Selasa, 15 Mac 2011

DUA JURURAWAT BERMOTOSIKAL




Dua orang jururawat
menganti sorang bidan kampung
aku lihat berlegar-legar dengan motornya
mungkin mencari alamat rumah kediaman agaknya
siapa pula yang cukup bulan atau mahu melahirkan
anak sulung atau anak yang keberapa pula agaknya?
yang membuyut bawa perut ramai juga di kampungku ini
tunggu bulan, minggu, hari waktu ketika untuk melahirkan.


Sesekali comel juga
aku lihat pakaian mereka putih
bagai bidadari turun dari langit gayanya
tugas murni yang mereka pikul amat mencabar
dengan uisa yang belum bekhawin dapat mengelola
mengatasi mak bidan tua kampung yang berpengalaman
yang telah menyambut dan menekan perut beribu wanita
di zaman aku keil-kcil dahulu,cukup mengkagumkan hatiku.


Oleh: Nurimanja,
dari celah jendela kaca
sajak komedy buat ahli dan Pb Cr.
tidak sesuai untuk sayembara puisi citrarasa
catatan petang hari jam 4. 14.03.2011





50 ulasan:

gELETEK pAGI berkata...

POLITIK
Anwar tak layak desak rakyat hentikan demonstrasi

SHAH ALAM 15 Mac - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk mendesak mahkamah mengambil tindakan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman di seluruh negara bagi mendesaknya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, sebelum ini Anwar adalah individu yang paling lantang kononnya memperjuangkan hak kebebasan bersuara untuk rakyat di negara ini.

"Bukankah budaya demonstrasi ini diamalkan oleh Anwar sejak beliau menuntut di Universiti Malaya (UM) lagi?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan peguam Anwar, Karpal Singh yang memohon kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengendalikan perbicaraan liwatnya dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkaitan DNA dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Anwar juga memohon supaya dua media tempatan iaitu akhbar New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia dikenakan tindakan mahkamah kerana menyiarkan laporan tentang demonstrasi itu.

Sementara itu, Hamidzun berkata, sikap berat sebelah yang ditunjukkan Anwar itu membuktikan yang beliau telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Pembangkang di negara ini.

"Apabila terkena batang hidungnya sendiri, beliau dengan angkuhnya memarahi rakyat yang bangkit menentangnya," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, tambah Hamidzun, GAPS bersedia untuk menganjurkan demonstrasi berskala besar untuk terus mendesak Anwar supaya beliau tunduk kepada proses perundangan negara.

KOMEN GELETEK PAGI

Nah! Dulu Reformasi kini demontrasi
pula, senjata makan tuan INILAH BAHAYA BUAT PARTI ANAK BIINI.

Lelangit Biru berkata...

hamba allah ni sajak apa plak ni?

Tinta Bayu berkata...

sajak persahabatan ke jiwa2 ni hamba allah?

Umar Haslam berkata...

sajak mcm psal sahabat jer

Diana Sanubari berkata...

sajak jiwa2 ker ni?

Pejuang Islam berkata...

sajak menarik jgk hamba allah ni

Emily Osman berkata...

sajak pasal apa ni hamba allah?

Comel berkata...

menarik jgk sajak ni?

Nurse Lisa berkata...

sajak ni en nuri buat kat sapa? sy pun hari isnin dulu mcm ni jgk pusing2 kat taman cari rumah x jmpa bila dah jmpa wanita tu dh bersalin?

Nuri Jaguh berkata...

eh! sajak pasal nurse plak?

Bulan Terang berkata...

sian kat nurse tu cari rumah x jmpa

Ustaz Nasarudin berkata...

wanita nak bersalin tu bagi alamat silap la kot?

Salam berkata...

wah! sajak mcm ni pun ada? hebat!

Roslan Bidin berkata...

sajak senang plak kali ni dari en nuri

Karim Ghani berkata...

akhirnya mereka jmpa x rumah tu en nuri?

Saizul Maizav berkata...

ha! sy pun ada tgk jgk nurse tgh dok cari2 rumah tp sy x tegur plak dorg tu nak cari rumah sapa

Teksi Manaf berkata...

hehehe lawak plak nurse ibarat bidadari

Madah Pujangga berkata...

sian yg sarat mengandung tu nurse x sampai2 lagi

Syakila Adnan berkata...

harap2 mereka jmpa rumah tu

Pak Awang berkata...

kenapa x panggil ambulans je senang dari panggi nurse ni

Geletek Malam berkata...

sian msti menjerit kesakitan org yg nk beranak tu?

Haji Atang berkata...

nnt bila dah sampai rumah tu tgk2 wanita tu dah selamat bersalin

Mak Mah berkata...

eh! kenapa x panggil bidan lagi senang sbb nurse ni susah sikit

Datin Maimun berkata...

bidan dan nurse? sy lebih selesa bidan

Putera Damien berkata...

sy dulu msa bersalin tunggu nurse lambat sampai panggil bidan saja

Mei Ling berkata...

eh! habis la nasib pesakit tu

Lukiee berkata...

kalau nurse lambat sampai pesakit lagi la sakit

Arkenna berkata...

eh! nurse tu silap tgk alamat kot?

Abul Hassan berkata...

kenapa x tanya org kat situ?

Muhamad Akmal berkata...

wah! ada jgk parti baru GAPS

Hantu Gigi berkata...

patutnya sumbat je anuar dalam ISA

Hadi Hamzah berkata...

anuar ni teruk la bila dah tersepit mcm2 dia buat

Nakhoda Belantara berkata...

eh! anuar ni masih kena tangkap lagi ker?

Keris sakti berkata...

alamak! anuar ni mcm2 muslihat dia

En Sanusi Rostam berkata...

smoga 1 hari tembelang dia terbongkar nnt

Jengking Perak berkata...

kenapa x keluarkan waran tangkap kat anuar ni?

Tan Sri Yunus berkata...

minggu lepas sy dh beritahu kpd tuan sy pasal isu di blog en nuri ni dan alhamdulilah tuan sy dh maklum kepada najib tentang anuar ni dan disiar jgk dalam tv minggu lepas kalau ada yg perasan la

Sufian Al Zahri berkata...

aku suka komen hantu raya pedas2 belaka

Zainal Arifin berkata...

tahniah hantu raya kerana berani membidas si anuar ni sbb aku ni penakut sikit nk hentam dia

Suara Rakyat berkata...

dulu kata kat org kroni bila di pikir balik anuar ni parti anak bini

dam catur berkata...

geram tgk hari2 anuar terlepas dari aduan

Jalal Rafzee berkata...

KUMPULAN A

1 USTAZ SAAD
2 SUFIAN AL ZAHRI
3 nabil quldi
4 mat noh
5 siti hajar
6 julia
7 puan rosnah
8 mak mah

KUMPULAN B

1 Zainal Arifin
2 sulaiman embong
3 ustaz omar sharif
4 warga emas
5 mei ling
6 Dayang
7 tengku anita
8 srikandi juwita

Sulaiman Embong berkata...

RUNCING BULUH

runcing buluh itu
tembus ke jantung epal
memegang retak cermin
api pernah marak menjulang
membakar habis-habisan
abjad-abjad yang berbaul
dalam warkah hanyut tintanya
dibasahi hangat paling dalam
setelah nafsu terpenuhi
manusia hilang sifatnya
akal mati di tangan sendiri
zuriat yang diberi nyawa
mati dalam berita media massa.
setiap dari kita
pendosa masih bernyawa

Sulaiman Embong
sajak simbolik

Warga Emas berkata...

ILHAM

Demi kamu yang diberi ilham
untuk berkata-kata mempersona
teruja dengan keindahan
menghargai alam Tuhan
Tiada pada mata yang lain
Tiada juga pada hati lain
Tiada jemu terus memuja,
dengan telus kecantikan bulan,
Kehangatan mentari
bagaimana sinar bintang
Juga perjalanan dari ufuk ke ufuk
Tentang dinginnya malam
Tentang siang membahang
Demi kamu selalu mengilhamkan
Menggambarkan cinta
pada setiap baris kata
Mengembalikan rasa
dalam jiwa yang parah
Walau tak terluahkan.

Warga Emas
sajak simbolik

Zainal Arifin berkata...

BUAT YANG TELAH PERGI

enjin motor itu lama
tidak menderum bunyi
ketayap itu lama tidak dipakai
raket badminton itu lama
tidak disentuh lagi
kerusi malas itu lama disimpan,
tidak di duduk menanti
kain pelikat hijau
masih di dalam almari
baju melayu kuning
masih terlipat rapi
botol minyak wangi cuma menghiasi
gambaran mata aku si cucunya
ini kadang-kadang hati
masih inginkan dia disini
tapi tak apa di sana
ada menemani aku cuma kirimkan
bingkisan doa suci
di hari bapa mahupun hari-hari

Zainal Arifin
selepas membuat tahlil kepada atuk di kampung

Ustaz Omar Sharif berkata...

BUKAN UNTUKKU

suasana sepi seolah
kita bersendiri
kita sama kelu pada saat ini
mungkin kerana celaru di hati
antara kita ada lagu bernyanyi
seperti bercerita tentang hati
tentang aku tentang kamu
sayang saat ini aku sangat takut
andai sesaat mendatang
tak lagi kita punya waktu sebegini
yang sememangnya aku impi
kerna kau mungkin bukan untukku...

Ustaz Omar Sharif
sajak lagenda dahulu

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

Sajak BUKAN UNTUKKU mungkin memori lama yang digarafkan seakan semcam jiwa-jiwa juga bunyinya bila berpandukan kepada tajuk ini, ternyata keinginan kita untuk jatuh hati bukan hak kita, atau pun ada rasa ingin mengetahui, dengan kata lain bukan jodoh kita. Apa apa pun pengucapan ini terlalu biasa buat mereka yang pernah melalui alam rumaja, tidak kira lelaki atau wanita,Cuma ceritannya saja yang berbeza,Tetapi sayang penceritaan kali ini terlalu biasa dapat mengemukakan penyapaian lain dari yang lain. Harap maaf ada persaiangan yang lain lebih mengancam, sajak anda terpaksa dikeluarkan (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

BUAT YANG TELAH PERGI sajak Zainal Arifin, terasa bagai kehilangan ilham yang boleh mencabar,walaupun penceritaan ini kisah benar, sajak berthemakan kesedehan dan kenangan
Ini sukar untuk disusun ayat yang lebih kareatif dan terlalu susah menjalingkan bait-baityang puitis, maliankan sekadar bercerita mengambarkan suasana yang berlalu dan tertinggal sebagai kenangan. Ternya penyampaian kali ini kurang menyengat daripa sajak-sajak anda sebelum in. Harap maaf kerana ada dua sajak persaiangan yang lebih mengancam pengucapannya sajak anda terpaksa diketepikan. Usaha lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

ILHAM sajak Warga Emas yang punya banyak pengalaman dalam kehidupan pasti sumber kejadian alam menjadi imperasi ilhamnya untuk menulis dan merenung dengan pengambilan bahan alam semulajadi dari keindahan felora dan fauwana sekeliling. Apa yang dijadikan tuhan itulah yang melahirkan ilham buat yang suka berfikir dan boleh memberi lebih kuat keimanan, dengan melihat, merenung segala macam ciptaan Allah dimuka bumi ini, boleh mengagungkan keesaan dan kebesaran tuhan dengan berkrayti dalam berbagai bentuk dan thema penceritaan yang boleh diketengahkan. Syabas! Anda layak dicalunkan seterusnya (TP)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

RUNCING BULUH atau BULUH RUNCING oleh Sulaimana Embong saya masih melepasi suku akhir, apa-apa pun sajak simboliknya kali ini agak berbeza agak lebih berani dan kental pengucapannya juga penuh puitis yang diharapkan buat khalayak membacanya.Walaupun isi penceritaanya agak samar dan bersimbolik. Apa-apa mesej yang hendak disampaikan kisah jagat manusia yang memandang sesuatu bagai buluh runcing yang ada perasaan tamak haloba dan berniat untuk merampas dan menguasainya, inilah cerita dari zaman dahulu hingga sekarang, manusia dengan watak dalang dan petualang dalam kehidupan ini, pasti ada dimana -mana saja.Tanyalah pada diri kita sendiri, perlukah kita hidup di dunia ini jadi seorang pengamal dosa? Syabas SE. Sajak anda layah dicalunkan untuk sayembara seterusnya. (TP)