Ahad, 20 Mac 2011

BERSILAT



sajak pilihan ahli Cr


 Bertemu buku dengan ruas
Yang mana hebat yang mana pantas
Genggam sang sakti dihayun
Lekas sang helang menepis
Bunga membuka kelopak
Harum langkah bersilang mekar
Mata bermain pandang
Jejak selangkah keris dihunus
Badan tercalar darah meletus
Memanah jeling sang pendekar
Melangkah disanggah
Menghayun dikunci
Bertarung hingga ke pagi
Sampai menunggu siapa yang mati!
sayap putih kecil terlalu indah
hinggap di untaian keladi yang lesu
menyegarkan kembali helaian merah
tiadakata lemparan senyuman bisu
lepasnya sementara dari balang kaca
singgahan menghidupkan semula rasa
bersaranglah di daunan sayap
indah agar dapat ditakung
setiap titisan embun berkilau cerah
dilarik segala angin yang berlalu
dipejam jaga tiada hadirnya mimpi
hasrat melonjak bagai ditampi
disiram tandus tiada pernah subur 
biar rapuh langkah takkan diundur


Oleh: Nasruq Haqq,
Kampar
sabtu/2010 Oktober 5 23:28
 Diterbitkan semula tarikh 21/03/2011.




50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

Sajak berbau perjuangan yang tidak akan henti begitulah masud sajak BERSILAT Oleh Nasruq Haqq. Sadikit masa dahulu ada satu silat yang dinamakan Nasruq Haqq.

Di serawak pulah dipanggil silat kalimah. Dua persilaan ini pernah saya tontoni. Silat Kalimah musuh kena marah, bila dia terkam bagai ada kuasa menghalang, musuh itu secara tak sengaja tumbang dengan sendiri, kalau ada parang jatuh begitu saja , tidak sampai pada sasaran.. Nasruq Haqq pun lebih kurang sama saja.

Apa yang penting disini penulis ingin untuk mengetengahkan ciri penghayatan dalam silat itu, hidup mesti berjuang, masalah kehidupan mesti di atasi, tepis elah, tumbuk, sepak, dan tending terajang, ataupun tunggu saja bagaimana utuk menipisnya. Ataupun cuba berfikiran tenang untuk cuba mengatasi masalah.

Itulah ilmu persilatan bangsa kita Melayu yang perlu diambil kira pengajarannya, tanpa menyerah sebelum kalah. Kecekalan hati dan kekentalan jiwa yang penting dalam menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Seharian.amin

Oleh: Qalam Mutiara.

Hantu Raya berkata...

Wan Azizah perlu akhiri kemelut
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
pengarang@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 15 Mac -Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa supaya menasihati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan DNA berhubung kes liwat agar kemelut yang menjejaskan maruah keluarga dan parti pimpinannya berakhir.
Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau yakin itulah cara terbaik untuk membersihkan nama baik Anwar sekiranya Penasihat PKR itu benar-benar tidak bersalah dan segala dakwaan tersebut hanya merupakan fitnah.
"Malah Wan Azizah juga adalah Presiden yang mempunyai hak untuk menggesa Anwar yang juga Penasihat PKR itu berbuat demikian jika beliau juga benar-benar yakin Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya di sini hari ini.
Fakhrul Azman berkata, beliau bersimpati dengan Wan Azizah yang terpaksa berhempas pulas mempertahankan suaminya itu tanpa asas yang kukuh.
Pihak pendakwa bagi kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar baru-baru ini memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan Anwar menyerahkan spesimen daripada tubuhnya bagi mendapatkan profil DNA untuk tujuan perbandingan.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum ini berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan bagi menentukan sama ada profil DNA yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar atau pun bukan.
Permohonan pendakwaan itu adalah yang pertama seumpamanya pernah dikemukakan di mahkamah negara ini.
Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak di beberapa negeri mengadakan himpunan secara aman mendesak Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyerahkan DNA beliau.
Kata Fakhrul Azman, jika Anwar tidak bersalah, keputusan DNA itu nanti pastinya akan lebih menarik keyakinan rakyat untuk menyokong beliau dan seterusnya mampu memenuhi cita-cita politik Ketua Pembangkang itu.
Petekan akhbar UM.
Berani kerana benar takut kerana salah, Demontrasi hak rakyat, kini sudah terbalik, dulu reforfmasiInilah bahayanya parti anak bini. Tentu rasa berat untuk mengatakan sesuatu yang salah, Apatah lagi ada kepentingan peribadi. Yang sedehnya penyokong, akan bersubahat sama di akhirat nanti....

Haji Hamdan berkata...

nasruq haq ni guru silat ker?

Mat Noh berkata...

guru silat kt mana ni nasruq haq? sbb sy nk hntr anak sy byk tempat dia pergi tp smua x terima dia tp dia minat bersilat ni sy nk halang pun x boleh...

Qalam Musoffa berkata...

sajak mcm nk lawan jer ni?

Seri Suri berkata...

sajak bersilat plak nasruq haq ni?

Haji Khali berkata...

sy pun guru silat jgk di kampung kalau x keberatan nasruq haq ni nak kita beradu tenaga? klu berminat nnt bagithu sy di chatbox

Pak Ngah But berkata...

sy dulu thu la bersilat skrg lama x berhenti x reti dah

Ziarah Makrifat berkata...

sy dulu ada jgk berlajar silat tp sy ketahanan badan x kuat jd sy berhenti dari mengkuti ilmu persilatan ni

Abul Hassan berkata...

selalu org tua2 mmg smua pandai bersilat

Jengking Perak berkata...

rasa mcm nk belajar je silat dgn nasruq haq ni

Halilintar berkata...

sajak mcm marah je nasruq haq ni?

Bob Kuli berkata...

aku kalau org lain aku berani la cabar lawan tp dgn guru silat mmg aku menyerah kalah sbb setahu aku guru silat byk ilmu

Olie Pajutdy berkata...

sajak pasal bersilat pun ada?

Sufian Al Zahri\ berkata...

wah! guru silat rupanya nasruq haqq ni

Tuan Haji Abkam berkata...

pernah beradu tenaga x nasruq haqq? sy pun guru silat dulu tp dah setahu dh sy berhenti sbb lelah

Mona berkata...

azizah tu pun bersubahat dgn laki dia jgk agaknya

Suara Rakyat berkata...

azizah nak pujuk? bertuah la msti dia sebelah laki dia

Salina berkata...

azziah sekali tanggung dosa sbb bersubahat

Danial berkata...

mana la dia berani nak serah DNA nnt kantoi la dia

Badrolshah berkata...

anuar aku rasa mati hidup balik pun dia x berani mangaku

Ali Conan berkata...

azizah tu pun 2 kali 5 jgk la

Angker 13 berkata...

wah! ni baru best ada isi balik dulu kosong

Sulaiman Embong berkata...

eh! isu politik bukan dulu dah siar ker?

Tan Sri Yunus berkata...

rasanya mcm pnh baca sajak isu politik ni

Raja Muda berkata...

wah! sajak guru silat plak?

Angker 13 berkata...

nasruq haqq ni guru silat negeri mana?

Budak Rap berkata...

rasanya anuar x berani la nak serah DNA

Hambali Maliki berkata...

nampak sgt la dia salah sbb dia x brani serah DNA

Sharifah berkata...

mcm nk lawan je sajak ni

Ummu Akilah berkata...

agak ganas sajak ni

Guest berkata...

wah! mcm nk gaduh besar jer

Comal berkata...

mmg layak menang pun

Pak Kassim berkata...

patutlah dia menanng sbb sajak pun terbaik!

Emily Osman berkata...

sajak ziarah makrifat dgn warga emas sama2 hebat!

Ustaz Muda berkata...

nampaknya mmg tiada pertikai mmg layak menang warga emas

Nabil Quldi berkata...

bila la org muda nak menang lelaki dua2 yg menang semua org tua2

Pak Awang berkata...

tahniah warga emas! tajuk pun dah mengancam!

Jalal Rafzee berkata...

warga emas dgn ziarah makrifat sajak sapa lagi baik bagi qalam?????

Danial berkata...

tahniah warga emas~!

Atan Yahoo berkata...

mcm mana la rupa nset warga emas tu? jeles aku

Zainal Arifin berkata...

sajak yg terbaik tahniah warga emas!

Taib berkata...

TERLANJANG BOGEL

mengapa kamu telanjang
mana letak malumu
bila masa kau telanjang?
aku lengkap berpakaian
tutup aurat lagi
fesyen terkini lagi
inilah keanggunan
memang kamu berpakaian
memang kamu anggun
memang kamu cantik
tapi kamu tetap telanjang
kau bikin kami tak tenang
mata kami naik buntang
air liur kami sudah meleleh
kau jamukan pemandangan indah
pada susuk tubuh solidmu
terserlah segala lekuk
terpapar segala lurah
menggiurkan cuba kau tengok
pak aji dah simpan kopiah…

Taib
sajak tentang aurat

Tuan Haji Abkam berkata...

TSUNAMI JEPUN

tsunami nama yang digeruni
dahsyat tidak terperi
jadi igauan ngeri
dahulu di sebelah sini
sekarang jepun dijangkiti
habis hancur benteng kukuh
habis roboh konkrit teguh
tiada yang tinggal lagi
ramai yang hilang nyawa
ramai hilang entah kemana
dibawa arus mengganas
dan mereka yang tinggal
semuanya nampak gelap
semuanya kepanasan
semuanya kehausan
semuanya kelaparan
nantikan kalau ada bantuan
kalau ada yang hati bersih
kalau ada hati prihatin
ayuh sama bantu
mereka tetap sama
makhluk ciptaan tuhan
walau lain kulit
walau lain pegangan
walau lain iman
kita tetap insan
dari insan untuk insan
berikan setitik ihsanmu…


Tuan haji Abkam
sajak tentang kemusnahan

Zuraifah berkata...

MENGUSIK JIWA

hadirmu buat diri tersentak
lagak gaya senyum tawa
seperti dirinya pernah bertamu
di ruangan hatiku
suatu waktu dahulu
terkadang aku terkedu
buat hati tak tentu
lihatmu dari kejauhan
kenangan lama pantas berlegar
di norma fikiran akal
cuba kusisihkan bayangan itu
namun masih tak upaya
akhirnya kubiarkan sahaja
terus bermain di fikiran
kenangan mengusik jiwa
biarkan ia di situ…


Zuraifah
sajak kenangan

Ustazah Janariah berkata...

PENUNGGU AWAL PAGI

hati-hati terjah ke sana
ada penunggu sedang menanti
penunggu awal pagi
berlindung di balik gelap
bertapa di lorong hitam
menunggu mangsa biasa
si tua mata keranjang
si muda hidung belang
si jantan bertubuh miang
bermodal betis bunting padi
berbibir persis Angelina Jolie
berdada mekar meranum rasa
berayat manis luluh jiwa
jaga-jaga semua
jauhi lorong gelap itu
usah terleka terpedaya
ingatilah mulut-mulut mereka
yang kelaparan menganga
minta disuap secubit rezeki
di rumah usah lagi jadi mangsa
bahana si penunggu genit…

Ustazah Janariah
sajak utk gadis yang berpeleseran

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Taib dengan sajaknya telanjang bulat memngisahkan kecelaruan fikiran manusia dengan zaman kegilaannya. Berpakaian tapi semacam tidak berpakaian pula, dalam islam jika ketat dan nampak bentuk sudah dikira aurat dan boleh membakar nafsu maka mengharamkannya. apa tah lagi yang terselak sana dan tersilak sini. Macam baju tak cukup kain. Pak haji pun sangup buka kopian. Kena berastagfar nampaknya (SM)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Tuan haji Abkam dengan sajak Tsunami satu mala petaka yang melanda negeri jepun. Mungkin ini satu peringatan jika manusia mulai lalai dan lupa. Tidak kira bangsa dan agama sekali musibah datang pansti ada kemusnahan, Ini semua buat pengajaran bagi yang masih bernyawa perlulah berwaspada hidup di dunia ini (SM)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Zuraifah dengan sajak kenangan masa lalu mengusik jiwa.Begitulah kebiasaannya dalam kehidupan ini, bagi sesiapa yang pernah melalui alam rumaja. Apatah lagi sesuatu yang menimpa pula ada kesan yang mendalam pada dirinya, tidak kira baik ataupun buruk,namun kisah yang lalu tetap dikenang juga, selagi nadi belum berhenti. Hanya seorang lelaki bernama Taip dapat menyelamatkan anda. (SS)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Ustazah Janariah dengan sajak PAP menceritakan kisah pencari mangsa di awal pagi di tempat sunyi, satu pesanan yang perlu diamabil perhatian buat mereka yang menunggu diperhentian Bas atau sebagainya. Ramai anak muda, penagih dan orang tua pun sama juga yang miang dan mengatal tak tentu hala. Berhati-hati dan awas selalunya. (SS)