Rabu, 30 Mac 2011

SELAMATKANLAH ALAM SEKITAR





Mari kita pelihara alam sekitar
sebelum bumi hijau ini menangis
makhluk lain turut terperangkap
semua kehidupan menjadi kabur
bila bincana melanda lebih parah
semua makhluk menjadi resah gelisah.

Mari bekerjasama kita menyelamat
dengan melakukan gaya hidup sihat
demi memelihara kehijauan dunia
dari ancaman musibah berpanjangan
pada alam sekitar dan kehidupan
semaikan budaya ihsan penyelamat alam.

 
Oleh: Nurimanja,
Catatan jam 12.30 tengahari
tarikh; dua hari lalu,28hb.Mac,2011.






50 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERITA RAKYAT NEGARA NEPAL
BERTAJUK: MAHARAJA NEPAL DENGAN BURUNG BUL-BUL DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA, DAN DITAIP SEMULA DENGAN KERAJINAN OLEH: QALAM & TINTA AZIMAT DAN
----------------------------------------------------------------------

Siri Pertama.

PADA ZAMAN DAHULU ada seorang maharaja negara Nepal bernama Maharaja Wu. Baginda mempunyai sebuah Istana yang sangat indah. Di belakang istananyaitu baginda mempunyai se buah kebun bunga yang sangat cantek dan menarik hati sesiapa yang memandangnya.

Pada setiap hari kedengaran bunyi kecauwan burung-bunrung dari pagi hingga petang. Sesiapa saja akan tertawan mendengar kicauan beberung di taman itu. Malah di antara beratus rkor burung itu terdapat saekor burung yang begitu merdu bunyinya diantara burung-burung yang lain.

Baginda amat menyayanginya burung itu. Kerana bunyinya seperti orang berbual atau ingin menceritakan sesuatu , maka Maharaja Nepal itu pun menamakannya dengan nama burung Bulbul.

Saban hari jika Maharaja tidak mendengar suara burung itu terasa banyak kerja yang tidak dapat dilaksanakan.

Setelah Maharaja Nepal mangkat kebun Bunganya itu diminta anakndanya menjaga dengan baik.Tetapi anak raja Nepal ini telah menjadikan tempat orang besar dan maharaja negara luar untuk datang melihatnya. Malah setiap tahun ada saja raja-raja yang datangmelawatnya.

Pada suatu hari anak raja Nepal itu menjemput maharaja Jepun bernama Monosaki datang ke negerinya. Maharaja Jepun telah pergi melawat ke kebun bunga yang termashur dengan keindahannya itu. Malah sering disebut oleh maharaja negara-negara jiran sehingga terkenal di seluruh dunia .
Sambil melewati taman dan juga kebun bunga itu. Maharaja Jepun terdengar bunyi kicauan burung Bulbul itu. Maharaja Jepun amat tertarik dan beberapa kali dia cuba mengamatinya , wah sungguh berbeza dan menarik bunyinya dari burung-burung yang ada di taman bunga itu.

Apabila Maharaja Jepun itu pulang ke negaranya . Baginda telah menulis se pucuk surat kepada anaknda maharaja Nepal itu. Maharaja Jepun itu telah memberi tahu tentang kemerduan saekor burung di taman bunga itu.

Setelah di ketahui oleh anaknda maharaja Nepal itu akan cerita tersebut. Maka dengan segera diarahnya pembesar dan perkerja di taman bunga istana itu berkempul . Lalu dengan murkanya anakanda maharaja yang bernama Wee itu bertanya: “Siapa tahu nama burung yang berbunyi begitu merdu di taman ayahnda beta?Apakah nama burung itu?”

“Ada tuanku, Bulbul namanya.” Jawab seorang pekerja yang setia.
Lantas anaknda maharaja Nepal itu mengarah semunya pekerja di kebun bunga itu mencari burung bulbul yang bersuara merdu itu dengan segera,

BERSAMBUNG.

Hantu Raya berkata...

Video seks: Perhimpunan desak Anwar letak jawatan
30/03/2011 2:41pm

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA BHARU 30 Mac – Lebih 200 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman, mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan video seks didakwa membabitkan beliau.
Dalam perhimpunan kira-kira pukul 11 pagi ini di hadapan Istana Balai Besar dekat sini, mereka turut mendesak kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi memastikan siasatan dibuat lebih baik dan terbuka.

Mereka turut membawa pelbagai jenis banting sambil melaungkan 'Anwar berundur' dan 'Anwar pembelot'.

Aktivis masyarakat, Mohd. Noor Ismail yang mengetuai perhimpunan itu ketika ditemui berkata, dua tuntutan tersebut dibuat untuk memastikan rakyat dapat mengetahui perkara sebenar berkaitan video tersebut.

"Kami meminta Anwar letak jawatan secara terhormat dan suruhanjaya ditubuhkan terhadap video seks itu yang didakwa membabitkan pelacur dari luar negara.

"Demi agama Islam dan maruah Melayu, Anwar perlu meletak jawatan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa tanpa memberikan apa-apa alasan," katanya. – Utusan

KOMENTAR

Hassan Omar dan rahim Tambi Cik pernah di tuduh cerita begini. Demi parti mereka rela berundur. Kini kenapa Anuar enggan berundur sementara diberi laluan untuk ditubuhkan majlis siasatan di raja. Kenapa pas Mat sabu membantah? Adakah pas lebih suka bersekongkol dengan kemungkaran dan menolak usaha UMNO untuk mengujudkan perpaduan?

Al Azhar berkata...

RENTETAN

mata tajam sisipan ombak
gerakan senyuman.
di antara rentak manusia.
aku ingin ulang kembali masa,
untuk melihat senyum dan mata,
di sebalik hembusan asap warga kota
aku ingin pergi selesaikan semua,
beban yang pernah ada,
katakan tiada duga kerana
tiada lebih berkuasa.
aku ingin sebut fahami segalanya,
pegang erat lalu tinggalkan pesta,
sebesar mana tak mungkin
lebih bermakna.
aku ingin senyuman mata malam itu,
tiada kelipan hanya
sedikit kata rentetan

Al Azhar
sajak simbolik

Siti Alia berkata...

GURIS HATI

memang sungguh aku tak daya menahan
kiri dan kanan seribu ujian
teman selalu menguris hati
sana sini ada sahaja air mata
ingin sahaja aku hidup sendirian
tiada teman tiada insan ku sayang
agar hati ini tidak terusik lagi
agar sedih tidak lagi di sini
tapi bila sendiri aku menjadi rindu
rindu pada semua yang ku benci
terlalu rindu pada dia ku cintai
mungkin hidupku bukan di sini

Siti Alia
sajak jiwa2

Orang Lama berkata...

SAYANG ANAK

ayah peluh menitis
kerah segala keringat
ibu tidur tersengguk
uli telur dan tepung
si anak anak senang lenang
goyang kaki tangan
lagak orang senang
tanggung semua orang
ayah titip kasih
ibu belai sayang
anak balas tuba
racun dalam diam
sayang anak tangan-tangankan
kasih anak ajar-ajarkan
simpul kasih sulamkan sayang
titiskan adat simbahkan agama
moga terbuka hati mereka...

Orang Lama
sajak tentang pergorbanan

Lebai Noh berkata...

NAFSU DAN IMAN

Waktu senja melambai tirai ufuk
Kau menghampiri beranda
Membelakangi cahaya samar
Maka basuhlah debu nerakatubuhmu
dengan air wadi dalam tempayan
Tak mengapa, aku tunggu
habiskanlah sisa-sisa kehidupanmu
dalam pinggan sumbing
Tak mengapa,aku tunggu
Setelah seumur hidupku menunggu
Kita langkah seiring ganti purnama
Bertempur diri sendiri berperang
sergah nafsu merempuh barisan iman
kukuh jangan roboh baris mulia!
sampai mentari memanah cahaya
hingga purnama terbang
batalion hitam rempuh
hingga diri tersungkur..
Punah ranah kota jiwa kalah
digoda ayat indah bayangan hitam
kelam gelap membasah iman
kalah! kalah!! aku sering kalahh..
Ya Ilahi terimalah sujudku kembali

Lebai Noh
sajak ketuahann

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Al Azhar dengan sajak terbaru agaknya dan pertama kali juga menulis agaknya? RENTETAN sudah baik bunyi tajuk, Cuma penceritaannya masih lagi lemah untuk disusun dengan lebih lengkap dan berkesan apa mesej pengucapannya. Maaf usaha lagi semoga jaya. Maaf sekadar (SS)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

GURIS HATI oleh Siti Alia pendatang baru dalam blog citra rasa agaknya . Pun masih gemar Bermain dengan kisah jiwa-jiwa . Apa pun pengucapannya bagai rasa tidak tertahan dengan hati luka yang parah dan kecewa. Malah sehingga sangup menyepi diri, agar tidak diganggu lagi. Sebaiknya jika kena dengan susunnya lebih puitis dan menarik bunyinya. Maaf kerana persaingan agak hebay anda layak sekadar unyuk (SS)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

SAYANG ANAK sajak daripada Orang Lama penuh dengan pengalaman pengucapannya ingin memberi peringatan dari pengalaman ibu bapa yang menjaga anak pinak mereka. Dari kecil hingga dewasa, tetapi kekadang berlaku pula kisah duka disebaliknya, bila anak yang dibela telah mendurhaka, sebelum apa yang terjadi ajarilah ilmu mendekati tuhan dan adat budaya melayu patut diamati selalu . Layak untuk (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Lebai Noh dengan sajak perjuangan melawan hawa nafsu diantara hawa nafsu dengan ke imanan.NAFSU DAN IMAN bertemakan sajak ketuhanan. Inilah yang seringa berlaku di dalam gelodakkan hidup manusia menentang segala godan hawa nafsu bagai badai yang berdelora menghentamkan Pantai yang boleh merobekan segala keindahannya. Begitulah keadaanya hidu manusia di bumi yang nyata dan penuh dengan pancaroba, Layak di beri (SM)

Ustaz Saad berkata...

sajak seruan menjaga alam sekitar ke?

Arkenna berkata...

jom ramai2 kita perlihara bumi ini

Nasruq Haqq berkata...

btol tu klu bukan kita sapa lagi nk jaga bumi ni

Ummu Akilah berkata...

bumi kita semakin nazak skrg...

Abul Hassan' berkata...

lps ni nk cadangkan buat gotong royong la di flat aku ni

Bob Kuli berkata...

sama2 kita selamatkan bumi!!!

Saudagar Emas berkata...

menarik sajak ni cintailah bumi kita

Tsn Sri Yunus berkata...

byk dh dalam tv bagitahu kita kena jaga bumi di harap ramai yg sedar

Tok Mahat berkata...

smoga bumi kita kekal sihat

Ustaz Sahzan berkata...

bumi ni pun bernyawa jd kita kena jaga dia jgk

Diana Sanubari berkata...

byk bencana alam menandakan bumi semakin nazak

Nurse Lisa berkata...

di harap kita semua dapat menyelematkan bumi

Inspektor Halim berkata...

jaga kebersihan selamatkan bumi kita

Man Pendek berkata...

wah! maharaja ni suka bela burung ker?

Ah Guat berkata...

maharaja cina suka bela burung? cerita benar ke ni?

dam catur berkata...

wah! mana dia dapat burung pnya byk!

Teksi Manaf berkata...

burung bulbul??? wujud ke?

Salina berkata...

burung hud hud pnh dgr la bulbul x pnh la...

Nuri Jaguh berkata...

kenapa burung tu bunyi lebih merdu dari burung lain?

Tengku Anita berkata...

burung tu org bunian pnya agaknya

Comel berkata...

seekor burung tu pelik la..

Rembulan Senja berkata...

burung bulbul dia dapat dari mana?

Madah Pujangga berkata...

eh! burung tu mmg ajaib la..

Ustaz Nasarudin berkata...

burung jelmaan kot?

Jengking Perak berkata...

burung bulbul mcm mana rupa dia?

Tetamu Malam berkata...

burung bulbul besar mana? mcm burung helang jgk ker?

Nahul Hidzar berkata...

ada lagi x burung tu? cadang nak beli seekor

Ustaz Mahfuz berkata...

burung tu mkn apa? sbb dia lain dari yg lain

Shuhada berkata...

rasanya burung tu datang dari kayangan la

Datuk Hasbi berkata...

burung tu berpenunngu kot?

Suara Rakyat berkata...

burung tu kalau wujud msti berjuta harga dia

Bumi Hijau berkata...

ada lagi x burung tu? kat mana boleh cari?

Nur Atikah berkata...

burung tu nama dia mmg bulbul ke atau ada nama lain?

Siti Hajar berkata...

burung tu biasa2 je burung nuri lagi hebat sbb nuri boleh berkata2...

Brader Joe berkata...

burung tu dia bunyi mcm mana sampai ramai nak?

Datuk Murad berkata...

burung tu rupa mcm mana? teringin jgk nk thu

Halilintar berkata...

burung pandai mengeluarkan lagu merdu burung bulbul ker?

Abang berkata...

ni burung yang keluar perktaan risau ke?

Jalal Rafzee berkata...

burung ni asal dari negara mana?

Jeffry berkata...

aneh dan ajaib la burung bulbul ni