Selasa, 1 Mac 2011

BERKATA POKOK GETAH TUA





Dahulu aku tidak diperdulikannya
kini bila ada harga, aku dibanggakan
aku didekati saban hari pagi petang
malah batangku ditorehnya berkali-kali
sehingga ada tiga pot pada satu batang

Begitulah keadaannya dunia dini hari
jikalau tiada harga hidup kita dicerca
bila ada memfaatnya dibelai dan dipuja
kerana nilai susu getahku terlalu tinggi
 semuanya memuja aku seluruh dunia

Inilah gambaran kisah hidup kita di dunia
kata orang: Hina besi kerana berkaratnya
dan hina manusia pula kerana hidup melarat
tetapi, getah muda dijaga dan dipelihara rapi
 pokok getah tua di toreh  tiga kali sehari

 
Oleh: Nurimanja,
catatan  berita diudara
dua tiga hari lalu /Feb. 2011.





50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

BERSAMBUNG.CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA NEGRI CINA BERTAJUK PAPAN MERAH. OLEH: NURIMANJA.
Dicerita dan ditaipkan semula secara bebas Oleh: TINTA MUTIRA
Siri keua.
______________________________________________________________________
Pada suati hari Ah Ling menerima kekalahan teruk. Ayam sabungannya kalah, Wang pertaruhannya lesap. Dia menjadi marah-marah dengan tidak menentu, kemudian dia pulang ke rumahnya. Dengan wajah muram dan bengis dia masuk ke rumahnya.

Ah Ling terus menuju ke dapur untuk mencari makanan. Tetapi ternyata di dapurnya tidak ada sebiji beas pun unuk dimasak, malah kayu api pun tidak kelihatan. Ah Ling bertambah marah, mukanya nampak menyinga.

Dia mencari ibunya di sekeliling ruang dapur sehingga ke belakang rumah, tetapi tidak ada, dia melaungIbunya di kebun , juga tidak menjawab, cuba lagi maseh sepi, tidak seperti hari-hari yang lalu, sekali panggil ibunya akan berlari datang dan bertanya apa saja mahunya.

Akhinya dia masuk semula ke dalam rumah dan mencarinya di bilik tidur. Dia cuba hendak menghampiinya. Dengan kasar dia menendang pangkin tempat ibunya sedang terbaring itu. Dengan bngis dia berkata; “Hey! Orang tua! Apa lu buat? Tidur saja saty hari. Mana nasi gua? Kenapa tidak masak? Jahanamm! Kenapa lu tak masak.?” Begitu kata Ah Ling kepada ibunya yang sudah tua itu.

“Gua tak sihat, gua ada sakit ini hari sama emalam, tolonglah Ah Ling jangan bikin mama ini macam, Meniang lu punya pak, mesti banyak susah hati,” Terketar-ketar nyonya tua itu menjawab untuk minta rasa simpati kepada Ah Ling.

Kerana pernah juga Ah Ling memukul dan menendang ibunya., bila dia kalah berjudi atau ayamnya mati di gelangan sabungan . Masa itulah Ah Ling akan jadi seorang yang pembengis dan marah-marah. Ibunya selalu dihimpit ketakutan dengan sikap Ah Ling itu.

BERSAMBUNG.

Mei Ling berkata...

AKU NI SIAPA?

aku perantau tiada kampung
asalku dari tanah
maka tanahlah kampungku
aku pengemis cinta
dari dia ku kenal rindu
tapi sayang dia tak kenal aku
seketika aku lihat haiwan jadi
aku kasihkan haiwan
anjing itu ku beri makan
ketempat kerja di temannya aku
semoga dia mengkaguumi bakatku bermain piano terulung
tapi dalam mimpi saja selalu dapat

Mei Ling
sajak angan-angan saya

Siti Hajar berkata...

BULAN KITA

bulan itu bulan kita
tersipu ia di balik awan kelabu
tak segan pula memalit sinar
di hening wajahmu
tatkala kau terleka merenung takdir
pada kerdip bintang-bintang jauh
aku di tingkap mimpi
terdengar mereka nyanyi
senandung cinta kita
dalam dingin embun malam itu
kita pun terlena nun di awan
bulan dan bintang sama tersenyum
cahaya mereka selimut kita..

Siti Hajar
harap menang sbb sajak kali ni terhabis puitis sy buat hehe

Julia berkata...

APA KAU DAH LUPA

apa kau dah lupa
aku ini kawanmu
selalu jalan seiring
pembantu di saat genting
penawar di kala rungsing
penenang di waktu melenting
peneman ketika terasing
apa kau dah lupa
aku ini sahabatmu
selalu ketawa bersama
banyak sama diratah
sikit sama dicubit
bagai isi dengan kuku
laksana belangkas kembar
kau sudah lupa
sudah dapat gading bertuah
tanduk tiada guna lagi
tidak mengapa kawanku
tidak rugi walau sekelumit
bahkan kau yang rugi
hilang sahabat sebaikku....

Julia
sajak utk kwn lupa kwn

Nurul Husna berkata...

MONTEL

secara tiba-tiba kurasakan
ada semacam dua macam rasa
membingungkan benak fikiran
serba tidak kena duduk meniarap tidak kena duduk terlentang
lagi tidak kena
duduk mengiring sama juga
akhirnya aku tertonggeng
fikiran melayang ke daerah lama
saat si mata sepet pipi kembung
masih setia berlarian mengejarku
hulurkan pipi mahu ku cubit
sebagai balasan tembikai merah
buat santapan di waktu petang
masih ingat kita senantiasa bersama
menari dan menyanyi lagu berdua
lagu riang penyubur jiwa
sambil kau memetik gitar
dengan gaya unikmu bagaikan seorang bintang
kita sememangnya bahagia
ke mana sahaja pasti kita bersama
kita tetap dalam dunia kita
dunia bagaikan milik kita berdua
di sini inginku katakan pada dunia
aku bahagia bersama montelku
kita tetap kan bahagia selamanya

Nurul Husna
sajak kenangan dulu semasa kecil

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

AKU INI SIAPA? oleh Pb. Mei Ling sajak ini walaupun fantasi pada pemulaan penceritaannya baik, tetapi pada pertengahan dan penutup atau akhirnya bagai kurang manyakinkan. Jadi longar pada pemantapan pengucapannya sebagai puisi yang diharapkan . Harap berusaha lagi Sekadar , maaf terpaka di tolak (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

BULAN KITA di ini membicarakan kisah hidup anak muda yang sering dimaun asmara dana. Begilah keadaannya,mereka selalu memandi cahaya bulan, menyedut udara malam, bermain embun jantan, memuja keindahan alam, menyanyi lagu cinta, membilang bintang dilangit, tidak bisa jemu-jemu, sebagaimana hebatnya cinta mereka. Kekadang boleh terlena di awan biru, sehingga Bintang dan Bulan yang nik aziz puja pun boleh jadi saksi percintaan mereka.layak dicalunkan (TP)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

APA KAU DAH LUPA Sajak Julia pencritaannya semacm tegas dan menyesal akan sikap sesaoang kawannya yang mudah lupa atau sengaja lupa. Melayu mudah lupa. Bila sudah ada pangkat atau pun kedudukkan baik dari kawan lain, Begitulah keadaannya selalu, kecuali yang beriman sentiasa rendah diri dan ingatkan tuhan . mengtakan hidup ini Cuma sementara Walaupun kurang kepitiannya,tapi ada pengajarannya buat meeka yang mudah lupa. layak dicalunkan setrunya (TP)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

MONTEL Tajuk sajak ini semacam melucukan daripada sdri Nurul Husna ,mungkin kisah mesra
memory lama . Nasib baik tajuk sajak ini tiak dituliskan tertonggeng. Begitu teruk rasanya sesaorang itu mengenang masa silam sewaktu kecil dahulu bersama seoang kawan sepermainan bukan sbangsa atau seagama, begitu mesra kemana saja, malah terasa dnia bagaikan mereka yang ampunya, hebat sekali kemesraan mereka agaknya. Cuma memori, pengcapan biasa. Maaf layak untuk (TK)

En Sanusi Rostam berkata...

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air keluar dari sistem tubuh Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam

Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas menimbulkan penggelembungan.

Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Geletek Malam berkata...

getah pun boleh berkata2? menarik jgk ni? hahhaa

Pak Haji berkata...

tiga jalur torehan di pokok getah tu mcm kena kat saya saja sbb sy mmg buat mcm tu utk dpt susu byk sikit

Tok Mahat berkata...

skrg mcm2 cara org buat utk dapat getah byk ni

Haji Atang berkata...

susu getah skrg mahal toreh la sampai 3 sekali?> hehe

Nurse Lisa berkata...

betol apa yg dikatakan dalam sajak ni dulu smua org hina skrg smua org suka plak?

Ustaz Rahman berkata...

mcm tu jgk manusia klu dh kaya smua org mengaku sedara klu miskin sebelah mata pun x pandang

Pak Ngah But berkata...

eh! smua org nk kaya susu getah jd mangsa

Angker 13 berkata...

toreh sampai 3 klu hbis nak toreh mana plak?

Firasat Hikayat berkata...

getah 3 kali torej nnt cepat hbis getah pokok tu plak?

Ziarah Makrifat berkata...

sajak nmpknya macam lawak tp ada pengajaran jgk

Kembara Budiman berkata...

kat malaysia je ke ada pokok getah negara lain xde?

Nabil Qudli berkata...

susu getah skrg org sanngup buat apa saja nk mendapatkannya

Ummu Akilah berkata...

skrg ni susu getah dpat smbutan

Danial berkata...

skrg nk susu getah sampai 3 kali toreh sian pokok tu?

Ali Conan berkata...

manusia semakin tamakkan susu getah

Diana Sanubari berkata...

smua pakat gila susus getah plak skrg ni?

Julia berkata...

skrg musim susus getah nampaknya

Nasruq Haqq berkata...

sian mak ah ling ni

Lukiee berkata...

ah ling ni x berperikemanusian la

Apek Liew berkata...

ni macam punya anak kasi bunuh saja ma

Nyonya Ah Sui berkata...

talak guna ini macam punya anak baik talak anak lagi baik

Satria Juragan berkata...

ah ling ni anak derhaka la nampaknya

Karim Ghani berkata...

cerita ni masih xdpt tangkap sebenarnya pasal apa?

Tengku Anita berkata...

kenapa tajuk papan merah sepatutnya letak ah ling anak derhaka

Nuri Kecil berkata...

ni mcm cerita si tanggang jgk ke dia di sumpah jd batu nnt?

Qalam Musoffa berkata...

kenapa tajuk dia papan merah mcm xde kena mengena jer?

Pak Kassim berkata...

cerita ni pasal apa sebenarnya msih misteri ;la

Mei Ling berkata...

dua watak saja ke ah ling dgn mak dia jer?

Ibnu Siddiq berkata...

cerita ni pasal hantu ke? pelik jgk

Mozaire berkata...

mcm cerita jiman je ah ling ni

Hadi Hazmah berkata...

mcm cerita sebelum ni pun en nuri tulis pasal anak derhaka jgk

Bos Kacak berkata...

cerpen ni msih samar2 pasal apa sebenarnya ni?

Hamba Allah berkata...

mmg kena baca sampai hbis cerpen ni sbb misteri jgk

Ustaz Sahzan berkata...

rasanya msti mak dia mati nnt

Pak Bostamam berkata...

akhir sekali mcm mana la nasib ah ling ni

Abang berkata...

ah ling ni berubah x akhir sekali?

Puan Rosnah berkata...

apa jd kat ah ling nnt? x sabar nk thu jgk

Anis Syakila berkata...

ah ling ni umor brapa?

Adi Cana berkata...

dah masuk 2 episod x thu lagui cerpen ni pasal apa

Lagenda Pulau berkata...

tjuk mcm xde kena mengena je dgn cerpen ni sbb xde pun papan merah