Isnin, 28 Februari 2011

WARIS TANDUK HANTU



Sajak pilihan ahli Cr.


satu ditambah satu
jawapan  kan ttap dua
tidak mungkinkan jadi tiga
tapi berduakan jadi tiga
bila yang berdua lupa seketika
bila nafsu mula beraja
bila yang ketiga asyik mencucuk
bila yang ketiga keluarkan tanduk
akhirnya yang berdua sama bertanduk
jadi pengikut kaum bertanduk
yang bertanduk mula ketawa
yang bertanduk senyum puas
yang berdua sudah tewas
pujuk rayu yang bertanduk
berjaya menyemai tanduk baru
benih haram generasi bertanduk
waris tanduk hantu...

 

OleH: Qalam musofa
kota kinabalu/10mlm/2010 Ogos 28 22:26
Diterbitkan semula pada 01/02/2011.





50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

BUKTI MENGKAFIR UMNO
By
Dr. Mahathir Mohamad
on February 24, 2011 7:00 AM | Permalink | Comments (133) | TrackBacks (0)

1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO.

2. Allah Maha Kaya.

3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.

4. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.

5. Tetapi sebelumnya dia mendakwa "sokong PAS ertinya sokong Islam". Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah".

6. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

7. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.

SAMBUNG.

Tinta Azimad berkata...

Ulasan berkata...

Sajak bertajuk Waris Tanduk Hantu tambah sikit pujukan syaitan .
Pengucapan mengenai akan kehidupan anak muda dini hari yang suka berkape atau berduaan di tempat yang tersembunyi, lantas akan mengambil kesimpatan jadi orang ketiga memujuk dan cuba merayu membakar segala urat sarap kejantanan dan kewanitaan,dimana saja tengok semuanya indah dan memberahikan. Lalu tergoda dan tertewaslah sang manusia yang berdarah muda ini. Awas jangan duduk berduaan diantara adam dan hawa kerana ada orang ketiga yang akan mengoda. Cuma peringatan dari Raksasa Hijau.

Oleh: Qalam Mutiara
28 Ogos 2010 8:35 AM

Penyair Agung berkata...

PERMATA PECAH

malam ini aku biarkan
kepecahan permata
melusuri bening malam
mengadu sengketa
mentari merajuk lagi
lebih lama meninggalkan
kepekatan hingga berbekas
dalam akal minda dalam jiwa
namun tiada apa mampu aku usirkan
kerana hanya kamu
mampu menggembirakan aku
khilafnya berkata sehingga
bahagia ini sekelip mata
berselirat kata ampu
tidak satu pun termakbul
jemu agaknya pada pungguk
yang rindukan rembulannya
pecahan permata ini akan jadi batu
kerana aku ini sebenarnya dungu
megah benar bibir ini bertutur

PENYAIR AGUNG
sajak simbolik

Ustaz Muda berkata...

SEPOTONG CINTA

Mencari sepotong cinta
Dalam segenap warna kita bertemu seribu ragam berjuta perasaan
Satu-satu membentuk nurani
Hingga kita jadi kita pada hari ini
Mencari sepotong cinta
Kita temu secebis makna
Cinta bila kita dicintai
Cinta juga bila mencintai
Cebis-cebis itu melekap di hati
waktu mencari sepotong cinta
kita temukan cahaya
juga malam tangis
Kerana kita masih terus memahami
di mana letaknya sepotong cinta
Mencari sepotong cinta
mengajar aku selut dan tanah
keringat dan darah kebenaran pahit
juga kepalsuan indah.
Sepotong cinta sejati
adalah selautan cinta hakiki.

Ustaz Muda
sajak jiwa2 sikit ada jgk nasihat

Sufian Al Zahri berkata...

MENCINTAINYA

semua berbunga iaitu zat keabadian
melukis seluruh di muka dunia
kelak kau akan tahu jawabannya,
hanya bila kau mahu mencari
maka kau kan takjub terkesima
memandang apa yang kelak
kan kau temukan dan pahamilah
aku mencintai mencintainya,

Sufian Al Zahri
sajak ni lama sebelum kwin lagi

Eddy Capil berkata...

MANGKUK!

Binggung aku melihatnya
direbannya musang
dilepaskannya ayam ke hutan
dikumpulnya kayu
dibakarnya abu
dibelinya pedati
lembunya tidak
dinyalakan pelita
sumbunya tiada
mangkuk! diketuk berkali-kali
tidaklah berubah menjadi kuali
selamanya mangkuk menjadi mangkuk
apa nak jadi mangkuk
suruh lain di buat lain
memang dasar mangkuk!
1 sen pun tak berguna!
Hanya berguna untuk tandas saja

Eddy Capil
sajak tentang kemarahan kepada seseorang

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

Sajak Permata pecah oleh Penyaiar Agung. Bagai ada kekeliruan pada hati si pnulis selama ini ,apa yang di harap satu kemengahan dan pilihan tepat pada asalnya, kini bnyak pula yang mnyeleweng, terasa bagaikan sebuah permata yang telah pecah,ternyata keindahannya bagi tiada lagi. Kini terasa ramai yang telah pun sedar dan faham. Bila difikirkan, sesekali permata itu juga punya agenda tersembunyi untuk menarik minat orang ramai pada sinar sahayanya. Layak dipilih untuk seterunya (TP).

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

Sajak jiwa2 atau mencari cinta oleh ustazmuda membicarakan tentang mencar pasangan seperti Adam memerlukan Hawa, apa-apa saja keadaan dan halangan pasti perlu bergadai nyanya berkorban untuk anda mendapatatkannya.Begitulah kejadian tuhan yang telah pun mengaturkannya, hingga ke hari ini setiap yang bernyawa bernama makhluk ingin berusaha mencari pasangan.Sajak baik skop luas, tetapi persaingan lain ada yang lebih mencabar pada puitis pengucapannya, anda terpaksa , maaf (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

MENCINTAINYA sajak Sufian Al Zahri tahniah dikuniakan dua sekaliputera, ini hadiah berganda agaknya daripada Allah swt. Amin. Sajak ini lebih kurang sama dengan ustaz muda , Cuma kelebihannya ada dua tanggapan pertama mungkin cinta kepada tuhan dan kedua mungkin cinta sesama makhluk. Kerana semuanya dengan kehendak Allah. Skopnya juga luas, walaupun pengucapannya pendek sahaja. Layak untuk calun seterusnya (TP)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

Sajak lepas geram Eddy Capill menucapannya dan maksud dapat dijayakan dengan smpurna difahami cuma aak sinis kepada sesaorang yang kita geram mjadikan dia cacat adikit. Elok kalau kita menyatakan rasa ketidak kepuaan hati melalui daya kreatif yang puitis sinis yang tidak begitu terasa tetapi rasa ada memberi keinsafan juga ada pengajaran . Itulah sebaiknya bukan terlalu tepat.dan memang mengena. Baca sajak en nuri hari ini Burung Putih. Layak sekatar maaf terpaksa (TK)

Mat Noh berkata...

TIPS PEGURUSAN KEWANGAN

1. berbelanja kurang daripada pendapatan

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

3. Lunaskan hutang kad kredit

4. Mencarum dalam pelan persaraan

5. Menabung.

6. Melabur.

7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

8. Semak liputan insurans

9. Kemas kini wasiat

10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Mona berkata...

pelik btol nik aziz pny tanggapan ni...

Teksi manaf berkata...

sokong Nik azizi islam plak? x sokong mcm mana?

Mat Toopa berkata...

nik aziz ni mmg mengkafirkan Umno dh ni

Mona berkata...

nik aziz patut letak jawatan sbb dia dh nyanyuk la

Badrolshah berkata...

eh! sokong PAS jd org islam plak? hahaha

Wasiril Azmi berkata...

PAs mmg dh x btol la aku rasa

Jalil Janggut berkata...

sajak jengking perak ni mcm pasal anak luar nikah jer?

Pak Awang berkata...

eh! sajak jengking perak plak kali ni disiarkan?

Maisarah An Nisa berkata...

eh! ingatkan sajak hantu td?

Muhamad Rabbi berkata...

kenapa tajuk dia tanduk hantu plak?

Harimau Berantai berkata...

sepatutnya tajuk tandung setan td... hehe

Supain Sipaun berkata...

sajak utk org suka buat maksiat kan ni?

Bob Kuli berkata...

btol tu skrg ramai lahir anak waris tanduk hantu? hehe

Lelangit Biru berkata...

kebanyakan waris tanduk hantu org mlyu la

Aziz Moktar berkata...

nik aziz makin menjadi2 plak sampai pergunakan agama

Sulaiman Embong berkata...

silap2 dia yg masuk neraka sbb pergunakan agama islam utk politik

Umar Haslam berkata...

nik aziz ni aku xphm la dia ni makin gila plak aku tgk?

Guru Yahya berkata...

tajuk sajak jengking mcm seram ingatkan sajak hantu td

Malik Wariya berkata...

eh! jengking perak plak sajak disiarkan kali ni>

Tok Mahat berkata...

apa nk jd dgn bangsa kita skrg byk dh jd waris tanduk hantu plak

Pak Haji berkata...

sajak sindiran yg agak tajam jgk jengking perak ni

Jeffry berkata...

eh! mat noh bagi tips yg agak menarik jgk ni

Atuk berkata...

mat noh bgi tips kewangan org muda elok amalkan

Orang Lama berkata...

syabas mat noh tips yg agak menarik utk dikongsi!

Man Pendek berkata...

nampaknya esok kena mula menabung la nampaknya aku ni

Hamba Allah berkata...

menarik tip mat noh ni boleh simpan duit utk jangka panjang

Capricorn berkata...

menarik tips menabung duit dari mat noh ni

Salam berkata...

eh! mat noh ni msti byk duit ni

Halilintar berkata...

mat noh org jimat msti kaya ni

Sharifah berkata...

eloklah mat noh bagi tips mcm ni sbb skrg byk anak muda boros

Madah Pujangga berkata...

mat noh dpt mana tips menabung ni?

Seri Suri berkata...

pmpuan susah sikit la nak menabung ni mat noh

Putera Damien berkata...

menabung utk hari tua ok jgk tips mat noh ni

Jupri Halim berkata...

simpan duit lama2 jd banyak... terima kasih mat noh

Nuri Ketitel berkata...

smoga kita dpt menyimpan duit dgn btol lps baca tips mat noh ni

Petualang Tiga berkata...

lps ni aku kena berjimat cermat la nampaknya

Emily Bayans berkata...

sy mmg boros sikit dapat plak tips dari mat noh smoga duit dpt disimpan lps ni

Ambuyak berkata...

hbis la nik aziz lps ni sah kalah pnya la

dam catur berkata...

nik aziz dah terdesak sgt nk cari pengaruh mcm2 dia buat