Sabtu, 12 Februari 2011

MARAH BILA KENA ROBOH



sajak kireman,

Gerai-gerai perniagaan
kian banyak diroboh oleh majlis
kerana mencemar situasi sekeliling
itulah alasan yang selalu diberi MPPP.

Gerai-gerai di taman perumahan
selalunya menyakitkan pandangan
menganggu ketenteraman awam
bukan sahaja tidak ada kebenaran
berniaga pula kotor tiada kebersihan

Orang Melayu kita mesti sedar
gerai-gerai tumbuh di bahu jalan
adalah salah disegi undang-undang
terganggu keinderaan pembayar cukai.

Gerai-gerai yang di pingger jalan
adalah kepunyaan orang melayu
tanpa lesen  berniaga secara haram
kalau terkena cirit berit sakit deman
kepada siapa yang perlu kita saman

Tidak perlu kita marah kerajaan negeri
dulu kita yang pilih kita yang pangkah
hari ini jangan bersedeh jangan gelabah
kini terima sahajalah sebarang musibah.


Oleh: SUARA BEBAS,
Berkatalah dengan benar.
catatan dua hari yang lalu 2011.







50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER / LANGSUIR siri 21. tarikh: 02/20011
____________________________________________________________________


Lebih sepurnama Ali canon tinggal bersama Atuk Irafanul Haq . Dia dan isterinya Puteri Bunian tidak tertahan lagi dengan kerenah orang kampong yang menceritakan akan keadaan mereka. Kerana Ali canon yang betubuh besar dan kasar itu tidak sesuai dengan isterinya yang cantek rupawan itu.


Saban hari ada saja orang yang datang ke rumah Atuk Ifrafabuk Haq. Tidak kira siang dan malam , berbgai tujuan mereka datang selain meminta ubat dan rawatan dari Atuk Ifrafahul Haq, mereka ingin meminta kepada Ali canon dan isterinya mengubati sakit anak isteri dan keluarga mereka.


Dan setenagahnya pula sengaja datang untuk melihat Puteri Bunian berkenal mesra dan bertegur sapa. Apa yang memeningkan kepala Ali canon , ramai pula anak muda dan kawannya datang mengentap malam hari menganggu Ali canon dan isterinya untuk bermesra dan bergurau senda sebagai pengantin baru malam pertama memulakan cerita.


Akhirnya tidak lama Ali dan isterinya mengambil keputusan dan nasihat dari atuk Ifarafanul Haq sendiri., mereka berdua telah kembali semula ke teratak Ali canon di tengah hutan rimba belantara itu.. Tinggalah Ali canon dan isterinya sebagai orang hutan belantara dengan keadaan tenang dan damai, kerana tidak ada lagi gangguan daripada kawan dan orang-orang kampong.


Hiduplah ali canon dan isterinya berkebun dan bercucuk tanam di tengah hutan belantara itu, hantu dan setan tidak berani mendekati mereka, malah binatang ganas dan buas juga mengelakan diri bila berjumpa dengan mereka. Jadilah mereka sebagai raja shah Alam di rimba.


Setelah beberapa bulan Puteri Bunian pun mengandung anak sulung mereka.Ali canon dan Puteri Bunian tersangatlah gembira. Mereka menjaga kandungan dengan sempurna begitu berdebar-debar untuk menunggu saat kelahiran anak sulung mereka.

BERSAMBUNG.

Jalal Rafzee berkata...

KUMPULAN D

1 ADBULLAH GADAFI------------------
2 HAJI GHAFUR HAMDI
3 PAK KASSIM-----------------------
4 PENYAIR AGUNG-----------------

==============================

1 JALAL RAFZEE
2 FATINAH TASNIM
3 ZAINAL ARIFIN
4 MUHAMAD TAJOL
5 SERULING KELANA
6 TINTA BAYU
7 ABANG
8 SYEIKH AL HABIB

Muhamad Tajol berkata...

BILA SENDIRI

bila sendiri terasa rindu
bila sendiri terasa pilu
bila sendiri terasa sayu
bila sendiri tertusuk kalbu
baru terasa perlukan teman
baru terasa perlukan kawan
baru terasa perlukan taulan
baru terasa perlukan pedoman
masih terkenang senda guraumu
masih terkenang senyum manismu
masih terkenang tawa riangmu
masih terkenang kasih sayangmu
lumrah hidup ciptaan Ilahi
tiap yang hidup pasti mati
doa dikirim pengganti diri
buatmu oh teman sejati…

Muhamad Tajol
sajak jiwa2 sikit

Jalal Rafzee berkata...

CAKAP DAN CERITA

bukan rasa bersalah
mahupun kesunyian
aku kembali berulang ke daerah ini
menemukan cakap dengan cerita
hambar dan sinar mata sepi
aku dan engkau bukan kita lagi.
banyak hari terhimpun
amat sulit diulang sejarah
kita bukan kita lagi.
berpuing-puing diraba angin
gugur sebagai tangkai daun kering
kaku di perdu pohon keasingan
bukan kerana ketika
mahupun waktu-waktunya
kita belajar melupakan
nilai persahabatan ini,
terhapus pergi
pada jarak dan peluang
kita pilih sendiri-sendiri.


Jalal Rafzee
sajak dari sy simbolik rasanya boleh menang ni.. hehe

Fatinah Tasnim berkata...

KORBAN

kerana satu kalimah
manusia jadi buta
tiada nampak keliling
hanyut di alam misteri
ciptaan sendiri kalimah cinta
tanpa landasan wajar
ibu sendiri jadi musuh
ayah sendiri sanggup ditengking
adik sendiri sanggup ditampar
guru sendiri sanggup dicela
sanggup korban segala
korban segala yang ada
korban mahkota suci terjaga
akhirnya nyawa kecil suci terkorban
korbankan satu nyawa…


Fatinah Tasnim
sajak tentang isu semasa

Zainal Arifin berkata...

TUKANG SAPU

Saudara tanpa segan menyapu
setiap zarah sampah
dari hujung tiang lampu dan isyarat di mana mata manusia
langsung tidak memandang jujur
terik cahaya membakar kesabaran
tanpa perlu sembunyikan wajah diri
terus menyapu si tukang sapu
zarah kotor yang terbuang
dari tingkap dan tangan manusia
yang enggan melihat
siapa diri saudara.
nafas-nafas terhela
dalam diam senja membunuh
galak rupa siang
derai hujan membasuh diri
dari dalam basah keluar diri.
senja-senja suram dan damai
perulangan tertikam lagi dan lagi. kepada si tukang sapu terima kasih kerana membersihkan tempat ini

Zainal Arifin
sajak utk tukang sapu di bawah bangunan kami sy selalu berbual dgn dia

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sdra Muhamad Tajol dengan tajuk sajaknya BILA BERSENDIRI pengucapannya terlalu biasa dan rasa bagai mengenang dengan apa yang berlaku selama ini. Mungkin anda telah pun kehilangan teman se hati atau sahabat qarib . mungkin kini sesekali kenangan datang bermain di hati bila duduk bersendiri. Cuma doa yang dapat dikirimkan. Betapa perlunya ada seorang sahabat atau teman sejati, amin. layak diberi cuma (U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


Jalal Al Rafzee dengan sajaknya CAKAP DAN CERITA. pengucapannya masih ada Sakibaki kemarahan yang terselit di hati. Apa-apa pun kena bersabar sebenarnya kita sedang menuju kebenaran dan kejayaan. Kosongkanlah fikiran diri daripada memekirkankan sorang dua gelagat sahabat. Ada baiknya melayani beratus lagi yang menyokong dan menghormati kita. hari-hari yang berlalu akan menutup semua sejarah hitam itu. Kini anda sudah ada pilihan jalan anda tersendiri. Jangan membazir masa memikirkan hal
mereka yang tidak mengerti menilai erti perpaduan dan kemesraan dalam persahabatan. Amin layak untuk dicalunkan (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


Sajak sdri Fatimah Tasnim pengucapannya juga menarik menyentuh tentan isu semasa. Cerita kelahiran bayi yang berluasa, ibu bapa yang melakukan kerja terlarang dan nasib bayi yang terbuang. Semuanya akibat gara-gara darling I love you lantas mengikut kata cinta berlantaskan hawa nafsu. Duduk berduaan. Orang ketiga pun datang memujuk rayu, akhirnya berlakulah derama terlarang dengan babak sumbang. Harap kita semua tidak terjebak dengan gejala jijik begini. Amin layak untuk (TU) – (U)tk Di sebabkan persaingan lebih kepada jalal dan zainal lebih puitis.Harap maklum.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Zainal Arifin orang lama Pb dengan sajak TUKANG SAPU Nampaknya ada persamaan dengan en nuri, kerana dimana saja tempat en nuri pergi mengajar kebanyakan tukang kebun, pengawal, budak pejabat, adalah kawan baik en nuri semua, tidak kira india, melayu melanau atau siapa saja. Sekurangan kita ada rasa rendah diri dan sikap
Kemnusiaan sesama kita tidak ada kasta dan perbezaan hanya iman dan takwa. Syabas! Hidup tukang kebun, tak ada anda bangunan naik hutan rimba.Sajak layak untuk dicalunkan (TU)

Muhamad Tajol berkata...

sah aku kalah jalal dgn zainal ada plak?

Fatinah Tasnim berkata...

rasanya dapat kat jalal dgn zainal la kot?

Jalal Rafzee berkata...

aku confident boleh menang ni...

Zainal Arifin berkata...

sah aku dgn jalal la menang? hahahaha

Badrolshah berkata...

sian ali conan dh kwin pun org ejek lagi?

Haji Hamdan berkata...

apa pnya malang nasib ali conan dituduh x sesuai?

Seri Suri berkata...

org kmpung mmg mcm tu ada saja karenah mereka

Danial berkata...

biarlah la dh jodoh dia apa la org kmpung ni

Adi Cana berkata...

sebenarnya org kmpung jeles kat ali conan jer tu

Atan Yahoo berkata...

anak dorg mcm mana la nanti ikut ali conan ke bunian tu? hahahahhaa

Ali Conan berkata...

kurang ajar org kmpung ni thu nk mngutuk jer!

Puteri Bunian berkata...

kenapalah puteri bunian tu pilih ali canon? hahahahhaha

Tengku Anita berkata...

pilih la laki nsem sikit ni ambik ali canon plak?

Abang berkata...

eh! semua org berkenan kat bini dia plak?

Budak Rap berkata...

itulah sapa suruh bini dgn pmpuan cntik? hahaha

Ezad Emir] berkata...

eh! bunian tu pandai berubat ker?

Angker 13 berkata...

eh! puteri bunian pandai merawat pesakit ker?

Saizul Maizav berkata...

sian ali canon ada org byk pun susah xde org sunyi plak? hehe

Atuk berkata...

tinggal berdua saja di hutan? kesian

Warga Emas berkata...

nampaknya dorg ni jd kera sumbang la

Mat Noh berkata...

la.. kenapa pergi balik kat hutan???

Jalal Rafzee berkata...

kenapa semua hantu setan dan binatang takut kt dorg berdua?

Ku Dania berkata...

eh! smua haiwan takut?? aura apa dorg pakai?

Kembara Budiman berkata...

dah ada penginapan yg selesa pegi ke hutan balik kenapa?

Ustaz Majusi berkata...

eh! ada anak jgk dorg ni?

Ustaz Rahman berkata...

anak dia nampaknya kacukan bunian la?

Ustaz Rahman berkata...

anak dia laki ke pmpuan?

Puteri Salju berkata...

eh! ada anak jgk ikut muka sapa la nnt... hehehe

Brader Joe berkata...

nama apa anak dorg nnt?

Ummu Akilah berkata...

eh! bunian ni ubat org xambik bayaran ker?

Pak Kassim berkata...

mana plak bunian ni belajar cara mengubat org??????

Nasruq Haqq berkata...

nasruq haqq tu x kwin ke???

Nabil Quldi berkata...

ali conan dn puteri bunian ni umur brapa?

Abul Hassan berkata...

bunian ni kwin xde restu mak ayah ni sah ker?

Mak Mah berkata...

bunian ni nk beranak nnt mana bidan?

Danial berkata...

boleh beranak ke? atau dia beranai dia mati anak dia je hidup dgn ali canon?

Sufian Al Zahri berkata...

eh! nk hbis ke cerita ni ke ada lagi?

Lukiee berkata...

wah! panjang jgk cerita langsuri ni?

Muhamad Akmal berkata...

berdasarkan kisah benar ke en nuri?

Pak Bostamam berkata...

sapa yg ceritakan cerita ni ket en nuri? atau en nuri reka sendiri?