Rabu, 9 Februari 2011

DI ANTARA PERSIMPANGAN



sajak pilihan pb cr.

 
Gedung yang menjulang tinggi
Seolah ingin menerkam kekerdilanku
Dalam menghembus nurani keadilan
semakin kabur terhapus
Sementara wajah terus membuntuti
Di setiap aliran darah jantung kota

mata seolah mencabikcabik tubuhku
Mereka menelanjangi keberadaanku
bila semua ini berakhir
Ataukah tak akan berakhir

Setiap detik berlalu berganti wajah
Namun selalu menakutkan Menyeramkan

 

OLEH: LAGENDA PULAU
di pulau pangkor
bercuti bersama keluarga
Diterbitkan semula tarikh; 09/02/2011.






50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

SAMBUNGAN ARTIKEL DULU

Tapi sepertimana yang saya katakan dulu,bangkai zirafah tak mungkin dapat ditutup dengan daun getah. Nama Adun ini adalah Che Abdullah Mat Nawi, atau lebih dikenali dengan nama Tok Wakil Che Lah oleh masyarakat setempat.

Saya mendapat tahu beliau ada 2 isteri. Tapi kalau lebih dari dua saya tidak pasti. Apa yang saya nak beritahu disini ialah tentang sikap seorang wakil rakyat PAS yang tidak mengikut undang-undang Majlis Agama Islam Kelantan untuk berpoligami.

Jika selama ini orang-orang UMNO sering dituduh tidak menghormati undang-undang dan sebagainya. Tetapi ini adalah seorang Adun PAS yang selalu dicanangkan bagus dan sebagainya yang baik-baik hanya untuk mereka sahaja pun tidak mematuhi peraturan juga.

Lebih malang lagi beliau tidak menghormati peraturan di negerinya sendiri yang diperintah oleh PAS. Apabila dia melanggar undang-undang di negeri yang diperintah oleh parti beliau sendiri maknanya beliau tidak menghormati Datok Nik Aziz sebagai Ketua Pentadbir di Kelantan.

Mafia sungguh Adun Pas ini,disaat orang-orang PAS menyanjung tinggi dan menghormati Nik Aziz tiba-tiba beliau tidak menghormati Nik Aziz.

Tapi nak buat macamana lagi,kerana nafsu semua boleh jadi. Tak kira siapa pun kita langgar habis. Yang penting nafsu kita dipenuhi. Undang-undang belakang kira.
Tetapi seharusnya perkara ini tidak berlaku dalam PAS,kerana mereka sering mencanangkan pemimpin mereka semua bagus-bagus dan beriman. Tapi, jangan lupa pemimpin PAS pun manusia jug mereka mempunyai nafsu juga, walaupun kopiah RM 40.00 atau serban sebesar bakul diatas kepala.

Pendek kata yang baik dan suci semua untuk PAS. Yang hodoh dan buruk serta jahat semua untuk UMNO. Bila menyebelahi PAS dipanggil Demokrasi dan bila tidak menyebelahi mereka dipanggil konspirasi. Apa yang saya nak beritahu disini ialah kisah semasa AdunPAS ini hendak 'berbini' seorang lagi.


Sedutan dari blog orang lain.
hantu Raya

Mat Yaakop berkata...

MALAS

Malas duduk sahaja
goyang kaki
berangan nak jadi kaya
berangan wang berjuta
berangan hidup bagai raja
hampas belaka
usaha langsung tiada
makan orang suapkan
pakai orang sarungkan
hidup bagai mati
ada akal tak tahu nak guna
ada kaki tangan
tak tahu nak guna
ada kudrat kuasa
langsung tak guna
bila ditanya soal
jawapan mudah terpancul malas...

Mat Yaakop
sajak utk golongan mat jenin.. hehe

Lee Yap Hui berkata...

MELIHAT ORANG

aku sering lihat
orang melintas jalan,
lalu aku bertanya sendirian,
bagaimana kisah aku
melihat orang turun dari bas,
lalu bertanya lagi,
pernahkah dia jatuh cinta?
Melihat orang naiki jejantas,
bertanya hati ini,
siapa yang dikasihinya?
Melihat disekeliling dunia.
Penuh hati yang bercinta,
juga yang menderita. Dunia.

Lee Yap Hui
sajak tentang persekitaran di dunia

Ustaz Zaidi berkata...

TUNGGU SEKEJAB

Dalam bayang purnama
Diselangi deraian hujan
Kau berpaling lalu melangkah
Di hujung pandangan
Kujamah tanganmu dengan impian
Kudakap jasadmu dengan harapan
Tunggu sekejap
Kerana aku masih dahaga
Sebuah tatapan mesra
Walau tanpa bicara tunggu sekejap
Kerana bayangmu tak pernah hilang
Walaupun siang menjelma
hujan semakin reda.

Ustaz Zaidi
sajak kenangan dulu sewaktu muda

Encik Sanusi Rostam berkata...

PELANGI AKAN MUNCUL

tika waktu sedang berlari ini
terasa kosong
lalu kubukakan jendela kamar
mencari nafas baru
menghela resah terbuku
kuterbangkan angan ke awan biru
mesra menyapa dedaun melambai..
tenang sekali damainya hati...
aku mula bernyanyi mengusir sunyi
kicauan unggas adalah melodi
desiran bayu adalah irama
decitan kedidi adalah suara
bercerita tentang mimpi
tentang aku dan anganku
tentang aku dan emosi
tentang aku dan hati
tentang aku dan cerita pagi ini
tentang semua ada padaku
juga tinta hatiku...
buat aku bahagia seketika
tapi kubimbang..
waktu ini kan berlalu
awan kan mendung kelabu
pastinya hujan kan merintik
membasahi lara jiwa...
tapi kuyakin pelangi pasti muncul
bila mentari mengusir gerimis
aku kan tersenyum kembali...

Encik Sanusi Rostam
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

MALAS sajak ciptaan sdra Pb. Mat Yaakop penceritaanya menyentuh tengan orang banyak sangat berangang-angang, biasanya malas: goyang kaki, jadi kaya wang berjuta, hidup semacam raja tidak mahu berusaha, atau mengunakan segala kemudahan yang ada, kalau sebegini keadaanya eloklah mati daripada hidup langsung tidak berguna. jika makan, pakai semuanya hendak diminta dan orang lain melaksanakannya. kerana segalanya tidak diguna.bila ditanya Alasan malas. Inilah rupa hidup manusia paling tidak berguna. Semoga kita semua tidak begitu.Amin sekadar (U)tk.

Qalam Mutiara berkata...

Oleh: Lee Yap Hui
sajak tentang persekitaran di dunia2011 Februari 9 07:07
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

MELIHAT ORANG tajuk sajak Pb sdra. Lee Yap Hui dengan pengucapannya yang Bersahaja mengambarkan suasana dini hari yang selalunya kita melihat orang, melintas jalan, menaiki jejamtas, melihat sekeliling dunia. Tetapi bagaimana pula rasanya orang melihat kita? Terlalu sadikit ada orang mahu bertanya tentang keadaanya diri sendiri, termasuk soal bercinta dan menderita di dunia ini, melainkan sepi dan diam begitu sahaja, lantas membiarkan hari-hari yang berlalu memberi tafsirannya tersendiri. Sajak ada kemampuan bersaing, tetapi sekadar layak (U)tk.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

TUNGGU SEKEJAP sajak ciptaan sdra Pb. Ustaz Zaidi ternyata pengucapannya ada
cerita memory nampaknya . Bila keadaan perpisahan terpaksa berkehendakan begitu. Walaupun kita cukup amat mengharap semuanya, kuasa takdir tidak sesiapa pun dapat menghalanmginya. Biarpun rasa berat hati melepaskannya. Kini semuanya yang telah berlaku itu, cuma tinggal kenangan yang sesekali mengusik jiwa. Semoga ada yang lain sebagai peganti. Amin. dicalunkan (TU)tp.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

PELANGI AKAN MUNCUL sajak hasil nukilam boss/ketua kepada penjaga blog Encik Sanusi Rostam dengan sajaknya yang panjang. Pengucapannya terasa bagai sedang mengharap agar datang sesuatu yang baik untuk semua. Kini terasa ada kegelisahan dan keresahan bagaikan kosong tidak menentu, umpama tersepit diruang sempit. Kini berharap akan dibuka jendela mencari nafas baru, melihat dunia luar, membuka ruang minda, bersama menekmati susana keindahan ciptaan tuhan. Untuk rehat seketika walaupun ada cuasa mendung, namun keyakinan tetap ada bahawa pelangi akan muncul tiba.Demi melaksanakan segala kerja yang belum terlaksana. Dikala itulah senyum menguntum akan berbunga .Amin layak dicalunkan (TU)tp.

Tuan Haji Abkam berkata...

sajak ni en nuri ni susah la nk tafsir

Haji Hamdan berkata...

sajak en nuri kali ni nampaknya di liar kotak imaginasi ni

Firasat Hikayat berkata...

sajak en nuri ni jiwa2 ker?

Jalal Rafzee berkata...

nampaknya sajak en nuri pun susah nk phm ni

Nurse Lisa berkata...

qalam x bagi sedikit penerangan ke tentang sajak en nuri ni?

Geletek Malam berkata...

sajak kali ni kehidupan ke ketuahan?

Siti Hajar berkata...

hantu tu boleh bercakap x?

Satria Juragan berkata...

hantu ni btol ke hantu atau jelmaan jer?

Sufian Al Zahri berkata...

rasanya kaki hantu tu terseliuh kot sbb tu dia nangis

Ustaz Saad berkata...

hantu ni dia dedahkan rupa sebenar ke kat ali canon?

Raja Muda berkata...

apalah yg terjadi esok x sabar nk thu ni

Puan Rosnah berkata...

en nuri pandai buat suspen mmg kami tertunggu nak thu selanjutnya

Haji Atang berkata...

sajak en nuri ni berkisar tentang apa?

Adi Cana berkata...

wah! puitis jgk sajak lagenda pulau ni

Lelangit Biru berkata...

kebanyakan ahli citra rasa sajak dulu2 lagi baik dari skrg

Taib berkata...

sajak menarik tp xphm la

Zuraifah berkata...

sajak lagenda pulau ni pembanguanan ker?

Malik Wariya berkata...

sajak en nuri dan langeda pulau simbolik sgt la susah nk phm

Ziarah Makrifat berkata...

sajak kali ni agak tinggi maksudnya

Nuri Jaguh berkata...

sajak menarik tp tinggi sagt puitisnya

Seruling Kelana berkata...

eh! btol ke? truk btol perangai ADUN tu

Sulaiman Embong berkata...

ni kalau disiarkan dalam TV malu besar dia bru dia thu selama ni action sgt

Bulan Terang berkata...

ADUN ni mmg ribut sikit nama saja pekai kopiah tp xpnh nmpk pun pegi masjid rumah sy dekat2 dgn dia

Pak Haji berkata...

ADUN ni x layak di contohi la

Suara Rakyat berkata...

PAS skrg dah semakin gila kuasa

Bicara Bulan berkata...

dorg ni sanggup langgar hukum asalkan apa yg dorg nk dpt

Suara Misteri berkata...

dorg ni hanya di luara saja baik dalaman ribut jgk

Ambuyak berkata...

nmpknya byk tembelang dorg pecah

Ustaz Zaidi berkata...

di harap grng qulbai baca artikal ni bru dia buka mata sikit

Datuk Hasbi berkata...

eh! dari blog mana dapat ni? sy nk tgk jgk

Inspektor Halim berkata...

kebanyakan ali ulama ni msti kwin lebih dari 1

Hajjah Jamilah berkata...

skrg ni manusia x boleh dinilai dari luaran sahaja

Ustazah Janariah berkata...

di harap lps ni qulbai dan kuncu2 dia insaf

Warga Emas berkata...

smua dorg ni mabuk kuasa saja sampaikan lupa hukum

Atuk berkata...

inilah yg dikatakan mabuk kuasa bulan jd gila

Jengking Perak berkata...

PAS ni skrg mmg xboleh dipercayai dulu ok la...

Mat Noh berkata...

mcm2 dorg ni buat x pikir solat agama ker?

Golok Buta berkata...

eh! lama x nmpk hantu raya dh balik dari berkempen ker? hehe

Datuk Borhan berkata...

hantu raya je ada guest door dan suara bebas mana?

Haji Khali berkata...

terima kasih en hantu raya kerana mendedahkan ni semua! semoga ada yg ambik iktibar

Guru Yahya berkata...

smoga dgn dedahan hantu raya menyebakan lbih ramai kluar puak qulbai