Selasa, 29 Mac 2011

KAMU YANG DIHUJUNG SANA



sajak pilihan ahli Cr.


Waktu bersahaja Duduk di jendela
Dengar lagu Mengulit sendu
Kain di ampaian Basah terkena hujan
Bunga kecil Kelopak mungil
Teringat kamu yang di hujung sana.
Kata terpena Warkah berjela
Rindu membuak Gelisah menyentak
Aku dan sepi Kasih nan mati
Bila kamu pergi Menangis lagi
Teringat kamu yang di hujung sana.
Bila bersua Siapa terlena
Entah di mana Apa punca
Kamu yang di hujung sana

 
Oleh: Dayang
DI tempat kerja
Catatan pada tarikh: 2.3.2010
Diterbitkan semula tanggal 30/03/2011.






50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

ULASAN OLEH: Tinta Azimad

Apa cerita si Dayang ini? Denan sajaknya yang pertama dalam Cr. ulasan dulu telah hilang kini kami cerita secara rengkas sahaja. Mungkin kisah jiwa-jiwa jua, Masih mengeang orang jauh. bf agaknya yang terasa bagai tidak ambil peduli. sudah lama tidak dengar berita, kalau bersua pun tidak banyak berkata atau tidak ada cerita, bagai mahu lena saja rasanya.

Maaf saya difahamkan ulasan dahulu hilang terdelek oleh anak (nuri kecik atau jantan).

Hantu Raya berkata...

NGO tolak cadangan panggil pakar asing siasat video seks (UM)

KUALA LUMPUR 28 Mac - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolak cadangan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang mahu pakar asing menyiasat kesahihan rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana negara turut memiliki pakar untuk menyiasat kes sedemikian.

"Bagi saya Mohamad Sabu lebih 'mendewakan' pakar asing daripada pakar tempatan.

"Dia cuba lari daripada isu sebenar. Jika benar dia mahu menegakkan keadilan, kenapa dia tidak desak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja seperti dalam kes kematian Teoh Beng Hock," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar pula meminta supaya jangan sesekali 'mengheret' orang luar masuk ke kancah politik negara.

"Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan daripada kerajaan, begitu banyak hal dalam negara melibatkan pihak antarabangsa sehinggakan mencemar perspektif orang luar mengenai keharmonian di negara ini.

"Pihak pembangkang menimbulkan cadangan itu kerana mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang suka main politik yang 'gila-gila', 'kotor' dan sentiasa didorong oleh nafsu untuk mendapatkan kuasa," ujarnya.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula berkata, cadangan itu hanya untuk kepentingan politik pembangkang sahaja.

"Kalau mereka di pihak yang benar, maka benarlah, tetapi kalau sebaliknya, saya rasa ini hanya untuk memutar-belitkan kenyataan," katanya.

KOMEN:
Bila rakyat sudah faham , ternyata sokongan akan bertambah kurang. Semua kedudukan YB terutama PKR dan Pas akan goyang. Ini yang membuat mereka susah hati dan habislah aku
Kali ini....

Sedutan akhbar (UM)

Muhamad Akmal berkata...

eh! NGO tu apa?

Muhamad Badawee berkata...

kenapa nak tolak panggil pakar asing?

Datuk MUrad berkata...

xkn kat malaysia xde dah yg pakar?

Taib berkata...

sampai nk panggil org luar plak org malaysia pun byk pandai2..

Brader Joe berkata...

kalau panggil org luar pun msti pembangkang yg upah nnt

Saizul Maizav berkata...

malaysia byk pandai2 xpyh la pnggil org luar

Karim Ghani berkata...

ha! kalau org luar dtg boleh la sahkan.....

Seruling Kelana berkata...

xpe biarlah org luar yg siasat dorg lebih pakar

Hambali Maliki berkata...

misteri la sama ada anuar atau bukan video tu

Mr Aiman berkata...

x sabar nk thu sampai skrg xdpt jawapan adakah anuar?

Firasat Hikayat berkata...

panggil je org luar senang cerita...

Ustaz Rahman berkata...

org melayu pun byk yg pakar buang duit je panggil org luar

Zain Issac berkata...

org malaysia pun ada yg pandai setaraf org luar?

Hadi Hamzah berkata...

rasanya taktik anuar saja nak pnggil org luar konon

Geletek Malam berkata...

anuar dah tersepit mcm2 dia nak putar belit

Ustaz Kamarudin berkata...

senang cerita tayang dalam tv video tu biar rakyat yg menilai sendiri

Halilintar berkata...

taktik anuar nk panggil org luar plak?

Geletek Perut berkata...

rasanya kalau dia panggil org luar pun dorg upah siap2...

Lagenda Pulau berkata...

anuar ni mcm2 dia panya strategi nak lepaskan diri

Puan Rosnah berkata...

sajak mcm menenang kekasih saja?

Mozaire berkata...

sajak rindu bayangan ke dayang?

Raja Muda berkata...

sajak jiwa2 plak dayang ni

Guest berkata...

sajak mcm lawak plak dayang ni

Daud Kasman berkata...

teringat kekasih di perantauan agaknya dayang ni

Latif Bomba berkata...

teringat buah hati agaknya dayang ni

Lebai Noh berkata...

sajak jiwa2 anak muda nampaknya dayang ni

satria Juragan berkata...

eh! anuar ni nak pgglorg luar kenapa?

Pak Ngah But berkata...

mat sabu ni pak sibuk la....

Puteri Salju berkata...

sajak dayang ni agak menarik jgk.. hehe

Pendekar Waja berkata...

sajak yg agak menarik dari dayang nampaknya...

Raja Munir berkata...

sampai nak pggl org luar buat apa?

Pak Bostamam berkata...

kalau boleh jgn libatkan org luar la

Abul Hassan berkata...

bagi la org luar siasat sbb teknologi dorg tinggi

Nakhoda Belantara berkata...

bagi org putih siasat la snang sekejab je dh dpt thu

Siti Hajar berkata...

mcm crita CSI org putih siasat sekejab je dh thu siaapa buat

Raja Yassri berkata...

baik bagi org luar sbb malaysia peralatan x canggih

Yusri Nawab berkata...

kalau boleh malaysia pnya masalah jgn libatkan org luar

En Dasuki berkata...

baik bagi org luar snang sikit cepat dorg buat

Nuri Jaguh berkata...

mat sabu nk panggil org luar buat apa kos mahal

Roslan Bidin berkata...

org malaysia byk pandai rasanya buang masa panggil org luar

Syeikh Iqbal berkata...

NAK MATI

nak mati ke ringkas ayat diberi
tapi penuh makna tersirat
penuh tersurat apakah ia
suatu ugutan atau sekadar gurauan
jadi rencah hidup
mati itu memang pasti
mahu mati berdetik rasa di hati
gusar tiba mendatang
mahu jawab soalan
apakah senang dijawab
atau dipukul berulang kali
itu tanyalah amalan
jika amalnya cukup
pasti senang lulus
jika buku kiri penuh
pasti penuh azab
pedih tiada terperi
bagaimana mahu mati?
jika diberi pilihan
biarlah mati dalam islam insyaallah

Syeikh Iqbal
sajak peringatan

Erma berkata...

DIPERTONTON SEMULA

Akan tiba suatu hari
dibacakan kalian
tentang persahabatan tentang cinta ucapan rindu tak terluah
Dalam senyuman dan pada ketika itu
Air mata gugur
Kalam suci mohon diperdengarkan
Ulangkan cerita-cerita semalam
Pertontonkan semula kenangan
Aku kan berada dekat
Setiap kali kisah kita kau

Erma
sajak simbolikk

Mahligai Syahdu berkata...

DI RUMAH SAKIT

lewat petan aku di rumah sakit.
memerhati jasad yang sakit.
juga hati yang sedang sakit.
aku keletihan kepenatan kelesuan terpaksa meneruskan perjalanan.
semua rasa terkunci mati.
hati sayu dan bisu.
hanya mata melihat
sekujur jasad sedang bertarung.
sangat cemas sesungguhnya
kita ini sedang di uji.
bila nikmat sihat ditarik seketika.
membuatkan kita tak tertahan
lupa sihat yang telah di gunakan.
air suci itu mengalir
dari mata seorang ibu.
sungguh menyentuh hati keras ini.
aku juga tewas suasana hiba.

Mahligai Syahdu
ketika di hosptital

Syeikh Al Habib berkata...

SAHABAT SEPERJUANGAN

kita sama berkhidmat
untuk masyarakat.
kalian ada tugas sendiri di sana.
aku juga mempunyai tugas berbeza
ingin sekali aku ke sana.
merasai sendiri pengalaman kalian.
kerana aku hanya mendengar cerita.
lewat malam hujan renyai
perjalanan kalian masih jauh
membataskan waktu
untuk kita lebih lama.
tangan di hulur dengan harapan
kita akan berjumpa lagi.
aku cukup gembira.
walaupun kali pertama
aku mengenali kalian,
namun aku sudah dapat membayangkan
sebahagian waktu kalian
bersama di sana cukup bermakna.

Syeikh Al Habib
ketika bertemu rakan lama

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Syeikh Iqbal sajaknya bertajuk NAK MATI ahli baru Cr agaknya. Persoalan dan jawapan tentan ugutan dan lontar kata yang kekadang jadi biasa saja. NAK MATI? Apa-apa pun, gurauan dan sendaanya ada maksud, perlu sedar atau sebaliknya? Hanya orang beriman saja yang dapat menilainya sudah banyakah amalan di dunia? Layang untuk (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Sajak sdri Erma mngkin ahli baru agaknya , nyata ada kemampuan menulis.sajak ini ada isi dan maksudnya, tetapi kebarangkalian sudah lompat bait-bait asalnya. Sajak DIPERTONTON SEMULA mungkin mesej saat kematian dan selepasnya ,sajak kategori keagamaan. Apa-apa pun usaha lagi. Syabas! Sekadar (SS)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Mahligai syahdu sajaknya DI RUMAH SAKIT. Penceritaannya Cuma mengambarkan situasidirumah sakit yang kekadang kita lihat berbagai ragam dan kerenah manusia, terasa bagai menonton drama singkat yang tak pasti pangkal dan hujung cerita. Apa poun ada kemapuan menulis dapat mengambarkan suasana. layak untuk (SM)

Qalam Mutiara. berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Lama juga Syeikh Al Habib tidak diterbitkan sajaknya dalam ruang utama sudah dapat pilihan
Ahli? Sajak anta bertajuk: SAHABAT SEPERJUANGAN , masya Allah perpisah kerana Allah berjumpa kembali pun kerana Allah. Walupun berjauhan dipisah jarak dan keadaan tapi Dihati tetap bekekalan. Mungkin ada saudara anta dari negara timur tengah datang ? Atau anta Sendiri ziarah ke sana? Apa-apa pun syukurlah kepada Allah dapat bersua dalam perjuangan yang sadikit di dunia ini. Amin layak (SM)