Selasa, 29 Mac 2011

WARNA PELANGI (SM)





Sajak pemenang sayembara selingan (SM)


Nampak itu warna pelangi
tempat kita selalu bermimpi
di ketika di siang hari
dimana tempat asalnya
ayuh bersama kita mencari
nampak itu jalan yang lurus
terbentang di ruang nyata
jelas di pandangan mata
mengapa masih menjadi buta
tiada ternampak cahaya
mudah sekali terlencong
terpesong nikmat sementara
yang mundar mandir di sisi
kiri kanan atas dan bawah
sibuk dengan acah mengacah
menarik jiwa yang lemah dan fakir
ikutlah mereka yang kaya itu
kaya  ilmu amal iman taqwanya
itulah pegangan kita insyaallah…

Oleh: Mia Safiyah
sajak ketuhanan simbolik/27 Mac 2011 4:25 PM






50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

Peguam usah persenda mahkamah: Raja Dr Nazrin Shah

(petekan akhbar harian UM)


2011/03/29
KUALA LUMPUR: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah menasihatkan pengamal undang-undang supaya tidak mempersendakan mahkamah selain membantu untuk tidak melengahkan perbicaraan.

Bertitah pada Majlis Konvokesyen Ke-16 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010 Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia di sini, semalam, baginda mengingatkan profesion undang-undang adalah profesion yang dipandang mulia dan elit serta mempunyai peradaban, kesopanan dan etika tersendiri.

“Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, mahkamah jangan sesekali dipersendakan, peguam seboleh-bolehnya wajib membantu untuk memastikan perbicaraan tidak dilengahkan dan peguam juga tidak harus dengan cara yang tidak profesional sengaja menyusahkan pihak lawan," titah baginda.

Raja Dr Nazrin Shah turut mengingatkan pengamal undang-undang bahawa mereka wajib menjadi teladan dengan menjauhi perbuatan yang mengabaikan keadilan.

"Sedarilah bahawa tingkah laku peguam turut diadili masyarakat," titah baginda.

Raja Dr Nazrin Shah bertitah kecekapan mahkamah mengurangkan kes tertunggak bukan saja dapat memastikan keadilan dilaksanakan segera tetapi turut meningkatkan peraturan pengurusan mahkamah di kaca mata umum.

Baginda turut bertitah bahawa negara memerlukan barisan profesional yang cekap dalam bidang undang-undang antarabangsa untuk membantu mempertahankan kepentingan negara di peringkat global.

"Diramalkan, evolusi profesion undang-undang akan berlaku dengan lebih hebat dalam 10 tahun akan datang, iaitu lebih hebat dari kadar yang berlaku sejak seratus tahun yang lalu.

“Kesediaan melakukan perubahan dan merintis langkah pembaharuan adalah satu kemestian kepada semua profesion dalam dunia global yang semakin terangkai ini," titah baginda.

Baginda bertitah, evolusi itu akan terus berlaku dalam menghadapi gelombang baru, antaranya penemuan pesat dalam bidang sains dan kemajuan pesat teknologi dan pengaruh globalisasi yang semakin meningkat membawa perubahan berbentuk persaingan.

"Perubahan demografi penduduk dari segi usia berserta kebangkitan media sosial, perubahan sosial serta persekitaran intelek juga adalah antara evolusi yang menghadapi gelombang baru," titah baginda. – BERNAMA

Komen Anda fikirlah sendiri. Apakan jadi pada nrgara kita, jika ramai mengambil contoh buat begini?

Tok Mahat berkata...

mcm tgh sidai baju sampai bernynayi je dayang ni

Supain Sipaun berkata...

dah kwin ke belum dayang ni?

Bulp Omen berkata...

hahaha sajak jiwa2 plak kali ni

Tan Sri Yunus berkata...

isu ni ada jgk sy utarakan kepada tuan sy mngkin dia khabarkan kepada raja nazrin mungkin

Balqish berkata...

bahaya kalau mempersendakan makhakmah ni

Atan Yahoo berkata...

dorg suka mempersendkan makahamah apa la...

Nuri Kecil berkata...

sijil amalan guaman tu apa?

Kamal berkata...

dorg mcm nk main2 dgn peguam plak?

Hafizudin berkata...

patutnya org mcm ni saman jer

Hasnol berkata...

eh! isu pasal hakim di makahmadh plak?

Bulan Terang berkata...

nampaknya dorg nak hina makhamah plak?

Roy Rashid berkata...

teruklah pambangkang dgn makhamah pun boleh buat main2...

Puteri Bunian berkata...

nampaknya pembangkang dah menjadi2 skrg ni

Jalal Rafzee berkata...

huh! sajak tunang sy tinta x ulas ker?

Pak Awang berkata...

patutlah mia menang sajak dia tinggi jgk

Pak Kassim berkata...

mia je wanita yg beri tentangan sikit sbb selalu wanita pertandingan sajak kalah awal

Busur Berduri berkata...

mia kalah masuk sayembara kalah kot julia nnt? hehee

Ustaz Sahzan berkata...

mia pnya sajak skop luas jgk

Orang Lama berkata...

mia ni org bru tp boleh menang hebat!

Mata Langit berkata...

tahniah buat mia sbb sajak mmg best!

Datuk Borhan berkata...

mia mmg sajak terbaik tahniah!

Tan Sri Yunus berkata...

rasanya sajak sy dgn mia bagi sy mia lebih layak menang

Zainal Arifin berkata...

tunang jalal lebih hebat dari jalal hbis la...

Yusmanira berkata...

tunang jalal pun hebat jgk

Nuri Kecil berkata...

tahniah mia sbb menang!

Jupri Halim berkata...

apesal sajak mia xde ulasan pun?

Tuan Haji Abkam berkata...

mia pnya sajak pun menarik!

Pak Haji berkata...

sajak mia tinggi la mmg xphm

Man Pendek berkata...

wlpn x phm tp menarik jgk bila di bca

Mr Casanova berkata...

sajak mia la yg layak menang tan sri yunus biasa2 jer... hehehehe

Kembara Budiman berkata...

mia xde gmbr ke jalal? hehehehhehee

Ku Dania berkata...

x sangka studnet KUISS pun sajak hebat2

Jalil Janggut berkata...

mia ni org mana jalal?

Warga Emas berkata...

terbaik sajak mia! mmg layak menang!

Ustaz Muda berkata...

tahniah buat mia sajak anda mmg terbaik! untung jalal dpt bini yg berseni jgk

Seri Suri berkata...

beza kalau nak dibandingkan sajak jalal dgn mia ni.. hehehehe

Bob Kuli berkata...

jalal kalau lawan dgn tunang dia ni sajak mia lagi hebat!

Saizul Maizav berkata...

mia ni mmg pecah rekod sbb dia bukan ahli tp sajak tersiar?>

Badrolshah berkata...

tahniah buat mia! anda layak memenanginya!

Dayang berkata...

eh! sajak mia xde ulasan ker

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

WARNA PELANGI Mia safiyah ada kemampuan melahirkan idea, untuk membawa penceritaan yang lain dari yang lain, tetapi masih lemah pada penysunan ayat dan mencari perkataan yang sesusai untuk mencipta ayat-ayat yang lebih
puitis bunyinya. Pengolahan cerita sudah baik, Cuma pada permulanya sahaja, bila di pertengahan dan penutup untuk membuat kesimpulan cerita agak lunggar masih tercari2 untuk menyakinkan.Perlulah anda memantapkan lagi.

Apa-apa pun isi penceritaanya: Mengingatkan kita kecantekan pelangi merentang di kaki langit dengan warna yang cantek dengan kejadiannya yang yunit perlu diambil pengajaran, hasil ciptaan tuhan. Tanamkan cita jangan buang masa kerana waktu sesingkat ini amat merugikan bila hidup tanpa tujuan. Sebaiknya contohilah orang lebih kaya, yang lebih berilmu, kuat beramal dan selalu sahaja bertakaqwa. layak untuk sajak pemenang sayembara selingan (SM)

Budak Surau berkata...

JADI BAIK

bila aku jadi baik
kamu pijak kepala
bila aku jahat sedikit
kamu terus hunus senjata
bila aku bersangka baik
kamu pula naik tocang
bila aku bersangka buruk
kamu terus marah menyinga
bila aku kata putih
kamu palitkan kotoran
bila aku kata hitam
kamu gelapkan terus legam
bila aku tiada peduli
kamu merajuk makan hati
bila aku ambil peduli
kamu buat tak reti
salah serba serbi
kamu sahaja betul

Budak Surau
sajak tak puas hati

Simsalabin berkata...

ADIKKU SITI

kerana aku sayang akanmu
tubuhmu tidak ku gendong lagi
tidak juga harum bibir.
kerana aku mahu jadikan dirimu
lebih pintar dariku
ada waktu-waktunya
kata-kata jadi keras.
melangkahi bukan sedikit
ke daerah jarak dan waktu
ada kesuburan di dadamu
itulah kebimbangan
membubuhi kepalaku bernaung harap.
jadilah seperti ibu
perempuan paling baik,
bukan lahir jadi perempuan sundal

Simsalabin
sajak buat adik angkat sy yg akan berangkat ke KL utk mencari kerja

Shuhada berkata...

HANYA KOSONG

di tengah pekat malam
dalam kelibat bayang hitam
sewaktu sel otak baru mahu lelap
aku tersentuh sekujur tubuh
tidur di sebelahku
tubuhnya keras pejal dingin beku
Ah mungkin mimpi!
tapi dalam segenap ruang benak hati
telah aku sumbatkan
segala fikiran positif
kerana aku mahu hilangkan takut
bila keesokan harinya aku lihat
disebelahku hanyalah kosong?
siapa malam tadi agaknya?
kerana suamiku tidak ada dirumah
atas urusan kerja di luar negara

Shuhada
pengalaman misteri ketiga tinggal berseorangan

Mega Sutera berkata...

JANGAN KECEWA BILA DI UJI

janganlah kau kecewa
merendahkan diri kerana ujian itu
sedang tiap dugaan hadir tiap insan
darjatmu lebih tinggi dariku
apa kau keluh kesahkan
tentang sesuatu ketetapan
yang datang bukan melemahkanmu¡
bukan aku tempat pinta kebahagianmu
bukan sisiku segala kehendakmu
kerana aku tak berdaya dalam hasrat
aku jua lemah dalam perjalanan ini
aku insan lebih kerdil
dari engkau tahu
mana mungkin aku mampu
aku tidak memiliki apa pun
aku hanya ada diri tuhanku
amalanku untuk menyelamatkan
belas kasih tuhan yang membuatku
bahagia hanya ada disisinya¡­.

Mega Sutera
sajak ketuahanan

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Sajak Budak Surau Tajuk sajak INGIN JADI BAIK. Mu ini selalu juga buat ulasan dalam sajak dan cerpen, bagus lagu tu. Tentang sajakmu memang ada isi ceritanya, Cuma cerita biasa, bila sesaorang itu agak susah untuk menilai situasi sebenar dengan gelagat dan tingkah laku manusia ini.Buat baik salah tak buat baik lagi salah, jadi semua sereba salah belaka, kena astaghfar bayak lagu tu. Nanti sakit hati, cepat mati. Harap usaha lagi Maaf Sekadar (SS)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Sajak ilusi atau mimpi HANYA KOSONG oleh Shuhada/ kau jangan buat main nanti suami kau tahu cerita ini, bahaya. Tak akan pula suami kau bela hantu raya . atau ada makhluk asing yang tidur atau orang minyak pukau kau nanya nanti. Kau tak srram ke. Ini bukan lagi sajak ada baiknya kau tulis cerita dekat majallah MUSTIKA. Misteri makhluk asing. Apa-apa pun Ada bakat menulis, maaf cuba lagi sekadar (SS)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Mega Sutera dengan sajak ketuhanannya . JANGAN KECEWA BILA DI UJI pengucapannya bagai ingin berpesan bila seorang itu ditimpa musibah, janganlah mengeluh dan gelabah.kerana semuanya itu ujian daripada Allah untuk menilai kekuatan rasa keimanan kita kepada Allah swt. Melainkan orang beriman yang mengetahui hukum qada dan qadar.Pasti akan dapat mengatasi keadaan begini. Amin ada layak tetapi kerana koata ada 4 sajak jadi (SS).

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Simsalabin ke? Wah! Ini sahabat kementar sukan Viger ini . dua0dua kena gam kasihan korang duk hentam Khalid Jamlus sewaktu wakil negeri perak liga super dalam chenini 15Buat apa. Dalam cosmo pun kau kena. Viger pun dalam perhatian dalam blog Cr ini. Tapi dia rajin meninjau blog orang lain. Dia tak ada kini ahli pun kurang.. Sajak kau ini elok kau suruh dia baca sajak en nuri bertajuk WARNA YANG DITEMPAH atau burung putih . Kami benar Anda layak (SM)