Memaparkan catatan dengan label memori lama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memori lama. Papar semua catatan

Selasa, 12 April 2011

TRAGEDI



 sajak pilihan ahli Cr.

Dalam singkat masa
Kita diberi ingat
akan satu ketika
Apa yang kita rasa
Apa yang kita pegang
Belum tentu milik kita
abadi satu tangan
Dalam singkat rasa
Kita diberitahu
akan satu peluang
Untuk kita rebut
Untuk kita gapai
Biar pasti jadi milik kita
tangan yang mula memegang
Tragedi demi tragedi
Biar kita ingat
Bukan setakat sayang
Bukan setakat rindu
Hati yang dibelah belum tentu
Jadi jamin rasa yang satu
Tragedi demi tragedi
Jangan biar jadi mimpi ngeri


Oleh: Ai Kutubudin
Pulau Pinang
11 malam/2010 Ogos 6 10:14
Diterbitkan semula tarikh: 12/04/2011





Selasa, 29 Mac 2011

KAMU YANG DIHUJUNG SANA



sajak pilihan ahli Cr.


Waktu bersahaja Duduk di jendela
Dengar lagu Mengulit sendu
Kain di ampaian Basah terkena hujan
Bunga kecil Kelopak mungil
Teringat kamu yang di hujung sana.
Kata terpena Warkah berjela
Rindu membuak Gelisah menyentak
Aku dan sepi Kasih nan mati
Bila kamu pergi Menangis lagi
Teringat kamu yang di hujung sana.
Bila bersua Siapa terlena
Entah di mana Apa punca
Kamu yang di hujung sana

 
Oleh: Dayang
DI tempat kerja
Catatan pada tarikh: 2.3.2010
Diterbitkan semula tanggal 30/03/2011.