Selasa, 12 April 2011

TRAGEDI



 sajak pilihan ahli Cr.

Dalam singkat masa
Kita diberi ingat
akan satu ketika
Apa yang kita rasa
Apa yang kita pegang
Belum tentu milik kita
abadi satu tangan
Dalam singkat rasa
Kita diberitahu
akan satu peluang
Untuk kita rebut
Untuk kita gapai
Biar pasti jadi milik kita
tangan yang mula memegang
Tragedi demi tragedi
Biar kita ingat
Bukan setakat sayang
Bukan setakat rindu
Hati yang dibelah belum tentu
Jadi jamin rasa yang satu
Tragedi demi tragedi
Jangan biar jadi mimpi ngeri


Oleh: Ai Kutubudin
Pulau Pinang
11 malam/2010 Ogos 6 10:14
Diterbitkan semula tarikh: 12/04/2011





50 ulasan:

Viger berkata...

1 ulasan:



Ai Kutubudin dengan sajak TRAGEDI kata en nuri nama ini semacam pernah dengar dua puluh tahun dulu sewaktu mengajar di st xiver , gen irafanulhaq dan seorang lagi
sallehuddin buka kedai nasi kandaq jln tengah bayan baru.mungkin kebetulan saja. Kerana 95% anak murid en nuri India muslim.

Pendatang baru gen nasi kandaq pelita bagaimana mereka pandai buat nasi kandaq.Semacam itu itu mereka pandai mencipta sajak, banyak sembolik. Pengucapannya mungkin satu peristiwa yang sukar dilupakan. Dan sering memberi pengajaran dalam hidup yang sadikit ini, kerana sejarah mengajar kita.kerana pokok durian yang telah lebih 50 tahun berbuah jangan ditebang, untuk tanam yang baru belum tentu hasil buahnya.

Tambahan:
Anak murid en nuri aneh juga, kebanyakannya; Orang melayu Banjar Di perak, Orang Melanau dan Iban di Serawak.India muslim India dan China di Pulau Pinang, itu yang saya tahu
d


Oleh: Qalam Mutiara
5 Ogos 2010 7:49 PM

Hantu Raya berkata...

Tian Chua & PAS Kena Halau di Miri ? (BB)

AIDCNews – 11/04/11 – “Kita dah melanggar adat budaya kita sendiri, tatasusila agama kita..minta maaf, cari kata tempat lain, kat padang mana (ke). Ini orang, tuan rumah ini nak merapatkan silatulrahim, bukan nak memecahbelahkan orang, dalam Islam pun tak suruh, minta maaf ye”, kata wakil kampung di sebuah kampung Melayu di Miri, Sarawak kepada wakil PAS yang mahu mengadakan ceramah di kawasan itu.
Delegasi PAS itu dipercayai turut membawa Tian Chua yang berceramah di situ terpaksa membatalkan ceramahnya kerana tidak mendapat kebenaran daripada orang kampung.
AIDCNews turut difahamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga terpaksa membatalkan dua ceramahnya di Sarawak kerana kekurangan pendengar. Dilaporkan hanya 20 orang hadir dalam ceramah yang menggunakan nama Anwar, menyebabkan Ketua Umum PKR itu terpaksa membatalkan kehadiran pada saat-saat akhir.
Turut difahamkan PAS dan DAP Sarawak berusaha mengelak membawa Anwar ke pentas ceramah mereka, kerana dibimbangi akan menjadi faktor liabiliti dengan isu skandal seks yang dihadapinya sekarang, menyebabkan Ketua Umum PKR itu terpaksa bergerak di atas flatformnya sendiri, iaitu PKR.
Berbeza sebelum PRU 12, PAS dan DAP berlumba-lumba membawa Anwar ke pentas mereka sebagai faktor daya penarik untuk menarik penonton ceramah

KOMENTAR:

Macam mana dia orang nak bawa hamba Allah ini ,bukankah Nallakurappan dah bagi tahu pelakon hebat ini mati hidup balik pun dia tidak akan mengaku. Malah jawatan ketua dalam Negara pun boleh main sorong , kemudian tarik balik. Kalau polis siasat. Hamper 32 orang saksi pun kena batal nuat lain laporan. Ini yang buat sesumpah tersenyum dan berkata" SIAPA LUU? POLIS PUN TAK TANYA! Sah nampak semacam tonton filem hidustani...Tapi hari ini kalau depa jemput atau bawa dia bersama kempen 10 atau 15 saja... Orang serawak kata “JANGAN BOLAK KAMI!”

Salikin Samsudin berkata...

DAUN GUGUR

keinsafan itu turut sama pergi..
hilang di tiup angin..
kembali semula gelak ketawa..
dosa pahala tak di hiraukan.
begitulah putarannya berputar..
peringatan demi peringatan..
agar kita semua sedar..
kematian itu sangat hampir..
namun masih kita terleka alpa..
sehinggalah sehelai lagi daun gugur

Salikin Samsudin
sajak kematian

Ummu Akilah berkata...

SEMALAM MIMPI KAMU

Semalam aku mimpikan kamu.
Kamu berada di sini bersama aku.
Acapkali aku terbayangkan ia semula
Dapat aku rasa kehadiran kamu.
Adanya hembusan nafas kamu.
Adanya sentuhan jari kamu.
Adanya pelukan erat kamu.
Adanya bisikan suara kamu.
Seolah-olah semalam itu bukan mimpi
Bukan satu hiburan dalam tidur.
Semoga malam ini kamu datang lagi.
Kembali dan hilangkan resah ini.
Hapuskan air mata di hati.
Dan beri harapan ikhlas sejati.

Ummu Akilah
sajak teringatkan suami

Nuri Jaguh berkata...

MELAYANG BERSAMA GULITA

aku melayang bersama gulita
menikahi hakikat waktu mengaung,
ketika tiba datangnya
seuntai alasan untukku
menafkahi birunya hati
tersenyum seolah menjadi bisikan
hangat dipelupuk matahariku,
gemerlap mengiba haruskah ku beku
mematung di depan hilir
ceriaku tiba dan singgah,
tetap saja harumya sebuah hati
mengendus mencari bahagia,
namun seseorang menyadarkan aku,
bahwa terdapat seutas riang
bernilai lebih dari sebuah cinta

Nuri Jaguh
sajak simbolik

Qalam Musoffa berkata...

BEREHAT DI PEPOHON RENDANG

berhenti melepaskan lelah..
di bawah pohon yang rendang..
tapi sayangnya tidak berbuah..
bersandar pada perjalanan waktu..
angin lalu membawa aku ke masa itu
saat aku bersama dahulu
sinar mentari senja
sempat menguris hati
bila semuanya pergi
membawa haluan sendiri..
hanya aku masih tertinggal sini

Qalam Musoffa
sajak kenangan

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak sdra Salikin Samsudin dengan tajuk: SEHELAI DAUN GUGUR membicarakan akan sikap manusia mungkin mudah lupa. Pada cerita kematian yang sedang menanti kita semua.selalunya bila ditimpa musibah atau melihat rakan sanak saudara yang telah pergi. mereka sedar dan insaf ingin menyembah tuhan yang maha esa, tetapi cuma seketika sahaja, selepas itu lupa kembali, sehingga ada melihat sehelai daun yang gugur lagi. Layak untuk sajak seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Ummu Akilah yang berumah tangga dalam usia yang terlalu muda. Serahu saya zaman dulu umur 14 tahun sudah berkhawin, bila suami kerja askar lalu ditinggalkanlah berbulan lamanya. Lalu si isteri ini memuja bulan bila menganbang mereka bermainkan cahaya dengan bercakap seorang diri.Begitulah keadaannya sebab itu dalam tentera jangan lebih sampai rnam bulan untuk berpisah,lalu diwujudkanlah kem-kem tentera untuk tinggal bersama keluarga.Apa-apa pun ini Cuma andaian dalam kehidupan tugas harian jauh dan dekat sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan dini hari tidak semacam dulu. Maaf Cuma di sini saja (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Nuri Jaguh, seorang Pegawai penguat kuasa, MPPP. Ternyata kini gerai-gerai tumbuh bagai jendawan lepas hujan nampaknya, yang sedeh bukan ramai orang tempat kebanyak orang luar yang datang menyewa. Soal kasihatan tak perlu difikir lagi , siapa nak kawal tikus mondok dan tikus kasturi. Harap tak ada kuman tikus yang menyerang sehingga ada yang keracunan. Sajaknya melayang bersama gulita , pengucapannya terasa bagai berada di dunia fantasi Tiap bait ada cerita tersendiri, bagai mimpi yang bertabur buat seorang yang leteh ketiduran dalam menjalankan tugas seharian. Maaf pengucapannya terasa bagai menghuruharakan minda. Cuma di sini sahaja (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

BEREHAT DI POHON RENDANG sajak sdra Qalam Musoffa member kopi susu dan lulus ke dia? Sajak Qalam kali ini membicarakan kenangan lalu mengusek jiwa agaknya. Mungkin sesekali ada peluang bercuti , balik kampung menjenguk rumah kaum keluarga sahabat dan handai .Lantas diantara yang ramai itu sudah punya kehidupan yang tersendiri, mungkin ada mak wa yang berkenan pun telah berumah tangga. Lantas yang tertinggal anda sendiri yang maseh lagi termanggu dan terharu di bawah pohon rendang tempat sepermainan yang cuba mengigit jari. Layak untuk diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

Kembara Budiman berkata...

sajak aikutubudin pasal apa ni?

Jalil Janggut berkata...

aikutubudin ni buat sajak jiwa2 ker?

Abangaa berkata...

wah! semua bangsa en nuri ajar!

Dayang berkata...

mmg anak murid en nuri 1 malaysia

Nahul Hidzar berkata...

mcm mana boleh jd mcm tu? semua bangsa?

Ustaz rahman berkata...

byk negeri jgk en nuri mengajar

Madah Pujangga berkata...

semua anak murid en nuri kacukan la

Roslan Bidin berkata...

xde ke melayu tulen en nuri ajar?

Pak Kassim berkata...

antara 3 bangsa ni mana en nuri senang ajar?

Malik Wariya berkata...

eh! ai kutubudin anak murid en nuri ke?

Tetamu Malam berkata...

ai kutubudin niaga nasi kandar ker?

Emily Osman berkata...

org melanau dgn banjar tu org apa?

Intan berkata...

byk jgk anak indian muslim en nuri ajar

Mamu berkata...

rasanya mngkin anak sy pun en nuri mengajar jgk

Brader Joe berkata...

byk bangsa en nuri ajar nmpknya

Sulaiman Embong berkata...

wah! nmpkny mcm2 bahasa la en nuri thu sbb byk ajar anak murid mcm2 bangsa

Atuk berkata...

nmpknya ada 3 negeri en nuri merantau

Saizul Maizav berkata...

antara 3 negeri ni mana paling best en nuri????

Julia berkata...

pulau pinang kira negeri yg maju en nuri mengajar

Geletek Malam berkata...

3 negeri en nuri ajar? en nuri minta tukar ke atau ditukarkan????

Mat Noh berkata...

sampai 95% byk jgk tu!

Nasruq Haqq berkata...

irafanulhaq ni sapa???

En Dasuki berkata...

kenapa sampai 3 negeri en nuri menrantau?

Atan Yahoo berkata...

sajak ai kutubudin aku xphm la

Salina berkata...

ingatkan sajak sedih tragedi ni

Danial berkata...

tragedi sajak pasal apa ni?

Pendekar Waja berkata...

sajak msih samar2 lagi la ai kutubudin

Halilintar berkata...

sajak simbolik sgt la ai kutubudin ni

Bob Kuli berkata...

sajak langsung aku xphm

Mr Casanova berkata...

aku rasa sajak ni ai kutubudin je yg phm

Raja Muda berkata...

kurang ajar jgk anuar ni

Hamba Allah berkata...

eh! boleh plak kata polis x tanya pun?

Inspektor Halim berkata...

sombong plak sbb polis xtanya? nnt polis tanya2 btol2 kang baru malu dia

Badrolshah berkata...

agak kurang ajar jgk kenyataan anuar tu

Warga Emas berkata...

mcm mana boleh batal walaupun saksi byk?

Jupri Helmi berkata...

x logik saksi byk tp dibatalkan? kena beli ke?

Saudagar Emas berkata...

nampaknya hakim pun lps tangan seronok la anuar mcm tu

Usop Nayan berkata...

patutlah anuar berani sbb hakim x tegas!

Jeffry berkata...

padan muka anuar DAP dgn PAS x sokong dia

Latif Bomba berkata...

rasanya kalau hakim tegas msti anuar pun x berani nk angkat muka