Isnin, 14 Mac 2011

BILA ALAM MULA MARAH



mengenang tsunami lalu


Apabila alam mula marah
tercetuslah ombak pelabuhan
keadaan menjadi kucar kacir
bumi dan langit menjadi sendu
makhluk lain jadi mangsa sensara
yang parah dan resah adalah manusia.


Kemungkaran yang berluasa
Allah pun menurunkan musibahnya
tetiba bila lantai laut bergegar rasa
ombak pun menjadi gila dan ganas
dasar laut bagaikan tebelah dua
lalu menolak air laut melempah ruah.

Apabila air disedutnya kembali
lalu menarik kesemua ke tengah laut
diputarnya ligat membunuh segalanya
itulah Tsunami petaka yang mengerunkan
bisa memusnah dan menghancurkan semuanya
keindahan alam dan ciptaan jagat manusia.


Oleh: Nurimanja,
Catatan dua tiga hari lalu 12.03.2011
bila melihat kemusnahan yang mengerunkan






50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

Jangan Guna Kekerasan Kepada Rakyat
Dari blog Buku hijau anak bukit, kedah.


Pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak sepatutnya menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang menunjuk perasaan di jalanan sehingga menyebabkan pertumpahan darah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada AFP di Istanbul, Turki

"Kami berpendapat beliau tidak seharusnya menggunakan kekerasan,” kata Najib, semalam yang berada di Turki untuk lawatan rasmi.

"Apa yang penting bagi kami ialah mengambil kepentingan aspirasi rakyat... Sistem itu harus sah dan harus berdasarkan atas sokongan orang ramai,” katanya.

Rakyat negara-negara Arab dan di utara benua Afrika telah memberi “petunjuk jelas yang mereka mahukan perubahaan dan pembaharuan” dan kerajaan patut mendengar tuntutan itu, kata Najib.

"Pembaharuan perlembagaan dan politik yang berkesan sepatutnya dapat memenuhi harapan dan aspirasi rakyat, khususnya golongan muda,” kata perdana menteri lagi.

Menurutnya perubahaan di rantau itu sepatutnya dijalankan secara aman dan meminta kedua-dua pihak - penunjuk perasaan dan juga kerajaan agar tidak menggunakan kekerasan.

Najib juga berkata beliau tidak bimbang bahawa rakyat Malaysia akan mengambil risiko dan melakukan perkara yang sama seperti di negara-negara Arab.

Dakwanya, pilihan raya di negara ini “agak bebas dan adil” manakala sokongan terhadap kerajaan semakin meningkat.

Note: Amat dan beberapa orang sahabatnya telah pergi melawat pesakit mental di hospital bahagia Tanjung Rambutan. Sampainya disana Amat telah diperkenalkan dengan beberapa pesakit. Namun Amat tertarik dengan seorang pesakit yang sedang memegang ranting kayu. Doktor memperkenalkan pesakit yang bernama Najib itu kepada Amat.

Amat bertanya kepada najib...

Amat: Pakcik buat apa tu?

Najib: Pancing ikan..

Amat: Banyak ke dapat ikan pakcik?

Najib: Ko ni gila ke...? Bila masa plak ikan hidup atas darat...


Note: Kah..kah..kah..kah.. Orang gila memang selalu tak perasan yang dirinya gila.. Najib ni memang gila rupanya... Kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.


KOMEN:
Inilah krja mereka Guna hadis dan Al Quran untuk hentam kerjaann BN.
Semoga rakyat pun tahu dan nilai siapa mereka, Dapat nr allah atau
cahaya daripada Syaitan...

Share |
Posted by BUJANG SUSAH at 10:54 AM 3 comments Links to this post
Labels: LAWAK, POLITIK, RENUNGAN

Vijay Kumar berkata...

mcm melukis plak golok buta ni siap ada warna plak?

Man Pendek berkata...

sajak pasal apa la golok buta ni

Kota gersang berkata...

sajak nmpk mcm simbolik jgk golok buta

Roslan Bidin berkata...

wah! golok buta plak tersiar saja dia kali ni? bila sy plak?

Faezawatie berkata...

golok buta dan sarah dua2 beradik tersiar sajak?

Pedang Kesatria berkata...

eh! adik2 aku punya sajak plak kali ni tersiar? mcm pakat jer

Kembara Budiman berkata...

eh! golok buta plak sajak tersiar? bila aku plak ni?

Mat Toopa berkata...

golok buta ni cikgu tadika ke sbb sajak pasal warna? hahahha

Bulp Omen berkata...

sajak warna plak golok buta ni?

Pusaka RImba berkata...

harap2 ada org pilih sajak aku jgk?

Penjejak Badai berkata...

sian golok buta tinta x ulas pun sajak ko? hehehhee

Guest berkata...

eh! sajak golok buta kali ni tersiar tapi qalam x ulas plak? hehehe

Umar Haslam berkata...

sajak golok buta ni pasal apa aku langsung xphm

Nuri Kecil berkata...

sajak tsnunami ke ni?

Seri Suri berkata...

insaf dan gerun plak baca sajak en nuri kali ni

Ustaz Majusi berkata...

eh! macam cerpen ah ling plak sajak en nuri kali ni

Ustaz Nasarudin berkata...

sajak tsunami di jepun ker?

Abu Hanifah berkata...

seram baca saja en nrui smoga malaysia x kena mcm jepun ni

Syeikh AL Habib berkata...

mengeletar jgk baca sajak en nuri ni sbb ana dapat bayangkan

Irham Kesuma berkata...

tsunami di jepun lebih dasyat dari acheh!

Pak Kassim berkata...

tsunami di jepun ni x korbankan byk nyawa sbb smua dah diberi amarann

Bumi Hijau berkata...

mmg menakutkan tsunami kali ni di jepiun

Penyajak Istana berkata...

semoga apa yng berlaku di jepun x berlaku di malaysia akan datang

Datin Mainum berkata...

alhamdulilah malsyia x merasi tsnumani

Putera Damien berkata...

huh! sapa yg kutu najib ni?

Encik Dasuki berkata...

cis! dia boleh kata najib tu gila plak!

Mak Mah berkata...

mmg cerita ni lawak tapi mcm perli najib jer

Suara Tiada berkata...

dapat mana ni hantu raya? kurang ajar dia perli najib plak!!!

Nabil Quldi\ berkata...

org gila tu mmg gila sbb dia berani kata najib gila

Tok Mahat berkata...

dah tahu xde ikan buat apa pancing di darat? org gila tu la yg gila

Nurse Lisa berkata...

org gila mmg suka kata org normal gila sbb sy pernah jaga wad gila

Budak Surau berkata...

skrg aku dah pening siapa yg gila?

Balqish berkata...

berani dia kata najib gila plak org gila tu! hahahaha

Saiful Bukhari berkata...

lawak pun ada kesian pun ada

Nuri Ketitel berkata...

sian najib kena kutuk dgn org gila

Mei Ling berkata...

eh! cerita mcm ni pun ada?

Jessica Liew berkata...

kesian perdana menteri kita tu

Tuan Haji Abkam berkata...

hehehe apa punya cerita lawak la hantu raya ni siar?

Tan Sri Yunus berkata...

kalau najib baca la cerita hantu raya ni bahaya ni takut najib saman plak?

Siti Hajar berkata...

eh! cerita pasal org gila pun ada?

Tengku Anita berkata...

KETAHUI OLEHMU

ketahuilah olehmu
dalam bisik suara angin
bersaksikan sinaran kelam rembulan
kunyatakan rasa hatiku
rasa tiada hujung
terbit dari pangkal lubuk hati
ingin menerjah ke laman misteri
misteri hubungan hamba hina
dengan penguasa sekalian alam
tuhanku maha kuasa
dari lingkaran roda kehidupan
terkadang melencong arah
terkadang tuju lorong gelap
terkadang tersadung noda dosa
disaat ini kala rasa sedar menjelma
kumohon segala keampunan
ampunkan aku tuhan¡­

Tengku Anita
sajak simbolik

Srikandi Juwita berkata...

DARAH GADIS MERAH

tak perlu mencari siapa.
cukup sekadar mendengar.
berkongsi juga bisa.
dia si gadis merah kalau bersuara sendiri tentang hati,
adakah yang mahu mendengar?
kalau bicara yang jujur tulus,
adakah yang mahu percaya?
saat hati makin hari makin ranap,
saat jiwa terhakis,
saat diri makin hari makin longlai.
ke manakah tubuh penyandar?
ke manakah pergi pasak bumi?
jawablah aku kalau kau ada jawapan.
kalau hari-hari pun kau tiada.
jangan berani cuba fahamkan aku.
kau akan terus tak memahami.
aku benci bila
aku terus disakiti penting diri.

Srikandi Juwita
ketika di pasaraya mydin sementara menunggu pelanggan

Salina berkata...

PERGILAH MATI

Puas hati kau sekarang
Menipu semua orang
Yang simpati dengan kisah sedih kau
Membazir air mata
Buang masa terjejas kerja aku
Merisaukan kau menghitung hari mati
Jadi kau betul mahu?
Pergilah mati sekarang
Sebelum tu kau kenalah
Minta ampun dengan aku dulu

Salina
sajak lama sebelum kawin lagi ni

Tuna Tatitai berkata...

GUNTING DALAM LIPATAN

dalam tak sedar
tarik rambut dalam tepung
tepung langsung tak jejas
bagai api dalam sekam
luar nampak berseri
dalam penuh bara
bahaya sungguh bahaya
gunting dalam lipatan
mencucuk dalam diam
harapkan pagar habis padi dimakan
masa senang ketawa bersama
masa susah langsung hilang
masa menangis dia ketawa
kawan makan kawan
pantang ada peluang
pantang nampak bunga
pantang nampak cela
terus mencucuk pergilah kau segera
sebelum kutumis kau lumat-lumat


Tuna Tatiati
sajak tentang kemarahan

Syed Faizal berkata...

DNA anuar x sah ker?

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

Gunting Dalam Lipatan sajak oleh Tuna Tatiati juga terasa marah pada sesaorang , namun
pengucapannya banyak dari peribahasa dan bidalan melayu lama, Kekdang terasa sebagai seorang yang berleter kepada orang yang ingin ditegurnya mungkin bf agaknya.Bunyinya juga bagai ingin berfalasafah pula, kerana kepuitisannya kurang terserlah. Maaf walaupun penceritaan nyabaik bentuk penyampaiannya agak lain dari apa yang diharapkan.(TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

.PERGILAH MATI oleh Salina , walaupun mengemukakan sajak yang pendek bertemakan semacam jiwa-jiwa dalam bentuk kemarahan kepada kawan atau bf agaknya yang selalu saja cuba menipu dan memperdayakan orang lain, atau selalu berpura-pura minta simpati, kerana terasa membuang masa mungkin juga ia ingin membunuh diri, terasa bagai mencabar. Apa-apa pun sajak ini layak juga, tetapi kerana mahu dipilih seorang saja lagi, undian persaiangan telah jatuh kepada Srikandi Juwita. Harap maaf anda terpaksa dikeluarkan. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

DARAH SI GADIS MERAH oleh Srikandi Juwita membicarakan soal hati yang pernah terluka dan soal orang yang dipuja atau harapkan masih tidak mengerti malah lebih mementingkan dirinya sendiri, sajak ini ada kelebihan sadikit dari dua sajak, PERGILAH MATI oleh Salina, juga tentang kemarah kepada bfnya . Apa-apa punya sajak ini kira nasib, kerana tiada yang baik dari yang lain layak diperbetulkan dan dicalunkan untuk seterusnya (TP)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

Ketahui Olehmu ada baiknya Aku Ingin Khabarkan oleh Tengku Anita cuba membicarakan tentang keinsafan dengan apa yang telah berlaku dalam nukilan puisinya . Begitulah kehidupan manusia sesekali kerana lupa dan lalai, mengikut hawa nafsu sesaorang itu akan tidak sunyi melakukan noda dan dosa, jika ada kesedaran dan memohon ampun dan taubat, Dan Insyaallah tuhan akan memberi keampunanNya jika benar-benar menyesal dan tidak melakukannya lagi,Amin. Layak dicalunkan seterusnya. (TP)