Jumaat, 4 Februari 2011

HUKUM KARMA



sajak pilihan ahli CR.


Bak mentari disetiap
paginya menyinari..
bak purnama menerangi kelam
malam dingin..
adakah karma yang berbunyi hingar?
ataupun hanya bunyi
riuh buatan angin dingin?
bila datang rasanya asmara,
mutlak rindu dalam mahligai benci?
ataupun dendam rasa mati?
maafkan aku menerangi malam kelammu
maafkan aku membuat onar
disunyi sepi hatimu..
Bila semuanya terjadi
diri hanya kelu..
pasti perasaan datang dari hati

 
OLEH: LUKIEE
Putrajaya
3.12.20102010 Disember 8 23:17
Nasib sajak Lukiee baru dua bulan terbit 3/02/2





50 ulasan:

nurimanja berkata...

2. ANDARTU LUDAH TUKANG MEMPERBAIKI TREKTAR BAJAK TANAH


Ini kisah benar. bagaimana satu hari di rumah kami ramai anak dara muda dan tua datang mengaji al quran cara berlagu atau teranum, biasanya hari Isnin tiap minggu jam 8 atau 9 hingga jam 12 belas setiap minggu sekali sahaja. bayarannya seorang sekupang. Ini cerita zaman saya masih kecil. Kalau ada siapa yang hendak
buat kenduri, hari itu lepas belajar mengaji ada doa selamat atau pun tahalil.

Pak Haji Dollah ini mengajar teranun(Kenalkut? Dalam biodata saya ada saya masuk cerita dia yang mama ada janda muda mak Teh Tijah hitam manis gila nak khawin dengannya) Apa yang menarik, zaman dulu bila ada saja bunga sedang berkembang adalah kumbang yang terbang hendak mengeringinya.

Al kisah! ada seorang nak dara tua juga, tapi masih bergetah, dia ada dua kumpulan nak mengaji, kumpulan nak merenyeh atau minyang atau nak mengorat . bila balik ramailah anak muda orang dah beristeri, tunggu di hujung kampung, bila keluar saja dari rumah kami. (sama juga dengan Pak haji Dollah yang mengajar teranum itu 2kali 5 juga)
Mak teh Tijah mengorat dia sampai dapat juga. Ikut macam tak padan, tetapi beranak juga dapat seorang anak.

Ada pun andartu ini Feah nama dia bila Saari foreman usek dia yang keadaannya agak kotor waktu jam 12 tengahari balik makan, umur baru dua atau tiga puluhan ini, nakal sikit walaupun anak dan bini ada dirumah. Dia mungkin nak mengusik agaknya. Tegur sakit hati. Feah ini seksi sikit rupa tak berapa cuma tinggi lampai. Tetiba dia ludah muka Saari foreman ini, dia mengelak jatuh ke tanah.

Rupanya foreman saari ini ambil air liur si Feah seksi ini. barangkali dia jumpa bomoh atau dukun, dia puja semacam mana doa jampi serapah Jeffry bagi itu, ilmu penunduk dan pengasih. Tak tidur malam si Feah ini. Dengar kata lari malam cari si saari foreman. Kebetulan ayah si Feah ini Iman masjid kampung. Bagai nak berparang tuk iman ini, hendak
sembeleh anak di si feah, gilakan suami orang.

Akhirnya berkhawin juga jadi isteri muda saari pomen. Jangan buat main dengan jampi serapah si dukun muda Jaffry ini. Kalau menjadi porak peranda rumah tangga. kalau tak kawin lagi seksa juga kalau bekas kekasih orang atau tunangan orang. Eloklah cari yang belum ada yang punya.selamat. Islam pun suruh begitulah, jangan timbul fitnah. Amin

Azim Samad berkata...

LUKISAN ALAM HIJAU

lukisan alam terbentang
hijau penuh damai
khazanah alam nyata
kaya sekali bumi tuhan
segar serta nyaman
udara tiada cemar
hati berlagu riang
engkau itu api
pasti hangat membakar
aku pula air
pasti penyejuk suasana
jika engkau membakar
aku boleh padamkan
jika engkau panas

Azim Samad
sajak tentang alam sekitar

Badariah Adibah berkata...

BADUT

badut itu sedang mogok
tak mau lagi dia meneguk
ketawa dan tipu- tipu
dia itu sudah buangkan
baju besar gambar gajah warna
celak biru dan rambut
gulung- gulung emas
belon pusing dikoyak diletup
dia bersila menadah rama- rama
jiwanya sedih begitu juga aku ini
tersedu- sedu meratap menghiba
menggila sang langit selalu cerah
dikawan aku hujan bertimpa
kuidam bintang yang paling sempurna
kuikat ditiang dijatuhkan orang
maka kulepaskan perlahan- lahan
sambil aku ini diejek- ejekkan
hatiku sedih aku
serupa hilang nyawa
badut serupa tinggal badan
tapi tuhan terlalu kasihankan
disahabat hati aku
dan badut itu jiwanya
lari ke taman paling jauh bersama
dijumpa orang suatu ketika
mati badut sebagai
bintangku yang sempurna
mati aku sebagai rama-ramanya


Badariah Adibah
sajak simbolik sedikit

Fatinah Tasnim berkata...

RINDU DIA

pabila hujan tidak lagi sejuk
mentari tidak lagi panas
pejamlah mata empunya diri
rebahlah menyembah bumi
dan akurlah takdir Ilahi
kerna bukan masa meninggi diri
lalu aku lari. tak henti-henti.
tak sedar diri. tiap hari.
Malam pekat Dingin sekali
Adapun aku, Sarat dengan rindu.
Aku, kedinginan dan Sebuah rindu
Yang sarat. Berat. Dalam sepi
Berbisik aku pada Dia
Bisik panjang. Di sini ramai
Tapi aku cuma rindu DIA!

Fatinah Tasnim
sajak ketuhanan

Jannah Syazwani berkata...

DISEBALIK RASA CINTA

mata tertumpu pada satu kalimah
kalimah misteri penuh makna
anugerah indah Sang Pencipta
terbenam di lubuk sanubari insan
tiada tergambar oleh kata
tiada tertulis oleh mata pena
tiada terlukis oleh karya cipta
rasa yang penuh metafora indah
rasa yang tiada sempadan usia
rasa yang hadir tak kira ketika
semua insan telus milikinya
rasa yang bukan sekadar omongan
semua terbit dari hati tulus
semua hanya kebenaran pasti
rasa cinta pasti kita miliki
cuma yang tiada pasti
pada apa pada siapa pada aku

Jannah Syazwani
Sajak ketuhanan

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

LUKISAN ALAM HIJAU oleh Azim Samad cuba menceritakan akan kejadian alam maya yang hijau dan penuh dengan warna warni bagaikan satu lukisan yang ajaib dan sukar untuk dipertandingkan. Lihat sajaklah kejadian sejuk , panas , hujan dan angin serta lainnya. Hanya orang yang beriman sajak dapat merenung akan kejadian lukisan alam yang hijau ini. Semoga dengan merenung kejadian alam boleh mengukuhkan rasa keimanan di hati kita. Amin (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

BADUT nukilan sajak oleh Badariah Adibah cuba membicarakan tentang manusia yang digelar badut Adakah kehidupan ini boleh dibandingan dengan duni Badut yang dipakaikan baju warna lucu dan garang sekadar buat lawak untuk orang ketawa , sedangkan di luarnya Nampak mesra dan melakukan dan boleh ketawa, tetapi tidak siapa pun yang tahu akan luka lara dalam hatinya. Tetapi mungkin si penulis ada rakan yang bertugas sebgai penghiubur badut itu adalah perkerjaan mereka untuk mendapakan rezeki upahan. cuma andaian saja. Semoga kita tidak menghina. Amin. (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sajak kecintaan dan keriduan padaNya yang maha berkuasa daripa segalanya. Cuma si penulis mengingatkan bawaha jika sesaorang itu merasakankan bagai tidak normal
atau biasa seperti hari yang biasa petanda perjalanan hidup hamper berhenti.Dan akhurlah dengan takdir Ilahi. Berapa ramai kaum keluarga dan sahabat haidai, tetepai bagi penulis kerinduan yang sebenar hanya pada si DIA. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

DISEBALIK RASA CINTA sajak oleh Jannah Syazwani menyentuh tentang kebesaran Tuhan dengan kalimah Allah swt dan kebesaran dan keagonganNya. Sebagai pencipta atau pun KHALID yang menjadikan segala-galanya adalah sukar dan mustahil untuk dibandingan dengan setiap makhluk ciptaaNya yang baru dan lemah. Tiada siapa dapat menyangkalnya lagi Amin. (U)

Anis Syahila berkata...

langusir tu kena marah dgn pontianak agaknya sbb kwn dgn manusia...

Bos Kacak berkata...

mngkin langusir tu x boleh menjelmakan diri dia depan ali canon dh kot?

Nabil Quldi berkata...

dia takut ali conan la sbb dulu ali conan xde ilmu boleh dia kaco skrg ali conan ada ilmu mcm mana dia nk kacao

Thai Tham berkata...

mngkin jgk hantu menyesal kot sebb dulu selalu ganggu ali canon

Roslan Bidin berkata...

eh! sajak lukie pun hebat jgk...

Angker 13 berkata...

xsngka lukiee boleh buat sajak yg putis

Jupri Halim berkata...

eh! hukum karma plak? mana ko thu psal ni lukiee?

Ustaz Muda berkata...

sajak lukie ni kalau x salah maksudnya buat baik di balas baik buat jahat balas jahat

Ustaz Nasarudin berkata...

eh! org cina pun thu jgk ke pasal hukum karma ni?

Olie Pajutdy berkata...

eh! bahaya jgk jampi pengasih ni..

Usop Nayan berkata...

eh! jeffry bagi tu klau cuba boleh jd ke en nuri?

Pak Ngah But\ berkata...

alamak! bahaya jgk jampi menjampi ni

Jeffry berkata...

eh! biar btol sampai mcm tu sekali? ha! esok tinggal sy 1 ruang en nuri cdg nak bagi lagi jampi serapah ni sbb kan en nuri kata ilmu jgn kedekut ada byk lagi jampi serapah sy utk tujuan kongsi bersama di harap jgn plak mencuba? klu jd apa2 aku x tanggung

Roy Rashid berkata...

eh! boleh jd ke jampi jeffry ni cadang nak cuba jgk ni sbb aku dh lama membujang dan aku ada jgk suka sorg pmpuan bukan bini org dia pun anak dara jgk? aku dulu msuk minang dia nk bapak dia plak tolak! aduh... nnt nk cuba jampi pengasih jeffry ni... hehehehe

Nur Atikah berkata...

itulah bahaya menghina org kan dh kena balik

Mat Noh berkata...

sepatutnya jgn la sampai ludah kalau x ska pun buat xthu je la...

Guest berkata...

mcm mana saari x hot jatuh la maruah dia kena ludah dgn pmpuan?

Seri Suri berkata...

alamak! lps ni kena buat baik2 dgn org sy slalu jgk maki bdk2 kat apartment ni sbb dorg suka mengusik

Tuna Tatiati berkata...

nampaknya bahaya jgk penangan jampi pengasih ni

Tengku Anita berkata...

eh! jampi pengasih jeffry tu btol ke main2? takut plak...

Man Pendek berkata...

skrg zaman moden xkn dorg main jgk jampi2 ni?

Balqish berkata...

ape2pun peringatan buat smua jgn bertindak sembaragan takut jd mcm feah ni

Puteri Bunian berkata...

seram plak sampai jd tergila-gila kan saari plak?

Ustazah Hamidah berkata...

huh! bahaya jgk kalau terlalu kurang ajar ni

Diana Sanubari berkata...

sepatutnya x payah la ludah lalu buat bodo jer la

Hajjah Jamilah berkata...

teruk la saari tu dh ada bini pun nk kacao anak dara org

Panglima Ketot berkata...

eh! dia jampi guna air liur boleh ker?

Geletek Malam berkata...

jampi guna air liur plak? dasyat!

Karim Ghani berkata...

dua2 salam baik feah dan saari

Usop Nayan berkata...

ni cerita kat kampung mana en nuri?

Seruling Kelana berkata...

eh! xkn dia x pulih selamanya2???

Naga Samuder berkata...

jampi tu bertahan berapa lama? rasanya kalau jampi tu dh hilang msti dia ska balik kat saari

Putera Damien berkata...

eh! sajak hukum karma plak? mcm lagu jer..

Faizal Syafie berkata...

menarik jgk sajak lukiee ni hebat jgk ko ni

Lagenda Pulau berkata...

mana belajar buat sajak ni lukiee?

Sufian AL Zahri berkata...

lukiee ni boleh ganti lim swi ting fasih dalam bahasa melyu

Encik Qalifatullah berkata...

sampai siri brapa cerpen ni en nuri?

Raja Muda berkata...

berdasarkan kisah benar ke en nuri?

Encik Dasuki berkata...

mak bapak dia xthu ke dia kena bomoh dgn saari?

Rossa Long berkata...

zaman skrg msih wujud lagi ke bomoh membomoh ni?

nurimanja berkata...

JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

- Siri seram ini kisah lama saya cadang nak hantar kat majallah hiburan tak jadi simpan-simpan lupa terus. Ada satu cerita DENDAM BERSAMA HANCUR kisah 6 pelacur balas dendam. Masa itu saya jadi guru sementra hampir-hampir
nak buat novel prono. Sebab jaga nama nanti orang kutuk sampai ke mati saya batalkan cerita itu ada berapa bab tak ingat lagi. Tetapi dua tiga orang kawan minta nak letak nama mereka. Mereka kata mesti macam pisang gering kalau
terbit. saya takut berdosa batal saja simpan....

- Saya susah hati aruah ibu saya kata kalau nak jadi penulis tulislah yang baik- baik, nanti tuhan dari balik ilham. hang tak tahu nak tulis apa. Dulu seorang
penulis tanah air, jihati abadi, kata hang belajar lagi sambung dekat universiti,baru hang boleh jadi penulis terkenal, saya susah hati kalau terkenal, takut lupa
diri, Saya dapat tawaran sawa jalil Hamid masuk USM kursus setahun bidang seni penulisan dan lakonan. sama juga macam Azizi haji Abdullah. saya tolak,
masa itu saya duduk brow garden, dekat saja. tahun 1990an saya ingat semua buku kelengkapan telah diberi cuma pergi daftar saja. nama tenga pengajar pun telah diberi tahu, kalau tak salah Jins Shamsudin. atau Minah Yen dan ada lagi.

- Saya rasa selamat tak jadi apa , kalau tak lagi banyak dosa saya buat, al maklum kalau jadi pelakon saya mesti main pegang-pegang anak bini orang. Sedangkan saya tak berlakun pun ramai mereka kata saya pelakun derama. Malah yang pelik dua tiga orang yang pernah saya jumpa, angkat tangan pula dekat saya, macam kenal saja. sebenar saya bukan suka hiburan. Masa saya duduk dekat pondok
tanjung piadang kisah lama. Ada kugiran sebulan fanfear satu malam pun saya tak pergi. jemput semua penyanyi tanah air A. Ramlee dan lain. saya dengar dalam pondok suara dia. dekat sekolah.

- Ilmu jampi serapah ini bukan kira zaman, selagi ada syaitan jin dan iblis , dia akan jadi orang suruhan, sebab makhluk ini janji tak mati hingga akhir zaman . mereka minta pada tuhan. lagi pun mana ada kita jumpa mayat syaitan atau jin? berhati-hatilah selalunya yang jadi mangsa manusia. Apa pun mereka takut dengan ayat Quran.baca biar betul, kalau salah mereka bertambah berani pula.

- Ada cerita esok sambung...
maaf semalam saya tulis panjang hilang tinta x save.