Jumaat, 11 Februari 2011

ANAK KECIL BERHATI PUTIH





Anak kecil yang baru lahir
dalam mengharungi dunia fana
bertekad tersemat satu semangat
dari kemesraan jalinan ibu dan bapa
hubungan  pengantin malam pertma

Kini dia menanggung beban
sebagai anak kecil berhati putih
bila ibu dan bapanya dijemput takdir
menjadikannya anak yatim piatu
di sekolah maahat tahfiz ditempatkan.

saban malam menghitung waktu
punya kemampuan  luar biasa
dalam kemelut zaman mencabar
mengabdikan diri  dunia dan akhirat
sebelum kembali kepangkuan Ilahi.

 
Oleh: Nurimanja,
buat seorang anak yatim piatu,
catatan beberapa bulan yang lalu/02/2011.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER / LANGSUIR siri 20. tarikh: 02/20011
____________________________________________________________________


ESOK ketiga matari menampakan dirinya dicelah ranting daun meranti tua, bersama
Pokok cengal, giam dan halban. Ternya anak gadis puteri bunia itu tidak boleh lagi bertukar menjadi saekor kucing putih jelmaan. Malah nampak benar dia bagaikan dalam keletihan terikat begitu lama di batang kayu mati yang tergalang itu.

Ali canon membuka ikatan anak gadis itu di batang kayu mati itu, tetapi kedua tangannya masih terikat ke belakang. Ali canon mengarah dia berjalan menuju ke terataknya. Anak puteri buniuan itu tidak melawan atau berkata, melaikan cuma tunduk dan diam. Akhirnya Ali canon membuka semua ikatannya dan yakin anak gadis ini tidak akan melarikan diri dan percaya akan janji dan juga kata-katannya.

Ali canon mencapai kain dan baju lusuh di dalam terataknya dan membawa anak puteri bunia itu pergi ke kali, mengarahkannya mandi dan memakai pakain yang diberinya itu. Sementra Ali canon mengawasi di sebalik pohon-pohon cendana dan gerharu. Sesekali Ali canon mencuri pandang, berderah darah ali canon melihat akan
Kecantikan dan keayuan wajah puteri bunian, sebagai seorang gadis dusun yang ingin dijadikan isterinya.

Setelah beberapa minggu Ali canon menunjuk dan mengajar anak gadis itu akan cara kehidupan , dia bercadang untuk membawa anak puteri bunian itu berjumpa dengan Atuk Irafanul Haq untuk meminta mengesahkan perkhawinan mereka secara adat orang hutan dan perkampungan orang asli di pingger rimba.


Perkahwinan Ali canon dengan anak puteri bunian itu berlangsung secara rengkas saja. Bersama disyaksikan oleh beberapa tuk bantin orang asli yang pernah menolongnya dahulu. Dan beberapa orang rakannya yang pernah membantu dirinya dulu juga datang bila mendengar perkhawinan Ali canon dengan anak puteri bunian.


Semuanya bagai terpegun melihat akan kecantek anak puteri bunia itu, dan berbagai spersoalan datang bertanyakan cerita yang sebenar. Hilai ketawa riuh satu kampong dipingger hutan rimba itu. Ali canon cuma tersenyum sambil menerangkan apa yang telah diajar oleh Atuk Ifrafanul haq kepadanya.


BERSAMBUNG.

Jalal Rafzee berkata...

KUMPULAN D

1a SUSILA WANI
2 ADBULLAH GADAFI
3 ENCIK DASUKI
4 HAJI GHAFUR HAMDI


5b JALAL RAFZEE
6 FATINAH TASNIM
7 ZAINAL ARIFIN
8 MUHAMAD TAJOL

======================

9a PAK KASSIM
10 PENYAIR AGUNG
11 KEMBARA BUDIMAN
12 GUEST


13b SERULING KELANA
14 TINTA BAYU
15 ABANG
16 SYEIKH AL HABIB


================================

Pusingan pertama

1 SUSILA WANI
2 ADBULLAH GADAFI
3 ENCIK DASUKI
4 HAJI GHAFUR HAMDI
5 PAK KASSIM
6 PENYAIR AGUNG
7 KEMBARA BUDIMAN
8 GUEST

pusingan kedua

1 JALAL RAFZEE
2 FATINAH TASNIM
3 ZAINAL ARIFIN
4 MUHAMAD TAJOL
5 SERULING KELANA
6 TINTA BAYU
7 ABANG
8 SYEIKH AL HABIB

Pak Kassim berkata...

HALUS

di balik kekisi jendela
rintik hujan menangis
menyuburkan kesedihan dari dalam
halus tiada tampak merunduk duka
di antara dedaun pohon kenangan
becak ke lantai gersang
melumpurkan harapan
punah rintik demi rintik
terbuang begitu sahaja
berlarian di longkang hidup,
kehilangan arah
penuh keliru penuh celaru.


Pak Kassim
sajak simbolik sedikit

Guest berkata...

LASTIK MERAH

Tidak akan aku lupa
Hadiah pertama yang aku
terima dari abah Lastik Merah.
Aku cukup teruja apabila
Lastik Merah berada
dalam genggaman ku,
Habis semua ku lastik
termasuk haiwan dan orang
dari subuh sampai senja,
tidak ku hirau dunia,
kerana lastik merah aku punya.
lepas terlastik sarang tebuan
bengkak mata abah plak marah
kini baru aku sedar,
Lastik Merah itu,
abah hadiahkan bukan untuk melastik
tak tentu hala nanti buruk padahnya
Kini baru aku sedar…


Guest
sajak teringat zaman kanak2 dulu

Kembara Budiman berkata...

SEMUA TIADA

kerja tiada maka,
duit pun tiada lagi,
entah bagaimana
perempuan pula kutuju dahulu.
jadual tiada maka,
diri pun tiada terurus,
entah bagaimana,
mengada-ngada mahu
orang lain mengurus diri.
pengalaman tiada,
maka, diri pun tiada kematangan,
entah bagaimana,
selamat wajahku tampan
sering menjadi kegilaan wanita


Kembara Budiman
sajak agak komedi sikit

PENYAIR AGUNG berkata...

BEBAS

lupakah kaki pada lantai ini
memijak butir-butir kenangan
berbekas dan hilang.
seorang manusia hebat
ketika diberikan nyawa
tapi buruknya saat dia melupakan
pinjaman itu harus terbayar.
jauhkah sudah langkah diatur olehmu
atau sekadar melupakan
jejak-jejak gagal diingati kembali
bundar dunia mungkin satu teori
kerana kita sendiri belum diizinkan
melihat dari ruang lebih tinggi
hari ini kita tetap melangkah
semakin jauh dari apa sering
kita mulakan dahulu
masih kembalikah ke pangkuan ibu
yang semakin diratah waktu
masih pulangkah ke rumah warisan
yang semakin condong tiangnya
atau cukup kita berkata
setelah aku dikeluarkan dari rahim
aku sekarang bebas
pandanglah cermin di hadapanmu
lihatlah dalam-dalam tentang dirimu
benarkah kata-katamu itu aku bebas.
jawablah saat sebelum
kamu semua tidur malam ini.


Penyair Agung
sajak simbolik tentang peringatan kepada manusia

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Pak kassim kini kian mencabar kewibawaannya dari seorang komedy sudah bertukar jadi seorang yang serius kini dalam pengucapan sajak terkininya bertajuk : HALUS diluahkan dalam rintik hujan sebagai simbolik menyampaikan maksud. Begitulah erti kehidupan yang digambarkan oleh pak kassim. Kenangan masa dahulu dan sekarang telah pun berkecamuk seperti rintikan hujan yang jatuh di atas bumbung ke dalam longkang dan mengalir bagai tiada arah dan tujuan, akhirnya hilang dan mencelarukan. Mungkin ini yang hendak digambarkan oleh Pak kassim. Layak dicalunkan dan terpilih (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sajak kisah zaman kanak-kanak yang sepatutnya bagi suspen sadikit tajuknya; ayat yang akhir sekali pada bait bawah. KINI BARU AKU SEDAR. Bagi orang berfikir, tajuk puisi juga mempengaruhi khalayak untuk menilai rasa kepuisian dan kepuitisannya. Bila pada tajuk atau kepala sajak khalayak sudah bertanya-tanya, dan penuh dengan tanda tanya atau saspen. Besar Membangkitkan rasa ingin tahu dan sanggup membaca dan ingin tahu hingga ke hujungnya. Macam cerpen en nuri, selalu mengelirukan dan pasti anda ingin baca sampai habis. Itu satu cara untuk terus memerangkap pembaca. Apa-apa pun anda ada kemampuan menulis sajak mememory pengucapannya mudah dan senang ditangkap maksudnya. Usaha lagi. layak Cuma (U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Pengucapan dan mencari ayat yang lebih mantap atau puitis satu –satunya menjadikan sajak anda lebih menarik dan memerangkap khalayak untuk terus membacanya. Sajak ini sudah ada isi dan maksudnya.Kecatatan pada penysunan ayat-ayat dan perkataan yang agak longgar: Contoh ; bait pertama. Ada baiknya berbunyi Jika kerja tiada. Duit pun tiada juga. Berbeza: kerja tiada maka, duit pun tiada lagi. Apa-apa pun banyak kena cari ayat yang mengancam dan kena banyak perbendaharaan kata yang menarik. Amin usaha lagi cuma layak sekadar (U) Mungkin agaknya persaingan kian hebat..

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Pengucapannya merupakan peringatan bagi erti kebebasan: sudah menarik khalayak membaca hingga ke akhir tetang sajak bertajuk BEBAS . kerana manusia sering saja lupa dan mudah lupa. Lantas mereka merasakannya sudah bebas dan terlepas. Lantas lupa segalanya. Pada asal usul dan ibu bapa dan kampong halaman, rumah buruk yang hamper rubuh. Apabila kita dilanda arus kemordenan dunia gelobal kini. Apa yang saya ingin menyetuhkan sadikit pada bait penutupnya agak sadikit longgar, perlu berhati-hati,cari kesimpulan yang sebaik mungkin untuk menutup isi dan maksudnya. Contoh: carilah jawaban di kamar tidur, sebelum dibuai mimpi malam. Layak untuk dicalunkan seterusnya (TU)

Lukiee berkata...

eh! pokok qiam dan halban ni pokok apa?

Madah Pujangga berkata...

eh! sampai siang dia tetap manusia jgk la?

Ustaz Majusi berkata...

eh! x kena tangkap basah ke dorg berdua je kat teratak tu?

Ustaz Sahzan berkata...

mcm mana dia nak lari bunian tu klu lari pun nk lari kt mne? hehe

Jengking Perak berkata...

kurang asam ali conan siap menghendap pmpuan mandi plak!

Harimau Berantai berkata...

eh! ali canon tgk pmpuan tu bogel ker? hahaha

Mat Noh berkata...

ali conan ni siap mengintai-intai plak ketumbit mata bru dia thu

Golok Buta berkata...

eh! kwin ikut adat hutan?? mcm mana tu?

Mei Ling berkata...

eh! boleh ke manusia kwin dgn bunian?

dam catur berkata...

klu dorg kwin nnt sah ke???? sbb dia bunian

Malik Wariya berkata...

eh! nasruq haqq jd tok kadi ker?

Atan Yahoo berkata...

xkn dia bawak sorg je bunian? bawak la 4 orang bagi sekali kat kawan2 dia

Sudin Ramlee berkata...

kwn2 dia x cemburu ke ali conan kwin pmpuan cntik?

Tetamu Malam berkata...

eh! lps kwin nnt msti kwn2 dia nk kacao bini ali conan ni

Julia berkata...

eh! bunian tu nk plak kat ali conan wlpn ali conan x nsem?

Puteri Bunian berkata...

org kmpung thu x bini dia tu bunian?

Ali Canon berkata...

kalau la btol2 sy dpt kwin puteri bunian? best btol.. hahahha

Nasruq Haqq berkata...

sian kwn2 dia dorg tolong dia dorg xpdt pun kwin dgn bunian jgk

Tok Mahat berkata...

eh! xde kenduri ke masa tu?

Nabil Quldi berkata...

eh! xde hantaran ke kat bunian ni?

Ustaz Rahman berkata...

mcm mana dia kwin sapa wali dia en nuri???

Jalal Rafzee berkata...

apa plak yg jd lps ni? atau dh tamat sampai kat sini jer..

Muhamad Rabbi berkata...

kwin tanpa wali ke dorg berdua ni? sah kerr?

Pak Kassim berkata...

eh! lps ni apa plak? dia jmpa kluarga langsuir ni plak ker?

Saizul Maiza berkata...

kluarga langsuir tu x thu ke anak dorg dh kwin dgn manusia?

Abul Hassan berkata...

dorg bersanding kat kmpung ke kat hutan?

Bos Kacak berkata...

eh! senang je dia kwin xde syarat apa2 ker?

Lelangit Biru berkata...

dorg ni berkekalan ke atau bercerai nnt

Panglima Ketot berkata...

eh! kluarga bunian tu restu ke dia kwin dgn ali canon

Salam berkata...

bunian ni anak tunggal ke?

Petualang Tiga berkata...

eh! skrg dia jd manusia ke bunian?

Satria Juragan berkata...

dorg ada anak nama sapa plak nnt? pakai nama sy je nnt

Kembara Budiman berkata...

tgk kpd smua perserta sah aku kalah dgn guest ni

Guest berkata...

sajak aku msti out pnya dgn kembara budiman sbb pak kassim dan penyair agung bagus

PENYAIR AGUNG berkata...

BUKAN NAK BANGGA DIRI TP NAMPAKNYA SY BOLEH MENANG MUDAH

Pak Kassim berkata...

selamat hanya ada penyair agung sah aku menang la mcm ni

Encik Abdullah Gadafi berkata...

nampaknya sajak sy rasanya boleh pergi jauh

Susila Wani berkata...

sajak sy msti out dulu ni... hmmm

Encik Dasuki berkata...

sy rasa sajak sy boleh pergi ni

Haji Ghafur Hamdi berkata...

sajak sy di harap boleh memuaskan hati qalam sy was-was jgk ni