Khamis, 24 Mac 2011

MATI ANAK ADAM ADA EMPAT PERAMPAS



cuma renungan 


Mati anak Adam
Malika maut pun datang
segera merampas nyawanya

Cacing tanah
merampas isi daging
dijadikan baja untuk pokok

Anak cucunya
Merampas segala pusaka
Digunakan untuk baik atau buruk

Kawan dan musuh
Akan merampas segala
Kedudukan darjat dan pangkatnya.

Itulah kehidupan
Yang dikira tidak abadi
Sebab semua benda baharu
 Tidak akan kekal buat selama-lamanya.


Oleh : Nurimanja,
Catatan  di sudut ceramah bebas,
Tanggal dua tiga hari lalu 20hb, mach, 2011.







50 ulasan:

Tinta azimad berkata...

CERITA RAKYAT NEGERI TIBET
BERTAJUK: MARAH SANG DEWATA OLEH: NURIMANJA, DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS
-----------------------------------
SIRI ke 3.

DOLMA kelihatan begitu leteh dan menyeksakan di dalam bakul rotan itu.SiPemburu yang amat bersimpati itu telah mengeluarkan Dolma gadis cantek itu dari dalam bakul rotan itu. Setelah dikeluarkan Dolma telah menceritakan apa yang berlaku kepada si pemburu itu.

Si Pemburu tersangatlah marah kepada saudagar sutra tua Durban itu. Si Pemburu cuba mencari akal untuk memperdayakan Durban . Aku tahu semuanya ini satu penipuan telah dilakukan oleh Durban Ke atas kedua ib u bapa kamu.

“Engkau semua telah ditipu. Sebenarnya Sang Dewata tidak boleh bercakap! Tetapi dia akan memberi tahu kamu tanpa disedari” kata Si Perburu itu.

Dolma pun tahu yang selama ini dia telah di tipu oleh saudagar sutra tua si Durban keparat dan terkutuk ini.

“Tolonglah saya sekarang tuan! Bagaimana saya hendak melepaskan diri dari orang tua ini?” Kata Dolma agak cemas dan takut.

“Nama saya Derma. Saya akan tolong, jangan takut, saya akan menolong saudari. Dengan memasukan anjing saya ke dalam bakul rotan saudagar sutera tua berdebah itu.” Jawab Derma sambil menarik anjingnya dimasukkan kedalam bakul rotan itu.

Dolma pun memperkenalkan dirinya kepada Derma, dan terus saja mengikut si pemburu binatang liar itu beredar meninggalkan tempat situ. Dolma amat berasa lapang dada. Ingin rasanya dia hendak pulang semula ke rumahnya. Dan mengucapkan terima kasih pada Derma lelaki yang telah menolongnya.

SEBENTAR kemudian saudagar sutra tua Durban terjaga dari tidurnya. Dengan segera dia memikul kembali bangkul rotannya yang dia sangkakan ada Dolma di dalamnya itu, Hatinya begitu riang sambil bernyanyi dan menari-nari , kerana mendapat seorang anak gadis yang cantek rupawan akan menjadikan isterinya nanti.

Seseampainya di rumah. Durban telah membawanya bakul rotan yang disangkannya ada Dolma di dalamnya itu , masuk ke dalam bilik tidur di dalam rumahnya itu. Kemudian dia meletakannya di atas katil tempat pembariangannya.

Setelah dibuka, Alangkah terkejutnya Durban ada saekor anjing pemburu yang sangat garang. Dia menerkam dan ingin mengigit durban. Terpekek terlolong Durban meminta tolong kepada jiran-jirannya sambil melarikan diri.

BERSAMBUNG.

Hantu Raya berkata...

Wednesday, March 16, 2011
Prelude awal Pilihanraya Sarawak: Pembangkang luar cuba “langgar” Sarawak.

“Perang belum bermula, namun gendang sudah dipalu”, begitulah suasana terkini berkenaan senario politik Sarawak yang bakal meletup pada bila-bila masa dari sekarang. Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak “is just around the corner”, begitulah difahamkan oleh sumber terkini yang penulis terima.

Belum pun Ketua Menteri, Pehin Sri Taib Mahmud mengumumkan pembubaran sidang DUN Sarawak, rupa-rupanya parti-parti pembangkang dari “luar” sudah pun menghantarkan bala tenteranya ke Sarawak. PKR, PAS dan DAP, masing-masing sudah tiba lebih dua tiga minggu awal dari artikelinidisiarkan. Baca lagi di sini, The Real Sarawak blog...

KOMENTAR HANTU RAYA

SIDAK YA MUN SIK DATANG< HANYUT KEDUDUKANYA NANTI. TULAH GAYANYA NAK MACING UNDI. KENA DULUK DARI ORANG LAIN. MUN TIDAK SEMUA KERUSI PKR, PAS DAN DAP, PASTI KERUSINYA HANYUT NANTI......

TADI GELETEK PAGI ADA PESAN:

“UDAH KITA MADAH SIDAK YA! MUN KEMPEN< KEMPEN AJALAH! JAGAN BUAT KERJA GILA, MUN SIK PUAS HATI SIDAK YA , SUKA HATINYA JANGAN PULAK TIDOR DI JALAN RAYA”.

Nur Atikah berkata...

AKU BUKAN ROBOT

aku bukan robot
ciptaan pandai manusia
aku ini manusia
ciptaan yang maha kuasa
oleh kerana itu
aku punya hati punya rasa
jadi ingatan buat kamu
usah layan aku begitu
cuba fikirkan sejenak
guna otak guna akal
guna rasa guna perisa
walau di mana kamu berada
walau tinggi di puncak sana
walau punya wang berjuta
walau hidung mancung terletak
walau kulit putih melepak
kamu tetap juga manusia
tetap juga balik ke tanah
tetap mengadap yang esa
dan kerana itu jugalah
kau tetap sama sepertiku
kita bukan bukan

Nur Atikah
sajak kemarahan

Datu Hasbi berkata...

ANAK LELAKI SIAPA NI?

Aku terlihat anak laki itu
pandainya dia
memutarbelitkan cerita pada 1 dunia
Aku lihat anak laki ini,
Mesra,telus dan tulus percakapan
Aku lihat anak laki ini,
Bersama bicara selalu lembut
luahan jiwanya semua orang terikut
Aku lihat anak laki ini Selalu.
Aku kagum pada mulanya
tapi bila ku tahu dia kaki auta Aku perlu tahu siapa anak laki ini
mahu ku khabarkan pada ayah ibunya
supaya ajari dia semula

Datuk hasbi
sajak ni rasanya qalam tahu sy tuju kepada siapa

Sabri Hakimi berkata...

SIAL

buang sejarah itu
tak pernah mahu kekal
buang segala berpautan
aku benci melihatnya
menggeledak darah serta-merta
hati panas lebih dari bara
kau hawa tapi tak pernah
menyelami jiwa aku
kau sanggup mengkhianati aku
kau dasar betina sial,
kau tak layak digelar hawa
aku nak buang segala sejarah
cukup menyakitkan aku
seumur hidupku berdepan sial begitu
aku tak mahu kau sejarah hitam
tapi kau akan aku buang
kau akan aku hapuskan
jangan pernah memanggil aku abang

Sabri Hakimi
sajak buat bekas tunang saya

Yusmanira berkata...

TERHEMPAS

terhempas sudah punah merata bersepah aku melihat
sebuah yang hancur dalam amarah
berlaku sudah satu kasih
aku beli dengan sayang
kepada itu aku mahu
kukutip ditepi simpang dulu
dimana rasa cintaku pada
selepas rasa yang bangga
kuterima burukmu kusanjung
hitam gelap bentukmu
tapi tanganku mencapai
melempar keliru berdebu nafsu
terperusuk mu dipenjuru
aku yang sejuk memujuk
menggigil dakapimu
dengan deraian bertalu¡­..

Yusmanira
sajak jiwa2 lagi maaf tinta hehe

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Nak tanya Nur Atikah!
Ini sajak selingan apa hal jalal pi letak jadi sayembara pula? Cukup bagi mereka cawan tembikar kaca. Lepas itu baru mula balik bulan April Qalam akan ulas. Ini saya suka-suka saja Apa-apa pun jalal punya hallah, dia yang mengajur dan bagi hadiah sagu hati pemenang sajak selingan ini. Yang kau ini marah-marah apasal Nur Atikah? Dekat Qubai ke? Atau bf kau yang membuatkan kau hot sangat ini. Kalau marah mana nak cari bahasa seni dan puitis. Bukan kata bf kau, aku pun lari, aku dah biasa tenguk perempuan comel marah. Kasian nak pujuk tak berani, nanti dengan aku sekali dia lesing. Aduh! Maaf sajak selingan saja (SS)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Datuk Hasbi duk tanya Anak Lelaki Siapa Ni ? terlebih asam atau kurang garam. Kena tanya mak pa dia? Itupun kalau mak dan pa dia ada lagi. Kalau tak salah saya mamak berahim kedai sireh punya anak apa? Dia nak pancut air sireh bagi kuat, dia letak dua jari macam huruf Y di bibir dia pancut sekali satu nafas jauh juga pergi. Orang lain juga kena air sireh, dia tak ada apa-apa, ini licik punya cerita. Layak menang sajak selingan (SM)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Sabri Hakimi tak pasal kau kata SIAL , apakah jadahnya? Sebelum aku ulas kena bagi tahu dulu sajak lama atau baru. Selalu andaian aku tak kena sajak lama jalal siar, ada setengah tu dah pun berkhawin, ada pula yang dah balik dan baik semula dengan bf diaorang. Aku yang ulas jadi gila. Apa-apa pun aku Cuma buat andaian saja , sajak ini sama dengan sajak sdri nur atikah. Marah sesaja. Tekanan kut? Gaji tak cukup ke? Aku lagi x ada gaji, Cuma makan free,baca sajak korang berdua aku pun pening! Sekejap betina marah, ini jantan pula marah, siapa yang betul. Tanya Qalamlah? Sajak Cuma selingan saja. (SS)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Yusmanira sajak jiwa0jiwa lagi, nak kali ni lagi teruk , nak mampus sampai hempas menghempas ni. Apa ke cerita? Nasib baik Terhempas , mungkin tak sengaja. Tapi kisah marah tetap ada . nah dah tiga orang sajak nak marah saja. Apakah jadahnya? Orang bercinta syok punya cerita dalam dakapan asmara dana menyasikan bulan bintang jadi saksi bila teruna dara sedang berasmara. Kau hidang cerita perang, marah, terbakar, sial, terhempas. Aduh nasib aku tak ada gf. Jika tidak dengan aku sekali pi. Kena maki hamun sekali. Maaf sajak anda Cuma sebagai selingan saja (SS)

Jengking Perak berkata...

gmbr pmpuan mana plak en nuri letak ni? hehehee

Tetamu Malam berkata...

sian dolma nasib baik x mati

Nakhoda Belantara berkata...

gatal punya org tua tu! hahahaha

Atuk berkata...

rasanya org tua tu mati kot kena gigit anjing? hahahahha

Hajjah Jamilah berkata...

cerpen ni baca mmg nk tergelak jer

Haji Khali berkata...

apa punya malang nasib org tu?

Haji Atang berkata...

itulah dah tua buat cara tua ni nak bini muda

Pak Haji berkata...

rasanya dia kwin dgn pmburu tu la

Tengku Anita berkata...

rasanya mak dgn ayah dia msti jodohkan dia dgn pemburu tu

Rossa Long berkata...

harap2 jangan pemburu tu pun tipu dolma jgk

Nahul Hidzar berkata...

dewata ni dewa org tibet ker?

Panglima Ketot berkata...

bodoh punya druban ada plak letak dalam bakul

Mia Safiyah berkata...

ada plak gendong bakal bini dalam bakul? gila...

Satria Juragan berkata...

mak bapak dia pun xkn bangang sgt serah anak mc tu jer...

Razak Abu berkata...

hahahaha sekali anjing yg kluar? hahaha

Diana Sanubari berkata...

nampaknya dia kwin je dgn anjing tu.. hahahah

Datuk Hasbi berkata...

wah! pembangakng pergi dulu

Datuk Borhan berkata...

wah! pembangkang dtg dulu tp rasanya x boleh menang pnya

Sulaiman Embong berkata...

pembangkang takut sbb tu dorg dtg dulu

Bos Kacak berkata...

datang dulu? tgk2 dorg kalah jgk nnt

Ziarah Makrifat berkata...

sarawak rsanya pembangkang x boleh buat apa menang kat BN jgk

Nasruq Haqq berkata...

mmg cuak jgk pembangkang siap dtg awal

Suara Misteri berkata...

mmg buang masa la pembangkang tu dorg mana boleh menang jgk

Salikin Samsudin berkata...

rasanya sia2 je dorg dtg awal msti kalah jgk nnt

Pak Kassim berkata...

tu dia datang punya awal ingat boleh menang kot? hahahhaa

Asyar Mujid berkata...

sarawak kubu kuat BN mana ada harapan la dorg nk menang

Ambuyak berkata...

dorg boleh berangan je nk menang

Dayang berkata...

eh! rasanya BN menang mudah la kat sawarawk

Aziz Moktar berkata...

BN menang mudah pembangkang jgn bermimpi la

Abang berkata...

hantu raya dgn geletek pagi org sarawak ker?

Geletek Malam berkata...

bahasa apa plak hantu raya tulis ni

Qalam Musoffa berkata...

pening aku baca geletek pagi tulis

Brader Joe berkata...

apa punya malang nasib org tua gatal tu? hahhhaa

Karim Ghani berkata...

mati ke durban tu kena gigit anjing?

Intan berkata...

terbelit lidah aku baca hantu raya tulis ni

Penjejak Badai berkata...

eh! mcm tu je kena gigit? bangang btol durban! hahahaha

Puteri Bunian berkata...

dah hbsi ke cerpen ni?

Raju Linggam berkata...

eh! cerpen ni ada lagi smbung ke dah hbis?

dam catur berkata...

apa malang nasib org tua tu? hahahhahaa

Pedang Kesatria berkata...

eh! ada lagi ke dah hbis cerpen ni? sbb dia pun dah kena balasan