Isnin, 28 Mac 2011

SIKIRANYA AKU







Sekiranya aku masih bernafas
ketauhidan hati mesti kental
sepenuhnya hanya pada yang satu
mengabdikan diri setulus hati
cuma terserah kehadratmu Ya Rabbi.


Sekiranya aku maseh bernyawa
ketabahan mesti dimaksimakan
azimat keramat kekentalan jiwa
demi untuk memantapkan ujian
buat kita menilai erti keimanan.


Sekiranya aku masih hidup
kesabaran ubat segala penawar
adalah ujian nilai keimanan
betapa pun diri rasa terhina
di dunia ini bukan nilai harganya.


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda 6 ramadhan
catatan surau Furkhan, 23/O8/2009.







50 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERITA RAKYAT NEGARA BURNEO
BERTAJUK: NAGA GUNUNG KINABALU OLEH: NURIMANJA, DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS
----------------------------------------------------------------------

Siri ke tiga.


“Sekarang kita buat layang-layang besar dan sebiji geliga palsu yang menyerupai sama dengan geliga naga itu. Saya akan terbang ke puncak gunung kinabalu dan menukar geliga itu ” Kata Wee San dengan berani dan penuh keyakinan di hatinya.
Semua bala tenteranya bersetuju, mereka segera membuat lelayang gergasi dan sebiji geliga palsu.

Dengan berkat kerjasama dan bersungguh-sungguh itu , kedua peralatan itu pun siap dibuat oleh bala tentera anaknda maha raja Cina Wee san dan Wee Ping itu.

Setelah siap semuanya Wee san pergi pula meninjau-nijau akan tabiat si naga gunung Kinabaklu itu.Wee San sanggup memanjat mendaki gunung dan memanjat pokok untuk menilai dan mengkaji dengan teliti.Bagaimana tabiat sang naga itu.

Bila tiba musim angin kuat barulah sang naga keluar dari pertapaannya mencari makan. Di waktu begitulah Wee San mengarah bala tenteranya menaikkan layan-layang gergasinya itu, Dia sendiri naik Terbang bersama geliga palsu itu keatas puncak gunung.

Semasa naga bertapa itu asyik mencari mangsa makanan untuk menjamu selera kerana terlalu lama dia bertapa, di luar gua gunung Kinabalu itu. Wee Sang dengan bantuan saudaranya Wee Ping telahBerjaya menukarkan geliga paslu dengan geliga asal kepunyaan naga Gunung Kinabalu itu dengan jayanya.

Apabila geliga itu telah berjaya mereka tukarkan. Semua bala tenteranya di arah meninggalkan gunung Kinabalu dan segera belayar pulang ke negeri Cina. Semasa dalam kapal Abang atau saudara Wee San tahu dia kurang memainkan peranan dalam usaha mendapatkan geliga naga gunung kinabalu itu.

Dia Cuma sekadar membantu dan mengarahkan bala tentera sebagaimana yang di minta oleh adiknya Wee San. Hal ini amat menyakitkan hatinya . Dia ingin bila sampai ke istana dan mengadap ayahnda mereka nanti, kepujian tidak tertumpu kepada adiknya Wee San sahaja.

BERSAMBUNG.

Geletek Pagi berkata...

Nalla sedia jumpa pemimpin Pas
Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 27 Mac – Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan sedia berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.
Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, mengetahui siapa Anwar.

“Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (Pas) julang sebagai ketua.

“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat Pas.
“Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin.

Anwar tidak layak menjadi pemimpin.
“Penyokong Pas harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin,” dakwanya.

Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.

“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.

Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan Datuk T mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China.

PETEKAN AKHBAE (UM)

Mak Cik Senah berkata...

USAH LIHAT LUARAN SAJA

usah dilihat pada wajah luarku
senantiasa berbunga riang
senantiasa dihiasi senyuman
tiada terjumpa kelatnya
tiada ternampak riaknya
tiada terserlah dukanya
kerana aku juga sama seperti kamu seperti mereka semua pelakon hebat
hebat di pentas kehidupan
semuanya tersurat kemas
skrip sudah sedia
namun tersirat tiada siapa tahu
tiada siapa mengerti
hanya mampu mengerti
cuma si pemilik hati ini
serta sentiasa di sisi
melihat merahnya hati
dari sudut penuh misteri
si pencinta hati

Mak Cik Senah
tukang cuci tandas

Mak Cik Leha berkata...

PARI-PARI

walau kita cuba sehabis upaya,
kalau belum sampai rezeki,
didatangi sang pari-pari,
dihulur segelas air cintanya,
aku minum lahap kerana dahaga
belum jumpa untungnya.
pari-pari datang
dengan tongkat sakti
persalinan merah jambu
mengucap cinta menyeru nyawa
memberi hidup pada jiwa yang mati.
dikurniakan aku sebuah taman syurga
ditemankan aku seorang kekasih
disuruh aku bercinta kasih sayang
dikirimkan aku salam cinta
pari-pari cinta naik ke kayangan
setelah turun ke bumi
membasahkan cinta dalam hati aku.
pari-pari seorang perempuan manis.
cantik kadang-kadang datang,
meniupkan semangat utk hidup
habis segelas air cinta,
aku lihat kabus asap putih.
sedar-sedar aku dipalit lumpur.

mak cik leha
sajak anak sy ni sy tak tahu buat sajak pinjam sajak anak sy baru sekolah rendah

Mak Zainah berkata...

JEJAK RINDU HILANG KE MANA?

mahu ke mana jejak rindu ini?.
ke kanan gusar sesat.
ke hutan takkan pulang.
jadi pada siapa harus
gemencing loceng berdenting?
pada mulut merasa?.
pada hidung bernafas?.
sama tersasar belum kuat gamaknya,
jeritan suara jiwa
terpancar melalui mata.
maka kaki melangkah ke hutan?
apakah kau mahu aku tak pulang?
betapa bibir gatal mahu bicara,
betapa lidah basah mahu berucap.
aku rindu suara kamu,
gelak tawa cerita cita kamu¡­.
dulunya halwa aku.
namun keluar hanya jeritan suara
jiwa yang terpancar melalui mata.
adakah cukup? bagi aku, bagi kamu?
Entah tak tahu la kenapa?

Mak Zainah
tukang cuci tingkat atas

Mak Wan berkata...

DEFINASI

Baru selepas beku,
cair sesudah suku,
nafas baru tatatutur seni,
irama bangsa diri,
kreatif itu nadi semulajadi,
tidak semulajadi ianya dilatih,
ditatih sampai letih,
disepak sampai koyak,
dibuang sampai longkang,
dihina sampai gila,
dikutuk hina mangkuk periuk,
gagahlah engkau,
positifkan ia menjadi,


Mak Wan
tukang cuci tandas

Tinta Azimad berkata...

Mak Cik Senah ini tajuk sajak dia pun nampak terang lagi nyata USAH LIHAT LUARAN SAJA . Pengucapannya agak tegas dan tidak berselindung kata bicara. Orang sebegini tidak
Ada penyakit nampak muda. Kerana tidak ada menyimpan rasa Penceritaanya tegas kerana kita hidup di dunia ini menghirup udara tuhan yang semua darah merah warnanya juga sama cuma ketaqwaan yang dinilai Allah swt. (Sm)

Tinta Azimad berkata...

PARI-PARI ini sajak kanak dalam cerita fantasi agaknya dari buku terjemahan Harry Porter. Apa pun kisah fantasi ini menjadi kegilaan kanak-kanak yang banyak berkhayal bersama anak bidadari yang sakti . apa-apa rajin jiuga dan ada kemampuan untuk menulis kembali Syabas! Eh! Makcik Leha ini makan sireh ke? (SS)

Tinta Azimad berkata...

Yang ini mungkin muda sikit nama pun Mak Zainah dengan tajuk JEJAK RINDU HILANG KEMANA? Bunyinya saja semacam bunyi kena tinggal saja. Siapa yang lari Pak Cik Pakwa agaknya? Penceritaanya semacam kisah lama , kenangan lama agaknya, semacam merindu pun ada, marah pun ada. Bagai nak menyalah takdir pula? Dahsat juga mak Zainah ini ada cerita yang misteri. Ada cerita dan isinya. (SM)

Tinta Azimad berkata...

Mak Wan pula . Wah ! Tajuk Mak Wan , jangan buat main DEFINASI tajuk sajaknya. Apa benda hendak didefinasi ini ? agak melilau nak cari ini.Agaknya sajak Mak Wan ini ada lompat baris danb ayatnya. Semacam orang bermimpi sambungan berbagai episud pula, akhirnya tak tahu mana pangkal dan hujungnya. Atau pun terlalu tinggi sangat definasinya ini. Maafkan
Kami Mak Wan! Saya pun pening. (SS)

Tuna Tatiati berkata...

wah! kali ni smua sajak org bawahan plak?

Hajjah Jamilah berkata...

nampaknya kalah org atasan sbb sajak org bawahan lebih menarik

Pak Bostamam berkata...

x sangka org2 keja bawahan pun boleh buat sajak bergini indah

Inspektor Halim berkata...

ni bakat yg terpendam menarik sajak mereka

Zainal Arifin berkata...

kita x boleh hina org mcm ni terbalik sajak2 dorg lagi elok

Abang berkata...

walaupun xde peluang nk mengasah bakat tp bila diberikan peluang sajak bagus jgk

Tan Sri Yunus berkata...

mmg tabik la kepada sajak tukang sapu dan tukang cuci ni

Nur Atikah berkata...

bgus la jalal beri peluang org2 yg terpinggir mengasah bakat

Seri Suri berkata...

eh! nak buat layang2 plak!

Julia berkata...

layang2 dan batu geliga boleh terbang ker?

Putera Damien berkata...

layang2 plak? org dulu pun ada layang2 ker?

Golok Buta berkata...

dia nak buat apa la dgn layang2 tu?

Karim Ghani berkata...

eh! guna cara tu boleh tukar jgk?

Atan Yahoo berkata...

menjadi jgk taktik dorg tu? hahaha

Jeffry berkata...

xkn naga tu x perasan kot?

Ustaz Rahman berkata...

eh! abang dia dari iri hati plak? silap2 dia bunuh adik dia tu

Laila Mellisa berkata...

adik beradik sndiri pun nk gaduh ker?

Mei Ling berkata...

rasanya dia bunuh adik dia la nnt

Lukiee berkata...

boleh jgk tukar batu geliga dgn guna layang2?

Nuri Jaguh berkata...

mmg kretif la cara dorg tu? hahaha

Jessica Liew berkata...

abang dia mcm x puas hati jer?

Ziarah Makrifat berkata...

rasanya msti abang dia nak buat muslihat utk jatuhkan adik dia

Pendekar Waja berkata...

dgn darah daging sndiri pun xpuas hati?

Pahlawan Melayu berkata...

rasanya ada berlaku perbalahan ni

Ustaz Zaidi berkata...

bijak jgk adik dia tu

Zain Issac berkata...

eh! abang dia mcm x puas hati je dgn kejayaan adik dia?

Ustaz Muda berkata...

naga tu x perasan ke geliga dia kena curi?

Cikgu Zuki berkata...

en nuri ni kretif jgk cerita ada naga tinggi imaginasi en nuri ni

Guru Yahya berkata...

naga pun ada ke zaman dulu?

Vijay Kumar berkata...

sapa plak ya raabi tu?

Nasruq Haqq berkata...

sajak keinsafan plak kali ni

Richard Siriosa berkata...

menarik sajak ni tentang keinsafan dalam diri

Bos Kacak berkata...

sajak mcm ni la best menghambakan diri kepada Allah

Siti Hajar berkata...

menarik sajak ni rasa kerdil saja disisi Allah

Lukiee berkata...

sajak en nuri saya baca saja tp xphm langsung

Dewi Sageeta berkata...

sajak xphm lagi la

Ah Chong berkata...

mmg xphm la sajak ni

Miss Kim Cheung berkata...

sajak ketuhanan ke? best2

Haji Hamdan berkata...

tahniah jalal sbb beri peluang kepada org abwahan

Tuan Haji Abkam berkata...

terbaik jalal di harap smua contohi jalal walaupun beza darjat jalal tetap beri peluang