

ni msti ada org dalam yg buat kerja ni

Tan Sri Yunus berkata...

gaji YB berapa la sangat tiba2 j jutawan plak? ni msti dtg dari sumber lain ni

Orang Lama berkata...

dorg ni dpt duit haram ke halal? allahualam...

Haji Khali berkata...

PKR pnya org ni bukan boleh percaya sgt entah2 duit mana la dorg sapu

Salam berkata...

pelik kenapa hanya 8 org je PKR yg kaya bukan semuanya?????

Jeffry berkata...

ni msti anuar ni pnya kerja dorg jd kaya ni

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sajak sinis yang tajam juga ini oleh haji Masqur kepada saseorang yang mungkin lupa Daratan atau sengaja nak tunjuk ego. Kebetulan pula kalau dia itu memang bercita-cita suang malam nak jadi kepala. Bila dia dapat sikit naik pangkat, alah si kudung mendapat cincin. Apa-apa pun hidup di dunia ini tidak kekalselamanya. Harimau mati meninggalkan belang,sedangkan manusia mati meninggalkan nama, jika baik ia Pasti dikenang sampai bila-bila, jika sebaliknya terima sajalah. Seadanya Amin layak untuk (U)tk

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Ulasan secara rengkas sahaja. Hareap maklum BUKAN JENAKA atau LAWAK sajak daripada sdra. Inspektor Halim menekankan, sikap YB yang banyak cakap isi tidak ada, tetapi jenakannya sahaja yang lebih. Kekadang apa yang dicakap lain di belakang tabirnya lain pula maksudnya. Ini biasanya digunakan parti ahli YB lawan untuk memudahkan cara. Terutama di media elektronik dan cetakan di zaman globel ini. Apa-apa pun kita sebagai rakyat perlu berfikiran terbuka dan menilai akan kebenarannya yang sebenar. Amin Layak untuk dicalunkan (TU)tp..

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

TERASING MATI sajak ada kebewnaran daripada abangnya telah pun dicalunkan. Pengucapannya mudah Setiap yang hidup akan merasai mati. Begitulah kata tuhan dan begitu jugalah apa yang telah ditetapkan pada setiap individu dalam perjalanan hidup di dunia fana ini. Jika kita fakir dunia Cuma perhentian sementara , akhirat juga tempat kita kembali. Perlulah kita hidup banyak berbakti, buat yang baik jauhkan apa yang Allah larang. Jangan terlalu banyak jenaka dan ketawam biasanya Ingatlah syaitan akan sedaya upaya memerangkap kita. Awas selalu sebelum mati Amin. layak dicalunkan (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sdra Zainal Arifin dengan sajak terbarunya tajuknya juga bersimbolek: HILANG DALAM KOMPAS .Pengucapnnya menceritakan akan kehidupan dan tugas yang sama menuju ke pulau idaman, biar pun kita punya KOPAS sebagai panduan dalam hidup ini tetapi kita masih hilang dalam mencari pulau Idaman, bila keadaan dilaut kian bergelora kawalan pelayaran kian mencabar, kita bagai terperangkap dalam kompas. Akhirnya berputih mata dan mengecewakan hati dan diri sendiri, Semoga mencari jalan yang sebenar bertemanankan kopas yang yang memandu ke arah rasa
kebenaraNya Amin. Layak dicalunkan (TU).