Khamis, 24 Mac 2011

MERANDUK(SS)


sajak pilihan ahli Cr,

Demi cinta kita tak pernah sempurna
kasih ku tak mahu sengsara
tak kenal putus asa,
segala rasa selama ini aku luah,
aku pinta semoga kau
di sana mengadah hati,
seperti aku disini,
sedang terleka meminta pada Ilahi,
agar semuanya berakhir di sini.
kerana sayang walau bukan ini
aku inginkan hati ini
sudah lelah meranduk
sengsara yang panjang menyeksakan.

 
Oleh: Usop Nayan
jiwa2 sikit sajak ni/23 Mac 2011 5:11 PM
 Diterbitkan semuala 23/03/2011.


50 ulasan:

Tinta azimad berkata...

Dicatat oleh Nurimanja di 5:22 AM
Label: Usop Nayan
1 ulasan:



DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Kau punya sajak satu pun kami tak jumpa dalam sajak nkpscr2 kebarangkalian hilang agaknya semasa nak nuri kecil atau jantan terdelek dahulu. Aku pun tak tahu, maaf kami letak sajak suara rakyat Sajak hang cerita jiwa-jiwa pula. Meranduk ini mengharung ke? Susah juga nak terjemah perkataan, bukan merajuk no?Semacam sajak mengharap cinta dibalas saja? Semoga si dia di sana dapat mengerti Amin (SS)

Nurimanja berkata...

INFO AGAMA : SIRI 2 (B)
KENAPA KITA MENJADI BERAT UNTUK KE RUMAH IBADAT MASJID ATAU SURAU? OLEH: EN NURI

SEBENARNYA apa yang berlaku ini adalah bisikkan syaitan yang perlu kita hindari. Semua andaianKita sebenarnya cukup meleset seperti yang diterangkan semalam berbagai andaian dan sangkaan kita selama ini palsu belaka. Tidak ada siapa yang perli kita. Tak ada sesiapa pun yang akan berkata baru nak belajar solat. Semuanya perasaan yang dimainkan oleh syaitan.

Apa yang penting kuatkan semangat. Tekat dan bulatkan hati aku hadiri bukan untuk sesiapa hanya untuk Aallah swt. Insyaallah lama kelamaan ia kan menjadi terbiasa, dan tidak ada lagi rasa bangga atau curiga. Malah lebih mesra lagi bila kita sudah mengenali para jumaah yang selalu hadir setiap 5 kali sehari. Amin

Justeruitu bertekatlah dari sekarang aku akan buang sifat malu dan segan yang sepatutnya tidak perlu ada dalam hatiku selama ini. Mengapa aku engan ke rumah Allah, sedangkan kehidupan aku dibawah kawal selianya selama ini.

Bagaimana aku ingin meminta tolong kepadaNya JIKA RUMAHNYA AKU HADIR SEWAKTU ANGKAT KHUTEBAH NIKAH DAN SOLAT MAYAT BILA NYAWAKU TELAH BERAKHIR.

Apa yang penting aku mesti cari dan berkawan rapat dengan tok iman dan tok bilal atau para ustaz dan orang alim. Aku mesti bertanya sebanyak mungkin apa yang menjadi kemuskilan dalam hatiku selama ini berhubung kait dengan keagamaan yang membebalkan aku untuk beribadat. Aku mesti ungkaikan semua persoalan itu. Agar aku tidak jadi seorang yang malu kerana tidak tahu.

Amat merbahaya jika seorang bapak yang tidak tahu membiarkan keadaannya terus berlalu dan ditambah pula dengan anak-anak yang juga sama , malah lebih teruk daripada ayah dan ibunya. Inilah dinamakan jahil murakap atau kejahilan yang bersusun. Bila perlu kita ungkaikan? Jangan biarkan kejahilan menjadi turun temurun.

Perbanyakan persoaalan kepada orang yang tahu akan berkaiatan dengan agama. Banyak membaca Buku-buku berkaitan dengan agama, dan banyak juga mendengar ceramah dan belajar daripada rasa kesilapan kita selama ini. Apa yang peting kerja ibadat ini amalkan setiap hari, bila pa sudah jadi darah daging yang sebati dengan diri. Insyaallah akan segalanya menjadi mudah. Amin!

BERSAMBUNG ESOK

Mia Safiyah berkata...

BANYAK NIKMAT TUHAN

cuba ambil sehelai kertas
cuba ambil sebatang pen
cuba tulis nikmat
kurniaan tuhan pada kamu
mampukah kamu tulis
rasanya tiada termampu
pasti tiada tertulis
nikmat tuhan tiada batas
terlampau banyak
jika belum yakin
cubalah jenguk seketika
jenguk Al-Kahfi : 109
pasti ada jawapan di situ
apa lagi kau mahu
masih tidak cukup?
masih marahkan tuhan?
masih tidak puas?
bersyukurlah alhamdulillah
terima kasih tuhan…

Mia Safiyah
sajak peringatan

Capricorn berkata...

SAYANG

setiap pagi menjenguk
di hari lalu itu telah tersia.
kerana setiapnya
aku belum langkah ke depan.
masih terantai kaki
pada manis pagi kelmarin.
melupakan kamu bukan mudah sayang
membuang kamu jauh lebih senang.
kamu itu kelmarin
adalah nafas pada jiwa aku.
menyambut setiap reriang pagi
meneman setiap kelam malam.
itu kelmarin saying kelmarin¡­
izinkan aku lerai rantai kaki kaku
berpengganti itu kamu bukan aku
kepalang pedihnya aku
apatah lagi si dia itu
aku pohon ampun tercuit hati kamu.
aku mahu terus pergi.
reda kan lah marah kamu itu saying
salam lena malam ini,
moga mimpi pelangi.


Capricorn
sajak jiwa2 harap2 menang lagi kali ni.. hehe

Pak Haji berkata...

PEMIMPIN KITA

lihatlah pemimpin kita
apa kamu nampak
harta melimpah ruah
rumah tersergam indah
kereta besar megah
makan di hotel mewah
siapa boleh sanggah
nanti kena sergah
pemimpin masa kini
moga senang lepas diri
bila disoal dikubur nanti
lihat pula Salman al-Farisi
gabenor besar sahabat nabi
apa ada cuma sebatang tongkat
sehelai serban besar
kadangkala jadi hamparan
sebuah bekas buat sucikan diri
masih menangis di saat ajal
takut ditanya tuhan
tak lepas soalan
bandingkan sahaja
buka mata seluasnya
wahai para pemimpin
bahumu penuh beban
cubalah kamu ringankan
kamu takkan kerugian…

Pak Haji
buat pemimpin yang x menjalankan tugas

Tan Sri Yunus berkata...

AKU RAJA

akulah raja
raja pada kerajaanku
pada sekujur tubuh kerdil
aku juga nakhoda
melayari bahtera hidup
kemudi arah tuju destinasi
destinasi tiada bertepi
aku juga panglima
kawal bala tenteraku
tentang musuh mendatang
memacu gerak langkah kaki
menghayun gerak capai tangan
mengawal gerak rasa hati
aku juga hamba pada sang pencipta
penguasa alam semesta
tidak pernah terlawan
tidak mungkin terkalah
dialah juga raja sebenarnya…

Tan Sri Yunus
sajak simbolik sikit

Tinta azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Sememangnyalah nekmat tuhan tidak dapat dikira apatah lagi untuk menolak bagi menyedut udara tuhan. Pastinya akan mati jika tuhan tidak mengizinkannya. Dan mana mungkin kita boleh cari dunia lain untuk hidup dan menyedut udara sesegar selain dari dunia yang ada ini.justeruitu belajarlah mengenal erti kesyukuran. Agar Allah tambah rezeki yang berlebihan. Amin, layak sajak selingan (SM)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Kau ini tak habis dengan jiwa-jiwa , berapa banyak kau punya gf? Satu pun nampak tidak menjadi. Kena pasang badan sikit baru gf tak lari, kalau dia yang belanja kau, alamat tidak Lama kelamaan dia pun angkat kaki. Apa-apa pun kau kena selalu menulis cari ayat dan pengucapan yang puitis. Harap maaf terlalu banyak sajak jiwa-jiwa sekadar selingan saja (SS)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Sajak pak haji selingan buat peringatan yang yang mahu mengerti akan cipta rasa dari pak haji. Nasihat yang berguna telah mengajar Pak haji dengan pengalaman dalam kehidupan. Apa yang kita lakukan akan diambil kira semuannya . Pilihlah amal makrup , jauhkan nahi mungkar, perberatkanlah timbangan pada pahala , jauhkan timbangan yang memberatkan kepada dosa. Amin. Selingan seterusnya (SM)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Sajak selingan ini Qalam bagi aku ulas, aku akan cuba tak tahu tanya dia. AKU RAJA sajak Tan Sri Yunus. Membicarakan tentang kekuasaan yang mahu domonopoli semua. Biasanya kerja yang tamat ini akan bertaburan segalanya. Kerana biasanya tidak ada orang yang boleh makan sumbat semua sekali di dalam mulut kemudian telan. Kalau tak tercekek, padam terus. Begitu juga dengan kita sebagai manusia ambil sikit-sikit, kalau tak mampu serah pada orang lain, jangan nak sapu semua. Barjaya keselingan seterusnya (SM)

Jeffry berkata...

wah! sajak usop nayan baru je di hantar trus disiar plak!

Abang berkata...

sajak usop nayan ni dah kalah pun disiar jgk?

Nuri Jaguh berkata...

aku ingatkan merajuk rupanya randuk

Mona berkata...

randuk tu mcm sondol ker?

Usop Nayan berkata...

kenapa siar sajak sy yg ni sajak lama byk lagi

Seri Suri berkata...

wah! untung usop nayan walaupun kalah sajak disiar jgk

Olie Pajutdy berkata...

eh! kalah pun tersiar jgk usop nayan ni?

Seri Suri berkata...

wah! awal btol sajak usop nayan ni disiarkan?

Jalal Rafzee berkata...

wah! tunang aku menang lagi... hehe

Mozaire berkata...

eh! pemburu tu hero ker?

Pak Ngah But berkata...

eh! ada watak pemburu plak?

Putera Damien berkata...

mcm mana pemburu tu thu durban tyu jahat?>

Salina berkata...

padan muka jadi anjing plak! hahaha

Ali Conan berkata...

padan muka tipu org lagi! hahaha

Sharifah berkata...

padan muka org tua miang tu!

Ezad Emir berkata...

eh! dia tukar plak dgn anjing? hahaha

Pak Awang berkata...

hahaha lawak btol la boleh plak tukar dgn anjing

Lagenda Pulau berkata...

hahhahaha mmg lawak la cerpen kali ni

Ummu Akilah berkata...

cerpen kali ni mmg lawak la.. hahahha

Danial berkata...

mmg pelik dan lawak la cerpen ni

Salam berkata...

mmg sempoi la cerpen ni.. hahahahhaha

Harimau Berantai berkata...

padan muka org tu dia gendong anjing plak! hahaha

Malik Wariya berkata...

hahahha mmg lawak la cerpen ni

Wasiril Aswad berkata...

hahahaha mcm mana dia x perasan plak dia gendong anjing

Sudin Ramlee berkata...

mmg terbaik la cerpen dewata ni... hahahaa

Comel berkata...

best2 sambung cepat2 cerpen ni

Tok Mahat berkata...

cerpen ni mmg trbaik la

Salina berkata...

wakakakakakaka mmg lawak la cerpen kali ni

Halilintar berkata...

cerpen ni paling terbaik sbb banyak lawak la.. hahahhahaa

Badrolshah berkata...

untung usop nayan kalah pun sajak tersiar

Ustaz Muda berkata...

eh! ni bukan cerpen usop nayan yg baru ker?

Golok Buta berkata...

cerita pasal masjid bila plak ni? x perasan pun.

Kembara Budiman berkata...

eh! en nuri pun sumbang info la.. x perasan pun dah siri dua dah

Jalil Janggut berkata...

info masjid ni siri 1 mana? ni siri 2 dah?

Mei Ling berkata...

eh! masjid ni apa? tokong sy thu la...

Vijay Kumar berkata...

xthu nk komen apa x thu en nuri tulis pasal masjid ni

Jessica Kim berkata...

masjid tu apa? xpnh pegi pun

Nabil Quldi berkata...

eh! info dan siri 2? mana siri 1?

Si Kecil berkata...

terbaik info ni

Seruling Kelana berkata...

cerita ni cerita benar ker?