Isnin, 14 Mac 2011

WARNA YANG AKU GUNA



sajak pilihan ahli Cr.


setiap kita melukis kisah sendiri.
atas kanvas yang Tuhan beri.
kamu, warna yang paling aku gemari.
khas aku mewarna bahagian cinta.
Jadi, aku mewarna dengan hati-hati.
agar nanti kau mampu tersenyum,
melihat lukisan itu
cantik tercorak oleh kamu sendiri.

 
Oleh: Golok Buta
di pulau langkawi
12malam  Jumaat, 19 Mac 2010
Diterbitkan semula 14/03/2011.





50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

Muammar Gaddafi beri reaksi usaha luar kuat kuasa zon larangan terbang

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menuduh Barat mahu merampas minyak negara itu ketika memberi amaran rancangan mereka menguatkuasakan zon larangan penerbangan akan memakan diri kerana tenteranya terus menyerang pemberontak menyebabkan beberapa kemudahan minyak terbakar.
“Negara penjajah sedang merangka rancangan untuk memalukan rakyat Libya dengan menjadikan mereka sebagai hamba abdi dan mengawal minyak,” kata Gaddafi di televisyen kerajaan.

Beliau sekali lagi menuduh al Qaeda dalang di sebalik pemberontakan yang bermula sejak 15 Februari dan menggesa penduduk membebaskan bandar kedua Libya, Benghazi yang ditawan pemberontak.

Kerajaannya turut menawarkan AS$410,000 (RM1.24 juta) sebagai hadiah bagi menangkap Mustafa Abdel Jalil, ketua majlis pemberontak yang mengiktiraf dirinya sebagai wakil negara Afrika Utara itu di Benghazi, Sabtu lalu.

Di timur Libya, tentera kerajaan mendekati pertahanan pemberontak di Ras Lanuf dengan melancarkan bedilan ke pusat bandar berdekatan hospital dan mengebom sebelah baratnya selain meneruskan serangan udara.

Roket Katyusha dan mortar menghujani kawasan padang pasir di kedua-dua belah lebuh raya.
Pemberontak dilaporkan berundur ke timur menuju Ras Lanuf, manakala yang lain terus maju ke depan dengan hanya berbekalkan raifal Kalashnikov.

Kira-kira 10 roket ditembak daripada bangunan kerajaan ke sebuah dusun tiga kilometer barat Ras Lanuf yang menyebabkan pokok terbakar.

Sementara itu, Perancis menjadi negara pertama yang mengiktiraf pihak pembangkang Libya sebagai wakil yang sah dan akan menghantar duta ke wilayah pemberontak.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengambil inisiatif itu ketika kepimpinan Kesatuan Eropah (EU) masih teragak-agak untuk mengiktiraf pemberontak Libya.

Persidangan pemimpin EU hari ini (Jumaat) akan terus membincangkan krisis Libya.

“Perancis mengiktiraf majlis peralihan nasional sebagai wakil sah rakyat Libya,” kata wakil pembangkang, Ali al Issawi.

“Berdasarkan pengiktirafan ini, kita akan membuka misi diplomatik, yang mempunyai kedutaan sendiri di Paris dan duta Perancis akan dihantar ke Benghazi,” kata pemimpin itu. – AFP

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen

salehhuddin wasli
Dah terang lagi bersuluh..apa yang jadi pada Iraq,Mesir,Afganistan semua ini adalah angkara US dan sekutunya..Negara Arab lain pun akan menerima nasib yang sama..tunggu dan lihat sahaja

Ariff
ini lah yang berlaku apabila Pemimpin mementingkan diri sendiri dan kuncu2nya.

heikal
mungkin ada yang tidak sedar yang bekalan miyak barat dah semakin kurang...sebab tu barat selalu nak masuk campur urusan negara orang lain seperti Kuwait, Iraq, Iran, Somalia dan sekarang ni Libya....sebab negara2 ini ada kepentingan kepada diaorang...cuba negara yang macam Palestin...kenapa sampai sekarang diaorang tak masuk campur?...sebab negara tak ada kepentingan...tidak mustahil juga satu hari nanti negara kita yang tercinta ini akan dimasuki oleh mereka juga...memandangkan ada diantara kita masih tidak mahu bersatupadu....suka sangat nak pecah belahkan masyarakat....

M Ridzman
Negara Islam kene tolonglah...tgk aje ke OIC PETEKAN AKBAR SAJA,

Golok Buta berkata...

nmpknya pengemis lagi kaya dari kita!

Cikgu Zuki berkata...

eh! kalah gaji guru pengemis skrg nampaknya!

Pak Bostamam berkata...

sbb tu sy was2 nak beri derma skrg

Diana Sanubari berkata...

skrg byk yg menipu pasal derma ni

Nurse Lisa berkata...

sbb tu org susah nak bagi derma sbb byk menipu

Dayang berkata...

kdg2 kita kesian sampai tertipu dgn mereka ni

Inspektor Halim berkata...

sy pernah jgk masa trafiic light ada org berbalut kaki melintas di hadapan kereta sy punya lama konon2 nak minta simpati la bila sy mula nak pecut kereta terus dia lari! penipu rupanya kaki dia x patah!

Dayang berkata...

skrg ni byk menipu dalam derma ni serba salah nak bagi ke x?

Ziarah Makrifat berkata...

sy selalu jgk didatangi penderma smua sy bagi sbb sy derma ikhlas kalau dia tipu tu antara dia dan tuhan

Raja Muda berkata...

itulah pasal rakyat malaysia ni pemurah sgt sampai semua pengemis boleh jd kaya

Harimau Berantai berkata...

aku skrg meluat smua pengemis sbb aku pernah kena tipu aku derma hari ni kat dia esok aku jumpa dia main judi kat TOTO! cis!

Saizul Maizav berkata...

kat tempat aku ni byk derma rumah ke rumah! yg peliknya kondo ada blok aku jugak dorg dtg!

Sharifah berkata...

kdg2 pengemis ni memalukan negara saja

Ustaz Rahman berkata...

mmg kesian kat pengemis tapi kalau bagi mereka berjudi kita yg tanggung dosa

Mat Noh berkata...

jgn derma kat pengemis sbb byk menipu nak derma? derma sahaja kat masjid dapat pahala

Orang Lama berkata...

kebanyakan pengemis ni org asing

Atuk berkata...

org asing la yang buat malu malaysia sbb mengemis kat sini

Warga Emas berkata...

pengemis ni kebanyakan di beri walfare xkn x cukup lagi?

Pak Ngah But berkata...

kalah pencen selama 50thn ni sbb sbb gaji pengemis lagi byk!

Intan berkata...

pengemis skrg susah nak tentu sbb byk penipu dari btol!

Hadi Hamzah berkata...

kdg2 bila nak bagi tu rasa serba salah takut dorg guna duit tu ke lain?

Pak Awang berkata...

sy pernah menderma ingatkan utk anak2 yatim rupanya mereka guna utk berkempen politik hentam kerajaan! menyesal btol

En Sanusi Rostam berkata...

sy bru tadi pagi ada org datang minta derma depan pejabat depan perkeja saya plak kalau tak beri nanti semua perkerja kata sy kedekut plak sbb selalunya jalal yang bagi dia duit? last kena jgk derma RM30 sbb xde duit pecah masa tu tak tahu la dia guna duit tu beli apa? harap2 bukan benda haram...

Hambali Maliki berkata...

org minta derma dgn pengemis dua2 aku x suka!

Haji Hamdan berkata...

kdg2 mengemis ni pandai jgk masa dapat gaji la dorg mula nak mengemis!

Sufian Al Zahri berkata...

pengemis ni patut rasa malu la sikit minta duit kat org mcm tu

Yusmanira berkata...

xkn xde kerja lain kot asyik mengemis saja?

Latif Bomba berkata...

aku xthu nk kata pasal libya ni sbb aku jarang mengikuti perkembangan luar negara?

Haji Khali berkata...

eh1 dulu mesir skrg libya plak ker?

Pedang Kesatria berkata...

eh! libya pla nk jadi huru hara selepas mesir dulu

Nuri Jaguh berkata...

eh! ada pegolakan di libya plak ker?

Ustaz Muda berkata...

wah! hantu raya thu jgk pasal luar negara ni

Nuri Kecil berkata...

hantu raya msti byk membaca ni pasal luar negara pun dia thu

Putera Damien berkata...

harap2 libya x jadi mcm mesir hari tu

Roy Rashid berkata...

aku nk kata pasal luar negara ni sbb x minat sgt

Rzak ABu berkata...

mcm wartawan luar negara plak hantu raya ni? hehhee

Zain Issac berkata...

harap2 viger dtg bali lps ni

Dang Anum berkata...

viger bercuti berapa lama?

Tanpa Nama berkata...

cuti tanpa gaji ke viger tu?

Atan Yahoo berkata...

sian viger pergi membawa diri plak? hehe

Warga Emas berkata...

ANGIN INDAH

akan tiba BULAN mahu memBISU
ada ketika BINTANG sekadar terpaku
GERIMIS mengiring MALAM ini
walau tiada MENDUNG dilangit itu¡­.
bila BULAN mahu memBISU
AKU akan berkata-kata
bila BINTANG terus terPAKU
aku akan berKELIP-KELIP
bila gerimis itu masih MENITIS
SABARlah menunggu PAGI
MATAHARI datang mengHADIAHkan
PELANGI indah nanti¡­.

Warga Emas
sajak simbolik

Abang berkata...

TIGA HARI

Semalam¡ Sedar dari terleka
Dikejut dunia Bangkit dari lena
Rupanya tiada Kosong belaka
Walau masing-masing telah mencoba
Tak mungkin seiring sekata sehala
Kelmarin¡­
Tertidur, terbuai, termimpi
Asyik dengan khayalan
Terbawa dengan angan
Tersangka punya harapan
Terlupa tiada haluan
Terhanyut dengan arus kebahagiaan
Tak duga tiada benarnya sementara
Tak duga hanya satu merasa
Sekarang¡ Tiada kata Tiada mimpi
Tiada bahagia Tiada harapan
Cuma nafas detak jantung
Cuma teruskan perjalanan
Cuma cuba sampai ke hujung segala

Abang
sajak dgn bantuan atuk sy tapi tolong masukan ayat puitis

Satria Juragan berkata...

TIADA SIAPA YANG TAHU

Sejak pertama kali aku mengenalimu
Hatiku mengatakan kau
seorang baik budi pekertinya
Pabila kau berbicara denganku
Hatiku berdegup kencang
Pabila sepasang matamu menatapku
Hatiku menjadi tidak keruan
Hatiku tertanya-tanya
Mengapa aku jadi serba tidak kena
Pabila diriku berdepan denganmu
Pabila aku keseorangan
Perasaan rindu menjalar
di segenap jiwaku
Rindu untuk menatap wajahmu
mendengar bicaramu dan kehadiranmu
Apakah ini dikatakan perasaan cinta
Aku tidak tahu
Mungkin ya mungkin tidak
Biarlah masa ymerungkai segalanya
Biarlah takdir yang menentukannya

Satria Juragan
sajak jiwa2 sikit harap2 menang

Ustaz Omar Sharif berkata...

NAGA

lama sudah kamu tidur
baru sekarang kamu sedar
sudah berabad kamu membisu
baru sekarang kamu mencelah
kesannya cukup hebat
bawa gelombang penuh dahsyat
baru terlihat taringmu
rupanya tajam bisa mengoyak
baru terlihat kukumu
rupanya ampuh bisa merobek
baru terlihat kuasamu
rupanya hebat bisa menggugat
agaknya inilah masanya
yang termaktub sejak dahulu
naga-naga telah mula bangun
naga-naga timur mula sedar
naga-naga barat mula gelisah
tatkala semua mereka kecut
tatkala semua sedang gusar
dan jika benar begitu
kita sudah diakhir waktu¡­

Ustaz Omar Sharif
sajak simbolik sikit

Salam berkata...

best jgk sajak ni

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

Sajak NAGA atau sang naga tapa. Oleh Ustaz Omar Sharif kali ini membicarakan tentang bincana Alam atau mala petaka yang agak dahsat yang sering digambarkan dalam cerita lagenda zaman dahulu kala. Begitilah sajak simboliknya naga disini mungkin tsunami yang melanda kepulauanJepun ,china, tauwan dan kawasan rantau asia ini. Begitulah hebatnya bila tuhan menurunkan bala atau musibah yang mungkin kita tidak sedari maksiat yang kita lakukan atau kerja kemungkaran yang ter;lalu berluasa, malah ada pula yang sanggup bersekongkol dan bersubahat menutup kelemahan dan kesilapan kawan yang mungkin ada habuan untuknya. Sajak ini ada persaiangan dengan sajak dari Abang bertajuk TIGA HARI. Kerana perbicaraan dan pengucapannya ada kelainan ianya layak untuk dicalunkan seterusnya (TP)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

Sajak TIADA SIAPA YANG TAHU oleh Satria Juragan membicarakan bertemuan buat pertama kali dengan seorang yang mungkin tergoda di hatinya, bagai rasa tidak terdaya untuk berkata, sehingga degup jantungnya berdebar kencang, malah melilah mata menjadi gelisah. Lantas datang rindu dan berputik cinta, adalah terlalu biasa penceritaan ini, jika anda dapat mencuritnya dalam bentuk simbolik dan lain dari penceritaan biasa pasti akan boleh diterima, lihat saja sajak, Mah mah, Dayang, Mei Ling dan Nabil Qurdi, setakat ini ada rasa kelaianan walaupun diketogerikan sajak jiwa-jiwa. Harap maaf terpaksa ditolah (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

TIGA HARI sajak daripada Abang membicarakan tentang kehidupan yang kebangkalian agak umum, boleh dikatakan politik jalan tengah. Mungkin juga boleh dikatakan tiga sahabat atau parti yang memasing berfakat tetapi di dalam hati ada cerita yang mimpinya lain-lain, terlalu banyak berkhayal akirnya lalai dan leka, mula memutar kata, dan mula rasa percaya tidak percaya.masing-masing punya tujuan hala dan agenda yang belum nyata.Penyusunan sajak baik dan penceritaanya boleh diterima. Kerana ada persaiangan TIGA HARI tajuknya kurang tepat, mungkin ada tajuk utama yang lebih sesuai, malah penceritaan ANGIN INDAH juga menghuraikan tentang politik juga salah seorang terpaksa tersingkir Harap maaf sajak anda boleh dicalunkan, tetapi kerana pemelihan perlu dua saja anda terpaksa di keluarkan (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

Sajak ANGIN INDAH membicarakan tentang politik tanah air yang kini nampak semancam sepi sang bulan, bagai terasa serba tidak menjadi, dibangkit berbagai isu dan cerita terutama tanah felda , harga padi subsidi, tanah bumi di serawak, minyak petronas. Begitu juga dengan Si bintang gila, bagai terpaku tidak dapat berkata, tomah dan retoreknya kini kian hambar, buku hijau seratus hari juga bagai cerita mimpi disiang hari.Tambah marah bila edola yang dipuja enggan pula mengangkat sumpah laknat dan tidak membenarkan DNAnya di ujikaji dan pereksa. Kini cuma menunggu pagi dan angin indah bersama sang matahari bersinar memberi cahaya cerah buat satu Malaysia. Layak dicalunkan seterrusnya (TP)