Ahad, 20 Februari 2011

TOPENG (



 sajak pilihan ahli Cr.


Topeng terlekat dimukamu
hingga aku tak dapat meneka
rupamu putih atau hitam?
wajahmu kedut atau tegang?

kamu juga suka bertukar topeng
hingga aku tak dapat mengagak
kamu Cicakman menyelamatkan insan
atau Profesor Klon musnahkan kehidupan!

 
Oleh: Geletek Malam
Bayan Lepas
2010 Mei 29 13:08





50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

Azmin pernah menawarkan ganjaran wang tunai jika Ummi menarik balik surat aduan kepada Tun Mahathir
7:25 PM SUNGAI RAPAT ONLINE No comments

Azmin Ali pernah menawarkan sejumlah wang yang besar juga nilainya agar Umi menarik balik surat aduan kepada Tun Mahathir mendedahkan bukti bukti dan saksi saksi memang berlaku skandal seks Anwar dan Shamsidar. Azmin pernah bawa pulang ke rumah wang tunai yang agak besar nilainya , salinan asal dokumen bank wang simpanan Shamsidar dan adik beradiknya bernilai jutaan ringgit, dan bermacam macam lagi kisah seram Anwar – Azmin – Shamsidar….!! “ saya rela hilang abang kandung saya sendiri daripada membiarkan 27 juta rakyat Malaysia tertipu dengan menerima Azmin sebagai pemimpin dan Anwar sebagai Perdana Menteri… “ tegas Umi. Banyak lagi...


(Petekan dari bloh DUKE of UMNO

Keris Sakti berkata...

NEGETIF

Lesap hilang
pudar tiada luntur
semangat ditiup terbang
oleh angin lintang
bersama sekali dengan tenang
sudah tidak duduk senang
dengan tangan bersilang
atau baring menelentang
paksi negative
sedang terlukis atas graf


Keris Sakti
sajak simbolik

Ustaz Sahzan berkata...

TANPA KAKI DAN TANGAN

Kehilangan membuatkan hidupku
berada dalam kegelapan
tiada sinar aku aku mengeluh berpanjangan tanpa diketahui siapa
keluhan itu sahajalah menemani
setiap cabaran dugaan menemuiku.
kehilangan orang
menjadi tulang belakang
kehilangan orang
yang menyuapkan aku,
kehilangan orang
yang membawaku dalam kesejukan
membuatkan hatiku pecah
membuatkan minda ku berhenti
berdegup mencari ikhtiar.
Kini aku merempat meminta bantuan daripada sesiapa aku keseorangan
tiada selimut dan tiada atap
begitulah rumahku syurgaku kehangatan kesejukan itu aku rasa tanpa memakai kaki dan badan.


Ustaz Sahzan
sajak simbolik

Teksi Manaf berkata...

ZAMAN BERUBAH

Ku buka jendela,
Terasa angin sejuk menyentuh kulit,
Kelihatan langit biru payungi bumi,
Burung terbang bebas berkicauan,
Sawah padi menguning menanti dituai
Riuh kedengaran suara kanak-kanak,
Bermain guli, menarik upih,
Sayup loceng basikal kedengaran
Sungguh tenang dikala itu..

Tapi
Itu semua sudah berlalu.
Hari ini Kulit disapu krim,
Takut disinari pancaran violet,
Hanya suara gagak kedengaran,
Hutan batu menjadi pemandangan,
Playstation menjadi rebutan,
Bunyi hon membingitkan telinga,
Suasana ini jadi agungan.


Teksi Manaf
sajak tentang perubahan tempat tinggal saya

Ustaz Rahman berkata...

MANA DESTINASIKU YANG SEBENAR

Beribu batu sudah ku lalu
Berjuta semak sudah ku rempuh
Setinggi langit ke tujuh ku sampai
Namun sehingga hari ini
Aku masih belum tiba ke destinasiku
Dimanakah destinasiku yang sebenar?
Dimanakah hala tuju benar?
Dan apakah pencarian ku sebenar?
Seribu satu persoalan
mula terbit di jiwa
Dengan dua tapak tangan ku tadah
Memandang langit biru sambil berkata bantu lah ku untuk mencari
arah destinasiku sebenar
Destinasi terletak tinggi
Yang disanjungi dikenali dihormati
Dua tapak tangan ku menekup muka
Dengan ungkapan Amin
Dan bersama semangat penuh harapan
Agar hati nurani bersabar
mencari destinasi


Ustaz Rahman
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA DAN PB SEPARUH AKHIR 2011

NEGETIF sajak sdra keris sakti. Pengucapannya biasa-biasa saja cuma bersimbolik tidak begitu puitis membicarakan sesuatu kelemahan yang mungkin menimpa orang yang terlalu banyak melakukan kejahatan dan juga kemungkaran hidup di dunia fana ini. Bila keadaan sudah memaksa, segalanya tidak tenteram, makan minum terjaga dan tidur pun sudah tidak tenteram, sehingga tidur telentang tangan di atas dahi duduk bersilang.Berbagai andaian sedang bermain di kepalannya. Ini menjadikan cerita negetif kian bersarang Di dalam kepala otaknya. Semoga kita tidak bergitu. Ada berbau politik juga nampaknya. Sama dengan hantu raya tiap ulasan masuk politik. Amin. setelah adanya Persaiangan undian dengan Saizul maizav . Anda Cuma layak untuk (U)tk.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA DAN PB SEPARUH AKHIR 2011

TANPA KAKI DAN TANGAN sajak oleh Ustaz sahzan dengan pengucapannya kali ini menceritakan akan kehilangan atau putus harapan jika apa yang diharap telah hilang atau pergi kembali kepada illahi Sesiapa pun jika ada kekuatan yang membantu dan mendorong memberi semangat untuk kemajuan kita, tetiba hilang , terasa akan hilang semangat dan putus tempat pergantungan. Diri rasa terasing dan sendiri. Bagai badan tiada kaki dan tangan Apa-apa pun jika ini takdir kita perlu terima dan kembali kepada qada dan qadar. Bangkit terus berusaha. Amin . Sajak ini ada persaingan dengan sajak ziarah makrifah. Kerana pengucapannya terlalu biasa penceritaannya dan sadikit kurang puitis. Anda layak (U)tk

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA DAN PB SEPARUH AKHIR 2011
ZAMAN BERUBAH Sajak Manaf Teksi pembicaraan biasa pada perbandingan kisah kehidupan dahulu dan kini diantara desa dan Bandar sama lebih kurang dengan sajak en nuri muflis nekmat.Dikampung semunya masih segar dan tenang , ada kebun sendiri di belakang rumah semuanya free tidak paying beli. Tetapi di Bandar kerana \kitaran masa hidup pun agak berbeza, baik masyarakat, pergunaan pakaian dan pernmain kanak-kanak juga terut berubah. Tetapi itulah yang kiat pesat diburu oleh anak muda genderasi kini.Amin layak sekadar (U)tk. Walaupun ada persaingan dengan sajak en sanusi rostam.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA DAN PB SEPARUH AKHIR 2011

Sajak berbentuk persoalan dengan simbolik kepada kejadian alam untuk mencari sinar kebenran yang kekadang menjadi tanda tanya pada penulis sehingga kini. Ada sama dengan sajak en nuri KAUKAH ITU . Mungkin persoalan atau pertanyaan ini dilontarkan kepada Khalid. Biasanya orang yang sering bersolat malam dia sentiasa bagai berbicara atau berbisik dengan tuhan . lalu berbagai pertanyaan akan timbul. Soal dimana aku selepas ini, mesti apa yang aku cari, Inilah nilai kezuhudan kita.amat berbeza dengan mereka langsung tidak pernah bertanya akan kemana distinasi atau tujuan hidup dan mati selama ini. Amin sajak ini ada persaingan juga dengan sajak ustaz omar sharif. Setelah dinilai ada sadikit kelebihannya . Anda layak ke fenal seterusnya esok (TU)tp.

Keris Sakti berkata...

sajak sy ringkas x berpuitis mngkin tersingkir kot?

Ustaz Sahzan berkata...

sajak sy rasanya ke final? tp agak saja

Teksi Manaf berkata...

sajak perubahan masa sy harap qalam puas hati

Ustaz Rahman berkata...

sajak sy xthu nk kata 50-50

Diana Sanubari berkata...

nampaknya di kampung jimat sikit

Jeffry berkata...

kampung best selesa dan aman... hehe

Raja Muda berkata...

kampung x best la en nuri byk nyamuk

Harimau Berantai berkata...

sy suka lagi bandar sbb smua benda ada kt kmpung susah nak cari

Salam berkata...

kampung mmg best! duit pun x kluar jimat tu

Tetamu Malam berkata...

kmpung pencemaran udara xde mmg hari hirup udara nyaman

Emily Bayans berkata...

bandar lebih selesa kampung slalu xde air kena mandi pakai perigi plak?

Golok Buta berkata...

bandar lagi selesa yg penting ada intenet kampung mana ada

Tengku Anita berkata...

kampung x best! pemikran yg kolt x terbuka la...

Orang Lama berkata...

kampung mmg seronok sbb boleh berkebun bdan pun jd sihat

Adi Cana berkata...

azmin ali nak rasuah plak!!

Suara Rakyat berkata...

huh! sampai nak rasuah plak? apa erita ni takut ke azmin ali ni

Bulan Terang berkata...

nampak sgt dia salah sbb sampai nak rasuah plak?

Bicara Bulan berkata...

geletek malam sajak ni pasal politik ke?

Inspektor Halim berkata...

sajak geletek malam ni bunyi mcm org yg hiprokrit saja

Wasiril Azmi berkata...

sajak geletek malam ni mcm sajak utk org yg talam dua muka

Ambuyak berkata...

menarik jgk sajak geletek malam ni simbolik politik

Budak Surau berkata...

berselindung di sebalik topeng plak sajak kali ni menarik

Haji Hamdan berkata...

sajak sinis jgk geletek malam ni

Jalal Rafzee berkata...

menarik jgk

Halilintar berkata...

azmin ali terdesak sgt ke sampai nk rasuah plak ni

Inspektor Halim berkata...

azmin ali rasuah?? btol ke? nnt nk suruh anak buat sy siasat

Usop Nayan berkata...

rasuah umi plak azmin ali ni?

Haji Atang berkata...

kenapa umi x buat laporan polis tentang dia di rasuah

Badrolshah berkata...

kalau dia dah rasuah umi nampaknya mmg anuar bersalah

Warga Emas berkata...

wah! politik jgk sajak geletek malam ni bila diamati

Nuri Jaguh berkata...

sajak simbolik sinis jgk geletek malam ni....

Nahul Hidzar berkata...

sajak ko hentam sapa ni geletek malam?

Atuk berkata...

sajak ni utk org yg dalam lain luar nmpk lain

Ummu Akilah berkata...

sajak perbandingan plak kali ni

Jalal Rafzee berkata...

sajak sy lepas ni lepas solat subuh maaf terlambat ada kerja sikit

Sulaiman Embong berkata...

makin menjadi-jadi plak si azmi ni

Awang Leman berkata...

dok kampung lagi best! hehe

Mat Noh berkata...

pendapat sy org tua2 elok dok kampung org muda elok tinggal bandar

Yusmanira berkata...

sajak pasal kampung dan bandar plak?

Lelangit Biru berkata...

aku lebih suka tinggal bandar semua kelengkapan ada!!!

Madah Pujangga berkata...

kampung lebih selesa udara pun nyaman