Rabu, 2 Mac 2011

PARKING



sajak pilihan ahli Cr.


Tempat parking penuh keliling
mengapa sini kau pilih
mengapa di belakang si kecilku
mentang-mentang bawa mercedes
berlagak tinggikan hidung
terimalah hadiah ikhlas
dari hatiku yang panas
dua pucuk paku keramat
buat hiasan bunga tayarmu...

 
Oleh: Brader Joe
kerana berbalahan
dgn penduduk di perumahan
9pagi/2010 Julai 24 06:02
Diterbitkan semula 2hb  Mac, 2011





50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAMBUNG

8. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.9. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

10. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

11. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

12. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

13. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

14. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

15. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

16. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka. (BB)

Berita dari blog mantan bekas PM Dr M

Tinta Azimad berkata...

ULASAN:

Brader Joe dengan sajaknya
yang agak lucu tajuk PARKING dalam kemarahan boleh pula tulis sajak dengan edia nakalnya, mengajar orang yang sumbung dengan dua batang paku apabila merebut tempat letak kerita. Begitu juga di air itam bila ada orang baru sewa flat air itam PP. agak sombong, ini kisah lama dia orang bakar kereta dia. Yang peleknya siapa pun tidak tolong. Jangan sumbong duduk tempat orang.Sepatutnya Berbincang dengan baik dan berhemah. Di khuatiri satu penganianyaan, berdosa pula.

Oleh; Qalam Mutiara 23 Julai 2010 4:59 PM

Balqish berkata...

PADAM API

terima kasih kerana sepimu
menjadikan aku
belajar melupakan dirimu itu.
terima kasih kerana seksa ini
menjadikan aku
belajar mencari silap diri ini.
bersama gelap kupadamkan api
tiada wajah bayangmu lagi.
terima kasih itulah hadiah cintamu
akan kubawa dalam setiap nafas ini.


Balqish
sajak jiwa2 sikit

Hajjah Jamilah berkata...

DI PINTU KHALIQ

di pintu al-Khaliq
aku menulis pengakuan ini
sesungguhnya aku manusia
terzarah dari kewujudan tanah
seperti siang berapikan haba
aku tiada tercukup tanpa malam berbulan bintang tenang
di pintu al-Khaliq
dalam waktu kian padu ini
aku memohon suatu penangguhan
agar kewujudan aku ini
tercukup sebagai hambaMu
yang lebih baik.

Hajjah Jamilah
sajak tentang keinsafan sebenarnya ni sajak suami haji abkam sy tp dia beri kebenaran sy gunakan

Ku Dania berkata...

LETIH

mungkin aku masih tak pasti¡­
inikah pilihan hatiku..?
walaupun aku menyintai sepenuh hati
seluruh jiwa adakah kali ini
hatiku benar? memilih insan
tahu menghargai? atau hatiku
masih memilihinsan salah¡­
insan yang melayanku
seperti di hujung kakinya..
aku dipijak dipijak dipijak¡­
dilayan bagaikan sampah¡­??!!
tak pasti aku kan dicintai¡­
sepertimana kumencintainya¡­
biarlah masa menentukan¡­
hanya masa menentukan
sama ada aku kekal dengan cintaku
atau ku kan melangkah pergi
walaupun sayang masih di hati¡­
kerna aku bukan seorang gagah lagi¡­
menghadapi rasa kecewa dan disakiti
aku letih dengan semua itu..
letih dengan perasaan itu¡­.

Ku Dania
ni bukan sajak sy tp kwn punya dia bukan ahli jd sy ambik sajak dia utk sayembara bulan mac ni

Puan Rosnah berkata...

DIA BUKAN LAGI

dia bukan lagi gadis cengeng
seringkali marah bila tesadung kaki
dia bukan lagi gadis amarah
sentiasa memuntahkan lahar
di setiap kemarahan
dia bukan lagi gadis manja
yang meliuk lentok bahasa tubuh
dia bukan gadis dikenal dulu,
pada dasarnya luarnya
fizikal terlihatkan
diam-diam tembok keras
mula meninggi dalam diri
senyap-senyap keras hati
sudah mula menjadi konkrit
tak ada lagi hangat diidamkan
tak ada lagi damai dimahukan


Puan Rosnah
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

PADAM API sajak daripada sdri Balqihs ada kepuiisannya sebaik yang termampu kami dapat atau cuba pebtulkan pngucapannya , asalkan maksud dan isi cerita yang hndak disampaikan tidak lari daripada kehendak hati penulis. Walaupun sajak pendek dan ada jiwa-, namun ada kesan yang perlu direnungkan dalam biikan hati si pnulis.Layak dicalunkan setrusnya (TP)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

DI PINTU KHALIQ sajak olh Pn Hajjah Jamilah ada rasa tarikan untuk khalayak unuk membaca setusnya, walaupun sajak menyentuh perinsip ketuhanan dengan hambanya. Adakekuatan tersendiri pada isi cerita yang hendak disampaikan, sebagai hamba yang memohonagar memberi peluang kepadanya untuk bertaubat dan beribadat dan menyampun segala dosa. Layak dicalunkan seterusnya (TP) telah terpilih atau terpilih.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

Perhatian jangan plagiat sajak orang nanti kena saman,kecuali ada kebenarannya atau letak nama pena atau nama penulis asal., kita kena telus kalau mahu jadi seorang penulis. Terima kasih saya kira anda seorang yang ikhlas. Sajak daripada Sdri Ku Dania dan sahabatnya ini LETIH akibat penyeksaan yang terpaksa ditanggung. Jangan jadi cinta moyet, seledik dalu hati budinya sebelum menabur atau memberi cinta sepenuh hati kepadanya. Apa-apa pun ini adalah sebahagian asam garam kehidupan anak muda dini hari yang mudah terpengaruh cinta pandang petama, dan akhirnya banyak merana. Solat itikarah tenguk boleh tahan ke tidak? Atau solat hajat minta tuhan tunjuk kebnarannya. Maaf sajak trpaksa (TK) telah terkeluar atau terkeluar.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

DIA BUKAN LAGI sajak Pn Rosnah membicarakan halkeadaan seoang mungkin anak gadisyang sedang meningkat dewasa dengan dunia setngah matang, kekadang ada angin baik dan kekadang sebaliknya. Ini adalah sebahagian juga asam garam kehiupan anak muda jiwa umaja dini hari. Sebenarnya mereka sedang menjana minda untuk mencari keyakinan diri sebagai diadan dirinya yang sebnar. Maaf terpaksa dikeluarkan kerana ada dua peangan yang lebih puitis dan mencabar minda pembaca. Sama seperti nasib mei ling (TK)

Seri Suri berkata...

giler kejam pnya brader joe! hahaa

Tok Mahat berkata...

xkn sampai mcm tu sekali brader joe?

Ali Conan berkata...

dia saman ko bru ko thu brader joe..

Supain Sipaun berkata...

hahaha sian org tu apa la brader joe! hahaha

Brader Joe berkata...

huh! sajak aku yg ni plak tersiar? hahaha org yg aku paku tayar dia tu skrg dh pindah dh

Malik Wariya berkata...

huh! kejam sgt la tindakan ko ni brader joe

Jengking Perak berkata...

msti dia x boleh pergi keja sbb tayar dh pancit? haha

Danial berkata...

hbis akhirnya dia thu x ko buat tayar dia x brader joe?

Mona berkata...

eh! dia tu org mana brader joe?

Geletek Malam berkata...

cina ke india ko bagi pancit tayar dia?

Abang berkata...

mcm bdk2 la ko ni brader joer.. haha

Mr Casanova berkata...

msti ko dendam giler dgn dia kan?

Zainal Arifin berkata...

xkn xde parking tempat lain brader joe?

Harimau Berantai berkata...

aku berebut jgk parking tp xde sampai nak pancitkan tayar plak? hahah

Tetamu Malam berkata...

kenapa ko benci sgt dgn dia tu brader joe?

Ustaz Rahman berkata...

eh! brdosa la brader joe aniaya org mcm tu

Diana Sanubari berkata...

parking la tempat lain xkn xde tmpt lain kot?

Angker 13 berkata...

sian org tersebut kena ganti tayar mahal tu

Raja Muda berkata...

sajak brader joe smua senang2 patutlah susah nk menang? hehe

Datuk Borhan berkata...

klu dia sumpah ko bahaya brader joe

Firasat Hikayat berkata...

nasib baik aku x tinggal dekat dgn brader joe... hehe

Inspektor Halim berkata...

brader joe tinggal apartment mana ni?

Jalil Janggut berkata...

klu dia buat bomoh mampus ko brader joe

dam catur berkata...

klu dia sembahyang hajat x leh duduk diam ko nnt

Halilintar berkata...

apa jd kat brader joe? org tu buat bomoh x?

Sharifah berkata...

nik aziz kata diri dia nabi? gila btol

Atuk berkata...

nik aziz kata diri dia tu nabi? dh mcm ayah pin plak

Suara Rakyat berkata...

nik aziz sedap2 je kata org kafir

Keris Sakti berkata...

org kata klu dh nynyuk mcm tu x lama la nik aziz tu...

Bicara Bulan berkata...

ha! aku ada dulu sekali berguling kat depan istana tp masa tu aku bodoh lagi skrg bila di pikir balik mmg memalukan diri sendiri

Ambuyak berkata...

org PAS ni smua muka xthu malu la..

Lukiee berkata...

PAS ni hanya org islam je sokong bkn islam mne sokong

Pangeran Indera berkata...

nik aziz ni sapa plak?

Emily Bayans berkata...

nik aziz ni sapa plak? yg sy kenal Dr mahatdir dan Najib jer

Aziz Moktar berkata...

apesal teruk sgt nik aziz ni...

Atan Yahoo berkata...

nik aziz dan hadi awang ok la hadi awang dari nik aiziz

Julia berkata...

eh! nik aziz ni dh gila kuasa la nampaknya

Muhamad Badawee berkata...

nik aziz ni nampak mcm alim tp ribut

Bos Kacak berkata...

rasanya x lama lagi tersungkur la nik aziz nnt

Comel berkata...

menarik sajak ni