Sabtu, 26 Februari 2011

JARUM PENITI




Orang-oang Arab
takut pada riba atau bunga
tetapi simpan wang di bank Swiss
wang itu diternak dan beranak-pinak
orang kapir dan orang Yahudi mengambilnya
membuat senjata moden membunuh orang-orang Islam
Ternyata apa yang kita lihat di Asia barat hari ini.


Kini lihatlah!
saudara kita Husni Mubarak!
Berbelioun simpan di bank konvensional
yang untung wang ternak dan beranak-pinak itu
bukan untuk membantu kesusahan saudara orang Islam
tetapi untuk menyerang memusnahkan apa yang dinekmati
dengan menyembeleh dan membunuh saudara Islam sendiri.
 


Oleh: Nurimanja,
catatan apa yang dilihat,
tanggal seminggu lalu February,2011





50 ulasan:

Geletek Pagi berkata...

_________________________________________________________________



Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
SPRM terima aduan Selangor seleweng RM80,500


2011/02/25
SHAH ALAM: Satu laporan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)semalam bagi membolehkan suruhanjaya itu menyiasat dakwaan satu lagi penyelewengan kerajaan negeri membabitkan salah guna wang rakyat berjumlah RM80,500 kerana
membiayai Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lalu.

Laporan dikemukakan Pemuda UMNO Selangor dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bersama dokumen daripada Menteri Besar Incorporated (MBI) dan dokumen Hotel Armada Petaling Jaya.kedua-dua dokumen terbabit dikatakan ada kaitan dengan
pembayaran yang dibuat kerajaan negeri menerusi akaun Maybank Berhad bagi penginapan 100 perwakilan PKR pada 24 November tahun lalu. Salinan dokumen itu juga disebarkan kepada media.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal, berkata pihaknya dan GAPS membuat aduan bagi mendesak SPRM menjalankan siasatan terperinci mengenainya kerana percaya kerajaan negeri menyalahgunakan wang rakyat.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada kerajaan negeri untuk membongkar lebih banyak penyelewengan.

"Kami menerima banyak aduan mengenai penyelewengan kerajaan negeri pimpinan Part menambah lebih 10 kes penyelewengan sudah didedahkan sejak PKR mentadbir Selangor. Ungku Md Salleh berkata, tindakannya membongkar penyelewengan itu bukan atas arahan Kerajaan Pusat atau UMNO tetapi atas rasa tanggungjawab.

"Rakyat terkejut dengan pelbagai penyelewengan yang berterusan dilakukan kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Penyelewengan terbaru ialah salah guna wang rakyat untuk membiayai penginapan 100 perwakilan kongres PKR pada 26 hingga 28 November tahun lalu,” katanya pada sidang
media, di sini.

Beliau kesal kerana harta rakyat Selangor sebelum ini diberikan kepada kumpulan pencuri pasir disusuli salah guna wang bagi membela Ahli Dewan Undangan Sri Muda angkara didakwa menderhaka kepada Sultan Selangor.

Jalal Rafzee berkata...

sajak menarik

Ummu Akilah berkata...

80 000!! byk tu

Naseuq Haqq berkata...

80 00 nk buat rumah kos rendah ke? sampai byk sgt tu

Aziz Moktar berkata...

rasanya dorg nak buat filem kot sampai 80 000 plak? hahaha

Danial berkata...

byk sgt duit tu buat apa la agaknya

Badrolshah berkata...

curi duit rakyat la tu sampai 80 000 byk sgt tu!

Atuk berkata...

sah msti ada penyelewangan kat sini

Suara rakyat berkata...

byk gila sampai 80 000? klu 50 000 boleh tahan lagi

Puteri Bunian berkata...

duit tu dorg buat benda lain plak?

Ambuyak berkata...

inilah namanya x amanah dorg songlap mcm tu jer

Saizul Maizav berkata...

sepatutnya rakyat patut saman kerajaan negeri

Datuk Borhan berkata...

sepatutnya sebelum buat apa2 kena ada senarai bagi membuktikan duit tu hilang ke mana

Tan Sri Yunus berkata...

kerajaan patut siasat ni nnt lebih byk hilang

Angker 13 berkata...

ni kerajaan negeri mana ni? selangor ker?

Bob Kulia berkata...

sian rakyat di tipu bulat2

Haji Atang berkata...

rakyat patut bangkit membawa dorg ke muka pengadilan

Olie Pajudy berkata...

duit tu hilang ke mana plak?

Hadi Hamzah berkata...

pelik jgk pnya byk duit di selewengkan

Supain Sipaun berkata...

patutlah dorg jd jutawan rupanya curi duit rakyat

Pak Haji berkata...

ha! duit mana dorg ambik? x berkat klu xthu asal usulnya

Seri Suri berkata...

mereka ni terdesak sangat sampaikan duit rakyat pun di songklap! teruk btol

Bulan Terang berkata...

amat memalukan duit rakyat pun di ambil

Encik Mahatdir berkata...

ni msti kejadian di kerajaan selangor sbb ada curi pasir

Kembara Budiman berkata...

gila tamak btol sampai 80 000!

Orang Lama berkata...

80 000 brpa pnya org yg ambik?

Golok Buta berkata...

ni semua kerja ahli PKR atau PAS?

Jalal Rafzee berkata...

dulu kes seleweng duit anak yaim skrg duit rakyat plak?

Ziarah Makrifat berkata...

manusia semakin tamak snggup buat apa saja walaupun haram

Puan Rosnah berkata...

apa nk jadi kt dorg ni x malu ke mkn duit rakyat?

Nurse Lisa berkata...

sedap sgt ke makanan dia nak bagi makan tu sampai 10 000?

Ustaz Zaidi berkata...

rasanya dia bagi makan emas? berlian? perak? gangsa? intan? dan tembaga agaknya

Balqosh berkata...

puitis jgk sajak bdk kcik ni

Satria Juragan berkata...

sajak pasal dalam kelas je rupanya

Wasiril Azmi berkata...

teringat plak masa zaman skola bila bca sajak badawee ni

Guest berkata...

sajak pasal jd ketua kelas rupanya

Zain Issac berkata...

teringin plak nak skola balik bila baca sajak badawee ni

Mata Langit berkata...

mbest plak baca sajak zaman skola rindu sekola la plak?>

Anis Syakila berkata...

mmg amat melucukan sajak muahamad badawee. ni

Mat Toopa berkata...

sajak mcm bdk tadika jer.. hehehhe

Mr Casanova berkata...

sajak kenangan ke badaweee?

Richard Sirosa berkata...

sajak zaman skolah rendah ke menengah?

Datin Maimun berkata...

DI MANA JANJIMU?

di waktu aku paling perlu mengesak,
di mana kamu?
di petang aku paling serabut,
di mana kamu?
di senja paling merah yang hilang serinya,
di mana kamu?
di ketika paling mengasak begini,
di mana kamu?
di mana kamu yang berjanji?


Datin maimun
sajak tentang kemarahan kepada sesuatu

Muhamad Badawee berkata...

KAMU LELAKI HEBAT

kamu lelaki hebat
apa ada pada kamu
hanya kamu yang tahu
juga mereka-mereka itu
yang senantiasa pujamu makin ramai
yang malas bersepah masih hebat?
kamu memang hebat
kerjaya tinggi kualiti
kesihatan tahap tertinggi
kewangan tetap mantap
gaya ketrampilan cukup hebat
hubungan sesama gigih terjalin
apa lagi yang perlu
aku memang hebat
bagaimana hubungan dengan tuhan?
biasa saja hebatkah kamu? entah…


Muhamad Badawee
sajak tentang org yg suka berlagak

Angker 13 berkata...

KALIMAH DUSTA

subhanallah
alhamdulillah
allahuakbar
alunan makin kurang
bibir sedikit ucapkan
fikiran tiada teringat
yang meniti di bibir
yang banyak terucap
kalimah dusta
i love u
i miss u
i need u
siang... aku sayang kamu
malam... aku rindu kamu
pagi... aku benci kamu
masih hijau belum matang lagi
lupa lagi...


Angker 13
sajak tentang isu semasa yg lupa tuhan

Ungku Zubir berkata...

IKUT SUKO DEN

ikut suko den
apo ekau peduli
den nak melantak duo pinggan
apo ekau kesah
ado den kesah
den tak mintak duit ekau
poie kek sinun
jangan kacau den laie
kalau ekau nak sikit
cakap botul botul
den bulih bagi
jangan main sindir-sindir
den ado hati perasaan
hati ekau den jago
hati den ni ha
cubo ekau jago samo
jangan main sodap mulut
kan den cili karang
baru ekau sodar
humang aiii
dio buek laie
nah kepalo ikan
makan sampai habis
ekau tu kucing....

Ungku Zubir
maaf qalam aku buat sajak bahasa nogori sembilan percubaan saja kan ni selingan

Tinta dan Viger berkata...

Sajak selingan Citarasa ulasan oleh Tinta dan Viger

Sajak Puan datin Maimun ini nampaknya semacam mara kpada sesaoang dalam keadaan yang tertentu. Mungkin pemandu atau orang gajinya. Tidak mungkin pada datuk pula tetapi jikalau hendak lepa geram boleh juga. Kalau janji selalu saja lewat. Selalu orang yang bergelar Puan Datin ini, sering diserang cemas dan susah hati. Al maklum, pangkat datuk rata-rata berwang. Silap hari bulan ada saja mambang yang datang. Dipujuknya datuk hilang terbang. Bukan nak cakap main-main selalunya begitu. Walaupun bukan semua. Tetapi yang datang itu montel dan tubuh melintuk liuk, datuk mana yang tak telan air liur…. Maaf gurau.

Tinta dan Viger berkata...

Sajak selingan Citarasa ulasan oleh Tinta dan Viger

Muhamad Badawee ini seorang yang kuat tabgligh sajak sini dalam dakwah agak kasar. Akan tetapi begitulah sebaiknya nak mengajar orang degil sumbung dan angkuh hidup di dunia ini. Tuhan pun kekadang beri amaran keras juga kepada orang-orang yang mungkar. Memanglah tak berguna walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Kata nyanyian budak-budak kelas tadika; Sepohon kayu.

Tinda dan Viger berkata...

Sajak selingan Citarasa ulasan oleh Tinta dan Viger

Angker 13 ini kalau main bola, jadi pemain simpanan. Memang benar lewat kebelakangan ini, aku elalu saja tenguk gaya budak-budak lepak dan gam ini. Jumpa kawan bagi salam, janji tempat mana nak berdengung, Insyaallah, tenguk jambul atau Baju kawan bagus sikit subhanallah.Waktu berdengung tarik nafas tolak pula tangan ke langit. Dia tanya kawan dia, hang nampak? Hang Nampak dak? Kawan dia kata: Aku tak nampak apa? Dia kata Allahuakbar. Awak hang bodohnya, Yang kita khayal itu… Boohh!!

Tinta dan Viger berkata...

Sajak selingan Citarasa ulasan oleh Tinta dan Viger

Ungku Zubir bunyi macam orang nogri aja? Den nak makan berapa pinggan pun biarkanlah apa yang kalian nak gaduh ha. Den punya duit den punya suka la. Kalau nak makan sama mari den boleh belanja , jangan duk perli. Hati sapa yang tak marah. Den kuat kerja den pun kenalah kuat makan.Apa konanya jang?