Terbanglah burung putihku,
agar hidupmu tidak terbelenggu
dari kta rasa dan kata cinta
nyanyilah lagu irama kegemaranmu
di daerah yang kau buru selama ini
aku bukan lagi anak muda pemikatmu
yang sesekali memandang sepi
bila kau membuka dada dan sayapmu.
Terbanglah burung putihku,
lawatilah hidup ini sepenuhnya
semoga esok, hatimu tidak bertanya
di daerah yang kau buru selama ini
aku cuma anak muda yang gagal
pemikat patah hati bagi menjinakmu
bila beburung yang aku cari selama ini
telah terbang tinggi tanpa lembali lagi.
Oleh; Nurimanja,
lewat usia bawah tiga puluhan,
Bagan serai Perak, akhir tahun 19778
lewat usia bawah tiga puluhan,
Bagan serai Perak, akhir tahun 19778
50 ulasan:
sambungan dulu:untuk menlitikannya
buat kali yang kedua. agar lebih faham. (CERITA DARI BLOG YG PUNYA CERITA)
Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Bersambung esok.
KUMPULAN A
1 EN SANUSI ROSTAM
2 ZAINAL ARIFIN
3.RAJA MUDA
4 PENYAIR AGUNG
5 USTAZ OMAR SHARIF
6 PAK NGAH BUT
7 TEKSI MANAF
8 USTAZ SAHZAN
SENDI WAKTU
lara diri rebah satu demi satu
terikat padu bersendikan waktu.
senja ini aku kirimkan
segugus rindu.
aku semakin larut
padat dalam lohong diri.
aku sunyi saat malam ini
mengirimi bintang.
wahai sendi-sendi waktu
aku masih dan selalu
mencintai sebuah senja
berahsia dalam balammu.
En Sanusi Rostam
sajak simbolik
BAHASA KU TULIS INI
bahasa yang kutulis
bahasa yang kalian
maknakan sendiri-sendiri
mungkin menjadi seputih maknanya
semerah lukanya sehitam rahsianya
sejuta warnaan lain
maafkan aku jika bahasa tulisanku
tiada seadanya buat kalian semua.
ke penghujung begini
larian hari seakan tiada terbendung lagi
kita semakin menamatkannya
dengan doa putih terputik
dari kalbu paling dalam
semoga seluruhnya terhasil
PENYAIR AGUNG
sajak simbolik
TUAN PUTERI
pastinya tuan juga rasa
apa yang pernah hamba rasa
benci hamba pada orang ketiga
hamba pula kini menjadi selepas dua
tentu membuak marah di dalam hati
membara rasa tiada terperi
maafkan hamba wahai tuan
hati ini telah ditawan
tapi janganlah tuan tiada damai
kasih tuan tetap subur tersemai
hanya sementara terlanjur mesra
tiadalah sempat berputik cinta
kembali hamba ke dunia nyata
dirantai semula segala gelora
tiadalah mahu menjadi puncanya duka
terbanglah tuan ditemani gembira
bergandingan puteri menuju syurga
Zainal Arifin
sajak jiwa2 dulu aku rasa kalah kot?
KE HADAPAN CINTA JAUH
apa khabar dirimu?
lengkapkah harimu tanpa aku?
bahagiakan harimu tanpa aku?
lenakah tidur malammu
tanpa aku dodoi? duhai kekasih,
aku rindu sekali.
rindu pada dakapan hangat.
rindu pada bicara penyejuk jiwa.
rindu pada kalimah cinta
cuma aku dan engkau faham.
wahai cinta hati.
marah-marah api menyala aku,
sampai sahaja sekilas waja
engkau di depan mata,
padam semarak-marak api.
engkau tahukan?
aku kalah dengan cinta ini.
marah setinggi gunung,
runtuh di saat engkau datang senyum
maka, senyumlah sedikit.
buat penguat aku esok-esok.
salam sayang aku rindu pada cinta.
Raja Muda
sajak jiwa2 kenangan masa sekolah menengah
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
menjadikan hati jadi lara dan rebah untuk memikirkannya. Malah pengucapan kita juga bagai cair pada dalam holong diri . Terasa sunyi dan sepi, seperti malam yang dicengkam, kemana rindu hendak dikirimkan. Dalam waktu sendi senja si penulis mampu memuja senja dalam sebuah rahsia warna kelamnya. Cuma andaian. Sajak ada persaingan dengan Penyaor Agung setelah undian persaingan dijalankan. Ternyata sajak anda layak dicalunkan seterusnya (TU)tp.
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Apa pun pengucapannya menyentuh tentang bahasa penghubung, bicara yang susah dan sukar dipahami, melaikan mereka yang tetentu sahaja. Mungkin ada orang lain yang boleh pula berbicara kisah bicaranya. Mungkin bahasa isyarat, bahasa puitis ada nilai pada pengucapannya, ikhlas atau sebaliknya. kerana bahasa yang putih ikhlas ini terlalu sukar untuk menilainya. Kerna telah ditapis daripada hati dan jiwa, sebelum dilepaskan ucapaanya. Cuma andaian. Ada undian persaingan dijalankan ternyata dengan sajak En Sanusi Rostam untuk dicalunkan seterusnya. Anda sekadar layak untuk (U) tk.
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Menceritakan sesuatu yang mungkin telah ketelanjuran benci kepada orang yang ketiga. Apa pun kebarangkalian susah pun ditetapkan atau ditentukan takdir, kita Tidak perlu membantah. Melaiankan apa yang telah dititakdirkanNya itulah yang terjadi.Maka sebagai seorang yang beriman meredhai segala-galannya. Daripada ketetapanNya. Manusia cuma hanya boleh merancangkan sesuatu tetapi Allah yang menentukan semunNya. Amin Sekadar layak untuk (U)tk
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Bicara pada memory kisah lama pada waktu-waktu muda belia dahulu. Mungkin masih terkesan akan cerita kisah cinta yang masih rapuh yang belum belum dan mengerti apa-apa. Itulah cerita memory hidup di alam rumaja terasa semuanya indah saja. tetapi cinta itu bukanlah standing cina Adam dan Hawa atau Julia dan Romeo atau Uda dan dara. Melaikan sekadar suka-suka. Namun semangat darah mudanya melewati daripada cinta segala-galanya itulah kisah rangmuda punya biasa.Layak untuk (U)tk
sajak sy rasa mcm xboleh menang saja
SAJAK SY RASANYA TERSINGKIR JUGAK SBB IDEA DAH KERING
sajak aku mngkin menang kot? rasanya
sajak aku msti tersingkir dulu ni
cerita pasal yahudi ni bukan en nuri dh siar ke dulu?
eh! ni cerita en nuri sndiri ker?
yahudi ni pandai menipu je bg sy
mmg sy anti yahudi....
nampaknya rahsia yahudi en nuri thu plak?
eh! en nuri bukan dah siar ke dulu>?
patutlah yahudi bijak
en nuri pernah pegi yahudi ker?
cerita pasal yahudi mcm pnh baca jer...
klu x salah thn lps en nuri dh letak pasal yahudi ni
yahudi dan israel sama ker?
en nuri ada PHd ke!!!!
ni cerita en nuri sendiri ke cerita org ni?
en nuri buat kajian pasal yahudi ker?
en nuri pnh study oversea ker?
eh! ni cerita kawa en nuri ker/
mcm mana tahu pasal yahudi ni?
mcm mana di thu dia kwn dgn org yahudi ker?
mcm mana dia tahu pasal yahudi? setahu sy org malaysia x boleh melawat negara israel
wah! hebat en nuri siap kaji semua pasal yahudi
yahudi berbeza jgn dgn bangsa lain
ada sambung lagi x pasal yahudi ni?
rajin jgk en nuri kaji pasal yahudi ni
sajak simbolik ke?
sajak apa ni burung pitih ni?
mcm lagu p.ramlee plak "terbanglah burung terbang terbanglah tinggi-tinggi"
sajak mcm nak cari freedom saja
sajak pasal kebebasan rupanya
sajak pasal politik ke ni?
burung putih? sajak pasal kehidupan ker?
sajak yg menarik sy ambik buat lagu ni
nampaknya sajak kali ni putis jgk
sajak yg tenang saja bila membacanya
sajak ape plak ni?
sajak supaya jgn bela burung dalam sangkar ke en nuri?
sajak yg menarik!
Catat Ulasan