Rabu, 16 Mac 2011

EMPAT NEKMAT ALLAH DIBERIKAN



 buat renungan cuma


Langit padanya ada bintang bergemar lapan
Untuk kita menilai kehadirannya sebagai panduan
Di atasnya turun rezeki berupa hujan dan salji
Memberi kesuburan pada tumbuhana menghijau

Bumu padanya ada tumbuhan yang bermacam
Untuk kita dan makhluk mencari nekmat rezeki Allah
Dipermukaannya ada daratan didasarnya  ada lautan
Semuanya memberi memfaat kepada makhluk manusia

Matahari padanya ada kekuasaan  cahaya panas
Berpusing menentukan waktu siang dan malamnya
Bergerak mengikut obet-obet yang telah ditentukan
Semuanya memberi kemudahan pada makhluk manusia.

Bulan pusingannannya membilang kiraan hari bulannya
Untuk kita merenung bersama  akan peredaran malam
Selain beristerehat dan menyerah diri pada bermyhasabah
Agar dapat menilai kehidupan sebelum ajal datang nanti.


Oleh: Nurimanja,
Catatan petang hari rabu 16/02/2011
Sajak-sajak yang terlepas pandang 2008/09







.

50 ulasan:

Hantu Raya. berkata...

Wan Azizah perlu akhiri kemelut
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 15 Mac -Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa supaya menasihati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan DNA berhubung kes liwat agar kemelut yang menjejaskan maruah keluarga dan parti pimpinannya berakhir.

Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau yakin itulah cara terbaik untuk membersihkan nama baik Anwar sekiranya Penasihat PKR itu benar-benar tidak bersalah dan segala dakwaan tersebut hanya merupakan fitnah.

"Malah Wan Azizah juga adalah Presiden yang mempunyai hak untuk menggesa Anwar yang juga Penasihat PKR itu berbuat demikian jika beliau juga benar-benar yakin Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya di sini hari ini.

Fakhrul Azman berkata, beliau bersimpati dengan Wan Azizah yang terpaksa berhempas pulas mempertahankan suaminya itu tanpa asas yang kukuh.

Pihak pendakwa bagi kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar baru-baru ini memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan Anwar menyerahkan spesimen daripada tubuhnya bagi mendapatkan profil DNA untuk tujuan perbandingan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum ini berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan bagi menentukan sama ada profil DNA yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar atau pun bukan.

Permohonan pendakwaan itu adalah yang pertama seumpamanya pernah dikemukakan di mahkamah negara ini.

Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak di beberapa negeri mengadakan himpunan secara aman mendesak Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyerahkan DNA beliau.
Kata Fakhrul Azman, jika Anwar tidak bersalah, keputusan DNA itu nanti pastinya akan lebih menarik keyakinan rakyat untuk menyokong beliau dan seterusnya mampu memenuhi cita-cita politik Ketua Pembangkang itu.

Petekan akhbar UM.
Berani kerana benar takut kerana salah, Demontrasi hak rakyat, kini sudah terbalik, dulu reforfmasi Inilah bahayanya parti anak bini. Tentu rasa berat untuk mengatakan sesuatu yang salah, Apatah lagi ada kepentingan peribadi. Yang sedehnya penyokong, akan bersubahat sama di akhirat nanti....

Mak Mah berkata...

SAMBAL BELACAN


* 1 cawan cili padi
* 1/4 cawan gula
* 1/4 cawan garam
* 1 sudu besar belacan
* 1 biji tomato
* 1/2 biji bawang besar
* 1/2 biji lemon diambil airnya
* Sedikit air masak

Cara-cara

1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
2. Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
4. Siap untuk dihidang

Mat Noh berkata...

semua yang Allah berikan kena guna baik2

Warga Emas berkata...

setiap Allah beri ada kegunaan

Sulaiman Embong berkata...

sajak mmg putis skop luas ni

Salam berkata...

sajak yg bila baca rasa kagum dgn ciptaan Allah

Teski Manaf berkata...

amat cantik ciptaan Allah

Nuri Ketitel berkata...

semoga manusia x alpa

Tan Sri Yunus berkata...

baru sy sedar apa yg allah berikan ada keistimewaan

Seri Suri berkata...

mcm2 kejadian allah kita x thu

Julia berkata...

sajak pasal alam plak? mmg best!

gelora maya berkata...

eh! belacan plak mak mah ajar

Kembara Budiman berkata...

alamak! belacan busuk la mak mah

Raja Muda berkata...

alamak! belacan?? aku x mkn belacan

Inspektor Halim berkata...

terima kasih mak mah mmg kesukaan saaya belacan ni

Zuraifah berkata...

terima kasih berkongsi resepi ni mak mah

Taib berkata...

bini aku suka la belacan aku x minat

Zainal Arifin berkata...

aku kalau bau belacan msti nak bersin

Pangeran Indera berkata...

belacan? sedap krer?

Pedang Kesatria berkata...

belacan ni buat dari udang kalau x salah aku la

Yusmanira berkata...

sedap sambal belacan ni lama x mkn

Seruling Kelana berkata...

makanan tradisinonal plak mak mah kali ni?

Putera Damien berkata...

makanan org kampung belacan ni

Man Pendak berkata...

kenapa takut nak bagi DNA? msti dia bersalah la tu

Datuk Borhan berkata...

bini dia pun sama bersubahat!

Datin Maimun berkata...

sy x rasa wan azizah boleh pujuk laki dia

Pak Kassim berkata...

rasanya kalau anuar berani bagi DNA baru la org percya klu x jangan harap la

Pak Awang berkata...

byk kali dah anuar ni takut nak bagi sampel sah dia bersalah!

Nabil Quldi berkata...

kenapa x tangkap dulu baru la bicara

Ambuyak berkata...

mcm2 muslihat anuar ni suapaya dia terlepas

Guru Yahya berkata...

rasanya rakayat boleh nilai kalau dia x berani mmg dia salah la

Saizul Maizac berkata...

kalau aku jadi hakim anuar x mahu bagi DNA tangkap jer!

Dayang berkata...

sampai bila la kes ni nak selesai anuar ni mangaku sajalah!

Mamu berkata...

patutnya smua sembahyang hajat suruh tuhan tunjukan kebeneran baru padan muka anaur ni

Intan berkata...

anuar ni dah terbukti salah kenapa x tangkap lagi?

Bob Kuli berkata...

mcm aku nak pecah2 kepala anuar ni! byk taktik!

Kasih Abadi berkata...

rasanya rakyat pun dah pandai menilai anuar ni salah

Pak Ngah But berkata...

semoga lepas ni berkurang penyookong anur nnt

Ustaz Sahzan berkata...

kenapa dia x berani bagi? sah dia bsalah!

Ustaz Saad berkata...

kenapa anuar x berani bagi DNA? takut kerana salah berani kerana benar!

Nahul Hidzar berkata...

semoga anuar kena tangkap nnt!

Nurul Husna berkata...

anuar ni byk sandiwara la

Mak Mah berkata...

SUSUN BINTANG

jika mampu aku susun bintang
pasti nama kamu berkelip
didada langit malam
sungguh! khasiat samudera
dalam ratib kapan senja
tunas tulen masih seiring
sinar kelam rintihan watan
sejujur kalbu lampau rebah
sisir jalan mencari butir
kabus lara lalu susuli
watikah ikhtiar wajah tenang
mencurah kasih juga budi
ambang pejam di sinar cerlang

Mak Mah
sajak memori dulu

Puan Rosnah berkata...

TANDUK PUAKA

apa kamu pandang
adakah aku berhutang
apa kamu jeling
sampai mata juling
apa kamu tenung
adakah aku tiada hidung
berlagak sombong perasan
prasangka buruk
suka serkap jarang
semua ada dalam diri
bila kan terhapus
susah nak dihapus
hati belum bersih
masih tersisa kotoran
hati belum putih
masih berbintik hitam
jadi tempat bertapa
makhluk penyesat manusia
si tanduk puaka…

Puan Rosnah
sajak simbolik

Siti Hajar berkata...

TANYA HATI

menyingkap tabir usia
apa sudah tercapai
segala cita angan dahulu
apa sudah tertunai
segala hajat pendam dalam
atau mahu dibiarkan sahaja
hapus angan di angin lalu
kuburkan hajat di lubuk kalbu
atau mahu teruskan jua
tuju selagi daya
capai selagi sampai
daki selagi kuasa
merangkak selagi upaya
tekad bulat harap
azam sepenuh jiwa
usaha selagi kudrat
tepuk dada tanyalah hati
hati tentukan segala
jika mahu kata hati
biar putus urat saraf
biar darah menyimbah bumi
pasti diteruskan jua tanyalah hati

Siti Hajar
sajak ketuhanan­

Julia berkata...

SENJA KE TIGA PULUH

senja malam ke tiga puluh
debar antara rongga
tiada melepaskan keharuan rasa.
malam larut pada senja terakhir itu
membawa dinihari entah keberapa
kesakitan tiada menyempurnakan
malam itu hanya tidur
satu hati dari milikmu sering,
kita melakar-lakar nama sendiri
di dada kertas kekadangnya,
mengabjad dan mengimpikan segala.
terlalu sarat diselubungi teori.

Julia
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

Sajak ini bertajuk SENJA MALAM KE TIGA PULUH sama saja dengan sajak Mak Mah ianya dapat diselamatkan dengan kehadiran tajuk yang menarik, dan sadikit dorongan yang kami dapat bantukan dan perbetulkan jika perlu agak boleh diselamatakan , dan ada kemampuan yang dirasakan. Pengucapannya agak kabur tetapi ada daya ingin tahu buat pembaca, Apa-apapun penceritaannya mungkin buat sesaorang yang sedang menunggu senja malam yang ketiga puluh, terasa bagai hampa penantian itu bagai ilusi saja , masing-masing bagai mimpi untuk bertemu, bagai terbengkalai , menjadi abjad mimpi, kerana terlalu berat dan sarat diselubungi khayalan bukan kenyataan. Kerana tiada sajak lain yang agak mencabar nasib telah menyebelahi anda layak kepusingan seterusnya (TP)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

TANYA HATI sajak Siti hajar pengucapannya bagai jiwa-jiwa dalam thema ketuhanan pula.
Apa-apa pun penceritaannya bagai mencari sesuatu kekuatan atau pegangan dalam hidup yang bagai terbiar dalam keluhan hati yang merentih. Segalanya bagai ketentuan Ilahi, cuba untuk melawan keadaan. Penceritaannya juga bagai hambar, umpama kereta yang tidak dikawal arah perjalanannya. Kebangkalian sudah jadi raja lawak yang kehilangan ilham dipusingan suku akhir . Harap maaf juga kerana perjalanan anda setakat di sini saja Terpaksa dikeluarkan (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

Puan Rosnah sajak TANDUK PUAKA juga pengucapannya agak hambar dan bagai hilang kepuitisannya cuba membicarakan tentang hasutan syaitan bertanduk yang sering mengoda Dalam badan manusia, mengharubirukan hati yang jujur dan ikhlas seorang itu, ia menjadi seorang yang menyeleweng dan boleh mencurigakan.dengan tinda tanduknya. Begitulah rasanya hasutan dan budaya syaitan merasuk dan menghasut agar manusia teperangkap dalam jebak mereka yang digelar pada andaian kita bagai syaitan bertanduk puaka. Apa-apa pun cerita ini terlalu biasa , namun kalau disusun dengan daya yang lebih kryatif mungkin bolehlah mengangkat sajak seterusnya. Namun maaf kerana terlalu mengikut kesan bunyinya Ia menjadikan kehilangan puitis sebenar. Sanjak anda terpaksa dikeluarakan (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

AKU INGIN MENYUSUN BINTANG.Sajak Mak Mah pada pengucapan awalnya memang agak memikat, walaupun sajak tema momori, tetapi bagai hilang arah dipertengahanya, dan bertambah celaru pula bila sampai kehujungnya. Apa-apa pun maksud ceritanya ada, menyentuh tentang memburu cita-cita bersama pakngah but agaknya. Apa-apa pun kami sekadar dapat menyelamat dan membantu melonjak sadikit kekuatannya kerana sudah ada daya kryatifnya dan putisnya , rasa mungkin terserlah jika diberi laluan. Maka Mak Mah layak untuk dicalunkan kerana tiada persaingan yang hebat dari sajak peserta lain dibenarkan seterusnya menyertai sayembaraan (TP)